"Khaira,jauh termenung.Ingat siapa?"Sapa Darwish Xayden di belakang Khaira Eryna yang baru sahaja pulang.Menapak ke dalam villa matanya tertancap pada pintu gelangsar yang terbuka.Susuk tubuh gadis itu dilihat sedang termenung memandang dada langit hitam yang disinari cahaya bulan.
Khaira Eryna menoleh ke arah gerangan yang bersuara.Senyuman kecil terhias di bibir mungilnya.
"Tak buat apa-apa.Tengah baca buku."Balas Khaira Eryna sambil menunjukkan buku di sebelah tangannya.
"Buku dekat tangan.Tapi mata pandang langit?"
"Saja.Sambil membaca sambil menikmati keindahan malam."Balas Khaira Eryna senada.
Darwish Xayden menapak mendekati Khaira Eryna.Melabuh punggung di kerusi kosong bersebelahan gadis itu.Topi yang menutupi kepalanya dibuka.Rambut yang sedikit kusut dikemaskan dengan jari-jemarinya.Khaira Eryna sekadar memerhati.
"So,how is your school without me?Is everything okay?"Soal Darwish Xayden dengan kening terangkat sebelah.Batang tubuh yang sudah lelah disandarkan di dada kerusi.Menatap redup wajah mulus gadis di hadapannya.
"I'm fine.So far tak ada masalah apa-apa.Kenapa abang Darwish tanya?"
"Nothing.Just asking."Balas Darwish Xayden tanpa riak.
Khaira Eryna menjungkit bahu.Buku di tangan kembali dibuka sebelum menyambung bacaannya semula.Pandangan Darwish Xayden langsung tidak diendah.Fokusnya kini pada novel yang tanpa sedar sudah lama berada dalam simpanannya.Hadiah daripada sahabat baiknya,Jasmin.Baru hari ini dia berkesempatan untuk membaca.Itu pun tanpa sengaja dia terjumpa novel itu sewaktu mengemas barang-barang di dalam kotak peribadi miliknya.
"Novel cinta?"
Khaira Eryna sekadar mengangguk.
"Huh!Perempuan dengan novel cinta memang tak boleh nak dipisahkan.Tak ada buku lain ke nak baca?"
"Sebab jalan cerita dia best.Nak baca kena ada feel.Menghayati setiap watak yang penulis cipta dalam cerita dia.Baru datang keseronokan tu.Abang Darwish tahu apa?Sibuk sangat dengan sport je."Khaira Eryna cebik bibir.
"Sekurang-kurangnya abang Darwish buat sesuatu yang boleh sihatkan tubuh.Bukan macam Khaira.Duduk lepak.Berangan hero-hero khayalan semata."
"Berangan bukan kena bayar pun.Okay apa Khaira duduk rumah baca buku.Dari berpelesiran dekat luar tak tentu hala.Abang Darwish juga yang susah nanti."
"Betul juga tu.Tak apa.Kalau macam tu,nanti kalau abang Darwish dah free,abang Darwish bawa Khaira pergi kedai buku."
"Kedai buku?Nak buat apa?"
"Beli ikan.Mestilah beli buku.Nanti abang Darwish belikan novel banyak-banyak untuk Khaira.Boleh tambah koleksi novel dekat perpustakaan kita tu.Mm...Cakap pasal perpustakaan,Khaira dah try jelajah library dekat bilik hujung tu?"
Khaira Eryna menggeleng.
"Tak berkesempatan lagilah.Hari tu ada juga nak pergi,tapi tak jadi.Sebab abang Danish ajak Khaira keluar beli barang.Lepas tu terus lupa niat nak masuk library."
"Ooh...Tak apalah.Nanti kalau Khaira bosan tak tahu nak buat apa,boleh je habiskan masa dekat situ.So,macam mana Khaira dengan abang Danish,okay?"
"Okay macam mana maksud abang Darwish?"Kening Khaira Eryna sedikit berkerut.
"Maksud abang,layanan abang Danish pada Khaira.Dia masih dingin lagi ke bila bercakap dengan Khaira?"
"Okay sikitlah.Dah tak macam dulu.Cuma kadang-kadang perangai dia menyakitkan hati.Mulut dia pun boleh tahan.Boleh makan hati."
Darwish Xayden melepaskan tawa.
"Baguslah kalau macam tu.Tak adalah dia serius sangat.Tapi pelik jugalah kalau abang Danish layan Khaira macam tu?"
"Pelik?Tak ada yang pelik pun bagi Khaira.Dia pun lebih kurang abang Darwish juga.Tak bagi Khaira kawan dengan budak-budak lelaki dekat sekolah kita tu.Terutama sekali..."
"Daniel?"Potong Darwish Xayden.
"Macam mana abang Darwish tahu?Mesti abang Danish yang beritahukan?"
Darwish Xayden tayang sengih sambil menjungkit kening.
"Macam-macamlah yang dia cerita dekat abang Darwish?"Soal Khaira Eryna dengan nada tidak puas hati.
"Tak adalah semua.Cuma dia ada cakap yang dia tak berkenan dengan Daniel tu.Dia tanya abang Daniel tu orang dia macam mana?So,abang beritahulah dia apa yang abang tahu.Abang dah lama sekolah dekat situ.Dah masak sangat dengan perangai budak-budak dekat situ."
"Tapi Khaira tengok Daniel tu okay je.Tak kaki perempuan pun macam yang abang cakap."
"Sebab Khaira tak kenal dia lagi.Dahlah tak nak cerita pasal buaya tu.Buat rosak mood je.Abang Darwish nak beritahu ni,mungkin abang tak masuk sekolah sampai hujung bulan ni.So,Khaira terpaksalah tumpang daddy atau abang Danish buat sementara waktu ni."
"Apa?Lamanya.."Keluh Khaira Eryna.
"Kenapa mengeluh ni?Khaira ada masalah ke kalau naik kereta dengan daddy atau abang Danish?"
"Tak ada masalah pun kalau dengan daddy.Masalahnya abang Danish awal-awal dah cakap,selagi abang masih belum masuk sekolah,Khaira akan naik kereta dia pergi dan balik sekolah."Khaira Eryna tarik muncung.
"Baguslah kalau macam tu.Bukan senang tau abang Danish nak offer perempuan naik satu kereta dengan dia kecuali mommy.Khaira kira beruntung tau."
"Yalah tu.Khaira tak percayalah.Entah-entah dah ramai perempuan yang dia usung dekat luar tu.Abang Darwish mana tahu?Muka hensem macam abang Danish tu tak mungkin tak ada yang minat.Silap hari bulan perempuan keliling pinggang."
"Tak baik Khaira tuduh abang Danish macam tu.Abang Darwish tahulah.Setiap orang ada sejarah.Abang Danish pun tak terkecuali."
Mendengar kata-kata Darwish Xayden,novel di tangan ditutup,lalu diletakkan di atas meja kopi di hadapannya.Pandangannya dibawa menatap wajah abang angkatnya itu.Hati seakan tertarik ingin mengetahui tentang kisah silam lelaki yang bernama Danish Xavier.
"Abang Danish ada kisah silam?Maksud abang Darwish dia pernah putus cinta?"
"Maybe."
"Maybe?Tadi abang Darwish kata abang Danish tu ada kisah silam.Dia anti perempuankan? Jangan cakap abang Danish tu...."Tidak sanggup Khaira Eryna meneruskan kata-katanya.Seram!
"Khaira nak cakap abang Danish tu gay?"Duga Darwish Xayden tanpa berselindung.
"Shuu...Perlahanlah sikit suara tu.Nanti abang Danish dengar macam mana?"Nada Khaira Eryna separuh berbisik.Sempat mengintari sekeliling.Takut andai kelibat Danish Xavier ada di situ.
Terhembur tawa Darwish Xayden dengan perlakuan adik angkatnya itu.Kepalanya digeleng beberapa kali.
"Apalah Khaira ni.Boleh pula terfikir sampai macam tu.Tapi...Tak mustahil jugakan?Abang Darwish pun tak pernah terfikir macam tu.Yelah,dia kalau dengan perempuan memang tak ngam kecuali dengan mommy dan cik Moon.Tengok jelah masa Khaira mula-mula datang dulu.Dingin je."Darwish Xayden tiba-tiba menyokong.
"Betul tak Khaira cakap?Dia macam tak ada perasaan dekat perempuan."Tambah Khaira Eryna lagi.
Darwish Xayden berjeda.Hujung jari telunjuk dibawa mengetuk dagu.Seakan sedang memikirkan sesuatu.
"Ish,tak mungkin juga!Sebab bila dia dengan Khaira dia tak macam dia."
"Tak macam dia?Khaira tak faham."
"Cara dia layan Khaira tak sama macam dia layan perempuan lain."
"Mana abang Darwish tahu?Bukan abang Darwish pernah nampak pun dia layan Khaira macam mana.Ala...abang Danish tukan abang kepada abang Darwish.Mestilah abang nak back up dia."Keluh Khaira Eryna sambil bersandar di dada kerusi.
"Okay,bagi abang Darwish contoh yang buatkan Khaira fikir abang Danish tu 'gay'."Perkataan 'gay' ditekan.
"Contoh?"Soal Khaira Eryna.
Darwish Xayden angguk.Khaira Eryna mula berfikir.Digali memori tentang Danish Xavier.
"Contohnya macam petang tadi..."Khaira Eryna sudah mula membuka cerita.Darwish Xayden yang teruja dengan balasan Khaira Eryna mula menegakkan tubuh.
"Masa Khaira balik sekolah.Macam biasalah Khaira terus masuk bilik.Lepas tu...."
"Ehem!"
Tanpa sempat Khaira Eryna meneruskan cerita,terdengar suara seseorang berdehem di belakang mereka.Khaira Eryna dan Darwish Xayden memusing tubuh.Pucat wajah Khaira Eryna saat matanya tertancap pada susuk tubuh yang sedang berdiri di belakang kerusinya.Melihat riak beku lelaki itu Khaira Eryna teguk air liur kesat.
"Khaira,cepatlah sambung cerita tadi.Excited abang Darwish nak dengar.Abang Danish lagi teruja."Seloroh Darwish Xayden ingin mengenakan Khaira Eryna.
"Cerita apa?"Soal Danish Xavier ingin tahu.
Dia juga tidak sabar mendengar cerita yang ingin disampaikan oleh gadis itu.Lagi-lagi berkaitan dengan dirinya.Bukan dia tidak dengar apa yang dibualkan oleh Darwish Xayden dan Khaira Eryna sebentar tadi.Turun dari bilik dia terus menapak ke arah pintu gelangsar yang terbuka saat mendengar ilai tawa Darwish Xayden.Bersembunyi di sebalik tirai,dia mendengar setiap patah perkataan yang mereka bualkan.
Khaira Eryna terkaku seketika.Kejadian petang tadi bergentayang di ruang mata.Saat itu dia mula sedar sesuatu.
"Er...Lepas tu..threelah.Alamak,Khaira lupalah Khaira ada homework nak kena siapkan.Lain kalilah Khaira cerita.Khaira masuk dulu."Khaira Eryna mencipta alasan.
Tanpa berlengah,Khaira Eryna terus mengatur langkah laju masuk ke dalam villa.Tidak betah berlama-lamaan di situ.Lebih-lebih lagi apabila melihat tatapan tajam Danish Xavier padanya.Meremang bulu roma dibuatnya.Panggilan Darwish Xayden yang tidak putus-putus memanggil namanya langsung tidak diendah.
"Khaira!"
"Dahlah.Budak tu dah naik bilik pun."Potong Danish Xavier sebelum melabuhkan duduk di tempat Khaira Eryna sebentar tadi.
"Kau ni bang,tak sempat aku nak dengar cerita Khaira.Kau dah muncul.Tunggulah lama sikit."Ujar Darwish Xayden yang sejak tadi sudah perasan akan kehadiran Danish Xavier di sebalik pintu gelangsar.
"Tak payah nak dengar cerita mengarut budak tu.Makin lama aku biarkan makin banyak pula cerita yang bukan-bukan keluar dari mulut dia.Dahlah suka hati tuduh aku gay."Nada Danish Xavier sedikit dingin.
"Ala... Relaxlah.Dia bukan tuduh.Dia agak je.Salah abang juga.Siapa suruh anti sangat dengan perempuan."Ujar Darwish Xayden sembunyi senyum.
"Kau pun sama.Bukan nak back up aku.Lagi kau sokong dia adalah."
"Hahaha...Jangan muncung sangat.Hilang macho kau tu bang.Aku saja je layan Khaira tu.Aku kenallah abang aku macam mana.Kau lelaki normal.Sama macam aku.Macam daddy.Kalau tidak,kau takkan layan Khaira macam tukan?"
"Layan macam mana?Aku layan dia biasa jelah."
"Tapi kau tak macam aku.Kau tak pernah anggap dia macam adik kita punkan?Kau suka dia?"Duga Darwish Xayden.
Danish Xavier langsung tidak mengendahkan kata-kata adiknya itu.Wajahnya tidak beriak.
"Mengarut!Tak ada masa aku nak fikir pasal tu semua."
Matanya beralih ke arah meja kopi di hadapan mata.Novel di atas meja dicapai.Perlahan-lahan helaian novel itu diselak.
"Kau baca novel?"Soal Danish Xavier.Sengaja mahu menukar topik perbualan.
"Bukan aku punyalah.Bila masa pula aku jadi mamat bunga baca buku macam tu.Bukan type akulah baca buku-buku tebal macam novel ni.Novel ni Khaira punya."
"Ooh...Manalah tahu tiba-tiba kau beralih hobi.Kalau budak tu punya,aku tak peliklah.Tengok muka aku dah tahu minah kuat berangan."Ejek Danish Xavier.
"Kau ni suka sangat panggil dia budak.Dia tu dah dewasa.Sama umur dengan aku.Kalau kahwin,dah boleh beranak.Kalau jadi awek kau pun ngam juga."
"Jangan nak mula.Dia bukan taste akulah.Budak hingusan macam tu...No way!"
"Jangan cakap besar bang.Tiba-tiba Allah balikkan hati kau,baru kau tahu.Silap hari bulan,nak menempel je dengan 'budak perempuan' tu.Sekarang ni pun aku tengok kau dah makin rapat dengan dia.Ambil berat pasal dia.Kau sebenarnya dalam diam memang ada hati dekat diakan?Tak payah nak soroklah bang."
"Jangan nak merapek.Dia tu sekolah pun tak habis lagi.Apa kata kau masuk bilik pergi bersihkan diri.Dah seharian kau dekat luar.Tak penat ke?Tak berlengas?"
Darwish Xayden mengeluh halus.
"Penatlah.Mana tak penat.Training gila-gila sekarang ni.Kejap lagi aku masuklah.Nak renggangkan otot-otot ni dulu.Tadi baru je nak release tension dengar cerita Khaira,kau potong.Bang,kau rasa Khaira nak cerita apa tadi?Kau ada buat apa-apa ke dekat dia?"Sekali lagi Darwish Xayden menduga.Danish Xavier cuba mengawal riak wajahnya.
"Buat apa?Mana ada apa-apa.Dia sajalah tu nak reka cerita.Biar kau tak bosan borak dengan dia.Dahlah,malas aku layan kau.Baik aku masuk bilik baca novel.Best juga sekali-sekala layan buku macam ni.Aku cau dulu."Danish Xavier ingin mengelak.
Danish Xavier bangun dari duduknya.Novel yang berada di tangannya dibawa sekali.
"Eh,bang!Tu khaira punya!"Jerit Darwish Xayden.
"Aku pinjam dulu.Nanti aku pulang!"Balas Danish Xavier tanpa memandang ke arah adiknya.Langkahnya terus diatur ke dalam villa.
Melihat abangnya yang sudah beredar,bibir Darwish Xayden menarik senyum.
"Sampai bila kau nak sorok perasaan kau tu,bang.Sekilas ikan di air,aku tahu jantan betina.Inikan hati abang aku.Kita tengokkan jelah..."Bisik Darwish Xayden sendiri.
Share this novel
up lagi