"Oops, sorry!" Ucap Khaira Eryna yang tidak sengaja melanggar bahu seorang wanita. Dia pantas menundukkan sedikit kepalanya tanda minta maaf tanpa melihat gerangan di hadapannya.
"Khaira? Is that you?" Tegur wanita itu.
Khaira Eryna segera mengangkat wajah saat namanya meniti di bibir wanita tersebut.
"Auntie Sofea?"
"It's a small world. Tak sangka auntie jumpa Khaira dekat sini. Khaira buat apa dekat sini? Khaira seorang je ke?" Ujar Sofea dengan riak teruja.
"Er....Khaira teman mommy beli barang. Auntie...Khaira minta maaf terlanggar auntie. Khaira tak perasan tadi. So sorry..." Ucap Khaira sekali lagi. Meluahkan rasa bersalahnya.
"It's okay, sayang. Auntie tak marah pun. Khaira tak sengajakan? Jangan risau. Auntie tak ambil hati pun. Khaira kata tadi Khaira dengan mommy. Mana mommy? Auntie tak nampak pun." Soal Sofea sambil matanya mengitari keadaan sekeliling. Tercari-cari kelibat Camilla andai wanita itu berada berdekatan dengan mereka.
"Mommy pergi ladies sekejap. Auntie pun tengah shopping juga ke?"
"Er...taklah. Auntie jumpa kawan auntie tadi dekat cafe sana tu. Ingatkan lepas tu nak window shopping. Tak sangka boleh jumpa Khaira dekat sini juga." Balas Sofea. Sempat dia melirik ke arah tangan Khaira Eryna yang penuh dengan beg kertas.
"Banyak Khaira shopping?"
Khaira Eryna menggaru dahinya yang tidak gatal.
"Mommy yang shopping. Khaira teman mommy je."
Sofea hanya mengangguk kecil. Senyuman sedikit pun tidak lekang dari bibirnya. Matanya langsung tidak beralih dari terus menatap wajah ayu Khaira Eryna. Semakin menebal rasa sayangnya pada gadis itu. Lebih-lebih lagi saat dia sudah mengetahui kebenaran yang selama ini dia cari.
"Khaira, jom kita gerak." Ujar Camilla yang baru sahaja menapak ke arah mereka. Tanpa menyedari kewujudan Sofea di situ.
"Mommy, auntie Sofea."
Mendengar kata-kata Khaira Eryna, Camilla segera memusing tubuh.
"Sofea! Sorry...I tak perasan you dekat belakang." Ucap Camilla dengan riak bersalah.
"Tak apa. Kebetulan I terserempak dengan Khaira. Tu yang I teman dia sekejap sementara tunggu you."
"Thanks, Sofea. Maaf dah susahkan you."
"Tak ada yang susah pun. Khaira ni dah besar, bukan budak kecil pun. I saja borak-borak kosong dengan dia. Er...lepas ni you dengan Khaira nak ke mana?"
"Rasanya dah tak ada apa lagi nak beli. Maybe lepas ni kami terus balik. Kenapa Sofea?"
"Kalau macam tu, apa kata kita pergi lunch? Dah masuk tengahari ni. Apa kata you, Camilla?"
Camilla melirik pada jam di pergelangan tangannya. Sudah hampir pukul dua belas setengah tengahari. Spontan Camilla angguk kepala.
"Boleh juga. Boleh kita berbual panjang. Tapi kita nak pergi lunch dekat mana?" Soal Camilla.
Khaira Eryna yang berada di situ tiada niat untuk mencelah. Hanya setia sebagai pemerhati dan pendengar.
"Apa kata kita lunch dekat restoran sana? Dengar cerita makanan dia sedap. Tapi I belum berkesempatan nak mencuba. Itu pun kalau you setuju." Usul Sofea.
"I tak kisah. Yang penting perut kenyang. Khaira, okay ke? Atau Khaira ada cadangan lain? Khaira ada teringin nak makan apa-apa tak?"
Khaira Eryna geleng kepala.
"Khaira tak kisah. Khaira ikut je cadangan auntie Sofea dan mommy."
"Kalau macam tu, marilah kita ke sana."
Sofea terlebih dahulu mengorak langkah ke arah restoran. Camilla dan Khaira Eryna hanya mengekori langkahnya dari belakang.
"So, Khaira nak order apa? Dekat sini ada western dan makanan kampung juga. Khaira pesan je apa yang Khaira nak makan. Hari ni auntie belanja."
Khaira Eryna tidak terus membalas. Dia menoleh ke arah Camilla yang duduk di sisinya. Meminta pendapat daripada ibu angkatnya. Camilla hanya senyum segaris sebelum matanya kembali menilik menu di tangan.
"Khaira ni dia pemalu sikit orangnya. Selalu kalau keluar makan, dia jarang order makanan sendiri. Apa kata kita pesan set makan tengahari yang ni. Nampak macam menyelerakan. You macam mana, Sofea? Okay ke? Atau you nak pesan yang lain?" Soal Camilla sambil jari telunjuknya dilabuhkan di atas buku menu tersebut.
Sofea mengalihkan pandangannya ke arah menu yang ditunjuk oleh Camilla. Melihat sahaja menu yang dipilih, Sofea tersenyum lebar.
"I okay je. Lagipun menu ni memang favourite I. Set masakan kampung. Khaira macam mana pula? Ada nak tambah order ke?"
Khaira Eryna hanya menggeleng kecil. Dia bukan seorang yang cerewet dalam memilih makanan. Maka, apa sahaja pilihan ibu angkatnya, dia akan ikutkan sahaja.
"Khaira ikut je. Apa-apa pun boleh. Er...mommy, auntie, Khaira nak keluar sekejap boleh?"
Camilla dan Sofea saling berpandangan buat seketika sebelum beralih semula pandangan mereka pada Khaira Eryna.
"Khaira nak ke mana?" Soal Camilla dengan kening yang sedikit berkerut.
Sofea yang berada di situ turut tertanya-tanya.
"Khaira ada nampak kedai buku dekat depan sana tu. Sementara tunggu makanan sampai, Khaira ingat nak cari novel-novel baru. Boleh tak mommy?"
Air muka Camilla kembali tenang.
"Pergilah. Lepas dah siap beli nanti, Khaira terus ke sini semula tau. Jangan pergi mana-mana pula. Risau mommy nanti."
"Okay, mommy. Khaira pergi sekejap je. Kalau ada apa-apa Khaira akan call."
Setelah mendapat persetujuan daripada Camilla, Khaira Eryna terus sahaja mengatur langkah keluar dari restoran tersebut sebelum menuju ke arah kedai buku yang berdekatan.
Matanya meneliti satu persatu judul novel yang tersusun cantik di atas rak. Mencari novel yang menarik untuk dibaca. Sedang leka menatap salah satu novel di situ, sapaan seseorang membuat Khaira Eryna sedikit tersentak. Pantas dia menoleh ke arah gerangan yang menyapa.
"Daniel? You buat apa dekat sini?"
"Khaira, I ingatkan I salah orang tadi. Nasib baik mata I tak salah pandang. I kebetulan nak cari komik untuk adik I. Tak sangka pula boleh jumpa you dekat sini." Balas Daniel dengan riak teruja. Terjumpa dengan pujaan hati, siapa yang tak gembirakan? Bibirnya tidak lekang mengorek senyuman.
"Ooh...I pun tak sangka dapat jumpa you. Er...okaylah, I nak gerak dulu. Takut lama pula mommy I tunggu nanti." Ujar Khaira Eryna. Dia mahu segera beredar. Tidak betah berlamaan di situ. Berhadapan dengan lelaki itu. Pesanan Danish Xavier terngiang-ngiang di telinganya.
Novel yang berada di tangan segera di kembalikan di rak. Niat untuk membeli terus dibatalkan. Namun, baru sahaja dia mahu mengorak langkah, lengannya yang berlapik baju dilelar Daniel. Langkah kaki Khaira Eryna terhenti.
"Khaira, you masih cuba mengelak daripada I, kan?" Duga Daniel yang seakan dapat menangkap niat si gadis.
Khaira Eryna menggeleng laju. Wajahnya cuba dimaniskan.
"Eh, mana ada. I memang nak kena balik. Sebab dah lama sangat I dekat sini. Nanti risau mommy I tunggu I." Khaira Eryna cipta alasan.
Kening Daniel bertaut. Melirik ke arah tangan Khaira Eryna.
"Kalau dah lama, takkan tak ada satu buku pun yang you beli?" Soal Daniel dengan kening terangkat.
"Er...tak ada yang berkenan. Kebanyakan semuanya I dah baca."
"Really?" Soal Daniel dengan kening naik sebelah.
Khaira Eryna angguk laju.
"Daniel, I...."
"Khaira!"
Tidak sempat Khaira Eryna menyambung bicara, kedengaran satu suara menyeru namanya. Yang pasti Khaira Eryna tersangatlah mengenali suara yang memanggil namanya itu. Air liur diteguk kasar. Khaira Eryna dan Daniel menoleh ke arah gerangan yang berada di hadapan mereka. Melihat tatapan helang lelaki itu, Khaira Eryna pantas merentap tangannya yang masih berada di pegangan Daniel.
"Khaira, balik!" Nada Danish Xavier sedikit keras.
Tanpa sebarang bicara Khaira Eryna pantas mengorak langkah ke arah Danish Xavier. Wajahnya menunduk. Tidak berani menatap wajah dingin Danish Xavier.
"Daniel, sorry. I balik dulu." Ucap Khaira Eryna perlahan.
Danish Xavier pantas meraih tangan Khaira Eryna sebelum menuntun tangan gadis itu mengekori langkahnya keluar dari situ. Daniel yang terpempan dengan pandangan membunuh Danish Xavier hanya mampu bergeming di tempat dia berdiri. Memerhati gadis pujaannya dibawa pergi jauh darinya. Terbit keluhan berat meniti di bibir Daniel.
"Danish, lepaslah! Tangan saya sakit!" Ronta Khaira Eryna cuba meleraikan pegangan Danish Xavier. Tangannya direntap kuat. Pegangan Danish Xavier pada tangannya terlepas.
Danish Xavier memberhentikan langkah. Tajam menatap wajah gadis di sisinya itu.
"Aku dah banyak kali pesan dengan kau. Jauhkan diri kau dengan budak Daniel tu. Apa yang susah sangat kau nak faham? Patutlah beria nak ikut mommy keluar. Rupanya ada udang si sebalik batu. Sambil menyelam minum air." Bicara Danish Xavier sinis.
Khaira Eryna membesarkan kelopak matanya. Bulat matanya menancap wajah Danish Xavier. Terkejut dengan tuduhan yang dilemparkan oleh Danish Xavier.
"Awak kalau tak tahu apa-apa jangan nak menuduh, boleh tak? Awak ingat saya ni perempuan macam mana? Saya tak rancang pun nak jumpa dia dekat sini. Kebetulan masa saya tengah cari novel, kami terserempak. Bukan saya saja-saja nak pergi jumpa dia!" Nada Khaira Eryna sedikit tinggi. Sakit hatinya bukan kepalang.
"Ingat aku nak percaya?"
"Saya tak harap pun untuk awak percaya saya. Yang saya tahu saya tak ada buat salah. Bukan saya buat perkara tak senonoh pun dengan Daniel tu. Kami berbual kosong je."
"Berbual sampai kena pegang tangan?"
"Kenapa? Cemburu?" Duga Khaira Eryna. Entah di mana dia dapat keberanian. Laju sahaja ayat itu keluar dari mulutnya.
Riak tegang Danish Xavier sedikit mengendur. Terkejut dengan pertanyaan Khaira Eryna.
"Aku? Cemburu? Tak ada masa. Aku cuma tak nak kau terperangkap dengan buaya darat macam dia." Danish Xavier cuba menidakkan perasaan sebenarnya.
"Saya dah cukup dewasa, Danish. Saya boleh bezakan mana baik dan mana yang buruk. Pesanan awak tu saya tak pernah lupa langsung. Saya boleh jaga diri."
"Boleh jaga diri? Kalau kau boleh jaga diri, tak adalah kau hampir hilang maruah malam tu!"
Tanpa sedar kejadian lama itu diungkit kembali. Khaira Eryna terpempan. Panggung kepala menancap wajah Danish Xavier, bibirnya naik tersenyum sendeng. Tanpa sebarang bicara, Khaira Eryna berpaling tubuh sebelum berlalu meninggalkan Danish Xavier.
Sedar akan keterlanjuran kata-katanya, Danish Xavier menepuk mulutnya. Rambutnya diraup kasar. Terbit rasa bersalah dalam diri. Tidak menunggu lama, kakinya diatur mengejar langkah Khaira Eryna.
"Eh, Khaira dah siap beli ke? Cepatnya."
Khaira Eryna senyum tawar. Punggungnya dilabuhkan di sisi Camilla semula. Camilla dan Sofea saling berpandangan. Pelik melihat kebisuan gadis itu.
"Khaira, kenapa ni? Khaira tak sihat ke?" Soal Camilla dengan riak risau.
Khaira Eryna hanya menggeleng kecil.
"Khaira okay. Cuma tak sempat nak beli apa-apa tadi."
"Kenapa?" Soal Camilla dan Sofea serentak.
"Hi, mommy?" Sapa Danish Xavier yang baru sahaja menapak ke arah meja mereka.
"Eh, Danish. Tak masuk pejabat ke?"
"Tak. Ingat nak rehat hari ni. Tu yang lepas jumpa client tadi pergi jalan-jalan dekat sini. Tak sangka pula boleh jumpa Khaira dekat kedai buku tadi." Ujar Danish Xavier sambil mengerling ke arah Khaira Eryna yang duduk diam membisu.
"Oh, kalau macam tu bolehlah join kami lunch sekali?" Pelawa Sofea ramah.
"Betul tu. Alang-alang Danish dah sampai sini. Mari makan sekali." Giliran Camilla pula mempelawa anak lelakinya.
"Kalau auntie dan mommy dah cakap macam tu, Danish okay je."
"Come, duduk sebelah auntie." Sofea menganjak sedikit kerusinya. Memberi ruang Danish Xavier melabuhkan punggung di sebelahnya.
Melihat senyuman Danish Xavier yang duduk di hadapannya, Khaira Eryna menarik muka. Sempat dia memberi jelingan tajam pada Danish Xavier. Masih terasa hati dengan kata-kata lelaki itu sebentar tadi.
"Khaira, Khaira tak jawab lagi soalan mommy tadi. Kenapa Khaira tak jadi beli novel yang Khaira nak?" Sela Camilla.
Khaira Eryna berkira-kira untuk membalas. Akalnya laju mencipta alasan.
"Er...novel yang Khaira nak tu tak ada stok. Malas nak cari novel yang lain. Tu yang Khaira sekejap je dekat kedai buku tadi." Sekali lagi Khaira Eryna terpaksa berbohong.
"Ooh...ingatkan kenapalah tadi. Risau mommy tengok anak mommy monyok macam ni. Tak apa. Nanti kita cuba cari dekat kedai yang lain." Pujuk Camilla.
Khaira Eryna tersenyum nipis membalas kata-kata ibu angkatnya itu. Namun saat matanya bertemu dengan mata Danish Xavier, dia pantas melarikan pandangan. Wajahnya kembali masam mencuka. Danish Xavier yang mencuri pandang gadis di hadapannya Kulum senyum. Suka melihat wajah tidak puas hati gadis itu padanya.
Makanan yang dipesan sudah terhidang di atas meja. Mereka mula menjamu selera. Camilla melayan Khaira Eryna dengan mesra. Tidak sedikit pun perhatiannya beralih daripada Khaira Eryna. Sesekali Camilla dan Khaira Eryna saling bersuapan. Melihat kemesraan Khaira Eryna dan keluarga angkatnya itu membuatkan Sofea tersenyum sendiri. Gembira kerana gadis itu dilayan dengan baik dan disayangi seperti keluarga sendiri. Namun di sebalik rasa gembiranya, terselit rasa cemburu pada Camilla. Adakah dia akan berpeluang merasai kebahagiaan yang Camilla rasai? Bermanja dan bermesra dengan anaknya sendiri? Dalam hati Sofea merintih.
Share this novel