"Come Khaira,jemput masuk."Ujar Noah sambil menarik beg bagasi Khaira Eryna ke dalam villa miliknya.
Lambat-lambat Khaira Eryna melangkah masuk ke dalam villa dua tingkat itu.Saat Khaira Eryna menjejakkan kakinya di situ membuatkan matanya terbuka luas.Pertama kali dia melihat ruang rumah yang besar dah agak mewah.Perlahan-lahan kakinya diatur masuk ke kawasan ruang rehat.Matanya mula mengitari keadaan sekeliling.Tidak berkedip matanya saat melihat susun atur perabot-perabot yang ada di ruangan itu.Semuanya cantik dan sudah pasti harganya juga mahal.
"Khaira duduk dulu.Berehat.Uncle nak naik atas sekejap."
Mendengar kata-kata Noah,Khaira Eryna hanya menurut.Dia melabuhkan duduknya di atas sofa baldu yang ada di ruangan itu.Lembut dan empuk! Itulah yang dirasakan Khaira Eryna saat punggungnya sudah mencecah permukaan sofa.Tangannya menyentuh lembut sofa tersebut.Teruja rasa di hatinya kerana diberi peluang masuk ke dalam rumah mewah seperti villa milik Noah ini.Perlahan-lahan belakang tubuhnya disandarkan di dada sofa.Tenang dan selesa.
Khaira Eryna memejamkan matanya buat seketika.Tubuh badannya terasa letih.Dia mahu merehatkan diri melepaskan lelah selepas berjam-jam di dalam kereta.Hampir sahaja dia terlelap.Kelopak matanya kembali terbuka saat mendengar suara seseorang menyapa.Khaira Eryna membetulkan duduknya.Dia tersenyum manis saat melihat seorang wanita separuh abad berada di hadapan matanya sedang duduk sambil menuangkan air di dalam gelas.
"Cik,jemput minum.Mesti cik letih seharian berada dalam kereta."Pelawa wanita itu ramah.
"Terima kasih,mak cik."
"Sama-sama.Panggil je Cik Moon.Cik Moon ni pembantu rumah dalam villa ni."
"Ooh...Panggil je Khaira.Cik Moon tak perlulah bercik-cik dengan Khaira.Naik segan pula.Khaira orang biasa-biasa je.Tak perlulah formal sangat."
"Baiklah kalau Khaira dah cakap macam tu.Khaira jemputlah minum.Mesti Khaira penat sebab duduk dalam kereta sepanjang hari ni.Khaira rehat dulu.Kejap lagi Cik Moon tunjukkan bilik.Cik Moon nak ke dapur dulu.Kalau Khaira nak apa-apa,boleh je panggil Cik Moon.Cik Moon ada je dekat dapur tu."
Khaira Eryna tersenyum nipis membalas kata-kata Cik Moon.Cik Moon pantas meminta diri menyambung tugasnya di dapur.Melihat bayangan Cik Moon yang sudah tidak kelihatan,gelas berisi air oren dicapai.Perlahan-lahan air oren itu diteguk membasahkan tekaknya yang hampir kering.
Usai membasahkan tekak,gelas air yang masih bersisa diletakkan semula di atas meja.Khaira Eryna kembali bangun dari duduknya.Langkahnya diatur ke pintu gelangsar yang terdapat di ruangan itu.Berhati-hati pintu gelangsar itu ditolak.Angin petang yang berpuput lembut menyapa ke kulit wajahnya.Rambut panjangnya dibiarkan lepas beralun saat ditiup angin.Khaira Eryna mula menikmati pemandangan taman mini yang terbentang di hadapan matanya.Bunga-bungaan yang pelbagai jenis dan warna menambahkan kecantikan dan seri pada taman itu.Matanya tertancap pula pada kolam ikan yang dihiasi air terjun buatan di sisi taman mini tersebut membangkitkan suasana yang tenang dan nyaman.Membuatkan Khaira Eryna semakin tertarik hati dengan villa itu.
Sedang asyik menikmati suasana petang bersama bunyi deruan air terjun buatan di taman mini itu,namanya diseru.Khaira Eryna tersentak.Dia pantas memusingkan tubuhnya ke arah suara yang memanggil namanya.Kelihatan Noah bersama seorang wanita berwajah kacukan yang lebih kurang seusia dengan lelaki itu sedang berjalan berpegangan tangan ke arahnya.Khaira Eryna didekati.Bibir Khaira Eryna mengorek senyuman nipis.
"Khaira,kenalkan ini isteri uncle.Auntie Camilla.Honey,ni Khaira.Hakim's daughter."
Camilla menghulurkan tangan kepada Khaira Eryna tanda salam perkenalan.Perlahan-lahan huluran tangan Camilla disambut.Mereka saling berbalas senyuman.
"Nice name.Cantik macam orang dia juga.B, I tak sangka Hakim ada anak perempuan secantik Khaira.Same like her mother.Saling tak tumpah."Puji Camilla ikhlas.
"Thanks,auntie.Auntie kenal ibu Khaira juga ke?"Soal Khaira Eryna ramah.
"Tak kenal.Cuma pernah nampak dalam gambar sahaja."
"Ooh...Khaira ingat auntie kenal rapat dengan ibu."
Riak wajah Khaira Eryna sedikit mendung.Camilla dan Noah saling berpandangan.Menyedari mereka seakan terlepas kata tentang ibu kepada gadis itu,Camilla pantas bertindak mencapai tangan Khaira Eryna lalu ditarik gadis itu masuk semula ke ruang rehat.Tanpa sebarang penolakan,Khaira Eryna hanya menurut.Tubuh Khaira Eryna dibawa duduk di sofa.Camilla melabuhkan punggung di sisi gadis itu.Wajah mendung Khaira Eryna ditatap redup.Rambut yang menutupi separuh wajah gadis itu diulus lembut sebelum diselitkan di belakang telinga.
"Khaira,kenapa sedih ni?Auntie ada salah cakap ke?Sorry kalau kata-kata auntie tadi ada mengguris hati Khaira."
Khaira Eryna menoleh memandang wajah Camilla.Senyuman hambar terukir di bibirnya.
"Auntie tak salah apa-apa pun.Khaira ni terlebih emosi.Sorry auntie.Khaira cuma terkilan sebab sampai sekarang Khaira tak pernah tengok pusara ibu.Arwah baba kata ibu tak dikebumi dekat sini.Arwah baba kata satu hari nanti dia akan bawa Khaira jumpa ibu.Tapi,tak kesampaian."Lirih Khaira Eryna.
Mendengar rintihan gadis itu membuatkan Camilla dan Noah semakin jatuh simpati pada nasib Khaira Eryna.Bahu Khaira Eryna dipaut lembut.Lalu tubuh Khaira Eryna ditarik ke dalam pelukan.
"In Syaa Allah,satu hari nanti Khaira pasti akan jumpa ibu.Tapi buat masa sekarang,Khaira kena tumpukan perhatian lebih pada pelajaran dan masa depan Khaira.Mulai hari ni Khaira panggil auntie,mommy dan uncle ni daddy.Khaira bukan orang asing bagi kami.Tapi kami dah anggap macam anak kami sendiri.Tak sia-sia mommy dan daddy setuju ambil Khaira jadi anak angkat dan menerima rancangan arwah baba Khaira untuk bawa Khaira tinggal dengan kami.Lagi pun dengan kehadiran Khaira,mommy tak adalah sunyi lagi.Mommy ni tak ada anak perempuan.Dari dulu mommy memang teringin nak rasa ada anak perempuan dalam rumah ni.Alhamdulillah...Tercapai juga hasrat mommy."
Khaira Eryna tersenyum lega saat mendengar kata-kata Camilla itu.Pelukan Camilla dileraikan.Wajah Camilla dan Noah dipandang silih berganti.
"Tak apa ke kalau Khaira panggi auntie dan uncle macam tu?Anak-anak auntie dan uncle tak marah?"Soal Khaira Eryna polos.
"Buat apa diorang nak marah.Diorang lagi sukalah ada adik perempuan dalam rumah ni.At least,mommy tak adalah nak bisingkan diorang lagi sebab jarang melekat dekat rumah ni.Mm...Nanti mommy kenalkan Khaira dengan anak-anak mommy.Jangan risau diorang semua baik-baik.Anak-anak mommy hensem tau.Mommy takut Khaira je nanti yang tergoda."Seloroh Camilla menceriakan suasana.
"Dahlah tu,honey.Apa kata you tunjuk bilik yang you dah siap hias tu dekat Khaira.You kan tak sabar nak Khaira duduk dalam bilik tu.Khaira,daddy harap Khaira suka dengan bilik tu nanti."
"Khaira tak kisah.Lagi pun Khaira cuma menumpang je.Apa yang auntie dan uncle dah buat untuk Khaira ni pun dah cukup buat Khaira gembira."
"Ish,apa pula auntie dan uncle.Cuba Khaira biasakan sebut mommy,daddy.Khaira kena ingat,mulai hari ni mommy dan daddylah orang tua Khaira.Kami akan jaga Khaira dan berikan kasih sayang sama macam mana kami berikan pada anak-anak kami yang lain.Kalau Khaira ada masalah atau nak share apa-apa,jangan segan cerita dekat mommy dan daddy.We are always there when you need us.Khaira jangan segan-segan tau."
Khaira Eryna hanya mengangguk kecil.Senyuman nipis tidak lekang terukir di bibir mungilnya.
"Terima kasih aut...Eh,maksud Khaira,mommy,daddy.Sebab terima Khaira dalam keluarga ni.Khaira rasa terhutang budi sangat."
"It's okay.Kami ikhlas.Jom,mommy tunjukkan bilik.Lepas tu Khaira boleh rest.Nanti bila waktu makan malam,mommy panggil Khaira turun.Okay sayang?"
"Okay,mommy.Uncle...Eh,mm...Daddy,Khaira naik bilik dulu."Ujar Khaira Eryna.
Kepala yang tidak gatal digaru kecil.Dia masih belum biasa.Tergeliat lidahnya saat menyebut panggilan itu.Mahu tidak mahu dia tetap perlu memanggil Noah dan Camilla dengan panggilan itu agar mereka tidak berkecil hati.
Noah tersungging senyum melihat keletah gadis itu.Dia hanya menghantar langkah Khaira Eryna dan Camilla hingga ke anak tangga menuju ke tingkat atas.
*****
Pintu bilik diketuk buat sekian kalinya.Baru sahaja nama Khaira Eryna ingin diseru,pintu bilik gadis itu sudah terbuka dari dalam.Kelihatan Khaira Eryna yang masih bertelekung berada di sebalik daun pintu.
"Maaf,mommy.Khaira baru siap solat.Tu yang lambat buka pintu."
"Eh,tak apa.Mommy yang sepatutnya minta maaf sebab ganggu Khaira.Tak apa,lepas Khaira dah siap nanti,Khaira turun bawah.Kita makan malam sama-sama.Mommy dan daddy tunggu Khaira dekat meja makan."
Khaira Eryna mengangguk kecil.Camilla pantas mengatur langkah beredar ke tingkat bawah.Pantas daun pintu bilik ditutup.Khaira Eryna melepaskan telekung yang dipakainya,lalu disidai di ampaian yang tersedia di dalam biliknya.Bilik tidur yang sudah dihiasi indah membuatkan dia merasa selesa berada di bilik itu.Usai merapikan diri,Khaira Eryna mengatur langkah turun ke tingkat bawah.Langkahnya diatur dengan berhati-hati menuruni anak tangga.Suara gelak-ketawa mereka yang berada di ruang makan membuatkan langkah kaki Khaira Eryna terhenti.Dia berkira-kira untuk meneruskan langkah kakinya menuju ke ruang makan atau kembali semula ke bilik tidur.Hatinya mula berbolak-balik.
"Aduh,macam mana ni?Nak turun macam segan pula.Ah,masuk bilik jelah!Esok pagi baru makan."Putus Khaira Eryna sendiri.
Baru sahaja kakinya ingin diatur menaiki anak tangga semula,namanya sudah diseru Camilla.Langkah kaki Khaira terhenti.Lambat-lambat tubuhnya dipusing menghadap Camilla.Khaira Eryna tersengih kecil.
"La...Khaira nak ke mana tu?Mommy baru ingat nak naik panggail Khaira.Rupanya Khaira dah dekat sini.Jom,kita makan.Semua orang dah tunggu Khaira."
"Khaira ingat nak masuk bilik balik.Tiba-tiba Khaira rasa tak laparlah,mommy.Khaira makan esok jelah.Lagi pun Khaira dah biasa tak makan."
Camilla menggelengkan kepalanya.Dia menapak mendekati gadis itu yang masih berdiri di anak tangga.
"Itu dulu.Sekarang mommy dah jadi ibu Khaira.Apa pun alasan Khaira,Khaira tak boleh skip makan.Mommy tak nak anak mommy sakit.Come,mommy bawa Khaira pergi makan.Jangan segan.Dekat situ bukan ada orang lain pun.Cuma ada daddy dengan abang-abang Khaira je."
Khaira Eryna menghempas nafas berat.Mahu tidak mahu,dia terpaksa akur.Perlahan-lahan langkah Camilla diekori dari belakang.Sampai sahaja di ruang makan,perbualan antara Noah dan anak-anak lelakinya terhenti.Semua mata terarah pada Camilla dan Khaira Eryna.Tetapi yang lebih tepat pandangan mereka lebih pada Khaira Eryna.Seorang gadis yang cantik kelihatan polos berada di belakang ibu mereka.
"Okay,jom kita makan.Khaira duduk sebelah mommy."
Khaira Eryna hanya menurut.Kerusi di meja makan ditarik perlahan sebelum punggungnya dilabuhkan di sisi Camilla.Dua orang jejaka yang berada di hadapan Khaira masih tidak lepas memandang ke arahnya.Salah seorang daripada dua jejaka itu menatap redup ke arahnya,manakala seorang lagi kelihatan sedikit dingin.Khaira Eryna tidak mampu membalas pandangan mereka.Dia hanya menukur memandang ke arah pinggan yang sudah dipenuhi nasi di hadapan mata.
"Guys,makan.Jangan tenung anak dara orang macam tu.Not nice."
"Who is she,mommy?"Soal jejaka yang berada di hadapan Camilla.Sebelah jejaka yang dingin riak wajahnya.
"Nanti mommy kenalkan.Sekarang ni kita makan dulu.After that,daddy akan terangkan semuanya."
"Okay.Tak sabar Darwish nak tahu.Nice girl."Puji Darwish Xayden yang bermulut manis.
"Darwish,makan."Arah Noah tegas.
Semua orang di situ kembali diam.Hanya kedengaran bunyi sudu dan garfu yang saling berlanggaran.
Usai menjamu selera,mereka semua diarahkan untuk berada di ruang rehat di tingkat atas.Ruang yang agak privasi untuk perbincangan keluarga.Seperti biasa,Khaira Eryna hanya mengekori Camilla dari belakang.Sedikit pun dia tidak berjauhan dengan wanita itu.
"Okay,untuk pengetahuan semua daddy dan mommy nak perkenalkan ahli baru dalam keluarga kita,Khaira Eryna.Anak angkat mommy dan daddy."
"Anak angkat?"Soal kedua-dua jejaka itu serentak.
"Yup,anak angkat.Kenapa kamu berdua nak terkejut pula?Tak pernah ke dengar pasal anak angkat?"Tanya Noah sambil mengangkat sebelah keningnya.
"Bukan tak pernah dengar.Tapi...perlu ke?Dalam usia mommy dan daddy macam ni,kenapa perlu ambil anak angkat?Lagi pun dia tu dah besar.Not a baby."Ujar jejaka dingin di hadapan Noah.
"Ala...bang.Cool apa ada adik perempuan.Cantik pula tu.Darwish okay je.Tak ada halangan.Hi,Khaira.Nice to meet you.I'm your second brother,Darwish.Darwish Xayden.This is our big brother,Danish Xavier."Sapa Darwish Xayden ramah.
Danish Xavier pula masih tetap dengan wajah bekunya.Tiada langsung senyuman terukir di bibir jejaka itu.Khaira Eryna menelan air liurnya kesat saat matanya bertembung dengan anak mata hazel jejaka itu.Pantas pandangan matanya dilarikan.Matanya beralih pada Darwish Xayden.Bibirnya melakar senyuman manis membalas kata-kata Darwish Xayden sebentar tadi.
"Hi,I'm Khaira.Nice to meet both of you.Sorry kalau kehadiran Khaira mengganggu keluarga ni."Ucap Khaira Eryna dengan rendah diri.
"Khaira,kenapa cakap macam tu.Kehadiran Khaira tak ganggu sesiapa pun."Pujuk Camilla di sisi Khaira Eryna.
"Okay,I'm done.Rasanya tak ada apa-apa lagi kot.Danish nak masuk bilik."
Tanpa sempat Noah menghalang,Danish Xavier sudah pun berlalu meninggalkan ruangan rehat itu.Noah dan Camilla saling berpandangan sebelum mereka mengeluh halus.
"Mommy,daddy,don't worry.Abangkan memang macam tu.Khaira jangan ambil hati dengan sikap abang Danish tu.Dia nampak je sombong.Tapi hati dia baik."
Kekura tangan Khaira Eryna disentuh lembut.Camilla mengusap jari-jemari gadis itu.
"Betul apa yang Darwish cakap tu.Danish perangai dia memang dingin.Even dengan saudara mara pun sama.Dia more pada dunia dia.Tapi dia tu orang harapan daddy.Danishlah yang banyak tolong daddy uruskan hal syarikat.Khaira jangan ambil hati,ya.Lama-lama nanti Khaira akan terbiasa."
"Khaira okay je mommy.Mommy jangan risau.Khaira pandai bawa diri."Khaira Eryna cuba memaniskan wajahnya.
"Baguslah kalau macam tu.Ooh,sebelum mommy terlupa.Darwish,esok Darwish bawa Khaira pergi school.Tunjukkan kedaaan sekolah pada dia.For your info,Khaira ni sebaya dengan Darwish.Cuma Darwish tua beberapa bulan je dari Khaira.So,mommy dan daddy amanahkan Darwish jaga Khaira dekat school.Jangan bagi sesiapa pun buli dia.Faham?"
"La...Ye ke?Khaira sama umur dengan Darwish rupanya.Tapi tak apalah.Khaira tetap kena panggil abang Darwish juga.Sebab Khaira tu pangkat adik pada Darwish."
"Ikut suka kamulah.Ingat pesan mommy.Khaira,kalau abang Darwish atau kawan-kawan dia ada buli Khaira,beritahu mommy.Tahulah mommy nak buat apa nanti."
"Mommy ni macam tak percaya Darwish pula.Ya,Darwish janji Darwish akan jaga Khaira ni macam Darwish jaga nyawa Darwish sendiri.Okay?"
"Macam tulah anak lelaki mommy.Dah,pergi masuk tidur.Jangan tidur lambat pula."
"Baik,mommy.Darwish masuk bilik dulu.Good night mommy,good night daddy.Good night my beautiful sister."Ucap Darwish Xayden sambil mengenyitkan matanya pada Khaira Eryna.
Melihat ragam Darwish Xayden,Noah dan Camilla hanya mampu menggelengkan kepala.Khaira Eryna pula hanya sembunyi senyum.
"Khaira pun pergilah tidur.Esok Khaira pergi school dengan Darwish."
"Baik,mommy.Khaira masuk bilik dulu.Selamat malam mommy,daddy.Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam."
Kedua pipi Khaira Eryna dikucup oleh Camilla sebelum gadis itu mengatur langkah menuju ke bilik tidurnya.Melihat bayangan Khaira Eryna yang sudah hilang dari pandangan,Camilla menoleh ke arah suaminya,Noah.
"B,you cubalah nasihatkan anak sulung kita tu.Tak baik dia layan Khaira macam tu.Bukannya Khaira ada kacau hidup dia pun."Ujar Camilla sedikit tidak puas hati.
"You pun tahukan Danish tu macam mana?I pun tak tahu nak cakap apa lagi dah.Dia dengan perempuan memang tak boleh ngam.Nasib baik dengan you dia okay."
"Yalah,sebab I ni mommy dia.I tak tahulah sampai bila dia nak buat perangai macam tu.Harap-harap dengan adanya Khaira dalam family kita ni,perlahan-lahan boleh ubah Danish tu."
"I pun harap macam tu juga.Tapi tengok riaksi dia tadi.Macam tak ada harapan je,honey."
"You ni cepat sangat putus semangat.Kita doa je yang baik-baik untuk anak-anak kita dan juga Khaira.Tapi B,you tak rasa ke kita patut terus terang pasal ibu Khaira.She needs to know the truth."
Noah mengeluh berat.Pelipisnya diurut lembut.Belakang badannya disandarkan di dada kerusi rotan yang didudukinya.
"Kita tunggu masa yang sesuai.Lagi pun dia masih bersedih dengan kehilangan arwah Hakim.I tak yakin dia boleh tanggung semuanya bila tahu kebenaran tentang Bunga."
"I ikut je mana yang you rasa baik.I masuk bilik dulu.You tu jangan lama-lama sangat dekat sini.You bukan muda lagi.Kena banyak berehat."Pesan Camilla.
"Ya,I tahu.Honey masuklah tidur dulu.Kejap lagi I menyusul."
Camilla hanya menurut.Dia mengatur langkah meninggalkan Noah di ruangan itu.Noah hanya mengekori langkah isterinya hingga hilang dari pandangan.Usai itu,pandangannya dilontarkan ke luar villa.Di sebalik cermin kaca yang luas itu,dia termenung jauh.Mengenangkan sahabatnya yang sudah pun pergi meninggalkan dia buat selama-lamanya.
Share this novel