Bab 5

Drama Series 28132

"Aku tunggu kau dekat luar.Kau pilihlah apa yang kau nak beli.Dah siap panggil aku."Arah Danish Xavier saat mereka sampai di sebuah butik.

Khaira Eryna hanya menurut.Kakinya diatur ke dalam butik.Matanya mengintari sekeliling butik.Rambang matanya saat melihat baju-baju yang dijual di situ.Khaira Eryna menapak ke arah sebuah ruang yang bergantungan pelbagai jenis pakaian kasual untuk wanita.Dia menyelak satu persatu baju-baju di situ.Salah satu baju di situ dicapai.Ditilik lalu diacu ke tubuhnya.

"Nice.Sesuai sangat dengan kulit cik yang putih mulus ni."Puji jurujual yang berada di situ.

"Awak rasa baju ni sesuai untuk saya?"Tanya Khaira Eryna polos.

"Yup.Mesti cik nampak cantik dengan baju ni.Lagi pun ni semua koleksi baju terbaru dari butik kami.Ada banyak pilihan warna dan design.Cik pilihlah mana yang berkenan."

Khaira Eryna senyum segaris sambil membelek baju-baju yang lain.Setelah memilih beberapa helai pakaian di situ,Khaira Eryna menyerahkan baju-baju itu kepada jurujual.Lalu pakaian tersebut dibawa ke kaunter juruwang.

"Cik nak bayar cash atau cik nak guna kad kredit?"Soal juruwang tersebut.

Khaira Eryna termanggu seketika.Tidak tahu ingin membalas apa.

"Er...Sekejap ya."

Baru sahaja dia mahu berpaling untuk memanggil Danish Xavier di luar butik,ternyata lelaki itu sudah pun berada di sisinya.Tanpa sebarang bicara,sekeping kad kredit dihulur kepada juruwang tersebut.Mereka yang ada di situ saling berpandangan.Siapa sangka lelaki kacak yang baru sahaja menapak masuk ke dalam butik itu merupakan pasangan kepada gadis di hadapan mereka.

"Berapa semuanya?"Soal Danish Xavier dengan riak beku.Langsung tiada secalit senyuman di wajahnya.

"Semua sekali tujuh ratus lapan puluh sembilan ringgit."

Membulat mata Khaira Eryna saat mendengar jawapan daripada juruwang tersebut.Mana tidaknya,tiga helai pakaian sudah mencecah hampir lapan ratus ringgit.Timbul rasa bersalah dalam dirinya.

"Mahalnya!Aku pun satu,kenapalah aku tak tengok tag harga dekat baju tu semua?Main kaut je."Gumam Khaira Eryna di dalam hati.

"Okay,proceed."Ujar Danish Xavier.

"Ha!Proceed?Biar betul mamat ni.Mahal kot.Ish,tak boleh jadi.Nanti dia ingat aku sengaja nak ambil kesempatan dengan kesenangan keluarga dia pula.Aku kena buat sesuatu."Desis hati Khaira Eryna lagi.

Belum sempat juruwang itu meneruskan proses pembayaran,Khaira Eryna pantas menghalang.Semua mata tertumpu padanya.

"Kenapa,cik?Cik nak buat pertukaran ke?"Soal juruwang tersebut.

"Tak.Mm...Boleh tak kalau saya tak jadi beli semua?Saya beli sepasang je dulu."

Mendengar kata-kata Khaira Eryna,Danish Xavier pantas menarik tangan Khaira Eryna rapat dengannya.Melihat tingkah Danish Xavier,Khaira Eryna berkerut kening.

"Ish,awak ni dah kenapa tarik saya macam ni?"Soal Khaira Eryna tidak puas hati.

"Kau buat apa ni?Kau dah ambil lepas tu kau tak jadi beli pula.Kau jangan nak buat malu aku dekat sini boleh tak?Kan mommy dah pesan suruh kau beli baju baru dan barang-barang lain.So,kau beli jelah."Nada Danish Xavier separuh berbisik.

"Tapi baju dekat sini mahal sangatlah.Saya tak naklah susahkan awak.Nanti kita pergilah kedai yang lain.Kita cari kedai yang murah sikit."Bisik Khaira Eryna membalas kata-kata Danish Xavier.

"Yang kau kisah sangat mahal ke murah tu dah kenapa?Bukan kau yang bayar pun.Dah,beli je semua.Jangan buat malu aku pula."

"Tapi..."

Belum sempat Khaira Eryna menghabiskan kata-katanya,tubuh Khaira Eryna kembali ditolak menjauh.Lalu Danish Xavier menapak mendekati kaunter juruwang tersebut.

"Tak apa,miss.Dia beli semua ni."Ujar Danish Xavier.

"Tak,saya nak beli satu je.Maaf,ya."Celah Khaira Eryna tiba-tiba.

Danish Xavier memandang tajam ke arah Khaira Eryna di sebelah.Namun,sedikit pun Khaira Eryna tidak menghiraukan pandangan Danish Xavier itu.

Juruwang tersebut sudah memandang Danish Xavier dan Khaira Eryna silih berganti.

"Er...Maaf.Mana satu ni cik,encik? Sepasang atau semua sekali?"Soal juruwang itu inginkan kepastian.

"Sepasang."

"Semua."

Jawab Khaira Eryna dan Danish Xavier serentak.Juruwang itu sudah pening kepala.Kepala yang tidak gatal digaru kecil.Kusut melihat perbalahan dua orang pelanggan di hadapannya.

"It's okay.I take all."Tegas Danish Xavier.

Melihat wajah beku dan suara tegas Danish Xavier,pantas juruwang itu terus melakukan proses pembayaran.Terbit keluhan kecil di bibir Khaira Eryna saat melihat resit pembayaran dan kad kredit sudah diserahkan kepada Danish Xavier.Dengan riak mencuka beg kertas yang dihulur oleh juruwang itu diambil.

"Terima kasih cik.Datang lagi."Ucap juruwang tersebut dengan mesra.

"Sama-sama."Balas Khaira Eryna dengan wajah yang cuba dimaniskan.

Baru sahaja Khaira Eryna ingin menapak keluar dari butik,pantas lengannya dilelar oleh Danish Xavier.Terkejut dengan perlakuan lelaki itu Khaira Eryna merentap tangannya daripada pegangan Danish Xavier.Tidak suka diperlakukan seperti itu.Mencerlung mata Danish Xavier menatap Khaira Eryna.

"Saya boleh jalan sendiri.Tak perlu nak pegang saya."Tegas Khaira Eryna.Hilang sudah rasa gentarnya dengan jejaka di hadapannya itu.

"Kau ingat aku pun hadap sangat ke nak pegang tangan kau.Dah kau tu lembap sangat,aku terpaksalah buat macam tu.Cepatlah!Kalau bertekak je bilanya kita nak siap beli barang.Banyak lagi kerja aku nak buat lepas ni."Ujar Danish Xavier tidak mahu kalah.

Tanpa banyak bicara,Khaira Eryna berlalu meninggalkan Danish Xavier.Malas dia mahu bertikam lidah dengan lelaki itu.Kakinya diatur ke arah kedai yang menjual kasut dan beg.Di situ,Khaira Eryna mengambil masa lebih lama untuk memilih barangan yang lebih murah berbanding pakaiannya.Kini,dia lebih berhati-hati dalam membeli barangan supaya tidak boros dalam berbelanja.Semua tag harga pada kasut dan beg diteliti sebelum dipilih.Tidak mahu kejadian yang berlaku di butik berulang kembali.Dia juga tidak mahu Danish Xavier berprasangka buruk terhadapnya dan bertambah benci dengannya.

Sedang asyik menilik beg di rak,sapaan Danish Xavier menyentak Khaira Eryna.Khaira Eryna menoleh ke arah Danish Xavier dengan wajah yang berkerut.

"Ada apa?"

"Lamanya kau ni.Kau beli beg ke buat beg?Dah lebih setengah jam aku tunggu kau dekat luar tu.Apa yang kau buat lama sangat ni?"

Khaira Eryna berdecit kecil dan kembali menilik beg yang berada di hadapannya.Pertanyaan Danish Xavier langsung tidak dihirau.Melihat tingkah Khaira Eryna,Danish Xavier merengus kasar.Spontan beg di hadapan Khaira Eryna disambar lalu tangan Khaira Eryna dilelar sebelum tubuh gadis itu ditarik mengikuti derap langkah kakinya.Tersentak Khaira Eryna dengan tindakan Danish Xavier.Bulat matanya menatap belakang tubuh lelaki itu.Tangan yang berada dalam genggaman Danish Xavier cuba dileraikan.Namun Danish Xavier langsung tidak melapaskan pegangannya.Malah pegangan tangannya pada Khaira Eryna semakin erat.

"How much is this bag?"Soal Danish Xavier usai beg di tangannya diletakkan di atas kaunter bayaran.

Tangan Danish Xavier ditarik.Tetapi sedikit pun Danish Xavier tidak menoleh ke arah Khaira Eryna.

"Three thousand nine hundred.This bag has a twenty percent offer,sir."Ujar jurujual tersebut.

Terbuntang mata Khaira Eryna saat mendengar harga beg tersebut.Mana tidaknya,belum sempat dia menilik tag harga beg itu,ia sudah disambar oleh Danish Xavier.

"Okay.I take this bag and that shoes."Ujar Danish Xavier sambil tangannya terarah pada sepasang kasut di atas rak.

"Please help me to check her size.After that,give it all to her."

Mendengar kata-kata Danish Xavier,jurujual itu mengangguk kecil.Danish Xavier melepaskan pegangan tangannya pada Khaira Eryna.Kad kredit dikeluarkan dari poket bajunya sebelum dihulur kepada jurujual tersebut.Usai selesai proses pembayaran,Danish Xavier terus mengatur langkah keluar dari kedai tersebut meninggalkan Khaira Eryna termanggu sendiri.

Beg kertas bertukar tangan.Khaira Eryna pantas menapak keluar dari kedai tersebut.Dia menoleh kiri dan kanan,mencari kelibat Danish Xavier.Namun,batang hidung lelaki itu langsung tidak kelihatan.Khaira Eryna mengeluh kecil.Lalu berjalan di sekeliling mall mencari tempat untuk berehat.

Punggung dilabuhkan di sebuah bangku kayu yang berada di bahagian lobi.Melepaskan lelah setelah penat berbelanja.Sebelah tangannya naik memegang perut yang sudah berkeroncong minta diisi.Khaira Eryna mula merasa lapar kerana dia tidak sempat menjamah makanan sebelum keluar tadi.

"Mana Danish ni?Aku dahlah lapar.Nak beli makanan,mana aku ada duit.Tiba-tiba tinggalkan aku macam tu je.Nak call,nombor telefon pun aku tak tahu.Kalau ada nombor telefon pun,aku nak call guna apa?Aduh,macam mana ni?Mana aku nak pergi?"Keluh Khaira Eryna sendiri.

Hilang rasa penat,Khaira Eryna kembali bangun dari duduknya.Sekali lagi dia mengintari keadaan sekeliling.Mana tahu nasibnya baik,dapat berjumpa dengan Danish Xavier.Namun,kelibat lelaki itu masih tidak kelihatan.Akhirnya Khaira Eryna mengambil keputusan untuk pulang sendiri.Dia perlu mencari pengangkutan awam untuk pulang semula ke villa.Berkaitan dengan tambang,pandailah dia fikirkan nanti.

Khaira Eryna menapak ke arah luar mall.Mentari sudah pun melabuhkan tirai.Kini malam sudah pun menjelma.Khaira Eryna melihat kiri dan kanan jalan yang sedikit sibuk dengan kenderaan yang lalu-lalang.Dengan berhati-hati dia berdiri di bahu jalan.Berura-ura untuk melintas.Sedang dia menanti jalan raya sedikit lengang,tiba-tiba bahunya dirempuh oleh seseorang menyebabkan tubuhnya terdorong ke arah jalan besar.Khaira Eryna menoleh di bahagian kanannya.Kelihatan sebuah kereta sedang dipandu laju ke arahnya.Khaira Eryna buntu.Cemas!Kakinya seakan kaku untuk bergerak.Dia pantas memejamkan matanya dan hanya menunggu dirinya dirempuh.Bunyi hon kereta yang kuat dan mersik bunyi tayar menerjah ke gegendang telinga.Khaira Eryna pasrah.Matanya dipejam rapat.Pasrah dengan segala ketentuan.

Namun,di saat dia merasakan tubuhnya akan melayang dirempuh kereta,tiba-tiba terdengar jeritan satu suara memanggil namanya.Pantas tubuhnya ditarik kuat ke arah bahu jalan hingga menyebabkan dia jatuh tersebam.Khaira Eryna perlahan-lahan membuka kelopak matanya.Wajahnya diangkat.Dahi yang terasa perit disentuh dengan telapak tangannya.Baru sahaja dia mahu mengangkat tubuh,kelihatan susuk tubuh seorang lelaki sedang terbaring di sisinya.Khaira Eryna membesarkan kelopak matanya.Cuba untuk mengecam gerangan yang membantunya tadi.Alangkah terkejutnya saat matanya tertancap pada wajah lelaki itu.

Khaira Eryna kuatkan diri untuk bangun.Lalu tubuh lelaki itu didekati.

"Danish,Danish!Bangun!"

Danish Xavier membuka matanya.Saat wajah Khaira Eryna menghiasi pandangan mata,dia pantas gagahkan diri untuk duduk.Cerlung matanya menatap wajah Khaira Eryna.Riak wajahnya sedikit tegang.Walaupun dalam diam terselit kerisauan di hatinya.

"Kau memang nak bunuh diri ke?Nak mati!Kalau kau rasa kau memang dah malas nak hidup,boleh tak jangan sampai susahkan orang lain?Kau ada tak fikir perasaan mommy dan daddy?Tak kesian dengan diorang?"Lengking suara Danish Xavier menghemburkan amarahnya.Tidak hirau dengan mata-mata yang memandang.

Khaira Eryna terpempan.Tubir mata Khaira Eryna terasa panas.Langsung tidak menyangka Danish Xavier akan memarahinya sebegitu.Walhal itu bukanlah perlakuan yang disengajakan.Dia menunduk menekur ke bawah.Cuba menahan air matanya dari mengalir.Tiada niat untuk mempertahankan diri atas tuduhan yang dilemparkan oleh Danish Xavier.

Rambut diraup kasar.Mengutuk diri sendiri kerana gagal mengawal emosi.Tanpa banyak bicara tubuh Khaira Eryna dipaut sebelum ditarik dalam dakapannya.Sekali lagi Khaira Eryna terkejut dengan perlakuan Danish Xavier.Keliru dengan sikap lelaki itu.Baru sekejap tadi dia diherdik kerana disangkakan ingin membunuh diri.Kini,dia didakap kemas dalam pelukan lelaki itu.

"Kita balik."Ujar Danish Xavier senada.

Tanpa menunggu balasan,Danish Xavier kembali bangun sambil membantu Khaira Eryna mengangkat tubuh berdiri bersama.Beg-beg kertas yang bertaburan diangkat lalu dijinjit dengan sebelah tangannya.Sebelah tangannya lagi memaut erat lengan Khaira Eryna.Mereka berjalan seiringan menuju ke parkir kereta.

Usai sampai di villa.Khaira Eryna segera keluar dari perut kereta.Tanpa sebarang bicara dia melangkah laju masuk ke dalam villa.Danish Xavier langsung tidak menghalang atau menahan.Dia tahu apa yang dirasakan gadis itu saat ini.Maka,dibiarkan sahaja Khaira Eryna bertenang dulu.Beg-beg kertas di tempat duduk penumpang belakang dicapai sebelum dibawa masuk ke dalam villa.Sampai dimuka pintu,kepulangannya disambut oleh Camilla.Dia cuba mengawal riak wajahnya.

"Semuanya okay ke,Danish?"Soal Camilla saat Danish Xavier menapak masuk melintasinya.

Langkah Danish Xavier terhenti.Dia berpaling memandang ke arah Camilla.

"Mi,ni barang anak mommy.Nanti mommy pass barang tu dekat dia.Danish tak sempat nak bagi dekat dia tadi.Kalau tak ada apa-apa Danish masuk bilik dulu.Nak bersihkan diri."Ujar Danish Xavier sambil menghulur beg-beg kertas di tangannya kepada Camilla.

Beg-beg kertas sudah bertukar tangan.Danish Xavier kembali berpaling ke arah tangga villa.Baru sahaja hujung kakinya mencecah anak tangga pertama,namanya diseru Camilla.Terbit keluhan berat di bibirnya sebelum dia memusingkan tubuh menghadap ibunya.

"Ya,mommy.Ada apa?"

Camilla menapak mendekati anak lelakinya.

"Is everything okay?"

Danish Xavier berjeda.Lambat-lambat kepalanya diangguk.

"Kenapa mommy tanya?"Soalan dibalas soalan.

"Sebab mommy tengok Khaira menangis tadi.Mommy baru nak tegur.Tapi dia dah lari naik atas.Danish buat apa pada dia?"

Danish Xavier rasa bersalah untuk membalas.Tengkuknya diurut lembut.Menghilangkan rasa kurang senang di hatinya.

"Er...Mommy jangan risaulah.Mungkin dia letih sangat kot."

"Letih?Sampai menangis?Ke...Danish ada buat sesuatu pada dia?Atau cakap sesuatu yang buat dia terasa hati?"Duga Camilla.

Riak Danish Xavier berubah.Ibunya seakan dapat menghidu perkara yang sedang berlaku.

"Macam nilah,apa kata mommy tanya sendiri pada tuan punya badan.Mungkin mommy akan dapat jawapan.Lagipun Danish tak nak keruhkan lagi keadaan.She is your daughter.Maybe you know her well.Danish naik dulu.Nak berehat."

Tanpa menunggu lama,Danish Xavier pantas mengatur langkahnya semula menaiki tangga ke tingkat atas.Camilla menghempas keluhan berat.Melihat tingkah anak-anaknya,benar-benar membuatkan dadanya sedikit sesak.Dia menapak ke arah tangga menuju ke bilik Khaira Eryna.Mencari jawapan pada persoalan yang berlegar di fikirannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience