Baju t-shirt lengan panjang berwarna kelabu yang agak sedikit lusuh disarung pada tubuh.Hanya itu sahaja baju yang dirasakan sesuai untuk dipakai ketika ini.Dipadankan pula dengan seluar slack berwarna hitam.Rambut panjangnya yang lurus paras bawah bahu dibiarkan terurai bebas.Khaira Eryna menilik seketika wajahnya di hadapan cermin.Usai berpuas hati dengan penampilannya,Khaira Eryna pantas mengatur langkah turun ke tingkat bawah.Risau andai Camilla menunggu lama.Sampai di anak tangga terakhir,matanya melilau mencari kelibat Camilla.Langkahnya diatur ke arah ruang tamu.Namun,kelibat ibu angkatnya langsung tidak kelihatan.Kelibat Cik Moon dicari.Melihat Cik Moon yang sedang sibuk di dapur,Khaira Eryna pantas menapak mendekati wanita itu.
"Cik Moon."Sapa Khaira Eryna.
Cik Moon yang sedang leka memotong sayur mengalih pandangannya ke arah Khaira Eryna.
"Ya,Khaira.Khaira nak minum ke?Atau Khaira nak makan?Cik Moon baru nak masak ni."
Khaira Eryna menggelengkan kepala.
"Khaira cari mommy.Cik Moon nampak mommy tak?"
"La...Khaira cari puan ke?"
"A'ah.Tadi mommy cakap mommy nak ajak Khaira beli barang.Khaira cari mommy,tapi mommy tak ada.Dekat ruang tamu pun tak ada.Mommy dah pergi ke?"
"Rasanya tadi Cik Moon ada nampak puan dekat garaj kereta.Tapi tak lama lepas tu,tuan datang ambil puan keluar.Mungkin puan ada hal dekat luar dengan tuan agaknya."
"Ooh,ye ke?Mungkin mommy tak jadi pergilah tu.Tak apalah.Kalau macam tu Khaira naik bilik dulu.Ke...Cik Moon ada nak minta Khaira tolong apa-apa dekat dapur ni?Khaira boleh je tolong Cik Moon masak."
"Eh,tak apa.Cik Moon boleh buat sendiri.Lagi pun ini kerja Cik Moon.Nanti kalau puan dan tuan nampak,Cik Moon pula kena marah.Apa kata Khaira pergi rehat dekat bilik.Kalau Khaira bosan,dekat bilik hujung tak jauh dari bilik Khaira tu ada perpustakaan mini.Khaira bacalah buku-buku yang ada dekat situ.Novel pun ada juga.Itu semua koleksi novel-novel puan."
Mata Khaira Eryna bersinar-sinar saat mendengar kata-kata Cik Moon.Tidak sabar rasanya untuk meneroka bilik yang dikatakan oleh Cik Moon itu.
"Betul ke,Cik Moon?Er...Khaira boleh masuk bilik tu ke?"
Cik Moon mengangguk kecil sambil mengorek senyuman nipis.
"Boleh.Kenapa pula tak boleh.Khaira pergilah naik atas.Cik Moon nak sambung masak.Nanti dah siap masak,Cik Moon panggil Khaira turun makan."
"Baik Cik Moon.Khaira naik atas dulu."
Khaira Eryna pantas mengatur langkah keluar dari ruangan dapur.Baru sahaja beberapa tapak kakinya melangkah,terpacul susuk tubuh seseorang di hadapan mata.Khaira Eryna yang tidak sempat mengelak terus melanggar tubuh kekar itu.
"Auch!"
Khaira Eryna menggosok puncak hidungnya yang terasa sakit.Tubuhnya dijarakkan sedikit dari tubuh kekar itu.
"Hey,watch your step girl!"Ujar figura di hadapan Khaira Eryna.
Mendengar suara garau itu,Khaira Eryna mengangkat wajah.Alangkah terkejutnya saat melihat gerangan yang berdiri di hadapannya sekarang ini.Renungan mata helang jejaka itu membuatkan Khaira Eryna kembali menunduk.Air liurnya diteguk kesat.
"Sorry, I didn't mean it.I'm really sorry."Ucap Khaira Eryna dengan rasa bersalah.
"Kau nak pergi mana?"Soal figura itu sambil menilik penampilan Khaira Eryna dari kepala hingga ke hujung kaki.
Khaira Eryna mula merasa gugup.Bibirnya digigit lembut.Cuba menghilangkan rasa gentar tatkala berhadapan dengan jejaka di hadapannya itu.
"Don't bite your lip.I'm asking you.Where do you want to go?"Nada jejaka itu sedikit keras.
"Nak...Nak naik atas.Masuk bilik semula."
Mendengar kata-kata Khaira Eryna yang sedikit gagap itu membuatkan Danish Xavier tersungging senyum.Kedua tangannya dibawa memeluk tubuh sambil matanya tunak menatap wajah mulus gadis di hadapannya.
"Maksud aku,kau bersiap ni nak pergi mana?"Tanya Danish Xavier lagi.
"Er...Tadi mommy ajak pergi mall beli barang.Tapi Cik Moon kata mommy dah keluar dengan daddy.So,Khaira ingat Khaira nak balik bilik semula."Balas Khaira Eryna sambil menahan rasa gentarnya.
"Come,ikut aku."Arah Danish Xavier.
Khaira Eryna terpempan.Dia memberanikan diri mengangkat wajah.Memandang belakang tubuh Danish Xavier yang sedang berjalan ke arah pintu utama villa.Matanya dikerdipkan beberapa kali.Keningnya saling bertaut seakan tidak memahami akan maksud arahan abang angkatnya itu.
Danish Xavier yang sudah berada di muka pintu berpaling semula ke arah belakang.Mencari keberadaan Khaira Eryna.Melihat kelibat gadis itu tiada di sisinya,lantas dia menjengah kepalanya di ruang makan yang berdekatan dengan ruang dapur.Kelihatan Khaira Eryna masih bergeming di tempat dia berdiri tadi.Danish Xavier mengeluh kecil.Kakinya kembali diatur melangkah mendekati Khaira Eryna.Seraya itu,tangan gadis itu diraih sebelum tubuh Khaira Eryna ditarik lembut mengekori langkahnya.Khaira Eryna yang terkejut dengan perlakuan Danish Xavier pantas memberhentikan langkah.Tangannya direntap lembut dari pegangan Danish Xavier.
"Mana abang Danish nak bawa Khaira?"Tanya Khaira Eryna polos.Menjarakkan sedikit tubuhnya dari Danish Xavier.
"Boleh tak kau jangan banyak tanya.Kau ikut jelah arahan aku.One more thing,don't ever call me 'abang' again.I'm not your brother."Ujar Danish Xavier berbaur amaran.
"Tapi Khaira nak tahu juga,kita nak ke mana?Takkan Khaira nak main ikut je sesuka hati.Kalau Khaira tak panggil abang,Khaira nak panggil apa?Lagi pun abangkan lebih tua daripada Khaira."
"Kau panggil jelah apa-apa je.Yang penting bukan 'abang'.Kau kata nak beli barang tadikan?So,aku nak bawa kau pergi mall.Mommy pesan dekat aku suruh aku temankan kau beli barang peribadi kau.Cepatlah.Jangan banyak tanya.Cepat pergi,cepatlah kita balik.Lagi pun aku banyak kerja lagi nak buat selain nak kena layan kerenah manja kau ni."
"Manja?Dia kata aku manja?Ingat aku ni nak sangat ke susahkan dia.Aku pun tak inginlah nak beli barang dengan kau.Mommy yang beria nak beli barang untuk aku.Bukannya aku yang terhegeh-hegeh nak kikis duit mommy."Gumam Khaira Eryna di dalam hati.
"Mm...Tak apalah.Lain kali jelah saya beli barang tu.Lagi pun barang-barang saya masih ada.Maaflah kalau dah susahkan awak.Saya naik bilik dulu."Ujar Khaira Eryna seakan terasa hati dengan kata-kata Danish Xavier sebentar tadi.Panggilan Khaira Eryna pada Danish Xavier turut berubah.Tiada lagi panggilan 'abang' seperti sebelumnya.
Baru sahaja Khaira Eryna mahu berpaling tubuh,pantas tangan Khaira Eryna kembali dilelar oleh Danish Xavier.Tanpa sempat Khaira Eryna menolak,tubuh Khaira Eryna sudah ditarik menuju ke garaj kereta.Khaira Eryna cuba meleraikan pegangan Danish Xavier.Namun,pegangan lelaki itu pada tangannya terlalu kuat hinggakan pergelangan tangannya terasa sakit.
"Danish,awak nak bawa saya pergi mana ni? Lepaslah!Saya nak masuk bilik saya."
Danish Xavier langsung tidak mengendahkan kata-kata Khaira Eryna.Pintu kereta di bahagian tempat duduk penumpang hadapan dibuka.Lalu,tubuh Khaira Eryna ditolak masuk ke dalam perut keretanya.Belum sempat Khaira Eryna menyambung bicara,pintu kereta pantas dihempas kuat.Terhenjut bahu Khaira Eryna kerana terkejut.
Dengan riak wajah yang dingin,Danish Xavier masuk ke tempat pemandu.Enjin kereta dihidupkan.Melihat Khaira Eryna yang terdiam kaku di sebelah,Danish Xavier mendekati Khaira Eryna hinggakan jarak antara wajah mereka terlalu dekat.Terasa deruan nafas Danish Xavier menyapa di pipi mulus Khaira Eryna.Khaira Eryna memejamkan matanya.Melihat tingkah Khaira Eryna,Danish Xavier kulum senyum.Seraya itu,tali pinggang keledar di sisi Khaira Eryna ditarik sebelum dipasang pada tubuh Khaira Eryna.
"Utamakan keselamatan.Nanti apa-apa berlaku,aku pula dipersalahkan."Ujar Danish Xavier setelah kembali semula di tempat duduk pemandu.
Mendengar bicara Danish Xavier,kelopak mata Khaira Eryna kembali dibuka.Sempat Khaira Eryna mengerling Danish Xavier di sebelah.
"Kita nak ke mana?Bukan awak kata tadi awak ada banyak kerja ke?"
"Aku dah janji dengan mommy.Takkan aku nak mungkir janji pula.Nanti mommy salahkan aku pula sebab tak tepati janji.Kau duduk je diam-diam dekat sebelah ni.Nanti sampai mall kau beli apa yang patut,lepas tu kita terus balik."
"Tapi..."
Belum sempat Khaira Eryna meneruskan kata-katanya,pandangan tajam Danish Xavier terus mematikan bicaranya.Khaira Eryna akur.Dia mengalihkan pandangannya ke arah luar cermin kereta.Lalu,kereta berjenama BMW 8 Series Coupe yang berwarna biru metallic itu bergerak meninggalkan perkarangan Villa sebelum menyusur laju membelah jalan raya.
Masing-masing hanya diam membisu.Tiada langsung perbualan antara mereka.Danish Xavier yang fokus pada pemanduannya sesekali mencuri pandang Khaira Eryna yang sudah pun terlena di tempat penumpang di sebelahnya.Jika bukan kerana desakan ibunya,sudah tentu dia tidak akan duduk berdua dengan Khaira Eryna lebih-lebih lagi di dalam kenderaannya sendiri.Ini kali pertama dia membawa gadis asing masuk ke dalam kereta kesayangannya selain daripada Camilla,ibunya sendiri.Terbit keluhan kecil di bibir Danish Xavier.Perbalahan kecil dia bersama Camilla kembali terlayar di fikiran.
Flashback...
"Mommy,jom gerak.Danish dah siap."Sapaan Danish Xavier menyentak Camilla yang sedang duduk menanti suaminya.
"Danish dah siap?Awalnya.Mm...Danish.Mommy sebenarnya..."
Riak bersalah di wajah Camilla ditenung seketika.Danish Xavier seakan dapat mengagak apa yang ingin disampaikan oleh ibunya.
"Kenapa,mommy?Mommy nak cancel ke?Kalau mommy ada hal,Danish okay je.Danish boleh teman mommy lain kali."
"Bukan...Bukan itu maksud mommy.Firstly,mommy nak minta maaf.Mommy lupa mommy kena teman daddy jumpa kawan dia dekat luar hari ni.So,mommy tak dapat nak pergi mall dengan Danish.Second,walaupun mommy tak dapat pergi beli barang hari ni,tapi Danish tetap kena pergi untuk gantikan tempat mommy."
Danish Xavier sudah berkerut kening.
"Mommykan ada hal.So,kenapa pula Danish yang kena ganti pergi beli barang mommy?Kita boleh pergi lain kalikan?"
"Tak boleh,Danish sayang.Sebenarnya mommy dah janji dengan Khaira nak bawa dia beli baju baru dan barang-barang peribadi dia yang lain.Disebabkan mommy tak dapat nak ikut,bolehkan Danish yang teman Khaira beli barang dia?Kesian dia.Baju dia semua dah buruk dan lusuh.Itu pun ada beberapa helai sahaja baju yang dia ada.Jadi,mommy sebagai seorang ibu yang baik kenalah pastikan anak-anak mommy sentiasa kemas,cantik dan bersih.So,mommy minta tolong sangat pada Danish untuk teman Khaira hari ni.Please..."Camilla mengerdipkan kelopak matanya beberapa kali.Riak wajahnya penuh berharap.
"Mommy kenal Danishkan?Lagi pun Danish tak kenal pun budak perempuan tu.Nak keluar sekali?Memang taklah mommy.Apa kata mommy suruh je Darwish yang pergi teman budak perempuan tu.Itukan favourite sister dia."Tolak Danish Xavier.
Mendengar balasan daripada Danish Xavier,Camilla pantas mendekati anak lelakinya itu.Lengan Danish Xavier disauk manja.
"Danish,janganlah macam ni.Danish je harapan mommy.Mommy dah ajak Darwish tadi,tapi tiba-tiba dia kata dia ada hal.Sebab tu mommy ajak Danish.Selama ini pun memang mommy ajak dia jekan kalau mommy nak pergi ke mana-mana.Cuma kali ni je mommy minta tolong Danish.Bolehlah Danish...Kali ni je.Danish tak kesian ke dekat Khaira.Dahlah dia anak yatim,hidup susah.Dia tak ada sesiapa lagi selain kita.Kita je tempat dia menumpang kasih.Jadi tak salahkan kalau Danish cuba buat baik dengan dia.Khaira tu bukan orang lain pun.Adik Danish juga."Pujuk Camilla lagi.
Danish Xavier mengeluh berat.Rayuan Camilla benar-benar membuatkan dia lemah.
"But she is not my sister.Dia bukan sesiapa pun untuk kita.So,mommy tak perlulah nak merayu Danish untuk dia.Dia dah besar.Pandailah dia jaga diri dia.Kenapa mommy dan daddy yang sibuk nak ambil alih tanggungjawab untuk sara dia?Danish betul-betul tak faham.Mommy dan daddy ni terlalu baik sangat.Sebab tu orang lain senang ambil kesempatan dengan mommy dan daddy."
"Danish,ini masa dia susah.Mana tahu satu hari nanti kita susah,dia pula tolong kita.Tak salah pun apa yang mommy dan daddy buat ni.Lagi pun Khaira tu amanah daripada arwah kawan baik daddy.Mommy tengok Khaira tu tak ada cacat cela pun.Budaknya pun baik dan sopan.Cantik pula tu.Jadi,mommy tak faham,kenapa Danish tak suka dengan dia?"
"Danish tak ada jawapan untuk soalan mommy tu.Danish tak tahu.Yang Danish tahu Danish tak suka orang asing masuk dalam keluarga kita.Lebih-lebih lagi perempuan macam dia.Mommy tunggu jelah Darwish free.Danish memang tak boleh teman anak perempuan mommy tu.Danish nak naik bilik salin baju."
Belum sempat Danish Xavier menapak menjauhi Camilla,lengan kekar Danish Xavier dilelar.Langkah Danish Xavier terhenti sebelum dia berpaling semula memandang ibunya.
"Danish tak boleh macam ni.Mommy tak tahu kenapa Danish anti sangat dengan perempuan.Setiap kali mommy tanya hal ni,Danish mesti mengelak.So,mommy tak kira,sama ada Danish suka atau tidak,setuju ke tak setuju,Danish tetap kena teman Khaira hari ini.No excuse!Selama ni mommy turutkan sahaja kehendak Danish.Boleh tak untuk kali ni Danish turutkan kehendak mommy?Bukan susah pun.Mommy cuma minta tolong teman Khaira beli barang.Mungkin lepas Danish keluar bersama Khaira,Danish dapat kenal Khaira dengan lebih rapat."
"Tapi,mommy..."
"Pin!!"
Belum sempat Danish berbicara,bunyi hon kereta Noah menyentak mereka berdua.Pandangan mereka terarah pada kereta Noah yang memasuki perkarangan villa.Melihat kereta Noah sudah terpakir di hadapan garaj,Camilla pantas menapak mendekati kereta suaminya.Pintu kereta dibuka.Camilla menoleh semula ke arah Danish dengan riak wajah serius.
"Mommy tak nak dengar apa-apa alasan daripada Danish.Mommy tahu Danish bawa Khaira pergi beli barang dia kejap lagi.Ingat pesan mommy ni.Mommy gerak dulu.You are big enough for all this.Do not disappoint me."Ujar Camilla sebelum memboloskan diri ke dalam perut kereta.
Danish Xavier hanya memerhati kereta Noah bergerak meninggalkan perkarangan villa hingga hilang dari pandangan.Dia menghempas nafas berat sebelum kakinya dibawa melangkah masuk semula ke dalam villa.
End Flashback...
Share this novel