Prolog

Drama Series 28132

"Khaira!"

Jeritan Jasmin membuatkan Khaira Eryna memberhentikan langkah.Dia menoleh ke arah sahabatnya itu.Kelihatan Jasmin sedang berlari anak ke arahnya.

"Woi,tunggulah!Kau ni,Khaira...Kau nak pergi mana?"Tanya Jasmin sambil mencari nafas.

"Library."Jawab Khaira Eryna pendek.

Jasmin berkerut kening.

"La...Kenapa library?Aku ingat kau nak pergi kantin."

Khaira Eryna mengeluh kecil.Kepalanya digeleng beberapa kali.

"Aku nak siapkan buku skrap Sejarah.Minggu depan dah nak kena hantar."

"Ala....Minggu depan bukannya esok.Apa kata kau teman aku pergi kantin.Aku laparlah.Buku skrap tu hujung minggu pun boleh buat.Kau ni rajin sangatlah."

"Kalau kau lapar,kau pergi jelah kantin tu sendiri.Aku kenyang lagi.Balik dari sekolah nanti aku makanlah dekat rumah."

Khaira Eryna mengorak langkahnya kembali ke arah perpustakaan.Panggilan Jasmin langsung tidak dipeduli.Melihat tingkah Khaira Eryna,Jasmin pantas mengayun kakinya mengejari derap langkah sahabatnya itu.

"Kau kenyang lagi?Setahu aku tadi masa rehat kau langsung tak makan.Celah mana yang kau boleh cakap kau tak lapar?Ala Khaira...Aku tahu kau sebenarnya bukan kenyang.Cuma kau tak ada duit.Jangan risau,hari ni aku belanja."Ujar Jasmin ketika dia sudah berjalan seiringan dengan Khaira Eryna.

Sekali lagi langkah kaki Khaira Eryna terhenti.

"Min,aku tahu kau memang kawan yang baik.Tapi sungguh aku tak lapar.Lagi pun aku tak naklah asyik guna duit kau je.Boleh dikatakan hari-hari kau belanja aku.Aku malulah,Min."

Jasmin tersenyum nipis.Sebelah tangannya dibawa memaut bahu Khaira Eryna.

"Khaira,janganlah cakap macam tu.Aku ni ikhlas.Lagi pun mak dan ayah aku dah pesan suruh aku share makanan dengan kau.Ini waktu kau susah,Khaira.Esok lusa kalau aku susah,kau pula tolong aku.Dah,jangan banyak cakap.Jom ikut aku pergi kantin."

Jasmin terus menarik lembut tubuh Khaira Eryna ke arah kantin.Perutnya sudah berbunyi minta diisi.Mahu tidak mahu,Khaira Eryna akhirnya akur.Langkah kakinya diayun mengekori langkah sahabatnya.

"Eh,Jasmin.Kau ni baik sangat dengan si Khaira tu.Kau tak rasa ke dia tu sebenarnya cuba ambil kesempatan dekat kau.Kau pula mudah sangat terpedaya dengan dia yang berlakon kononnya macam daif sangat tu."Ujar Edora di sisi Jasmin yang turut sama membeli makanan.

"Kau nikan suka sangat buruk sangka dengan Khaira tu.Kau pernah tak pergi rumah dia?Kau ada siasat latar belakang keluarga dia?Tak adakan.So,kau tak payah suka-suka tuduh dia macam tu.Kau sepatutnya simpati dengan dia.Sebab nasib dia tak sebaik nasib kita ni.Dahlah,malas aku nak layan kau ni.Kau dengan budak-budak lain tu sama je.Semua pandang serong pada Khaira sebab dia miskin.Jijik sangat ke Khaira tu di mata korang?Aku tengok Khaira tu tak adalah buruk.Cantik juga orangnya."Balas Jasmin dengan amarah yang ditahan.

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan Edora.Gadis dari golongan elit yang suka merendah-rendahkan golongan mereka yang kurang berkemampuan seperti Khaira Eryna.

"Aku bukannya apa.Sekadar nak beri nasihat je.Aku rasa dia tu sebenarnya tak layak pun sekolah dekat sekolah kita ni.Ntah macam manalah dia boleh diterima sekolah dekat sini.Okaylah.Aku gerak dulu.Kau ingat sikit kalau berkawan dengan dia tu.Takut nanti bau busuk dia melekat dekat badan kau."

Edora ketawa sinis sebelum mengatur langkah kembali ke tempat duduknya.Jasmin yang mendengar kata-kata sindiran Edora hanya merengus geram.Usai membuat bayaran,dia membawa makanannya ke arah Khaira Eryna yang setia menantinya di hujung sudut kantin.

"Sorry lambat.Si Edora tulah.Mengacau je.Nak beli makanan je pun.Tapi sempat lagi anyam ketupat."Bebel Jasmin sambil melabuhkan punggung di sisi Khaira Eryna.

"Anyam ketupat?Kenapa pula dia nak anyam ketupat?Aku tak tahu pula minah diva tu pandai menganyam."

Jasmin tepuk dahi.

"Ish,kau ni.Bukan anyam ketupat tulah!"

Khaira Eryna ketawa kecil.

"Aku tahu.Saja je buat-buat lurus.Mesti dia kutuk pasal aku,kan?Aku dah lali,Min.Orang macam aku ni mungkin tak layak berada dekat sini.Berkawan dengan kau pula tu.Tak pasal-pasal dengan kau sekali diorang pulau."

Bahu Khaira Eryna ditampar lembut.

"Kenapa nak cakap macam tu pula?Kau dengan aku tak ada beza pun.Manusia biasa juga.Tak ada pula aku nampak kepala kau bertanduk ke,hidung kau panjang macam belalai gajah ke.Aku tengok kau ni cantik.Elok je.Kaya atau miskin,itu bukan ukuran kalau nak berkawan.Bagi aku nasib kau cuma kurang dari segi keewangan je.Yang lain aku rasa kau lagi tip top daripada dia orang semua tu."

"Apa yang tip topnya,Min?Kau tak payahlah nak jaga hati aku.Aku dah biasa kalau kena kutuk ke kena keji ke.Telinga aku ni dah kebal dengar semua tu."

Jasmin menghela nafas berat.

"Memang kau dah kebal.Tapi aku sebagai kawan kau,naik berasap telinga.Patutnya diorang jadikan kau sebagai contoh.Walaupun kau tak kaya,tapi kau rajin.Bijak.Kerja sekolah,projek sekolah,semua kau siapkan.Kau cantik.Lebih cantik daripada si Edora diva tu.Kecantikan kau asli.Kau sebenarnya ada lebih banyak kelebihan daripada kekurangan.Kadang-kadang aku pula jadi cemburu dengan kau.Tapi tak apalah.Aku tak kisah sangat.Cemburu sikit je.Sebab kau selalu tolong aku kalau aku ada masalah dalam pelajaran."

"Ala...aku ikhlaslah.Ilmu itukan memang untuk dikongsi.Kau pun selalu je belanja aku makan.Kadang-kadang kau bagi aku duit beli barang keperluan sekolah.Aku yang naik segan.Jasa kau pada aku lebih banyak daripada apa yang aku buat untuk kau."Ujar Khaira Eryna sedikit sebak.

Tanpa diduga,tubuh Khaira Eryna ditarik dalam pelukan.Khaira Eryna terpempan.Namun,dia tidak menolak.Malah,pelukan sahabatnya itu dibalas.

*******

Lauk dan nasi yang sudah siap dimasak disusun di atas meja.Hanya ikan kering goreng dan sambal belacan menjadi menu santapan mereka malam ini.Menu ini sudah cukup mewah jika hendak dibandingkan dengan makan nasi berlaukkan air garam sahaja.

Khaira Eryna mengatur langkah menuju ke bilik tidur bapanya.Daun pintu dibuka dari luar sebelum kakinya melangkah masuk ke dalam bilik.Katil usang yang menempatkan bapanya dituju.Kelihatan bapanya sedang lena.Wajah bapanya kelihatan tenang.Perlahan-lahan tangan dibawa ke bahu si bapa,lalu digoyang lembut.

"Baba,bangun.Aira dah masak nasi untuk kita.Baba makan sikit.Kejap lagi baba nak kena makan ubat."

Hakim yang tersedar saat bahunya digoyangkan perlahan-lahan membuka mata.Dia mengangkat tubuh dari perbaringan.Dia menenyeh lembut matanya dengan kantuk yang masih bersisa.Wajah anak tunggalnya ditatap redup sebelum bibirnya yang sedikit kering itu mengukir senyuman tipis.

"Aira dah makan ke?"Tanya Hakim dengan suara yang sedikit serak.

"Belum.Aira tunggu baba.Mm...Baba macam mana?Sakit dada baba dah kurang?"

"Dah kurang sikit.Aira tunggu baba dekat dapur.Kejap lagi baba keluar.Baba nak bersihkan diri sekejap.Ba..Huk!Huk!Huk!"

Batuk Hakim kembali datang.Tangannya pantas dibawa menekup mulut.Sebelah tangannya lagi memegang dada menahan sakit.Tanpa sedar cecair berwarna merah pekat terhembur keluar dari mulutnya.

Khaira Eryna cemas.Dia pantas berlari ke arah almari.Kain kecil diambil,lalu dibawa kepada bapanya.

"Baba,mulut baba berdarah.Ni kain.Baba duduk dulu.Aira pergi ambilkan air."

Hakim hanya mengangguk kecil.Kain di tangan Khaira Eryna dicapai mengesat darah yang mengalir.Khaira Eryna segera berlari menuju ke dapur.Segelas air suam diambil lalu dibawa kepada bapanya.Gelas air itu disua kepada Hakim.Hakim mengambil gelas pada tangan Khaira Eryna sebelum air di dalam gelas itu diteguk perlahan-lahan.

Khaira Eryna mengambil tempat di sisi Hakim.Gelas yang hampir kosong isinya diletakkan di atas meja.Wajah bapanya ditatap sayu.Air jernih mula bertakung di tubir mata.

"Baba,kita pergi hospital.Keadaan baba makin teruk.Ubat baba pun dah hampir habis.Aira tak sanggup tengok baba sakit macam ni."

Setitis air jernih mula mengalir di pipi mulusnya.Mendengar rintihan si anak,Hakim berpaling memandang Khaira Eryna.Kekura tangan Khaira Eryna disentuh lembut.

"Aira,jangan risau.Baba tak apa-apa.Batuk biasa je."

"Batuk biasa apa sampai berdarah macam ni?Boleh tak kali ni baba dengar cakap Aira.Baba tahukan Aira dah tak ada sesiapa dekat dunia ni.Aira cuma ada baba je.Aira tak nak sesuatu buruk berlaku pada baba.Aira sayang baba."

Khaira Eryna melentokkan kepalanya di bahu Hakim.Dia teresak kecil.

"Hey,kenapa Aira menangis ni?Baba okay je."

"Huk!Huk!"

Dadanya kembali dipegang.Sakit yang datang cuba ditahan.Tidak mahu si anak terus-menerus risau akan dirinya.

"Tengok tu.Baba masih batuk.Kita pergi hospital ya,baba."Khaira Eryna masih cuba memujuk.

"Tak payahlah.Lagi pun baba kena pergi kerja.Kalau baba pergi hospital lepas tu baba kena tahan dekat wad,macam mana dengan Aira nanti?Kerja baba lagi?Duit yuran Aira baba belum jelaskan.Kalau baba kerja,dapatlah duit bayar yuran Aira,bayar duit sewa."

"Baba,itu semua tak penting.Kesihatan baba lagi penting.Kalau pasal tu Aira sanggup berhenti sekolah.Biar Aira kerja tolong baba cari duit.Aira tak kisah."

"Aira!"

"Huk!Huk!"

"Baba tak akan biarkan Aira buat macam tu.Cari nafkah,sediakan keperluan Aira itu semua tanggungjawab baba.Tugas Aira belajar.Banggakan baba dengan keputusan cemerlang Aira.Itu cukup buat baba rasa gembira.Baba tak kisah bergolok-gadai untuk Aira.Aira sahaja harta yang baba ada lepas pemergian ibu."

Perlahan-lahan air mata lelakinya turut mengalir.Hatinya terasa sebak saat terkenangkan isterinya yang sudah lama pergi saat Khaira Eryna dilahirkan.

"Baba...Maafkan Aira.Aira tak berniat pun nak buat baba sedih.Aira sayang baba."

Pantas tubuh si bapa didakap erat.Esakannya semakin kuat.Air mata mula membasahi baju Hakim.Rambut panjang Khaira Eryna diusap lembut.Cuba menenangkan hati si anak.

"Dah,tak naklah nangis-nangis.Macam nilah,baba akan pergi hospital lepas baba balik kerja nanti.Aira jangan susah hati."

Pelukan dileraikan.Wajah bapanya ditatap dalam.

"Baba janji?"

Jari kelingking disua kepada Hakim.Hakim tersenyum kecil.Lalu,jari kelingkingnya dibawa bertaut di jari Khaira Eryna.

"Baba janji.Mari kita pergi makan.Baba rasa lapar pula.Tapi sebelum tu baba nak bersihkan diri dulu."

Khaira Eryna mengangguk kecil.Menuruti kemahuan bapanya.Dia kembali berdiri.Gelas di atas meja dicapai sebelum langkah kakinya dibawa keluar dari bilik.Melihat bayangan Khaira Eryna yang sudah hilang di sebalik daun pintu,Hakim menghempas nafas berat.Laci meja di sisi katil dituju.Sekeping gambar lama dikeluarkan sebelum ditatap redup.

Gambar seorang wanita yang sedang tersenyum manis diusap dengan hujung jarinya.Sekali lagi air jernih kembali mengalir di pipi.

"Pia....Anak kita dah dewasa.Dia membesar dengan baik.Dia cantik sama macam Pia.Abang rindu Pia.Abang harap sangat Pia ada dekat sini.Abang tak kuat,Pia.Apa akan jadi pada anak kita bila masa abang akan tiba nanti?"

Perlahan-lahan gambar itu dibawa ke bibir.Dikucup lama.Mengurangkan rasa rindunya pada si isteri.Cinta hatinya.Gambar itu kembali disimpan di dalam laci.Air matanya diseka.

Telefon bimbit jenama Nokia 3100 yang diikat gelang getah dicapai.Nombor telefon seseorang dicari.Seseorang yang boleh diharap.Melihat nombor yang tertera di skrin kecil telefonnya,Hakim berjeda seketika.Lambat-lambat butang hijau ditekan sebelum telefonnya dilekapkan di telinga.Selang beberapa deringan,panggilannya dijawab.

"Assalamualaikum....Kita perlu berjumpa.Aku tunggu kau di tempat biasa.Tempat kita selalu lepak dulu..."

Setelah mendapat balasan.Panggilan ditamatkan.Telefon bimbitnya diletakkan semula di atas meja sebelum langkahnya diatur menuju ke bilik air.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience