"Nah! Khaira cuba pakai baju ni."
Khaira Eryna menyambut sepasang baju yang dihulur oleh Cik Moon kepadanya. Baju kebaya berwarna biru muda yang sudah berada di tangannya dibelek.
"Baju siapa ni cik Moon? Cantik!"
"Khaira suka?"
Khaira Eryna angguk kepala.
"Kalau Khaira suka, Khaira ambil terus. Ni baju Cik Moon masa muda. Dulu badan cik Moon kurus. Tak macam sekarang. Khaira pergilah cuba. Kalau muat, Khaira boleh pakai baju ni masa kenduri kahwin jiran opah tu nanti. Khaira kata hari tu Khaira teringin nak makan nasi minyakkan?"
"Nasi minyak? Sedapnya cik Moon...Dah terasa sangat dekat tekak Khaira ni. Tapi tak apa ke kalau Khaira ikut opah pergi kenduri tu? Khaira seganlah cik Moon."
"Nak segan apanya Khaira? Bukan Khaira tak ada hidung. Opah tengok cucu opah ni cantik je. Tak ada cacat-cela pun." Celah Mak Esah yang kebetulan berada di muka pintu bilik Khaira Eryna.
"Opah! Bila opah balik? Bukan opah pergi rewang ke tadi?"
Mak Esah senyum segaris. Dia menapak masuk ke dalam bilik. Punggungnya dilabuhkan di sisi Khaira Eryna di birai katil.
"Baru je sampai. Kebetulan opah lalu depan bilik ni, nampak Moon dengan Khaira tengah berbual. Dah cuba ke baju ni? Mesti nampak cantik kalau Khaira yang pakai. Bajunya pun nampak elok lagi."
"Moon dah suruh Khaira cuba tadi. Khaira pergilah cuba baju tu. Opah pun tak sabar nak tengok Khaira pakai."
"Kejap lagi Khaira cuba pakai baju ni. Rasanya memang muat dengan badan Khaira. Opah...tak apa ke Khaira ikut pergi kenduri tu nanti?"
"Tak apa. Lagi pun Mak Melah tu memang suruh opah jemput semua yang ada dekat rumah ni pergi rumah dia. Lagi ramai lagi meriah. Ada juga kawan opah dekat sana nanti. Tapi Khaira jangan lupa minta izin mommy dan daddy Khaira dulu. Takut dia orang risau pula nanti."
"Okay. Nanti Khaira beritahu daddy dengan mommy. Terima kasih opah."
"Sama-sama. Moon, kamu pun ikut sekalikan nanti?"
"Ikut mak. Nanti kita jalan kaki ramai-ramai. Bukan jauh mana pun. Selang dua buah rumah je dari rumah kita ni."
"Baguslah kalau kamu ikut. Jiran-jiran kita ni sibuk tanya pasal kamu. Dia orang kata dah lama tak jumpa. Mak cakaplah kamu sibuk kerja dekat bandar besar tu. Jarang dapat balik kampung."
"Jiran kita yang mana mak?"
"Kawan-kawan lama kamu juga."
Cik Moon hanya angguk kepala. Khaira Eryna yang berada di situ hanya sekadar menjadi pendengar. Tiada niat untuk mencelah.
"Khaira, kaki kamu tu macam mana? Masih sakit lagi ke? Opah tengok dah tak bengkak lagi." Tanya Mak Esah sambil mengalih pandangannya ke arah kaki Khaira Eryna.
Khaira Eryna menggeleng kecil.
"Alhamdulillah...dah tak sakit lagi, opah. Lagi pun hari ni dah hari ketiga. Berkat urutan tangan opah juga bengkak dia cepat surut."Balas Khaira Eryna. Pergelangan kakinya dibelek seketika.
"Baguslah. Alhamdulillah...dengan izin Allah kaki kamu sembuh dengan cepat. Kalau tidak, tak merasalah kamu nak ke rumah pengantin tu nanti."
Cepat-cepat Khaira Eryna angguk kepala. Mengiyakan kata-kata Mak Esah.
"Kalau macam tu, opah keluar dulu. Nanti lepas Zohor kita dah boleh gerak pergi rumah pengantin. Moon, nanti kamu tanyakan majikan kamu dan anak-anak dia tu kalau ada yang nak ikut kita nanti."
"Baik, mak. Nanti Moon tanyakan. Khaira, Cik Moon pun nak keluar juga. Nak gosok baju Cik Moon. Nanti kalau Khaira nak apa-apa panggil je Cik Moon. Cik Moon ada je dekat bilik Cik Moon."
"Baik, Cik Moon. Insya-Allah Khaira dah boleh buat semuanya sendiri. Er...Cik Moon dan opah ada nampak mommy dan daddy tak? Macam senyap je rumah ni."
"Opah nampak mommy dan daddy kamu dekat bawah tadi. Tak tahulah tengah berbual apa dekat pangkin depan tu. Nanti kamu pergilah jumpa dia orang minta izin. Opah keluar dulu." Ujar Mak Esah sebelum mengatur langkah keluar dari bilik Khaira Eryna.
Melihat tingkah Mak Esah itu, Cik Moon juga turut sama mengekori langkah ibunya. Setelah kedua-dua mereka beredar dari bilik, Khaira Eryna bangkit dari katilnya. Dia menapak ke arah cermin di meja solek bersama baju yang diberikan oleh Cik Moon sebentar tadi. Baju kebaya itu diacukan pada tubuh. Lalu dibelek dengan menggerakkan tubuhnya ke kanan dan ke kiri di hadapan cermin.
"Cantik baju ni. Kain pun lembut. Tak panas." Bisik Khaira Eryna sendiri.
Khaira Eryna kembali meletakkan baju yang dipegangnya di atas katil. Dia kemudiannya terus mengatur langkah keluar dari bilik sebelum menuju ke arah Noah dan Camilla yang berada di luar rumah.
"Mommy, daddy tengah buat apa dekat luar ni?" Sapa Khaira Eryna ketika sampai di pangkin hadapan rumah Mak Esah.
"Tak ada buat apa. Saja berbual kosong dengan daddy ni. Sambil tengok Darwish panjat pokok kelapa tu."
Khaira Eryna membesarkan kelopak matanya. Dia beralih pandangan ke arah yang ditunjukkan oleh Camilla. Kelihatan Darwish Xayden sedang memetik buah kelapa muda di atas pokok kelapa yang sedikit rendang. Manakala Danish Xavier sedang berdiri memerhati adiknya dari bawah pokok.
"La...ingatkan tinggi sangatlah pokok kelapa tu tadi. Terkejut Khaira." Khaira Eryna menghela nafas lega.
"Sebab tak tinggi sangatlah dia berani panjat. Dia yang teringin nak minum air kelapa muda. Jadi mommy suruh dia pergi panjat dan petik sendiri buah kelapa tu.Khaira, kaki Khaira macam mana? Dah okay ke?" Soal Camilla sambil menatap redup wajah anak angkatnya itu.
"Dah okay mommy. Khaira dah boleh jalan sampai keluar rumah ni. Dah kira sihatlah. Kaki pun dah tak bengkak lagi. Er...mommy...daddy....Khaira sebenarnya nak minta izin."
Noah yang leka melihat kerenah anak-anak lelakinya turut menoleh ke arah Khaira Eryna saat mendengar bicara gadis itu.
"Khaira nak minta izin apa?" Giliran Noah pula yang bertanya.
"Mm...boleh tak kalau Khaira nak ikut opah dan Cik Moon pergi kenduri kahwin nanti? Tak jauh pun daddy, mommy. Selang dua buah rumah je dari sini.Please mommy...please daddy..." Rayu Khaira Eryna. Riak wajahnya penuh berharap.
Noah dan Camilla saling berpandangan buat seketika. Kemudian kembali semula menoleh ke arah Khaira Eryna yang menanti balasan daripada mereka berdua.
"Macam mana? Boleh tak Khaira pergi?" Soal Khaira Eryna sekali lagi.
"Khaira betul dah sihat ni? Mommy bukannya apa. Risau kalau kaki Khaira belum sembuh sepenuhnya."
Dari berdiri kini Khaira Eryna melabuhkan duduknya di sisi Camilla. Lengan Camilla dipaut manja.
"Betul. Khaira dah okay. Mommy jangan risau. Lagipun Cik Moon dan opahkan ada." Khaira Eryna masih cuba memujuk.
"Honey, biar jelah Khaira tu pergi. Kesian dia asyik terperap dekat rumah je. Dapat juga dia bergaul dengan orang kampung dekat sini."
"Betul tu. Boleh ya, mommy. Please..." Khaira Eryna mengerdipkan matanya beberapa kali. Wajah comel ditayang kepada Camilla.
Melihat tingkah anak angkatnya itu, Camilla mengeluh halus.
"Okay. Mommy bagi Khaira pergi. Tapi ingat, jangan nak lasak-lasak dekat sana. Jangan nak renyah sangat. Kaki Khaira tu baru je baik."
"Okay, okay...Khaira janji. Er...mommy dan daddy tak nak ikut sekali ke? Tadi opah ada minta Cik Moon tanyakan pada mommy dan daddy. Yalah, dah alang-alang Khaira dekat sini, tu yang Khaira tanya sekali."
"Tak apalah. Kami nak berehat je dekat rumah. Nanti Khaira tanya pada abang-abang Khaira tu. Mana tahu ada yang nak ikut."
Khaira Eryna mengangguk kecil. Baru sahaja dia mahu mengangkat punggung suara Darwish Xayden sudah menyapa gegendang telinganya.
"Rancak berborak. Apa yang dibualkan tu, mommy? Macam serius je." Tanya Darwish Xayden sambil meletakkan dua biji kelapa muda di atas pangkin. Danish Xavier pula hanya mengekorinya dari belakang.
"Tak ada apa-apa. Adik kamu ni, dia nak ikut opah dengan Cik Moon pergi kenduri kahwin. Dia minta izin dengan mommy dan daddy. Darwish dan Danish nak ikut sama ke?"
Semua mata tertumpu pada Darwish Xayden dan Danish Xavier yang berada di hadapan mereka.
"Boleh juga. Dah lama tak makan nasi orang kahwin ni. Abang, jomlah ikut sekali. Boleh kenal-kenal dengan orang-orang kampung dekat sini. Orang-orang kata majlis kahwin dekat kampung lagi meriah daripada bandar."
Danish Xavier pantas menggelengkan kepala. Dia memang langsung tidak berminat menyertai majlis keramaian seperti itu. Jadi, awal-awal lagi dia sudah menolak.
"Ala...bosanlah kau ni bang. Tak apalah. Khaira, abang Darwish teman Khaira nanti. Bila nak bertolak?"
Tersentak dengan pertanyaan Darwish Xayden, Khaira Eryna terus mengalihkan pandangannya. Tidak sedar yang dia sedang merenung lama wajah Danish Xavier.
"Apa dia abang Darwish? Sorry, Khaira tak berapa nak dengar."
Darwish Xayden senyum sendeng. Bukan dia tidak sedar pandangan Khaira Eryna tidak lepas pada abangnya, Danish Xavier.
"Beranganlah tu sampai abang Darwish tanya pun boleh tak dengar. Abang tanya kita nak gerak pergi rumah kenduri tu pukul berapa?"
"Ooh...kata opah lepas Zohor. Tak jauh mana pun. Selang dua rumah dari rumah opah ni." Balas Khaira Eryna sambil menggaru kecil belakang lehernya. Serba tidak kena apabila disindir oleh Darwish Xayden.
Darwish Xayden sekadar mengangguk.
"Legalah mommy kalau Darwish boleh teman Khaira. Boleh Darwish tolong tengok-tengokkan Khaira ni."
"Boleh je mommy. Kalau macam tu, Darwish nak masuk mandi dululah. Dah berpeluh ni." Ujar Darwish Xayden meminta diri.
"Kalau macam tu, Khaira pun nak masuk bersiap juga."
Namun belum sempat Khaira Eryna memusing tubuh, Camilla sudah melelar tangannya.
"Khaira nak pergi kenduri kahwin ni, Khaira ada bawa baju ke?" Riak Camilla sedikit gusar.
"Khaira tak ada bawa baju. Tapi tadi Cik Moon ada bagi baju kebaya dekat Khaira. Baju lama Cik Moon masa muda. Elok lagi mommy. Nampak macam baru. Khaira dah try tadi. Memang muat dengan badan Khaira."
Camilla menghela nafas lega.
"Baguslah. Mommy ingat tadi Khaira tak ada baju nak pergi ke majlis tu nanti. Kalau macam tu Khaira pergilah naik atas bersiap. Nanti takut tak sempat pula."
"Okay, mommy. Khaira masuk dulu."
Khaira Eryna terus berjalan masuk ke dalam rumah semula. Mereka yang berada di situ sekadar menyoroti langkah Khaira Eryna yang semakin hilang dari pandangan.
"Danish, betul ke Danish tak nak ikut dia orang ke majlis kahwin tu? Tak bosan duduk dekat rumah?" Soal Noah.
"Malaslah daddy. Lagipun Danish nak siapkan proposal untuk projek baru kita tu."
Terdengar keluhan berat meniti di bibir Camilla.
"Danish nikan... waktu bercuti pun sibuk fikir pasal kerja. Cubalah luangkan lebih masa dengan adik-adik Danish tu." Celah Camilla seakan tidak puas hati dengan balasan anak sulungnya itu.
"Mommy maksudkan siapa?"
"Siapa lagi, Darwish dengan Khairalah."
"Kalau mommy cakap Darwish tu adik Danish, memang Danish mengaku. Tapi kalau Khaira, no mommy! Dia bukan adik Danish. Macam yang Danish cakap sebelum ni, sampai bila-bila pun Khaira tak akan pernah jadi adik Danish."
"Tapi bukan Danish dah baik dengan Khaira ke? Takkan tak dapat terima dia lagi?"
Danish Xavier menggeleng kecil.
"Danish memang dah boleh terima dia. Tapi bukan sebagai adik Danish. Cukuplah hanya mommy dan daddy sahaja yang anggap dia sebagai anak. Kalau tak ada apa-apa lagi, Danish nak masuk bilik. Nak berehat."
Tanpa menunggu balasan daripada ibu bapanya, Danish Xavier terus sahaja beredar masuk ke dalam rumah. Langsung tidak mengendahkan panggilan Camilla.
"Honey, sudahlah. You macam tak kenal anak you tu macam mana. Tak kisahlah apa pun anggapan Danish pada Khaira, yang penting dia dah boleh terima kehadiran Khaira dalam keluarga kita."
"B, you tak rasa pelik ke? I tengok Danish tu ambil berat sangat pasal Khaira. Tapi bila I cakap Khaira tu macam adik dia, mesti dia macam nak marah. You perasan tak, B? You rasa Danish tu dah sayangkan Khaira ke? I mean sayang seoarang lelaki kepada seorang perempuan. Bukan macam sayang abang kepada adiknya." Tebak Camilla. Entah mengapa firasatnya kuat mengatakan bahawa Danish Xavier ada menyimpan perasaan pada Khaira Eryna.
"You ni fikir terlalu jauh sangat. Khaira tu belajar pun tak habis lagi. Takkanlah Danish tu boleh jatuh hati dengan gadis macam Khaira tu. Mengarutlah you ni honey."
"I agak je. I perempuan. I pun seorang ibu. Selalunya firasat seorang ibu ni tak salah. I tengok Khaira pun macam suka dengan Danish tu. Dia orang berdua tu macam tengah simpan perasaan dalam diam."
"So, kalau betul dia orang memang ada perasaan antara satu sama lain, you nak halang ke?" Duga Noah. Sengaja mahu menduga isterinya.
"Buat apa I nak halang. I lagi suka kalau dia orang tu betul-betul ada perasaan macam tu. Sekurang-kurangnya I tahu yang Khaira akan terus bersama kita kalau dia jadi menantu kita nanti. Kalau dah suka, seribu tahun pun orang sanggup menanti, B."
"Dah, jangan nak mengarut sangat. Apa kata kita masuk dalam. Hari dah panas ni. Kita makan tengahari dulu. Perut I dah berkeroncong dari tadi." Noah cuba mengubah topik. Tidak mahu isterinya terlalu memikirkan hal Khaira Eryna dan Danish Xavier.
Camilla menjeling tajam suaminya.
"Yalah. You ni memang selalu potong kalau I sibuk cerita pasal anak-anak kita tu. B, you bawa naik kelapa tu. Nanti you tolong tebuk kelapa tu sekali. Panas-panas macam ni dapat minum air kelapa pun sedap. Segar je nanti. Hati pun jadi sejuk."
"Hi, macam marah je bunyinya, honey?"
"Tak marah...cuma geram je. Dah cepat bawa naik kelapa tu! Tadi kata lapar sangat." Sindir Camilla sebelum dia mengatur langkah beredar dari situ.
Noah hanya ketawa kecil. Akur dengan arahan si isteri, dua biji kelapa yang berada di pangkin itu diambil lalu dibawa masuk ke dalam rumah. Cepat-cepat mengejari langkah Camilla yang laju meninggalkannya di belakang.
Share this novel