Bab 6

Drama Series 28132

Khaira Eryna menapak ke arah meja.Camilla dan Noah yang berada di situ mengalihkan pandangan ke arahnya.Rambut yang sedikit terjuntai di dahinya diperkemaskan.Menutup luka yang sudah ditampal dengan plaster.Dia melabuhkan punggung di atas kerusi bersebelahan Camilla.

"Morning daddy.Morning mommy."Sapa Khaira Eryna mesra.

"Morning,sayang.Cepat breakfast.Kejap lagi daddy hantar Khaira pergi sekolah.Hari ni Darwish terpaksa keluar awal sebab dia ada aktiviti luar sekolah."Ujar Camilla.Tangannya sibuk menyedok nasi goreng ke dalam pinggan Khaira Eryna.

"Okay,mummy.Semalam abang Darwish ada beritahu juga.Minggu ni sampai minggu depan jadual dia penuh.Dia ada futsal tournament katanya hujung bulan depan.Jadi dia busy berlatih.Memang jaranglah dia masuk sekolah."

"Baguslah kalau Darwish dah beritahu Khaira.Khaira okay ke kalau sorang-sorang dekat sekolah tu?Darwish tak ada temankan Khaira."

"Er...Okay je mommy.Kawan-kawan lainkan ada.Mommy jangan risau."

"You ni honey.Risau sangat dengan Khaira.Pandailah dia bawa diri.Lagi pun dia dah cukup dewasa untuk bezakan yang mana baik dan yang mana buruk."Celah Noah yang baru sahaja selesai menikmati sarapannya.

"B,you kena faham.I ni seorang ibu.Akan sentiasa risau kalau pasal hal anak-anak.Lagi-lagi anak perempuan macam Khaira.I bukan nak jadi overprotective,tapi hati I ni tak tenang kalau Khaira berseorangan dekat luar sana."Luah Camilla.

Noah menyentuh kekura tangan isterinya.Wajah Camilla ditatap redup.

"I faham perasaan you tu.Tapi you kena bagi Khaira peluang untuk kenal kehidupan dekat luar sana.Biar dia belajar berdikari.Selama ni pun dia dah biasa buat semua sendiri.Takut nanti dia rasa tak selesa kalau you asyik kongkong dia macam ni.You kena bagi sedikit kebebasan pada dia."Nasihat Noah pada isterinya.

"Khaira,mommy ni terlalu mengongkong Khaira ke?Khaira tak selesa ke dengan cara layanan mommy pada Khaira?"Soal Camilla inginkan kepastian dengan kata-kata suaminya sebentar tadi.

"Eh,tak adalah mommy.Khaira okay je.Mommy tak kongkong Khaira pun.Khaira tahu mommy nak yang terbaik untuk Khaira.Mommy risaukan Khaira.Khaira faham.It's okay,daddy.Khaira suka mommy ambil berat pasal Khaira.Khaira rasa lebih disayangi.Sekurang-kurangnya Khaira tak adalah terlalu rindukan arwah baba.Sebab Khaira rasa sangat dihargai.Sedikit pun Khaira tak rasa kurang kasih sayang dekat sini.Terima kasih mommy.Terima kasih daddy."

Camilla senyum segaris.Bahu Khaira Eryna dipaut sebelum tubuh gadis itu ditarik lembut dalam dakapannya.Khaira Eryna membalas pelukan ibu angkatnya dengan senang hati.

"You're welcome,sayang.Dah,cepat makan.Nanti lambat pula pergi sekolah."

Pelukan pada tubuh Camilla dileraikan.Khaira Eryna kembali menyambung suapannya.Sedang asyik menjamu selera,sapaan suara garau seseorang menyentak Khaira Eryna.Tingkahnya terhenti.Dia mengangkat wajah sebelum pandangannya terpasak pada wajah lelaki yang sedang mengambil tempat di hadapannya.Tanpa sengaja tatapan mata mereka bertemu.Pantas Khaira Eryna melarikan anak matanya ke arah lain.Masih terasa hati dengan kejadian kelmarin.

Sejak peristiwa itu,Khaira Eryna sering mengelak dari bertembung dengan Danish Xavier.Setiap kali dia mendengar Danish Xavier pulang dari kerja sudah pasti sepantas kilat dia berlari menyembunyikan diri di dalam bilik.Entah mengapa pagi ini dia boleh bertembung dengan lelaki itu.Ah,dia silap dalam percaturan masa! Sepatutnya dia keluar lebih awal dari biasa.

"Darwish mana mommy?Selalunya ada je dengar suara dia pagi-pagi macam ni."Tanya Danish Xavier sambil matanya meliar mencari kelibat adik lelakinya.

Tidak tahulah mengapa ringan pula mulutnya ingin berbicara hari ini.Tidak seperti kebiasaan.Dia banyak mendiamkan diri.Sempat juga dia mencuri pandang wajah gadis di hadapannya.Gadis itu hanya menunduk.Langsung tidak mahu mengangkat wajah.Hodoh sangat ke wajahnya hinggakan Khaira Eryna tidak mahu memandang ke arahnya?Atau mungkin gadis itu sudah bencikan dia kerana kejadian yang menimpa mereka kelmarin?

"Darwish ada latihan futsal.Pagi-pagi lagi dia dah keluar.Hari ni Danish tak ada meeting dekat luar ke?Lewat turun breakfast?"

Secangkir kopi panas yang sudah tersedia di hadapan mata disisip perlahan.Kembali menoleh ke arah ibunya dengan segaris senyuman.

"Ada,tapi meeting tu dalam pukul sembilan setengah.Malaslah Danish nak keluar awal-awal."

Camilla hanya mengangguk kecil.Khaira Eryna yang berada di sebelah hanya diam membisu.Menunduk.Leka menyambung suapannya.Tidak berani mengangkat muka bertatapan mata dengan lelaki di hadapannya itu.

"Khaira dah habis makan ke?Jom kita gerak.Nanti lambat pula."Celah Noah yang sejak dari tadi menanti Khaira Eryna selesai sarapan.

"Dah,daddy."

Khaira Eryna pantas bangun dari duduknya sambil menggalas beg di bahu.Tangan Camilla dicapai sebelum kekura tangan wanita itu dikucup lembut.

"Khaira pergi dulu mommy.Jumpa petang nanti."

"Yalah.Hati-hati."

Tanpa menoleh ke arah Danish Xavier,Khaira Eryna terus berlalu menuju ke pintu utama.Kasut disarung di kaki.Seraya punggung dilabuhkan di atas buaian menunggu Noah di garaj kereta.

"Honey,I gerak dulu.Lunch ni I tak balik.I ada lunch meeting dengan Borhan."Ujar Noah.Pipi Camilla dikucup lembut.Baru sahaja kakinya ingin melangkah menuju ke arah pintu utama,panggilan Danish membuatkan dia berpaling semula.

"Daddy nak hantar Khaira?"

"Yup.Lepas tu daddy terus ke pejabat.Kenapa Danish tanya?"

"Er...Kalau macam tu daddy tak payahlah hantar Khaira.Daddy terus je pergi office.Biar Danish yang hantar Khaira.Lagi pun tempat meeting Danish tak jauh dengan sekolah Khaira."

Noah dan Camilla saling berpandangan.Terasa janggal apabila mendengar Danish Xavier dengan rela hati ingin menghantar Khaira Eryna ke sekolah.Walhal sebelum ini kedatangan Khaira Eryna langsung tidak disenangi oleh Danish Xavier.Hendak menolong gadis itu pun perlu dipaksa atau dipujuk rayu.Tiba-tiba pula dia berubah sikap.

"Danish pasti ke Danish boleh hantar Khaira?"Soal Camilla yang seakan tidak percaya dengan tindak-tanduk anak lelakinya itu.

"Boleh je mommy.Bukan Danish nak kena dukung dia pun.Drive kereta,bawa dia pergi sekolah jekan?Kebetulan kami menghala satu haluan yang sama.Kenapa?Mommy tak percayakan Danish?Mommy dan daddy takut Danish apa-apakan anak angkat mommy tu ke?"Duga Danish Xavier dengan riak selamba.

"Bukan macam tu maksud mommy.Mm...Tak apalah.B,biarlah Danish hantar Khaira.You pun senang,boleh terus pergi office.Awal you gerak,jalan pun kurang sesak."Ujar Camilla seraya membuat isyarat mata pada suaminya.

Noah yang seakan faham dengan maksud tersirat kata-kata isterinya itu,hanya menurut.Dia kembali melabuhkan punggung di kerusinya semula.Membiarkan Danish Xavier dan Khaira Eryna pergi dahulu.Setelah itu,barulah dia akan menyusul.

"Daddy ikut je.Tak kisahlah siapa pun yang hantar Khaira.Yang penting dia selamat sampai sekolah."

"Kalau mommy dan daddy dah izinkan,Danish gerak dulu.Nanti lambat pula anak perempuan mommy dan daddy tu sampai sekolah."

Setelah meminta diri, Danish Xavier pantas menapak ke arah garaj.Melihat Khaira Eryna yang sedang duduk termenung,Danish Xavier mendekati gadis itu.Nampaknya Khaira Eryna langsung tidak menyedari kehadirannya di situ.

"Masuk dalam kereta.Tak takut nama kena tulis dalam buku rekod sebab lewat sampai sekolah?"

Melintasi di hadapan Khaira Eryna sambil tangannya menekan alarm kereta.Tersentak dengan teguran Danish Xavier,Khaira Eryna pantas menoleh ke arah abang angkatnya.Memandang pelik saat mendengar kata-kata lelaki tu.Pintu kereta dibuka luas.Menanti Khaira Eryna masuk ke dalam keretanya.

"Kau tunggu apa lagi tu?Cepatlah!"

"Cepat?Nak pergi mana?"Tanya Khaira Eryna polos.

"Pergi pasar."

Semakin berkerut kening Khaira Eryna.Melihat riak wajah Khaira Eryna yang nampak blur, Danish Xavier mengeluh halus.Tanpa banyak bicara,gadis itu didekati.Lalu tangan Khaira Eryna dicapai sebelum ditarik ke arah kereta.

"Aku hantar kau pergi sekolah hari ni.Pakai seat belt."

"Tapi...Daddy cakap..."

"Daddy tak jadi hantar kau.Dia sibuk.Ada hal tiba-tiba.Dah,jangan banyak bunyi.Dah kira bagus aku yang hantar kau daripada kau kena tunggu grab."Danish Xavier mencipta alasan.Takkan dia hendak mengaku dia sendiri yang offer diri mahu menghantar Khaira Eryna ke sekolah?Jatuhlah air mukanya nanti.Pasti gadis itu akan berfikir yang bukan-bukan tentang dirinya.

Pantas pintu kereta ditutup.Danish Xavier berlari anak menuju ke tempat pemandu.Setelah itu,terdengar deruman bunyi enjin kereta Danish Xavier di hadapan villa.Lalu keretanya dipandu keluar dari perkarangan villa.

Menjengah kepala Camilla di sebalik pintu.Bibirnya menarik senyum.Noah yang sudah berdiri di sisinya dipandang sekilas.

"B,you rasa Danish tu dah berubah ke?"

"Maksud you,berubah macam mana?"

"Maksud I,mungkin Danish perlahan-lahan dah dapat terima kehadiran Khaira.Atau mungkin..."

"Mungkin apa,honey?You ni banyak betul andaian dalam kepala you tu.Dahlah,I gerak dulu."Potong Noah.Malas mahu ambil pusing kata-kata sang isteri.

Noah menghulurkan tangannya pada Camilla.Tanpa disuruh,tangan Noah disambut sebelum bibirnya mencecah kekura tangan suaminya.

********

Khaira Eryna membuang pandang ke arah luar kereta.Danish Xavier pula fokus pada pemanduannya.Cuma sekali-sekala matanya akan melirik ke arah Khaira Eryna yang membatukan diri di sebelah.Melihat keadaan yang hening tanpa sebarang suara,Danish Xavier berdehem membetulkan kotak suaranya.Cuba memecahkan keheningan antara mereka.

"Kau balik pukul berapa?Soal Danish Xavier memulakan bicara.Entah mengapa perasaan bersalah pada gadis itu semakin menebal dari hari ke sehari.Lebih-lebih lagi saat dia melihat perlakuan Khaira Eryna yang seakan cuba menghindarkan diri tiap kali terserempak dengannya.

Khaira Eryna menoleh memandang Danish Xavier.

"Awak tanya saya ke?"

"Taklah.Aku tengah tanya stereng ni."Perli Danish Xavier.

"Maaf,saya tak dengar awak tanya apa tadi."

"Aku tanya hari ni kau balik sekolah pukul berapa?"

"Ooh...Pukul dua petang.Macam biasa."Balas Khaira Eryna pendek.Tiada niat untuk memanjangkan bicara.

Mendengar balasan gadis itu,Danish Xavier hanya mendiamkan diri.Keadaan kembali sunyi.Di dalam hati,Khaira Eryna tidak putus berdoa supaya dia cepat sampai ke sekolah.Tidak betah duduk berduaan dengan lelaki ini.

Kereta yang dipandu Danish Xavier pantas membelok masuk ke dalam perkarangan sekolah. Keretanya diberhentikan betul-betul di hadapan tangga sekolah.Semua mata-mata yang berada di situ tidak lepas memandang kereta mewah yang memarkir di hadapan bangunan sekolah mereka.Tidak sabar menanti gerangan yang akan keluar dari kereta tersebut.

Seat belt dibuka.Seraya itu,pintu kereta ditolak ke arah luar.Tidak menghirau mata-mata yang memandang,Khaira Eryna mengatur langkah keluar dari perut kereta.Bulat mata-mata yang memerhatikannya.Siapa sangka pelajar baru sekolah mereka yang dilihat keluar dari kereta mewah tersebut.Timbul rasa cemburu di hati sebahagian pelajar perempuan di situ.

Belum sempat pintu kereta ditutup,panggilan Danish Xavier memberhentikan pergerakan Khaira Eryna.Khaira Eryna menunduk sedikit mencari wajah Danish Xavier di dalam kereta.

"Ada apa?"

"Balik nanti kau tunggu aku.Jangan pergi mana-mana.Nanti aku ambil kau dekat sini."

Berkerut dahi Khaira Eryna mendengar arahan Danish Xavier.

"Tak apalah.Saya boleh balik sendiri.Tak payahlah susahkan diri nak jemput saya."Tolak Khaira Eryna.

"Bukan aku yang nak sangat jemput kau.Mommy yang suruh.Kau nak mommy marah aku ke?"Sekali lagi Danish Xavier menggunakan nama Camilla pula sebagai alasan.

Pantas Khaira Eryna menggelengkan kepala.

"So,be a good girl.Dengar cakap aku."

Malas mahu bertekak,Khaira Eryna akur.Dengan hati yang berbuku,pantas pintu kereta dihempas kuat.Menunjukkan rasa tidak puas hatinya dengan sikap memaksa Danish Xavier.Terhenjut bahu Danish Xavier dengan tindakan Khaira Eryna.Dia menghempas nafas berat.

Setelah memastikan Khaira Eryna selamat masuk ke dalam bangunan sekolah,barulah Danish Xavier memandu keretanya keluar dari perkarangan sekolah itu.

"Hi,siapa yang hantar you tadi?"Sapa Daniel,rakan sekelas Khaira Eryna yang tiba-tiba muncul di hadapannya.

"Abang I.I mean abang angkat.Abang kepada Darwish."

"Ooh...You dah breakfast?"

Khaira Eryna mengangguk kepala sambil tersenyum nipis.Melihat senyuman Khaira Eryna sahaja sudah cukup membuatkan jantung Daniel berdegup kencang.Inikan pula bila berhadapan dengan gadis itu,semakin tidak keruan dibuatnya.Untung sahaja selama dua minggu ini Darwish Xayden tiada di sekolah.Mudah bagi Daniel untuk mendekati Khaira Eryna.Dapat jalan beriringan dengan gadis itu pun dia sudah rasa bahagia.Jika tidak,bukan setakat mahu jalan bersama,mahu menyapa pun suaranya seakan tersekat di kerongkong.Melihat pandangan tajam Darwish Xayden sudah cukup membuatkan semua pelajar di situ tidak berani mendekati Khaira Eryna.Apatah lagi mahu menyakiti gadis itu.Memang silap besar!

"Baru I nak ajak you breakfast dekat kantin.Tapi tak apalah.Waktu lunch nanti kita keluar sama.Boleh?"

"Boleh je."Balas Khaira Eryna lembut.Hampir gugur jantung Daniel dibuatnya.Merdu sahaja suara Khaira Eryna menyapa gegendang telinga.Semakin melebar senyuman Daniel.

"Thanks Khaira.Tak sabar nak tunggu waktu rest.Come,I'll help you carry your bag."

"Eh,tak apa.I boleh bawa sendiri.Lagipun beg I ni ringan je.Jomlah kita masuk kelas.Nanti kalau kita lambat kena denda pula dengan Miss Bella."Tolak Khaira Eryna sopan.Mereka terus mengatur langkah menuju ke dalam kelas.

Melihat Khaira Eryna dan Daniel berjalan beriringan masuk ke dalam kelas,semua mata terarah pada mereka.Tanpa menghiraukan mata yang memandang Khaira Eryna dan Daniel berjalan ke tempat duduk mereka.

"Kau tengok si budak baru tu.Bila Darwish ada,langsung dia tak pandang budak lelaki lain.Tapi bila Darwish tak ada,sibuk menggatal dengan orang lain.Taste boleh tahan.Nak yang hensem je.Kalau muka-muka macam mamat nerd tu langsung tak nak pandang."Ujar Natasha sambil mengerling Khaira Eryna dengan hujung matanya.

"Yelah.Bajet dia cantik sangatlah tu.Cantik lagi kawan aku ni.Betul tak Natasha?"Puji Lutfiya sambil melirik ke arah Damia yang duduk di sisinya.

Damia yang mendengar pujian rakannya itu beriak bangga.Sempat dia menjeling ke arah Khaira Eryna yang sedang leka berbual bersama Daniel.Salah seorang pelajar lelaki yang menjadi pujaan para pelajar perempuan di sekolah mereka.

"Dia ingat dia boleh ganti tempat aku ke?Jangan mimpi.Aku akan pastikan Daniel tu akan get back semula pada aku.Bukan setakat tu je,aku juga akan pastikan hubungan dia dan Darwish tak akan kekal lama.Korang tengok jelah nanti."Damia tersenyum senget.

Lutfiya dan Natasha saling berpandangan.

"Kau ada plan ke,Damia?Tak bincang apa-apa pun dengan kitaorang.Senyap-senyap je buat plan sendiri."

"Ala....Nanti aku sharelah dekat korang berdua.Sebab aku perlukan pertolongan korang untuk pastikan plan aku ni berjaya."

"Wah,tak sabarnya!"Natasha menepuk-nepuk tangannya tanda teruja.

"Shhuuu...Perlahan sikit suara kau tu.Kantoi nanti kalau orang lain dengar."Marah Damia dalam nada berbisik.

Natasha pantas menekup mulutnya dengan telapak tangan.Sedar akan khilafnya,dia tersengeh kecil.

"Sorry...Sorry...Terlebih excited pula.So,apa plan kau?Bila nak start?"Soal Natasha tidak sabar.

"Tak lama lagi.Aku akan buat dia malu besar.Korang tengok jelah nanti."Nada Damia sedikit sinis.

Belum habis berbincang,kemunculan Miss Bella mengejutkan mereka bertiga.Terkocoh-kocoh mereka kembali ke tempat masing-masing.Melihat wajah ketat Miss Bella,semua pelajar mula menumpukan perhatian ke arah guru kelas mereka itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience