Bab 8

Drama Series 24421

"Khaira,jom.I hantar you balik."Pelawa Daniel setelah tamat kelas.Beg sandang digalas pada bahu sambil mengekori langkah gadis itu.

Khaira Eryna mempercepatkan langkah.Panggilan Daniel langsung tidak diendah.

"Khaira,tunggu!"Halang Daniel lalu melelar lengan Khaira Eryna.Langkah Khaira Eryna terhenti.

"You nak apa,Daniel?I nak cepat ni.Lagipun I dah janji dengan abang I."

"He's not your brother,Khaira."

"But,he still like my brother.Apa masalah you ni,Daniel?Kenapa tiba-tiba nak pertikaikan hubungan I dengan abang I?"Soal Khaira Eryna yang sedikit terganggu dengan kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu.

"Sebab dah beberapa hari you mengelak daripada I.I ada buat salah dengan you ke,Khaira?"

Khaira Eryna menghela nafas panjang.Rasa serba salah untuk membalas.Tidak mungkin dia mahu berterus-terang kepada Daniel tentang Danish Xavier yang melarang dia bergaul dengannya.Takkan dia perlu sejujur itu? Mengetap bibir sambil otaknya mula bekerja mencari idea mencipta alasan.

"Tak,you tak ada buat salah apa-apa pun pada I.Cuma I lately ni sibuk sikit.Kejar masa."Balas Khaira Eryna sambil mengerling jam yang membaluti pergelangan tangannya.

"Daniel,sorry tau.I dah lambat ni.Lain kali kita berbual lagi.Abang I dah tunggu.Bye!"

Khaira Eryna terus melangkah laju keluar dari bangunan sekolah tersebut.Tanpa sedikit pun menoleh ke belakang.Daniel yang tidak berhenti memanggil namanya akhirnya mengalah.Kelibat Khaira Eryna juga sudah tidak kelihatan di ruang matanya.Dengan hati yang sedikit kecewa,Daniel menapak menuju ke tempat parkir.

"Sorry lambat.Ada hal sikit tadi."Ucap Khaira Eryna saat punggungnya mencecah tempat duduk penumpang di sebelah tempat duduk pemandu.Tali pinggang keledar ditarik sebelum dipasang melintangi bahagian dada dan pinggulnya.

"Kalau kau lambat lagi lima minit je tadi,memang aku blah.Dah kematu punggung aku ni tunggu kau."Ujar Danish Xavier dengan riak beku.Kaca mata hitam yang melindungi sepasang matanya dibuka.Menoleh memandang ke arah Khaira Eryna dengan pandangan yang tajam.

"Kan saya dah minta maaf tadi.Daniel tu tahan saya tadi.Bukan saya sengaja nak buat awak tunggu pun.Kalau awak rasa saya susahkan awak,mulai esok biar saya naik grab je."Rajuk Khaira Eryna.Tangan diangkat memeluk tubuh sambil membuang pandang ke arah luar cermin kereta.

"Jangan nak mimpi kau dapat naik grab car tu.Selagi aku ada,kau akan naik kereta dengan aku.Apa yang buaya darat tu nak dengan kau?"

"Tak baiklah awak panggil dia macam tu.Dia cuma minta saya balik dengan dia.Tapi saya dah janji dengan awak yang saya takkan layan dia.Jadi saya buat tak tahu jelah.Saya bagi alasan saya sibuk."Balas Khaira Eryna tanpa memandang ke arah Danish Xavier.

"Baguslah kalau macam tu.That's my girl."Puji Danish Xavier.

Tanpa sedar sebelah tangannya mengusap lembut kepala Khaira Eryna.Khaira Eryna terpempan saat tangan kekar lelaki itu menyentuh rambutnya.Degupan jantungnya terus sahaja berubah Irama.Seakan ada rama-rama yang sedang berterbangan di dalam perutnya. Wajahnya yang sudah membahang cuba dikawal agar tidak disedari oleh Danish Xavier.Perasaan asing yang mula muncul ditepis jauh.Kepala digeleng beberapa kali.Melihat perlakuan Khaira Eryna,Danish Xavier berkerut kening.

"Kau dah kenapa tergeleng-geleng macam tu?Sakit kepala ke?"Riak risau mula terpancar di wajah Danish Xavier.

"Eh,tak ada apa-apa.Cuma leher ni tiba-tiba macam lenguh sikit."

Khaira Eryna berpura-pura mengurut tengkuknya yang tidak sakit.Tanpa sebarang isyarat,Danish Xavier mendekatkan wajahnya ke wajah Khaira Eryna.Menilik keadaan leher gadis itu.Baru sahaja tangannya ingin menyentuh batang leher Khaira Eryna,pantas Khaira Eryna menolak lembut tubuh Danish Xavier.Menjarakkan kedudukan mereka.

"Awak nak buat apa ni?"

"Kau kata kau sakit leher.Aku nak tengoklah mana tahu ada kelenjar ke salah urat ke.Kalau teruk,aku bawa kau pergi klinik."

"Eh,tak payah.Saya okay.Kita balik rumah teruslah.Nanti mommy risau pula.Dah lewat ni."

Khaira Eryna pantas mengubah topik.Entah mengapa dia rasakan Danish Xavier terlalu mengambil berat tentang dirinya.Walhal sebelum ini lelaki itu sentiasa berkelakuan dingin dengannya.Langsung tidak mahu bertegur sapa dengannya.Tetapi sejak insiden yang dia hampir dilanggar,sikap lelaki itu terus sahaja berubah.Terlampau mengambil berat dan terlebih protektif mengalahkan ibu angkatnya.

Mendengar balasan Khaira Eryna,Danish Xavier kembali memakai kaca mata hitamnya sebelum memandu kereta keluar dari perkarangan sekolah tersebut.

Pintu kereta terus ditutup tanpa menoleh semula ke belakang.Langkah diatur laju masuk ke dalam villa.Panggilan Danish Xavier langsung tidak diendah.Khaira Eryna mahu segera lari dari terus berdepan dengan Danish Xavier.Dia sendiri tidak pasti mengapa dia berkelakuan seperti itu.Sejak tadi jantungnya tidak berhenti berdegup laju.Bayangan wajah Danish Xavier yang agak risau dan cemas bergentayang di ruang matanya. Adakah dia terlalu melayan perasaannya sendiri?Ah,Yang penting dia mahu menenangkan hatinya dahulu!Cuba membuang perasaan yang mula hadir.Yang pasti dia tidak suka dengan apa yang dia rasakan sekarang ini.

"Khaira Eryna!"

Panggilan Danish Xavier langsung tidak disahut.Danish Xavier mengeluh halus.Beg sandang gadis itu dibawa masuk ke dalam villa.

"Danish,mana Khaira?"Soal Camilla sambil menjengah kepalanya mencari kelibat Khaira Eryna.

"Dia dah naik ke bilik."Balas Danish Xavier senada.

"Habis tu,kenapa beg dia ada pada Danish?"

Danish Xavier menyerahkan beg sandang itu kepada Camilla.

"Dia tertinggal dalam kereta tadi.Penat Danish panggil dia.Tapi dia buat tak dengar,lari naik bilik.Mommy bagilah pada dia.Danish pun nak naik bilik berehat."

Huluran Danish Xavier tidak disambut.Malah,Camilla hanya memandang sepi beg sandang tersebut.

"Danish bergaduh dengan Khaira ke?"

Danish Xavier menggeleng.

"Mana ada mommy.Danish dah layan dia sehabis baik.Tak tahulah kenapa dia tiba-tiba jadi macam tu.Mungkin dia sakit perut kot.Tu yang main keluar sampai tertinggal beg."

"Mungkin juga.Alang-alang Danish nak naik bilik,apa kata Danish jelah yang bagi beg tu pada Khaira.Mommy malas nak naik.Mommy nak layan drama sekejap.Lagi satu,nanti pesan dekat Khaira suruh turun makan lepas dah bersihkan diri."

Danish Xavier akur.Kakinya diatur menuju ke tangga sebelum mendaki anak tangga ke arah bilik Khaira Eryna.Pintu bilik Khaira Eryna diketuk beberapa kali.Namun,tiada sebarang sahutan daripada gadis itu.Tanpa putus asa,Danish Xavier meneruskan ketukan.

"Khaira,buka pintu ni!Aku nak pulang beg kau.Tertinggal dalam kereta."

Sepi.Masih tiada sebarang balasan daripada Khaira Eryna.Danish Xavier mengeluh halus.Tombol pintu diputar.

"Klak!"

"Dia tak kunci pintu ke?Sakit perut sangat ke sampai lupa nak kunci pintu?"Desis Danish Xavier.

Perlahan-lahan daun pintu bilik itu ditolak sambil kepala menjengah keadaan di dalam.

"Khaira,aku masuk ni."

Berhati-hati kakinya melangkah masuk ke dalam bilik gadis itu.Mengitari sekeliling.Tiada langsung bayangan Khaira Eryna.Danish Xavier menghela nafas lega.Tanpa berlengah beg sandang Khaira Eryna dibawa ke arah meja belajar.Namun,belum sempat Danish Xavier menapak keluar dari bilik,kakinya seakan digam.Tidak mampu bergerak.Terpasung di tempat dia berdiri saat matanya tertancap pada tubuh ramping yang hanya bertuala keluar dari bilik mandi.

Khaira Eryna yang langsung tidak perasan akan kehadiran Danish Xavier hanya beriak biasa.Sambil tangan sibuk mengeringkan rambutnya yang basah,kaki dibawa ke arah almari baju.Mulut menyanyi kecil,lekuk tubuh digoyang mengikut irama lagu.Tidak berkedip mata Danish Xavier saat itu.Air liur diteguk kesat.Degupan jantungnya sudah bertukar irama.Berdebar dadanya seakan mahu meletup melihat lekuk tubuh Khaira Eryna yang separuh terdedah itu.Bohonglah dia tidak tertarik hati dengan Khaira Eryna lebih-lebih lagi dalam keadaan begitu.Dia lelaki normal.Ada nafsu.

Tidak mahu terus terbuai dengan pemandangan yang melalaikan itu,Danish Xavier pantas berpaling.Membelakangi Khaira Eryna yang masih tidak sedar kehadirannya di situ.

"Ehem!"

Perlakuan Khaira Eryna terhenti.Khaira Eryna berpaling ke arah gerangan yang bersuara.Detak jantungnya kembali berubah laju saat matanya melihat susuk tubuh yang berdiri membelakanginya.Pantas baju t-shirt yang berada di pegangannya dilembarkan menutupi tubuh.

"Danish,a..apa awak bu..buat dalam bilik saya?Macam mana... awak boleh masuk?"Soal Khaira Eryna dengan nada sedikit bergetar.

"Sorry.Aku ketuk pintu bilik kau banyak kali tadi.Tapi kau tak menyahut.Aku jadi risau.Yelah,mana aku tak risau tiba-tiba kau lari keluar macam tu je.Aku takutlah apa-apa jadi dekat kau.Kebetulan pintu bilik kau tak kunci.Aku masuk sebab nak hantar beg kau je.Sumpah!Aku tak ada niat pun nak ceroboh atau buat perkara yang tak baik pada kau."

Tanpa melihat ke arah Khaira Eryna,Danish Xavier mengangkat sebelah tangannya seakan sedang berikrar.Riak bersalah mula terpancar di wajah lelaki itu.

"Kenapa tak letak je beg tu depan pintu?Saya okay je.Cuma letih sangat.Tu yang nak cepat-cepat masuk bilik nak rehat.Awak keluarlah dulu.Nanti mommy nampak kita macam ni lagi bahaya.Saya tak nak mommy salah sangka."

Khaira Eryna menapak mendekati Danish Xavier sebelum menolak belakang tubuh lelaki itu supaya segera keluar dari biliknya.Tanpa berlengah,Danish Xavier hanya menurut.Tetapi entah di mana silapnya,karpet yang dipijak Khaira Eryna bergeser membuatkan tubuh Khaira Eryna hilang pertimbangan.

Khaira Eryna terjerit kecil.Kelopak matanya dipejam rapat.Pantas tangan kekar Danish Xavier melingkar ke pinggang Khaira Eryna yang masih dibaluti tuala.Menahan tubuh Khaira dari tersembam ke lantai.Dengan spontan kedua-dua tangan Khaira Eryna memaut erat bahu Danish Xavier.Menyebabkan tubuh mereka berdua hilang pertimbangan dan jatuh di atas katil.

Perlahan-lahan Khaira Eryna membuka kelopak matanya.Terkedu Khaira Eryna saat melihat wajah Danish Xavier berada tepat di hadapan mata.Jarak mereka hanya seinci.Hinggakan deruan nafas Danish Xavier dapat dirasakan menyapa di kulit wajahnya.Dadanya berombak kencang.Tidak kurang juga dengan Danish Xavier yang masih statik di atas tubuh Khaira Eryna.Hanya berbekalkan sebelah tangan yang menahan tubuhnya daripada menghempap tubuh kecil Khaira Eryna.Mereka saling berpandangan.Mata bundar Khaira Eryna ditatap tanpa lepas.Siapa sangka gadis itu mempunyai sepasang mata yang cantik.Lebih cantik ketika ditatap dari jarak dekat.Seakan tenggelam dalam renungan mata Khaira Eryna,saat itu terasa masa terhenti seketika.

"Khaira,ada apa tu?Mommy dengar Khaira menjerit!"

Jeritan Camilla di anak tangga membuatkan mereka tersedar.Pantas tubuh Danish Xavier ditolak menjauhi tubuhnya.Danish Xavier kembali berdiri.

"Tak ada apa-apa,mommy!Khaira tengah tengok cerita hantu.Terkejut nampak hantu tu tunjuk muka dia tiba-tiba depan skrin."Balas Khaira Eryna sambil memegang erat ikatan tuala pada tubuhnya.Takut tuala itu terlerai di hadapan Danish Xavier.

Mendengar kata-kata Khaira Eryna,Danish Xavier tersungging senyum.

"Ooh...Ingatkan apalah tadi.Mommy tunggu Khaira dekat bawah.Nanti suruh Danish turun makan sekali."

"Okay,mommy!"Sahut Khaira Eryna lagi.

Tanpa berlengah Khaira Eryna pantas berdiri menjauhi Danish Xavier.Renungan lelaki itu langsung tidak dihirau.

"Dahlah,cepat keluar.Saya nak pakai baju."Halau Khaira Eryna.

"Macam tu je kau halau aku?"

"Yalah.Habis tu nak saya cakap macam mana?Takkan nak bersayang-sayang pula dengan awak. Cepat keluar sebelum mommy nampak!"Gesa Khaira Eryna lagi.

"At least,cakaplah terima kasih.Aku dah selamatkan kau daripada jatuh kot tadi."

"Okay,thanks but no thanks.Sebab awak cuba ambil kesempatan dalam kesulitan."

"Aku?Ambil kesempatan?Bila pula?Dahlah samakan aku dengan hantu.Muka aku lagi hensemlah daripada hantu tu.Jauh beza."Luah Danish Xavier yang tidak puas hati dengan kata-kata Khaira Eryna sebentar tadi.

"Yalah,awak sentuh saya tadi.Sempat curi-curi tengok saya.Lagi satu,bila masa pula saya samakan awak dengan hantu?"

"Tadi,masa mommy tanya kau."

Khaira Eryna menjuling matanya ke atas.Terbit keluhan halus di bibirnya.

"Saya bagi jawapan spontan je.Habis tu,awak nak saya jawab apa?Nak cakap terus-terang?Biar kita kena tangkap dalam bilik ni?"Bulat mata Khaira Eryna menatap wajah selamba Danish Xavier.

"Huh,what ever!Untuk pengetahuan kau,aku tak terliur langsung tengok body kau yang macam papan ni.So,tak payah perasanlah.Aku cau dulu.Jangan lupa turun makan."

"Ish,awak ni...."

"Bum!"

Terpejam mata Khaira Eryna saat pintu biliknya dihempas.Khaira Eryna merengus geram.

"Aku belum habis cakap dia dah blah.Ada ke dia kata badan aku macam papan?Kurus sangat ke aku ni?Ee....Geram aku!Dasar mulut tak ada insurance."Gerutu Khaira Eryna sendiri.

Tidak mahu terlalu memikirkan kata-kata Danish Xavier,Khaira Eryna pantas mengunci pintu bilik sebelum mencapai bajunya menuju ke arah bilik mandi.Tempat di mana dia rasa lebih selamat untuk memakai pakaiannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience