Bab 22

Drama Series 23172

Ramai tetamu yang mula hadir memeriahkan majlis di banglo Damia. Rata-rata semuanya rakan-rakan sekolah dan kenalan rapat keluarganya. Yang hadir juga adalah daripada kalangan elit dan orang-orang kenamaan.

Khaira Eryna melangkah keluar dari perut kereta saat kereta berjenama McLaren GT berwarna biru milik Darwish Xayden terpakir di hadapan banglo milik keluarga Damia. Gaun malam yang terletak di tubuhnya diperkemaskan sambil menanti Darwish Xayden turun dari tempat duduk pemandu.

"Khaira, are you okay?" Soal Darwish Xayden di sisi Khaira Eryna saat melihat riak gugup di wajah gadis itu.

Khaira Eryna hanya mengangguk kecil. Bibirnya menarik senyuman tipis cuba menutup rasa berdebar di hatinya. Melihat balasan Khaira Eryna, pantas Darwish Xayden menghulurkan lengannya kepada Khaira Eryna sebelum mengajak Khaira Eryna masuk ke dalam banglo tersebut. Khaira Eryna terus memaut lengan sasa abang angkatnya itu. Lengan Darwish Xayden dipeluk erat.

"Khaira, relax. Abang Darwish ada. Take a deep breath. Semuanya akan okay. Don't worry."

Khaira Eryna menggali dalam nafasnya. Cuba menenangkan rasa gundah di dada. Lebih-lebih lagi saat melihat para tetamu yang hadir di majlis itu membuatkan dirinya terasa terlalu kerdil dan serba kekurangan.

"Khaira okay. Jomlah kita masuk." Pinta Khaira Eryna. Dia mahu segera berada di majlis Damia itu kerana dia tidak merancang untuk berada lama di situ. Dia mahu pulang awal dan tidak mahu berlama-lamaan di parti tersebut.

Mendengar permintaan adik angkatnya, Darwish Xayden terus membawa Khaira Eryna masuk ke dalam banglo keluarga Damia. Matanya tidak lepas mengitari keadaan sekeliling.

"Abang Darwish ada nampak Damia ke?" Tanya Khaira Eryna saat kakinya mencecah lantai banglo tiga tingkat itu.

"Apa kata kita pergi tengok dekat dalam. Mungkin dia tengah tunggu Khaira dekat sana."

Khaira Eryna hanya menurut. Dia hanya mengekori langkah Darwish Xayden tanpa sedikit pun melepaskan pegangan tangannya pada lengan abang angkatnya itu.

"Khaira!"

Terdengar seruan nama Khaira Eryna dari arah tepi kolam renang. Khaira Eryna dan Darwish Xayden menoleh ke arah suara tersebut. Kelihatan Damia dan rakan-rakannya sedang melambai tangan ke arah Khaira Eryna.

"Itu pun dia orang. Abang teman Khaira ke sana, ya?"

"Boleh. Kawan-kawan abang Darwish pun ada juga ke?"

"Ada. Abang ajak dia orang datang sekali. Lagipun Damia memang ajak kita semua. Khaira, jaga langkah. Pegang abang kuat-kuat."

Khaira Eryna angguk kepala. Dengan berhati-hati dia berjalan beriringan bersama Darwish Xayden menuju ke tempat Damia.

"Hi, Khaira. Hi, Darwish. Ingat tak jadi datang tadi." Sapa Damia di sisi Lutfiya dan Natasha.

"Sorry lambat. Ada hal sikit dekat rumah."

"Khaira, abang nak pergi jumpa kawan-kawan abang dekat sana sekejap. Khaira tunggu abang dekat sini. Sekejap lagi Zaza mungkin sampai. Damia, tolong tengok-tengokkan Khaira untuk I."

"Ooh...boleh je. You jangan risau. Khaira pun kawan I. Takkanlah I nak buat perkara tak baik pada dia. Just enjoy the party."

Darwish Xayden hanya mengangguk kecil. Lalu dia berlalu ke arah rakan-rakannya. Khaira Eryna sekadar memerhati dari ekor matanya.

"So, Khaira. Apa pendapat kau tentang parti aku ni? Kau okay ke? Selesa?" Soal Damia ramah.

"Okay je. Cuma aku belum biasa dengan parti-parti macam ni. Mungkin lama-lama nanti aku akan terbiasa."

Damia, Natasha dan Lutfiya saling berpandangan.

"Khaira, kau jangan cakap ini first time kau datang parti macam ni?" Celah Natasha.

"Yup. Ini kali pertama. But, it's okay. Aku boleh bawa diri aku."

Mereka hanya angguk mengiyakan balasan Khaira Eryna.

"Tasha, kau pergi ambilkan Khaira air minuman. Kesian dia. Mesti tengah dahaga." Arah Damia sambil memberi isyarat mata kepada Natasha.

Natasha yang memahami akan isyarat mata sahabat baiknya itu hanya menurut. Dia terus berlalu ke arah meja buffet untuk mengambil minuman. Membiarkan Damia dan Lutfiya melayan Khaira Eryna. Sementara dia melakukan tugas yang diamanahkan oleh Damia kepadanya.

"Khaira, sorry lambat." Sapa Zaza yang sedikit termengah-mengah mencari nafas.

"Zaza, lamanya kau ni. Kau berlari ke? Nampak letih sangat." Balas Khaira Eryna saat menyedari kehadiran Zaza di sisinya.

"Jalan sesak tadi. Damia, sorry. Parti dah mula ke?"

"Tak apa. Parti baru je start. Kau mesti tengah haus. Apa kata Lutfiya bawa kau ambil air dan makanan. Aku nak berbual sikit dengan Khaira. Kau jangan risau. Dekat sini Khaira selamat. Tak ada sesiapa yang akan cederakan dia." Ujar Damia.

Zaza yang masih dalam kepenatan hanya menurut walaupun hatinya sedikit ragu-ragu mahu meninggalkan Khaira Eryna sendirian dia situ.

"Tak apa, Zaza. Aku okay. Lagipun abang Darwish pun ada dekat situ."

Khaira Eryna menghala jari telunjuknya ke arah Darwish Xayden yang sedang berbual dengan rakan-rakannya. Kelihatan mata Darwish Xayden tidak lepas memandang ke arah Khaira Eryna. Yakin keadaan agak selamat, Zaza menghela nafas lega.

"Kalau macam tu tak apalah. Aku pergi ambil makanan dulu. Nanti aku datang balik."

Khaira Eryna hanya mengangguk kecil. Zaza mula menapak mengikuti langkah Lutfiya. Melihat Zaza yang semakin menjauh, Damia tersenyum lega. Nampaknya segala rancangannya berjalan dengan lancar. Kini dia hanya perlu memerhati gerak geri Darwish Xayden. Dia perlu mengalihkan pandangan lelaki itu daripada terus memerhati Khaira Eryna.

"Er... Khaira, apa kata kita duduk dekat tepi sana. Tenang sikit. Dekat sini bingit bunyi lagu kuat sangat." Ujar Damia untuk meneruskan rancangannya.

Khaira Eryna yang agak polos itu hanya menurut. Tangannya ditarik lembut oleh Damia menuju ke satu sudut. Sedikit jauh daripada tetamu-tetamu yang lain. Sempat dia melambaikan tangannya ke arah Natasha yang sedang mencari keberadaannya.

Natasha pantas berjalan menghampiri Damia dan Khaira Eryna sambil membawa segelas air oren di tangan.

"Nah, minumlah Khaira. Sorry, tadi ramai sangat orang. Tu yang lambat."

Natasha menghulurkan gelas berisi air oren tu kepada Khaira Eryna. Khaira Eryna menyambut huluran rakannya itu.

"Damia, kau tak minum sekali?"

"Oh, kau minumlah. Aku dah minum tadi. Naik kembung pula perut aku. Tasha, aku lupa nak bagi Darwish dan kawan-kawan kita tu rasa dessert yang kita buat tadi. Nanti kau tolong ambilkan untuk Khaira juga." Sekali lagi Damia mengarahkan Natasha melakukan tugasnya. Kali ini untuk mengalihkan perhatian Darwish Xayden.

Tanpa banyak soal Natasha terus berlalu pergi. Meninggalkan Khaira Eryna dan Damia di situ. Khaira Eryna yang terasa haus mula meneguk air oren yang diberikan oleh Natasha. Hampir separuh gelas air itu diteguk. Khaira Eryna terasa lega. Dalam diam Damia kulum senyum. Nampaknya jeratnya sudah mengena. Sedikit masa sahaja lagi semuanya akan berakhir. Damia bersorak di dalam hati.

"Khaira, habiskanlah air tu. Tak baik membazir. Nanti aku tambahkan air untuk kau lagi." Pujuk Damia.

Khaira Eryna hanya menurut. Kali ini dia meneguk air di dalam gelas itu sehingga habis. Damia tersenyum sinis. Gelas di tangan Khaira Eryna diambil lalu diletakkan di atas meja kopi di hadapan mereka.

"Khaira, aku nak minta maaf. Sebenarnya aku cemburu bila Daniel rapat dengan kau. Kalau kau nak tahu Daniel tu bekas kekasih aku. Salah aku. Aku yang tak pandai nak hargai dia. Tapi bila aku nampak dia cuba rapat dengan kau, aku jadi sakit hati. Sebab tu aku layan kau macam tu. Aku dah menyesal. Aku sedar yang itu semua tak mendatangkan apa-apa faedah pun pada aku. Sekadar mengejar pada yang tak pasti." Damia berpura-pura sayu.

"Damia, aku dah lama maafkan kau. Aku tak ambil hati pun. Baguslah kalau kau dah sedar. Perjalanan kita masih jauh. Banyak perkara lagi yang kita boleh capai. Aku pun tak terfikir langsung nak rampas sesiapa daripada kau mahupun perempuan lain. So sekarang ni kita dah boleh jadi kawanlah?" Soal Khaira Eryna dengan riak gembira.

"Of course. Mestilah kita kawan." Balas Damia.

Mereka saling berpelukan. Tiba-tiba Khaira Eryna terasa sakit di bahagian kepalanya. Dia pantas meleraikan pelukan Damia. Jari-jemarinya mula mengurut kecil kepalanya. Perlahan-lahan pandangannya mula kabur. Melihat keadaan Khaira Eryna itu, Damia berpura-pura cemas.

"Khaira, kenapa ni? Kau okay tak?" Soal Damia perihatin.

Khaira Eryna menggelengkan kepalanya. Pandangannya terasa berpusing. Matanya terasa berpinar.

"Aku tak tahulah. Tiba-tiba kepala aku sakit. Damia, tolong panggilkan abang Darwish. Aku nak balik. Aku rasa tak sihat."

"Eh, awal lagi ni. Tak apa. Aku tolong bawa kau berehat dekat bilik aku. Nanti aku beritahu Darwish kau tak sihat. Jom, aku tolong kau." Pelawa Damia.

Khaira Eryna yang tidak boleh berfikir dengan waras hanya menurut. Damia pantas memaut erat tubuh Khaira Eryna. Lalu dia memapah Khaira Eryna keluar dari kawasan parti itu.

Darwish Xayden mula mencari-cari kelibat Khaira Eryna. Baru sahaja kakinya mahu melangkah ke arah tempat Khaira Eryna berdiri sebentar tadi, tubuh Natasha pantas menghalang.

"Darwish, you nak pergi mana? Ni Damia minta I hidangkan dessert untuk kau orang semua."

"Kejap lagi I makan. I nak cari Khaira."

"Ooh...Khaira ada je berbual dengan Damia dekat tepi kolam renang tu. You tak payah risau. Dia tengah berbincang pasal hal perempuan. Apa kata you makan dulu. Nanti I minta Khaira datang sini. Lagipun I nak bagi dia dessert ni juga." Pujuk Natasha dengan penuh yakin. Riak wajahnya dikawal sehabis baik.

Percaya dengan kata-kata Natasha, Darwish Xayden akur. Dia membatalkan niatnya untuk mencari Khaira Eryna. Dalam diam Natasha menghela nafas lega. Takut juga pujukannya tidak berjaya.

"Eh, Mia. Kenapa dengan kawan Mia ni?" Sapa ibu kepada Damia, Datin Sri Mona.

"Ooh, biasalah mommy. Budak baru nak belajar minum. Macam nilah. Mia nak hantar dia balik. Abang dia dah ada dekat keluar nak jemput dia." Ujar Damia tanpa riak bersalah.

"Lah....So, Damia larat ke nak papah dia ni? Nak mama suruh orang tolong Damia ke?"

"Eh, tak apa. Kawan Damia ni tak berat mana pun. Damia okay je. Damia pergi dulu. Takut abang dia tunggu lama."

Datin Sri Mona hanya mengangguk kecil. Sedikit pun tidak mencurigai perlakuan Damia. Sekadar memerhati langkah anak perempuannya dan sahabat anaknya yang separuh sedar itu berlalu keluar dari banglonya.

"Tengoklah tu Dato. Budak-budak perempuan sekarang susah nak cari yang betul-betul berakhlak."

"Tapi I tengok kawan anak you tu macam tak sihat je. Are sure nak biarkan anak you handle budak perempuan tu sendiri?" Soal wanita yang bergelar Dato di sisi Datin Sri Mona.

"Jangan risau. Pandailah anak I tu. Jom kita ke sana. Ada banyak perkara yang I nak bincang dengan you."

Akur dengan pelawaan sahabatnya itu, wanita yang bergelar Dato itu hanya menurut. Namun dalam masa yang sama kepalanya agak sukar berkalih dari memerhati gadis yang berada di samping Damia itu. Wajah gadis itu seakan mengingatkannya pada seseorang.

Dengan kudrat yang ada, Damia memapah tubuh Khaira Eryna ke arah sebuah kereta yang sedang menantinya tidak jauh dari banglonya. Kelihatan dua orang lelaki berjaket kulit sedang menanti mereka di sisi kereta. Melihat sahaja kehadiran Damia bersama seorang gadis, kedua-dua lelaki itu tersenyum lebar.

"Raz, makan besar kita malam ni. Damia cakap budak tu dara lagi." Ujar lelaki yang sedikit berkumis itu.

Rakan di sisinya tidak lekang dari senyuman. Damia mendekati lelaki-lelaki itu. Tubuh Khaira Eryna yang sudah tidak sedarkan diri sudah berpindah tangan. Kini tubuh Khaira Eryna sudah berada dipelukan lelaki berkumis itu.

"Duit aku dah transfer dalam akaun kau. Habis kerja aku bayar penuh. Ingat, buat kerja biar bersih!" Damia memberi amaran.

"Jangan risau. Tahulah kami nak handle budak ni. Baik kau blah sebelum ada orang nampak kau. Kita orang pun nak gerak ni."

Tanpa menunggu lama, Damia terus berlari anak masuk semula ke dalam banglo. Lelaki berkumis bernama Ray itu pula pantas memapah tubuh Khaira Eryna ke arah tempat duduk belakang kereta. Pintu kereta dibuka. Rakannya yang bernama Raz awal-awal sudah bersedia di tempat pemandu. Hanya menanti Rakannya masuk ke dalam kereta bersama gadis tersebut.

Namun, baru sahaja tubuh Khaira Eryna ditolak masuk ke dalam perut kereta, tiba-tiba tubuhnya ditarik kuat dari belakang. Lalu satu tumbukan padu terlayang di wajahnya tanpa sempat dia melihat gerangan yang menariknya. Ray jatuh tersembam ke tanah. Sedar rakannya diserang, Raz pantas keluar dari perut kereta. Mahu menyerang lelaki misteri itu dari arah belakang. Malangnya, lelaki misteri itu lebih pantas bertindak. Perut Raz ditendang kuat membuatkan Raz menunduk menahan kesakitan.Dia berundur beberapa tapak ke belakang.

"Siapa kau?! Kenapa kau pukul kami?" Soal Raz dalam kesakitan.

Lelaki misteri itu tersenyum sinis. Jari telunjuknya lurus menunjuk ke arah Khaira Eryna. Raz dan Ray saling berpandangan.

"Perempuan tu adik kami. Apa kena-mengena dengan kau?!" Ray mula meninggi suara. Dia cuba bangun untuk membalas serangan. Namun, belum sempat dia melayang tumbukan, kata-kata lelaki misteri itu memberhentikan tindakannya.

"Dia isteri aku! Kalau kau rasa kau nak hidup lama, lebih baik kau pulangkan dia pada aku. Kalau tidak, kau jangan salahkan aku kalau kau orang tidur dalam lokap malam ni!" Ugut lelaki misteri itu.

Sekali lagi Ray dan Raz berpandangan. Belum sempat mereka berkata-kata, sergahan suara Darwish Xayden menyentak mereka berdua. Pantas mereka berdua berlalu melarikan diri saat melihat beberapa orang lelaki sedang keluar mengejari mereka.

Tanpa berlengah tubuh Khaira Eryna dibawa keluar dari perut kereta. Lalu tubuh Khaira Eryna dicempung dan dibawa ke arah kereta lelaki misteri tersebut. Melihat perlakuan lelaki itu, Darwish Xayden pantas berlari mendapatkan lelaki itu. Membantu lelaki itu membuka pintu kereta sebelum lelaki itu meletakkan tubuh Khaira Eryna di bahagian tempat duduk penumpang sebelah pemandu.

"Abang, kau betul boleh handle Khaira? Sorry sebab aku careless."

Bahu Darwish Xayden ditepuk lembut.

"It's okay. Untung aku sempat sampai. Firasat aku tak pernah salah."

Darwish Xayden angguk kepala. Wajahnya sedikit kecewa dengan apa yang telah berlaku.

"Aku gerak dulu. Kau hantar Zaza balik. Pasal mommy dan daddy kau pandai-pandailah jawabkan untuk aku dan Khaira."

"Jangan risau. Yang penting Khaira selamat. Yang lain biar aku settle."

Tanpa berlengah lelaki itu terus masuk ke dalam perut kereta sebelum memandu keretanya keluar dari perkarangan banglo tersebut. Membawa Khaira Eryna jauh dari bandar itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience