Bab 35

Drama Series 24421

Pintu utama villa dua tingkat itu ditolak luas. Khaira Eryna yang berdiri di belakang Danish Xavier sejak tadi masih bergeming di tempat yang sama. Berat kakinya untuk melangkah. Berdebar ingin berhadapan dengan ahli keluarga angkatnya yang lain.

Melihat tiada tanda-tanda Khaira Eryna mengekori langkahnya, Danish Xavier pantas memusing tubuh. Lalu, tangan Khaira Eryna diraih dalam genggamannya sebelum menuntun gadis itu masuk ke dalam villa. Khaira Eryna akur membuntuti langkah Danish Xavier hingga ke ruang rehat. Penghuni di villa yang sudah sedia maklum akan kepulangan Khaira Eryna pantas menoleh ke arah Danish Xavier saat lelaki itu sudah mencecahkan kaki di ruangan itu.

"Khaira..." Seru Camilla saat matanya tertancap pada wajah Khaira Eryna yang berada di belakang Danish Xavier.

Perlahan-lahan Khaira Eryna mengalihkan tubuh. Kepalanya sedikit menunduk. Melihat tingkah si gadis, Camilla pantas bangkit dari duduknya sebelum menapak mendekati Khaira Eryna.

"Khaira dah lupakan mommy ke?" Soal Camilla dengan suara yang bergetar. Bahu Khaira Eryna disentuh lembut.

Lambat-lambat Khaira Eryna angkat kepala. Menatap redup wajah ibu angkatnya. Tanpa sebarang bicara, tubuh wanita itu didakap erat. Air matanya berderaian laju membasahi pipi.

"Mommy, maafkan Khaira. Maafkan Khaira sebab pergi tanpa pengetahuan mommy dan semua orang. Maafkan Khaira sebab dah buat mommy dan yang lain risau. I'm really sorry." Ucap Khaira Eryna dalam sendu.

Belakang tubuh Khaira Eryna diusap lembut. Dengan senyuman lega, Camilla membalas pelukan Khaira Eryna.

"Mommy tak salahkan Khaira. Mommy faham. Khaira perlukan masa dan ruang untuk diri Khaira sendiri. Cuma mommy terlalu risaukan Khaira. Takut kalau Khaira buat perkara yang di luar jangkaan." Ujar Camilla seraya meleraikan pelukan mereka.

"Mommy fikir Khaira akan buat perkara macam tu ke?"

Camilla senyum segaris.

"Maafkan mommy. Mommy terlampau risaukan Khaira sampaikan mommy asyik fikir yang bukan-bukan je. Maafkan mommy, sayang. Mommy cuma..."

Belum sempat Camilla menghabiskan kata-katanya, Khaira Eryna pantas memintas.

"Tak, Khaira tak salahkan mommy. Khaira yang salah sebab dah buat mommy fikir yang bukan-bukan pasal Khaira. Khaira janji Khaira tak akan lari lagi lepas ni. Khaira tak akan tinggalkan mommy." Tangan diangkat seakan sedang berikrar.

"Janji?"

"Khaira janji. Khaira tak akan lari lagi." Janji Khaira Eryna.

Camilla dan yang lain tersenyum senang. Camilla meraih tangan Khaira Eryna sebelum menuntun tangan Khaira Eryna ke arah ruang tamu. Menyertai ahli keluarganya yang lain. Khaira Eryna melabuhkan punggung di sofa, berhadapan dengan Darwish Xayden yang tidak berhenti memandangnya sejak tadi. Namun, Khaira Eryna pantas mengalihkan pandangannya. Takut menatap mata helang abang angkatnya yang seorang itu.

"Woi, kau kenapa pandang Khaira macam nak telan?" Sapa Danish Xavier yang baru sahaja melabuhkan punggung di sisi Darwish Xayden.

Darwish Xayden yang tersentak dengan sapaan abangnya sekadar geleng kepala.

"Saja je aku nak kenakan Khaira tu. Tahu pula dia takut bila aku pandang dia macam tu."

"Dah kau pandang dia macam harimau nak baham orang. Mestilah dia takut. Aku pun naik seram bila nampak kau tenung dia macam tu." Ujar Danish Xavier yang kurang senang dengan pandangan Darwish Xayden pada Khaira Eryna.

"Ala... Relaxlah. Takkan itu pun kau nak cemburu, bang? Aku tak ada niat apa-apalah. Saja nak gertak dia je. Suka-suka hati je nak main lari-lari. Bukan setakat mommy dan daddy je yang risau. Aku sebagai abang pun risau juga." Luah Darwish Xayden jujur.

"Dahlah... Lagipun dia dah selamat balik pun. Itu yang penting sekarang ni."

"Tapi aku tak sangkalah. Pandai juga abang pujuk Khaira balik ke sini. Dia tu pun boleh tahan keras kepala. Ke... Abang dah confess perasaan abang dekat dia?" Soal Darwish Xayden sambil mengangkat kedua-dua keningnya.

"Apa yang kau merepek ni, Darwish? Confess apa pula? Pandai je buat cerita." Danish Xavier cuba berselindung. Dia belum bersedia untuk berterus-terang tentang hubungannya dengan Khaira Eryna. Biarlah ia menjadi rahsia buat sementara waktu hingga masalah Khaira Eryna selesai.

"Okay. Kalau kau tak nak beritahu aku, tak apa bang. Nanti aku korek rahsia kau dengan Khaira." Ugut Darwish Xayden.

"Koreklah kalau kau nak korek. Yang pasti tak ada apa-apa pun yang berlaku. Aku cuma beritahu Khaira tentang perkara sebenar. Dia yang buat keputusan nak balik ke sini. Dia cakap dia nak dengar dari mulut auntie Sofea sendiri pasal kisah lama keluarga dia orang."

Darwish Xayden yang mendengar hanya angguk kepala. Jujur dia turut bersimpati dengan kejadian yang berlaku pada hubungan Khaira Eryna dengan ibu kandungnya itu. Dia hanya mampu berdoa agar hubungan Khaira Eryna dan ibu kepada gadis itu akan pulih.

"Memandangkan anak mommy ni dah balik? Mommy ingat nak buat majlis doa selamatlah malam esok. B, apa kata you?" Cadang Camilla sambil meminta pendapat daripada Noah.

"Sounds good. B okay je. Lagipun dah lama kita tak buat majlis dekat rumah ni." Sokong Noah.

Camilla tersenyum lebar. Matanya beralih pula pada anak-anaknya yang lain. Turut meminta persetujuan daripada mereka.

"Darwish okay je."

"Danish pun tak ada bantahan."

Kini semua mata terarah pada Khaira Eryna. Khaira Eryna hanya mengangguk kecil tanda setuju. Camilla hela nafas lega.

"Okay, kalau macam tu hal catering semua mommy akan uruskan. B, you dengan anak-anak uruskan hal jemputan." Camilla pantas membahagikan tugas.

"Er... Mommy, Khaira pula kena buat apa?" Soal Khaira Eryna yang tidak senang saat namanya tidak disebut.

Camilla senyum segaris. Bahu Khaira Eryna dipaut lembut.

"Khaira tak payah buat apa-apa. Khaira dah ada depan mata mommy pun mommy dah happy. Lagipun kami nak raikan kepulangan Khaira. So, Khaira just stay calm and relax. Yang lain biar kami semua uruskan."

"Tak apa ke? Macam tak sedap pula kalau Khaira tak buat apa-apa."

"Betul. Khaira tak..."

"Ada. Abang Darwish ada kerja untuk Khaira." Pintas Darwish Xayden tanpa sempat Camilla menghabiskan kata-katanya.

Mereka semua mengalihkan pandangan pada Darwish Xayden. Menanti bicara lelaki itu mengenai tugas yang ingin diberikan pada Khaira Eryna. Danish Xavier pantas menyenggol lengan Darwish Xayden. Dengan kening dinaikkan sebelah. Tidak mahu jika kekasih hatinya dibuli oleh adiknya itu.

"Relaxlah... Kenapa muka semua orang macam tegang ni? Darwish bukan nak suruh Khaira buat bukan-bukan pun."

"Tapi cara Darwish cakap tu macam something je. Mommy kenal Darwish macam mana. So, jangan nak suruh Khaira buat perkara yang bukan-bukan, ya. I warn you." Camilla memberi amaran tegas.

"Takkanlah Darwish nak buli anak kesayangan mommy ni. Jangan risau. Tugas Khaira tak susah mana pun. Nanti abang Darwish beritahu."

"Ish, kau ni! Kenapa tak beritahu sekarang je?" Soal Danish Xavier tidak puas hati.

"Sebab tugas tu untuk Khaira seorang je. Buat apa Darwish nak cakap dekat sini?"

"Tak kisahlah. Semua orang nak tahu, tugas apa yang kau nak bagi pada Khaira tu? Beritahu jelah." Danish Xavier sudah bengang.

Darwish Xayden tidak menghiraukan riak tidak puas hati abangnya itu. Sebaliknya, dia terus bangkit dari duduknya sebelum mengatur langkah naik ke tingkat atas. Mereka yang lain sekadar melihat tingkah Darwish Xayden itu dengan seribu satu persoalan. Namun, baru beberapa tapak kakinya mendaki anak tangga villa, Darwish Xayden memberhentikan langkahnya sebelum menyeru nama Khaira Eryna. Khaira Eryna pantas berpaling ke arah tangga.

"Nanti Khaira tengok telefon Khaira. Abang Darwish ada hantar tugas Khaira dekat situ." Ujar Darwish Xayden sambil mengenyit sebelah matanya sebelum dia kembali menapak semula ke tingkat atas.

Khaira Eryna terpempan. Matanya beralih pada kedua-dua orang tua angkatnya sebelum beralih pandangan pada Danish Xavier yang tidak lepas memerhatikannya.

"Tak apalah. Kalau Khaira rasa Khaira tak nak buat tugas yang Darwish bagi tu, Khaira abaikan je. Adalah tu yang dia nak kenakan Khaira."

Khaira Eryna hanya tersenyum nipis membalas kata-kata Camilla.

"Dahlah tu, honey. Khaira, Khaira rehatlah. Danish pun sama. Mesti kamu berdua penat. Hampir seharian dalam kereta. Daddy dan mommy nak keluar sekejap ni. Kalau ada apa-apa call je kami."

"Okay, daddy. Drive safe." Ucap Danish Xavier.

Tidak menunggu lama, Camilla dan Noah bangkit dari duduk sebelum menapak meninggalkan ruangan rehat villa. Danish Xavier dan Khaira Eryna sekadar memerhati hingga bayangan Naoh dan Camilla hilang dari pandangan.

Khaira Eryna menghela nafas lega. Dia bangun dari duduknya. Lalu, menyusun langkah ke arah pintu gelangsar sebelum dia menapak menuju ke taman. Danish Xavier yang melihat tingkah Khaira Eryna itu juga turut sama mengekori langkah gadis itu.

"Lega?" Tanya Danish Xavier yang berdiri di sebelah Khaira Eryna sambil menatap air terjun buatan di taman itu. Melihat beberapa ekor ikan Koi pelbagai jenis dan warna yang sedang berenang di dalam kolam.

"Lega sangat. Tapi..."

"Tapi apa?" Pintas Danish Xavier. Dahinya sedikit berkerut.

"Tapi saya tak tahu macam mana nak berhadapan dengan ibu kandung saya nanti. Hati saya rasa berdebar-debar." Luah Khaira Eryna sambil sebelah tangannya memegang dadanya yang berlapik baju.

"Kau jangan risau. Aku ada bersama kau. Aku akan temankan kau jumpa auntie Sofea. Itu pun bila kau dah betul-betul bersedia."

Khaira Eryna memusing tubuh menghadap ke arah Danish Xavier. Kepalanya didongak sedikit kerana ketinggian Danish Xavier yang melebihi ketinggiannya. Wajah Danish Xavier ditatap redup. Danish Xavier hanya membalas tatapan mata Khaira Eryna padanya. Menanti bicara gadis itu.

"Betul ke awak sayang saya? Awak tak tipu bila awak cakap awak cintakan saya?" Tanya Khaira Eryna inginkan kepastian. Tidak mahu ungkapan sayang dan cinta dijadikan alat untuk menarik dia pulang semata.

Kedua-dua tangan Khaira Eryna diraih. Lalu, Danish Xavier menggenggam erat jari-jemari gadis itu.

"Aku tak pernah berdusta kalau aku cakap aku sayang dan cintakan kau. Perasaan tu ikhlas dari hati aku. Aku takut kehilangan kau, Khaira. Kalau boleh, aku nak kau sentiasa ada depan mata aku. Aku akan bahagia bila kau rasa bahagia. Cuma... Ada satu perkara yang aku nak kau buat."

Khaira Eryna berkerut kening.

"Perkara apa?"

"Rahsiakan hubungan kita buat sementara waktu. Boleh?"

"Tapi kenapa? Awak takut mommy dan daddy tak setuju?"

Danish Xavier geleng kepala.

"Bukan sebab tu. Cuma aku nak kita selesaikan semua masalah yang ada ni dulu. Lepas tu baru kita beritahu pasal 'kita' pada family kita. Kau tak kisahkan?"

Lambat-lambat Khaira Eryna angguk kepala tanda setuju.

"Saya boleh je berlakon macam kita tak ada apa-apa hubungan. Tapi awak tu, boleh ke?" Duga Khaira Eryna.

"Aku? Mestilah boleh. Ingat kau seorang je ke yang pandai berlakon? Aku pun pandailah." Danish Xavier mendabik dada dengan riak bangga.

"Yalah tu. Tadi waktu abang Darwish pandang saya macam tu pun awak dah macam cacing kepanasan, belum lagi orang lain."

"Memanglah. Darwish tu lelaki. Lepas tu dia pandang pula kau macam nak telan kau hidup-hidup, siapa je yang tak cemburu. Aku ni teman lelaki kau. Walaupun dia adik aku sekalipun, aku cemburu. Kalau orang lain lagilah cari nahas namanya." Riak Danish Xavier berubah dingin.

Khaira Eryna kulum senyum.

"Tak sangka lelaki beku macam awak ni rupanya kuat cemburu. Ingatkan hati pun beku juga. Rupanya dalam hati ada taman." Sindir Khaira Eryna.

Mendengar sindiran Khaira Eryna, puncak hidung gadis itu ditarik lembut. Khaira Eryna mengaduh sakit. Pantas tangan Danish Xavier ditepis menghalang dari hidungnya menjadi mangsa lelaki itu.

"Sakitlah awak!" Khaira Eryna menjeling. Puncak hidungnya digosok lembut.

"Siapa suruh perli aku? Aku cemburu pada orang yang patut aku cemburu. Cemburu tukan tandanya sayang."

"Yalah. Kalau bercakap dengan awak ni, saya tak akan menang. Dahlah. Saya nak masuk. Nak kacau Cik Moon. Rindu nak berbual dengan dia."

"Dengan Cik Moon je rindu. Dengan aku, kau tak rindu ke?"

"Rindu juga. Tapi sebab awak dah ada depan mata, so rindu tu dah kurang sikit. Awak pergilah rehat. Saya nak pergi ke dapur."

Khaira Eryna terus sahaja ingin berlalu pergi. Namun, baru selangkah dia menapak, tangannya dilelar Danish Xavier. Khaira Eryna menoleh semula ke arah Danish Xavier dengan kening yang terangkat.

"Ada apa?"

Danish Xavier tarik senyum.

"I love you..."

Khaira Eryna simpul senyum. Menunduk menahan malu. Wajahnya tiba-tiba terasa bahang. Tanpa membalas, pegangan tangan Danish Xavier pantas dileraikan sebelum dia melangkah laju masuk ke dalam villa.

Danish Xavier tertawa kecil melihat gelagat Khaira Eryna yang menahan malu. Kepalanya digeleng sebelum dia turut menyusun langkah masuk ke dalam villa semula.

Share this novel

Normala Normala
2024-10-22 19:05:38 

next plss..


NovelPlus Premium

The best ads free experience