Bab 7

Drama Series 23172

Sebuah motosikal berkuasa tinggi berhenti betul-betul di hadapan Khaira Eryna.Khaira Eryna yang sedikit terkejut dengan kemunculan motosikal itu melangkah setapak ke belakang.Matanya tidak lepas dari memerhati tingkah penunggang motosikal itu.

Stand kaki motosikal diturunkan sebelum penunggang motosikal itu turun dari motornya.Helmet full face yang menutupi kepalanya dibuka.Rambut yang sedikit kusut kembali disisir rapi.Melihat wajah ayu gadis di hadapannya,Daniel menarik senyuman lebar.

"Hi.."

"Hi...I ingat siapalah yang tiba-tiba berhenti depan I.Rupa-rupanya you,Daniel."

Daniel ketawa kecil saat melihat perubahan riak wajah Khaira Eryna yang sedikit tenang berbanding tadi.

"You takut ada orang nak culik you ke?"Seloroh Daniel.

"Mestilah I takut.I baru je dekat sini.So tak berapa familiar lagi dengan tempat ni.You pula boleh tiba-tiba halang jalan I macam tu,memang I terkejutlah."

"Okay,sorry kalau I buat you rasa takut.I bukan sengaja pun nak terkejutkan you.Dari jauh I nampak you jalan sorang-sorang.Sebab tu I follow you dari belakang tadi.You nak ke mana?Kenapa tak balik lagi?"

"I nak baliklah ni.Tunggu abang I ambil.Tapi tak tahulah dari tadi tak sampai-sampai.Mungkin jalan sesak kot.Sebab tu I ingat I nak tunggu depan tu.Malaslah tunggu dalam sekolah."

"Ooh....Kalau you tak keberatan,I boleh je tumpangkan you balik.You jangan risau.I belum pernah lagi bawa lari anak dara orang.Trust me.I akan hantar you balik dengan selamat."Ujar Daniel sambil menaikkan sebelah tangannya lagak seperti sedang berikrar.

"Thanks,Daniel.Tapi tak apalah.I tak nak susahkan you.Maybe kejap lagi abang I tu sampailah.Lagi pun I tak bawa phone nak call dia.You balik jelah.I okay je dekat sini."Tolak Khaira Eryna sopan.

"Nah,you pakai phone I call abang you.Cakap dekat dia yang you tumpang I.Senangkan?"

Telefon pintar yang berjenama itu disua kepada Khaira Eryna.Namun,Khaira Eryna pantas menolak.

"Eh,tak apalah.Lagi pun abang I mesti dah on the way ambil I.Kesian pula dia.Er...Lain kali jelah Daniel saya tumpang awak."Khaira Eryna mencipta alasan.Walhal dia sendiri tidak pasti sama ada Danish Xavier menepati janji untuk menjemput dia pulang dari sekolah atau pun tidak.

"Kalau macam tu I teman you sampai abang you datang.Lagi pun I tak sampai hati tinggal you sorang-sorang dekat sini.Pelajar lain semuanya dah balik.I takutlah anything happen dekat you nanti."

"Tapi...."

"Daniel!"

Belum sempat Khaira Eryna menghabiskan kata-katanya,panggilan seseorang membuatkan bicaranya terhenti.Dia dan Daniel berpaling memandang ke arah gerangan yang menyeru nama Daniel.Kelihatan Damia sedang berjalan laju ke arah mereka.

"Damia,you buat apa dekat sini?Bukan sepatutnya you dah balik ke?"Soal Daniel dengan kening yang berkerut.

"You tulah.Banyak kali I call you.Tapi you tak jawab.My driver tiba-tiba ada hal.So tak ada orang pick up I hari ni.Daniel....Boleh tak you hantar I balik?Takkan you nak biarkan I balik sendiri.You tak kesian ke dengan I..."Pinta Damia dengan nada yang meleret manja.Sempat dia memberi jelingan tajam pada Khaira Eryna yang berdiri di sisi Daniel.

"Sorry,Damia.I dah janji dengan Khaira nak teman dia sampai abang dia datang.Kalau you nak balik I boleh callkan grab car untuk you."

Damia mula rasa tidak puas hati.Riak wajahnya berubah masam.

"Ooh....Kalau dulu apa pun you sanggup buat untuk I.Tapi sejak perempuan ni ada,you langsung tak pandang I.Tapi tak apalah,I boleh je mengadu dengan mama you.I cakap you tak endahkan I lagi.You siap suruh I naik grab sendiri sebab pentingkan perempuan lain.Huh,I okay je!"Ujar Damia sinis.

"Damia,stop be childish.You ingat I takut ke you mengadu dekat mama I?Hubungan kita dah lama berakhir.You lupa ke yang you sendiri minta putus dengan I.Sekarang you tiba-tiba nak kacau hidup I semula.You dah kenapa?"Daniel cuba menahan amarah.Damia masih sama seperti dulu.Sering jadikan ibu dan bapanya bahan ugutan supaya dia mengikut semua telunjuk gadis itu.

"Daniel...Janganlah marah...I minta maaf.I bukan nak sakitkan hati you.I tahu I salah.Tapi masa tu I terlalu ikutkan emosi.Sebenarnya I masih sayangkan you.Please Daniel,kita baik semula macam dulu."Rayu Damia sambil merapati tubuh Daniel.Jari-jemarinya mula bermain-main dengan kolar baju Daniel.Lagaknya tak ubah seperti perempuan penggoda.

Khaira Eryna yang melihat tingkah Damia itu langsung tidak beriak.Tiada niat untuk mencampuri urusan mereka berdua.Sesekali matanya melirik ke arah luar pagar.Memerhati andai kelihatan bayangan kereta Danish Xavier di situ.

"Er... Daniel,I rasa baik you hantar Damia balik.Lagi pun you tak kesian ke dengan dia?Takkan you sampai hati nak biar dia naik grab sorang-sorang.Bahaya tau."Khaira Eryna cuba memujuk.Malas mahu menonton drama tidak berbayar di situ.

"Kalau I hantar dia,you macam mana?"

"I dah cakapkan I okay.Lagi pun pak guard ada dekat pondok tu.Cikgu-cikgu pun ramai yang belum balik lagi.Kejap lagi abang I sampailah.You pergi jelah hantar Damia."Khaira Eryna meyakinkan Daniel.Tidak mahu Daniel berlama-lamaan di situ.Dia sendiri sebenarnya tidak selesa jika duduk berdua-duaan dengan lelaki itu.Untung sahaja Damia muncul pada waktu yang tepat.

"See...Khaira pun minta you hantarkan I.Please Daniel..."Rayu Damia lagi sambil mengerdipkan matanya beberapa kali dengan wajah penuh berharap.

Daniel memandang Khaira Eryna dan Damia silih berganti.Lambat-lambat kepalanya diangguk.Akhirnya dia terpaksa juga bersetuju untuk menghantar Damia pulang.Itu pun kerana desakan daripada Khaira Eryna.Ikutkan hatinya,dia lebih rela terus pulang ke rumah dan meninggalkan Damia pulang sendiri.Tetapi tidak mahu dipandang serong oleh Khaira Eryna,dia akur.

Helmet yang tersedia di dalam beg galasnya dikeluarkan.Lalu diserahkan kepada Damia.Dengan senyuman lebar,Damia menyambut huluran Daniel sebelum helmet itu disarung di kepalanya.Motosikal kembali dihidupkan.Tanpa dipinta Damia terus naik di tempat duduk belakang motosikal tersebut.Pinggang Daniel dipeluk erat.Sengaja mahu membuat Khaira Eryna merasa cemburu walaupun pada dasarnya Khaira Eryna langsung tidak merasa cemburu mahupun iri hati dengan perlakuan Damia itu.

"Khaira,take care.Kita jumpa esok.Anything let me know."Pesan Daniel sebelum visor helmetnya diturunkan menutupi wajah.

Khaira Eryna hanya mengangguk kecil.Melihat balasan gadis itu,Daniel terus menunggang motosikalnya keluar dari perkarangan sekolah.Khaira Eryna menarik nafas lega.Baru sahaja dia mahu menyambung perjalanannya keluar dari pagar sekolah,kedengaran deruman enjin kereta tidak jauh dari tempat dia berdiri.Kelihatan kereta milik Danish Xavier sedang dipandu laju lalu berhenti di hadapannya.

Cermin tingkap kereta dibuka.Kaca mata hitam yang dipakai dibuka.Sepasang mata hazel itu sedang menatap tajam ke arah Khaira Eryna.

"Kau tunggu apa lagi tu?Takkan kau nak tunggu putera raja bukakan pintu kereta untuk kau.Masuk!"Arah Danish Xavier sedikit dingin.

Tanpa banyak bicara Khaira Eryna menapak ke arah kereta Danish Xavier sebelum merombos masuk ke dalam perut kereta.Khaira Eryna hanya diam membisu.Tiada niat untuk beradu mulut dengan jejaka itu.Dia letih.Sudahlah cuaca hari ini agak panas.Ditambah pula dengan kaki yang lenguh kerana penat berdiri lama.Lebih baik dia tidak membalas kata-kata Danish Xavier itu.Nanti dia sendiri juga yang sakit hati.

"Pantang aku lambat sikit.Sempat lagi kau menggatal dengan budak lelaki tu."

Khaira Eryna berkerut kening.Dia menoleh ke arah Danish Xavier.

"Budak lelaki mana pula ni?"

"Huh,kau ingat aku tak nampak ke?Aku perhatikan je kau dari jauh.Budak lelaki yang naik motor besar tu.Yang teman kau tadi."

"Daniel?"

"Tak kisahlah apa nama dia sekalipun.Yang penting aku tak suka kau rapat dengan dia.Tengok muka dah tahu muka buaya."

"Eh,awak ni!Suka-suka je panggil orang lain buaya.Saya tengok dia baik je.Tak ada pula dia menggatal dengan saya.Lagi pun tadi dia temankan saya je.Sebab tunggu orang tu lama sangat.Naik kebas dah berdiri depan tangga sekolah tu.Sebab tu saya jalan kaki sampai depan ni.Mana tahu Daniel tu nampak saya.Lepas tu dia terus berhenti depan saya.Dia nak tumpangkan saya.Saya cakaplah saya tunggu awak datang jemput saya."

"Alasan.Padahal kau suka je lelaki tu tumpangkan kau.Nasib baik budak perempuan tu datang minta tolong hantar dia balik.Kalau tidak,ntah-ntah kau pun ikut dia sekali naik motor tu.Perempuan...Pantang kena ayat.Cair!"

"Eh,eh,eh...Mamat ni dah kenapa tiba-tiba nak meroyan.Aku yang tunggu dia lama,patutnya aku yang marah.Ni terbalik pula.Dia pula yang marah aku."Omel Khaira Eryna di dalam hati.Memicing matanya melihat Danish Xavier.Mahu sahaja dicengkam leher Danish Xavier hingga tidak boleh bernafas.Namun,dia cuba sabarkan diri.

"Saya bukan perempuan macam tu.Boleh tak awak gerak sekarang?Saya nak balik.Penat."

"Penat dia je fikir.Penat kita dia tak fikir pula."

"Kalau penat cepatlah balik.Boleh rehat dekat rumah.Dia yang lambat,dia pula yang membebel.Ingatkan selama ni bisu."Gerutu Khaira Eryna sendiri.Tetapi masih dapat didengari oleh Danish Xavier.

"Kau kutuk aku?"Soal Danish Xavier dengan kening diangkat sebelah.

"Mana ada?Cepatlah kita balik.Dah lewat ni.Saya tak naklah bersoal jawab dengan mommy.Tapi...Tak tahulah kalau awak suka mommy tanya awak macam-macam."

"Ya,kita nak gerak baliklah ni.Tapi kau kena ingat pesan aku.Jangan rapat dengan lelaki tu lagi.Aku rasa Darwish pun tak suka kau rapat dengan dia.So,be careful."Pesan Danish Xavier sebelum memandu keretanya keluar dari perkarangan sekolah.

Khaira Eryna mengeluh kecil.

"Fine.Saya tak akan rapat dengan dia.Itu pun kalau awak tak lambat ambil saya lagi.Kalau susah sangat,saya balik je baik grab.Tak pun minta daddy atau mommy ambil."

"No,aku tak benarkan!Selagi Darwish tak masuk sekolah lagi,aku akan hantar dan ambil kau.Lagi pun mommy yang minta aku jaga kau.Er... Luka dekat kepala kau tu macam mana?Dah okay?"

Mendengar pertanyaan Danish Xavier,Khaira Eryna menyentuh dahinya yang ditutupi rambut itu.Meraba-raba luka yang sudah ditampal dengan plaster.

"Okay,dah tak sakit."Jawab Khaira Eryna pendek.Dia membuang pandangannya ke arah luar tingkap kereta.Keadaan kembali sepi antara mereka.Masing-masing kembali melayani perasaan sendiri.

Kereta Danish Xavier memasuki perkarangan villa.Elok sahaja kereta itu diparkir di bawah garaj,tangan Khaira Eryna laju membuka pintu.Beg sandangnya dicapai.Baru sahaja dia mahu melangkah keluar dari perut kereta,tangan Danish Xavier pantas menghalang.Lengan Khaira Eryna dilelar.Khaira Eryna menoleh ke tempat pemandu.Memandang pelik ke arah Danish Xavier.

"Ada apa?"

"Kau nak pergi mana?"

Khaira Eryna mengeluh halus.

"Nak masuklah.Nak bersihkan diri.Nak rehat.Kenapa?Saya nak kena minta izin awak ke sebelum nak masuk dalam rumah ni?"

"Tak.Kenapa kau nak minta izin pula?Kau bukan isteri aku pun."

"So,kalau macam tu,boleh lepaskan tangan saya?"Pinta Khaira Eryna sambil melirik ke arah tangannya.

"Ooh...."

Pegangan pada tangannya dileraikan.Khaira Eryna pantas berpaling semula ke arah pintu kereta.Dia mahu segera masuk ke dalam biliknya.Mahu merehatkan tubuh di atas katil.

"Aku nak minta maaf."

Danish Xavier menghela nafas lega saat ayat itu berjaya meniti di bibirnya.Sudah lama ayat itu ingin dilafaz kepada Khaira Eryna.Tapi ntah mengapa lidahnya seakan kaku untuk menyebut saat berhadapan dengan gadis itu.

Khaira Eryna membatalkan niatnya.Pintu kereta kembali ditutup.

"Awak cakap apa tadi?"

"Aku cakap aku minta maaf.Kau ni tak dengar atau pura-pura tak dengar?"

"Kalau nak minta maaf,biar dari sini.Bukan setakat dekat mulut je."Ujar Khaira Eryna sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah dada Danish Xavier.

"Kau tengok aku tak cukup ikhlas ke?"

"Lebih kuranglah.Tapi...Sebab apa awak nak minta maaf?Sebab awak ambil saya lambat dari sekolah?Kalau pasal tu tak apalah.Saya dah maafkan."

"Bukan pasal tadi je,tapi aku nak minta maaf pasal kejadian hari tu.Aku tuduh kau nak bunuh diri.Salah aku sebab tinggalkan kau.Kalau tak,mesti perkara tu tak akan terjadi."

Khaira Eryna terdiam seketika.Kembali menoleh ke arah Danish Xavier di sebelahnya sebelum segaris senyuman nipis terukir di bibirnya.

"Tak apa.Perkara dah lepas pun.Saya tak nak ingat dah."

"Tapi...Aku dah buat dahi kau berparut."Ujar Danish Xavier dengan rasa bersalah.Tanpa sedar jarinya sedang menyelak rambut yang menutupi dahi Khaira Eryna.Plaster yang menutup luka diusap lembut.

Terkejut dengan perlakuan spontan Danish Xavier,Khaira Eryna pantas mengalihkan tangan Danish Xavier dari terus menyentuh wajahnya.

"Tak ada apalah ni.Luka tu kecil je.Lama-lama nanti hilanglah parut tu.Tak payah risau."

Khaira Eryna mengukir senyuman hambar.Sedar akan keterlanjuran perbuatanya itu,Danish Xavier cuba beriak biasa.Dia kembali membetulkan duduknya.

"Okaylah kalau kau dah cakap macam tu.Lega aku dengar.Tapi...kenapa kau tak cerita hal sebenar pada mommy?Sorry aku curi-curi dengar perbualan kau dengan mommy malam tu.Sebenarnya aku terdengar.Kebetulan aku lalu depan bilik kau."

"Saya bukan mengadu domba.Lagi pun saya yang cuai.Tak tengok keadaan sekeliling.Kalau tidak,perkara macam tu tak akan berlaku.Maafkan saya juga sebab dah susahkan awak."

"Tak,kau tak susahkan aku pun.Aku okay je.Kalau macam tu...Kita dah kosong-kosong?"Danish Xavier menyuakan jari kelingkingnya pada Khaira Eryna.Khaira Eryna memandang jari dan tuan badan silih berganti.Danish Xavier menaikkan kedua-dua keningnya.

"Yup,kosong-kosong."Balas Khaira Eryna sambil tersenyum senang sebelum jari kelingkingnya bertaut dengan jari Danish Xavier.

"Tok! Tok! Tok!"

Cermin tingkap kereta diketuk dari luar.Khaira Eryna dan Danish Xavier yang tersentak dengan bunyi ketukan itu pantas meleraikan tautan jari mereka.Pintu kereta dibuka.Khaira Eryna tersengih kecil.

"Kenapa lambat sangat keluar dari kereta?Danish ada cakap apa-apa dekat Khaira ke?"Soal Camilla dengan riak risau.

Khaira Eryna menggelengkan kepalanya.

"Tak adalah mommy.Abang Danish cuma minta maaf sebab lambat jemput Khaira tadi.Tu je."Jawab Khaira Eryna sambil mengerling ke arah Danish Xavier yang baru sahaja keluar dari perut kereta.

"Betul ni?Danish tak ada marah-marah Khaira?"

"Tak ada pun mommy.Abang Danish okay je dengan Khaira.Mm...Kalau tak ada apa-apa,Khaira nak masuk dulu.Nak bersihkan diri."

"Yalah.Nanti jangan lupa turun makan."

"Okay,mommy."Ucap Khaira Eryna sebelum kakinya melangkah masuk ke dalam villa.Seraya itu,Camilla dan Danish Xavier pula menyusul mengekori langkah Khaira Eryna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience