"Fuhh...lega!" Sorak Zaza gembira. Dia melabuhkan duduk di sisi Khaira Eryna.
Khaira Eryna sekadar tersenyum nipis melihat keletah sahabatnya itu. Mereka berdua duduk berehat di bawah sebatang pokok yang rendang di tepi padang sekolah. Melepaskan lelah setelah selesai menjawab kertas peperiksaan terakhir mereka. Selama dua minggu mereka bertungkus-lumus menjawab kertas-kertas soalan SPM, hari ini mereka boleh menghela nafas lega.
Pandangan mereka lemparkan di kawasan padang hijau yang terbentang luas di hadapan mata. Terasa tenang. Jauh dari kebisingan pelajar-pelajar sekolah. Kepala juga terasa ringan. Zaza menoleh ke arah Khaira Eryna yang sedang termenung jauh. Wajah sahabatnya itu ditatap redup. Seredup pohon-pohon pokok di situ. Sedar akan pandangan Zaza padanya, giliran Khaira Eryna pula menoleh ke arah Zaza.
"Kenapa kau pandang aku macam tu?"
"Saja nak tengok kawan aku yang cantik ni. Lepas ni dah jarang jumpa. Mesti aku rindu kau nanti. Yalah, nak ajak kau keluar, belum tentu abang-abang angkat kau tu bagi kau keluar." Keluh Zaza di hujung bicaranya.
"Ala...aku boleh je minta izin mommy dan daddy aku. Kalau abang-abang aku tu tak bagi izin, mommy dengan daddy okay je. Dia orang jarang nak kongkong aku. Tak macam abang Danish tu. Apa aku buat semuanya salah. Nak berbual dengan kawan lelaki lagi salah."
Besar anak mata Zaza mendengar luahan sahabatnya itu.
"Takkanlah abang angkat kau macam tu sekali? Mungkin niat dia baik. Nak lindungi kau daripada lelaki-lelaki buaya dekat luar sana. Dia cuma risaukan kau je tu. Think positif." Pujuk Zaza.
"Aku ni dah cuba fikir baik. Masalahnya dia je yang macam tu. Abang Darwish okay lagi. Dia tak adalah terlalu mengongkong aku. Tapi takkanlah dia nak halang aku berkawan dengan semua lelaki? Contohnya macam dekat kampung pembantu rumah mommy hari tu, aku adalah kenal dengan seseorang ni. Kami berbual kosong je, tiba-tiba dia muncul lepas tu bawa aku balik. Dia cakap lelaki tu tak baiklah. Cara lelaki tu pandang aku lain macamlah. Alasan dia tu annoying sangat. Sampai satu tahap dia boleh mengaku yang aku ni tunang dia. Kau rasa?"
"Apa? Tunang?" Semakin membulat anak mata Zaza mendengarnya.
Khaira Eryna angguk mengiyakan kata-katanya sebentar tadi.
"Khaira, aku rasakan abang Danish kau tu suka dekat kau kot. Mungkin dia cemburu bila nampak kau dengan lelaki lain. Sebab tulah dia buat macam tu." Tebak Zaza.
"Ish, kau ni...tak mungkinlah! Abang Danish? Suka aku? Lambat lagi!"
Khaira Eryna menggeleng kepalanya beberapa kali. Menolak andaian sahabatnya itu.
"Okay, aku nak tanya kau. Selain daripada dia tak bagi kau berkawan dengan lelaki-lelaki dekat luar sana, macam mana layanan dia pada kau? Maksud aku dia selalu marah-marah kau ke, atau selalu cakap lembut dengan kau?"
Khaira Eryna mengetuk-ngetuk bawah dagunya. Seakan sedang berfikir.
"Marah-marah tu tak adalah. Cakap lembut-lembut pun tak juga. Dia tu annoying. Suka sakitkan hati aku. Tapi kadang-kadang dia macam caring dengan aku. Lebih-lebih lagi kalau aku sakit. Terlebih caring. Cuma dalam masa yang sama kata-kata dia tu kadang-kadang menyakitkan telinga jugalah. Tu yang buat aku confuse dengan perangai dia tu. Kejap okay, kejap tak. Malaslah aku nak fikir. Buat sakit kepala je."
"Sahlah tu. Lelaki nikan ego. Takkanlah lelaki macho macam abang Danish tu nak terang-terang tunjuk dia suka dekat kau. Cara macam tu jelah yang dia boleh buat supaya dapat tarik perhatian kau. Tengok macam sekarang, tanpa sedar kau akan terfikirkan pasal dia. Itulah yang dia nak. Dia nak kau selalu ingat dekat dia. Sebab tulah kalau boleh dia tak nak kau ada kawan lelaki. Kongkong kau. Yalah, orang cantik macam kau senang je lelaki lain boleh jatuh suka. Dia rasa tergugatlah kalau ada lelaki lain rapat dengan kau. Dia takut kau akan suka dekat lelaki tu."
Khaira Eryna berjeda. Kata-kata sahabatnya itu cuba dihadam. Namun, dalam hatinya tetap juga berteka-teki akan kebenaran kata-kata Zaza itu.
"Tak mungkinlah! Dah, jangan cakap pasal ni lagi. Hilang mood aku yang tengah tenang ni."Ujar Khaira Eryna seterusnya ingin menamatkan bicara tentang Danish Xavier.
"Yalah. Aku cuma bagi pendapat. Terserahlah pada kau. Kalau aku jadi kau, aku akan rasa excited."
Khaira Eryna berkerut kening.
"Kenapa pula kau nak rasa excited?"
"Yalah mamat hensem macam abang Danish, lelaki pujaan wanita suka dekat aku. Of courselah aku akan rasa bangga, gembira. Kau tu je yang tolak tuah."
"Jangan nak rasa bertuah sangatlah. Aku ni sekolah pun tak habis lagi. Daripada dia suka dekat aku baik dia suka dekat perempuan-perempuan matang dekat luar sana. Lagi cantik, ada kerjaya, pandai bergaya berbanding aku yang tak ada apa-apa ni. Lagipun dia pernah cakaplah aku bukan taste dia. Dia cakap badan aku ni macam papan."
"Papan?" Soal Zaza sambil menilik tubuh Khaira Eryna dari hujung kepala hingga ke hujung kaki.
Khaira Eryna hanya mengangguk kecil. Membalas pertanyaan sahabatnya itu.
Meledak ketawa Zaza dibuatnya. Perutnya yang berlapik baju ditekan.
"Kenapa kau ketawa? Kau pun kutuk aku juga ke?" cebik Khaira Eryna.
"Sorry...sorry...aku tak sengaja terketawakan kau pula. Badan punya cantik macam ni dia kata macam papan? Habis aku yang lagi kurus daripada kau ni nak panggil apa pula? Cicak kubing?"
Kali ini Khaira Eryna turut ketawa sekali. Sampai berair mata dibuatnya.
"Dahlah, Za. Kau ni buat lawak pula. Sakit perut aku ketawa. Eh, sekarang dah pukul berapa? Macam dah lama je kita lepak dekat sini?"
Zaza hanya angkat bahu tidak tahu. Khaira Eryna melirik ke arah jam di pergelangan tangan.
"Alamak, dah lambat!" Khaira Eryna terjerit kecil. Pantas dia segera bangkit dari duduknya. Seluarnya ditepuk lembut membuang sisa rumput yang melekat.
Melihat tingkah sahabatnya itu, Zaza turut ikut sama berdiri. Dia memandang pelik wajah Khaira Eryna yang seakan tidak tentu arah itu.
"Kau dah kenapa ni? Risau semacam je aku tengok?"
"Aku dah lambat ni. Tengok jam kau tu. Dah nak dekat pukul dua petang. Mesti daddy aku dah tunggu lama dekat depan tu. Dahlah, jom kita gerak."
Tanpa sempat menunggu balasan daripada Zaza, Khaira Eryna pantas mencapai beg galasnya sebelum melangkah laju beredar dari kawasan padang sekolah. Zaza yang berada di belakangnya hanya menuruti langkah Khaira Eryna.
"Khaira tunggulah! Laju betul kau ni."
"Cepatlah Zaza. Daddy aku dah tunggu tu."
"Ya, aku dah cepatlah ni!"
Zaza berlari anak mengejari langkah Khaira Eryna. Baru sahaja sampai di hadapan tangga sekolah, laluan mereka dihalang. Serta-merta langkah kaki Khaira Eryna dan Zaza terhenti. Wajah tiga orang gadis di hadapan mereka dipandang silih berganti.
"Damia, Lutfiya, Natasha, kau orang nak apa ni? Kita orang nak balik. Boleh tak jangan nak halang jalan kami berdua?" Soal Zaza tidak puas hati.
"Relaxlah. Kita orang bukan nak halang jalan kau orang berdua pun. Damia ni, ada hal nak cakap denga Khaira." Ujar Natasha memulakan bicara.
"Hal apa? Tak pernah-pernah nak berbual dengan Khaira, tiba-tiba berubah watak dah kenapa? Kau orang nak kenakan Khaira, kan?" Tebak Zaza yang kini sudah berada dekat di hadapan Damia.
Melihat tingkah Zaza itu, Khaira Eryna pantas menahan tubuh Zaza daripada terus merapati mereka bertiga. Dia menarik lembut tubuh sahabatnya itu.
"Za, sabar. Kita dengar dulu apa yang Damia nak cakap."
"Tapi Khaira, Damia ni...."
"Tak apa.Kita dengar dulu, k?" Pintas Khaira Eryna.
Zaza mengeluh kecil. Lambat-lambat kepalanya diangguk. Bersetuju dengan permintaan Khaira Eryna itu.
"Cakaplah cepat. Apa yang penting sangat kau nak cakap dengan Khaira ni?" Tanya Zaza tanpa berselindung.
"Nah!"
Dua keping kad bersaiz sederhana besar dihulur oleh Damia kepada Khaira Eryna dan Zaza. Khaira Eryna dan Zaza saling berpandangan sebelum huluran kad itu disambut.
"Jemputlah datang ke parti rumah aku malam minggu ni. Parents aku ada buat majlis untuk aku dan kawan-kawan sekolah kita. So, kau berdua dijemput sekali. Aku dan kawan-kawan aku nak minta maaf kalau selama ni kita orang layan kau orang berdua agak dingin. Lagipun kitakan dah habis sekolah. Lepas ni mungkin dah tak dapat jumpa lagi. Jadi aku harap sangat kau orang berdua boleh datang. Terutama sekali Khaira. Aku nak sangat kau datang sebagai tanda yang kau dah maafkan aku."
"Insya-Allah. Aku tak boleh janji. Tapi aku cuba. Pasal perkara yang lepas tu biarlah. Aku tak ambil hati pun. Aku tak terasa langsung dengan layanan kau tu. Lagipun aku dah terbiasa dengan semua tu. So, jujur aku okay. Kalau tak ada apa-apa aku gerak dulu. Lagipun daddy aku dah sampai tu. Lama pula dia tunggu nanti." Khaira Eryna meminta diri untuk pulang.
"Ooh,okay. Thanks Khaira. Kau memang baik. Okaylah, take care. Jangan lupa datang tau."
"Okay. Nanti aku tanya mommy dan daddy aku dulu. Jumpa lagi."
Tanpa menunggu lama, Khaira Eryna terus melangkah pergi. Zaza yang berada di samping Khaira Eryna turut sama mengekori langkah sahabatnya itu.
"Okay, see you later. Bye!"
Damia melambaikan tangannya ke arah Khaira Eryna dan Zaza yang sudah beredar meninggalkannya. Melihat bayangan dua orang gadis itu yang sudah hilang daripada pandangan, Damia menghela nafas lega. Bibirnya menarik senyuman sinis.
"Damia, kau rasa Khaira akan datang ke?" Soal Natasha di sisi Damia.
"Dia pasti akan datang." Balas Damia yakin.
"Kau pasti ke rancangan kau ni akan berjaya? Kau tak rasa ke rancangan kau ni boleh rosakkan maruah Khaira tu? Kau tak nak tukar rancangan lain ke, Damia? Aku tak sedap hatilah." Celah Lutfiya pula.
"Eh, kau ni dah kenapa? Tiba-tiba jadi baik pula. Kalau kau kawan aku, kau ikut je rancangan aku. Sebab dia, Daniel dan Darwish tak pandang aku lagi. Sebab dia semua lelaki dekat sekolah ni anggap aku macam tak wujud. Lagipun aku tak rasa rancangan aku tu terlampau jahat. Aku cuma nak bagi dia pengajaran sikit je. Dahlah, jom balik! Aku dah lapar ni."
Lutfiya dan Natasha langsung tidak membalas. Mereka hanya akur dengan kata-kata Damia. Melihat Damia sudah mula mengatur langkah untuk beredar, mereka berdua turut sama mengejari langkah sahabatnya itu dari belakang.
"Khaira! Kejap!"
Khaira Eryna memberhentikan langkah sebelum menoleh ke arah Zaza di belakangnya.
"Ada apa, Za?"
"Kau betul ke nak pergi parti rumah Damia tu?"
"Ooh...pasal tu aku tak pasti lagi. Aku kena cuba tanya mommy dan daddy aku. Kenapa?"
"Tak adalah, aku macam tak sedap hati. Macam Damia tu ada rancang sesuatu je nak kenakan kau. Dia nampak tak ikhlas pun minta maaf dengan kau tadi."
Khaira Eryna tersenyum nipis.
"Zaza, tak baik tuduh Damia macam tu. Aku rasa dia betul-betul menyesal tu. Kalau tidak, takkan dia sanggup jatuhkan air muka dia nak minta maaf dengan kita tadi. Kau ni, janganlah selalu fikir buruk. Kau juga tadi yang nasihatkan aku kena selalu fikir positifkan? Ni kau pula yang berfikiran negatif."
"Aku agak je. Peliklah perempuan macam Damia tu tiba-tiba berubah jadi baik. Tapi tak apalah. Aku ikut nasihat kau. Aku husnuzon. Nanti kalau kau jadi pergi rumah Damia, kau call aku. Aku temankan kau. Kita boleh pergi sekali."
"Okay, apa-apa aku contact kau. Jomlah kita gerak balik. Rasanya papa kau pun dah sampai tu."
Zaza memanjangkan lehernya. Menjengah ke luar pagar. Kelihatan kereta ayahnya sudah berada di luar pagar.
"Yalah. Kalau macam tu aku balik dulu. Rasanya daddy kau tak ada lagi. Tapi aku rasa kereta abang angkat kau tu yang ada dekat tepi pagar sana tu." Lurus jari telunjuk Zaza menunjuk ke arah kereta yang terpakir di hadapan tembok pagar sekolah.
Khaira Eryna mengalih pandangannya ke arah yang ditunjukkan Zaza. Kali ini giliran Khaira Eryna yang mengeluh. Cepat-cepat dia menyembunyikan kad undangan Damia ke dalam kocek beg galasnya. Lalu, turut sama mengatur langkah keluar dari sekolah. Sempat dia melambaikan tangan ke arah Zaza sebelum memboloskan diri masuk ke dalam perut kereta Danish Xavier.
"Apasal lambat? Bukan paper kau habis pukul dua belas setengah ke?" Soal Danish Xavier saat Khaira Eryna sudah duduk di tempat duduk penumpang di sisi tempat duduk pemandu.
"Tadi berbual dengan Zaza dekat padang sampai tak sedar jam dah nak masuk pukul dua. Sorry." Balas Khaira Eryna jujur.
"Tak apalah. Memandangkan hari ni last day kau dekat sekolah ni, aku maafkan. So, lepas ni kau nak pergi mana? Lagipun aku free hari ni. Daddy takeover meeting dekat office. Hari ni aku akan temankan kau. Oh, sebelum kau nak cakap apa-apa, aku nak beritahu kau yang ini semua arahan mommy. Bukan aku yang memandai-mandai nak bawa kau jalan-jalan." Terang Danish Xavier panjang lebar.
"Saya tak cakap apa-apa pun. Tak apalah, saya penat. So, boleh kita terus balik rumah? Saya nak rehat. Malas nak keluar."
"Kau nak balik?" Soal Danish Xavier tidak puas hati.
Tanpa sebarang riak, Khaira Eryna hanya angguk kepala.
"Okaylah kalau macam tu. Kita balik." Serta-merta roman wajah Danish Xavier berubah. Mungkin sedikit kecewa dengan penolakan Khaira Eryna. Tanpa menunggu lama, Danish Xavier terus sahaja memandu keretanya membelah jalan menuju pulang ke villa Noah.
Share this novel