Bab 59

Romance Completed 19413

Nazira berlari anak ke wad 10. Termengah-mengah seketika! Tarik nafas panjang-panjang.. fuh, lepas! Nazira dekati Izam.

“Hai Izam. ”

Izam berpaling. Gadis itu ditenung. Kadang-kadang aku rasa benci melihat kelembutan wajah kau! Penuh kekejaman.. hati kau keras seperti batu! Tapi.. aku bukannya seorang yang berfikiran sempit. Aku tahu cinta tak boleh dipaksa. Mungkin sudah suratan, hanya bagi Izat kau seorang yang istimewa namun tidak pernah kau hargai! Kau begitu tega lukakan hati pemuda yang begitu mengasihimu itu!

“Widuri kata Izam nak jumpa, apa halnya? ” Nazira senyum.

“Izam ada hal hendak diperkatakan. ” Kini mereka beriringan.

“Apa? Nak korek apa pasal Aiza lagi? ” Dia mengusik.

Izam geleng “Mengenai Izat! ”

Langkah Nazira terhenti. “Izat? Kenapa dengan dia? ” Sedikit kerisauan tumbuh di hati kecilnya.

“Dia perlukan Ira! Izat perlukan Ira dalam hidupnya. ”

Nazira tunduk seketika. Dia mendengus lembut.

“Sejak dia kehilangan Ira perangai dia sudah banyak berubah! Dia tidak seriang dulu.. makin diam, kerap bermenung! Irah... kasihani Izat! Dosa apakah yang telah dilakukan sehingga seberat ini hukuman yang Ira beri? ”

“Kalau boleh Ira tak mahu bicarakan hal ini! ”

Izam lepas keluhan panjang. Aku tak da hak untuk memaksa dia! Diseluk poket seluarnya. Sekeping sampul hijau diserah pada Nazira. Gadis itu merenung seolah ingin tahu.

“Izat beri! ”

Serba salah dia seketika. Perlahan-lahan dia mencapai warkah itu. Kau perlu tabah.. ini adalah satu lagi ujian buatmu!

Jam di dinding berteriak dua belas kali! Ini bermakna malam sudah kian larut, namun Nazira masih resah di atas katil. Matanya tidak juga mahu pejam, walau dicuba sedari tadi! Argh.. Nazira bingkas bangkit. Dia mendekati jendela, dibuka. Terasa bayu malam menyentuh lembut wajahnya.

Ira, kau harus tabah! Segala yang diturunkan Allah ada hikmah di sebaliknya. Sekalipun masamu tidak lama tapi kau harus yakin.. kau telah meninggalkan segala yang berharga buat semua! Terasa air yang hangat menyentuh pipi. Nazira sekadar biarkan! Dia merenung sampul surat hijau yang masih di atas meja.

Sejak tadi dia masih belum membuka, tambahan pula membaca warkah pemberian pemuda yang begitu dicintainya. Takut.. dia takut pendiriannya tidak kukuh! Dia tidak mahu masa depan Izat diselubungi kesedihan dan warna hitam! Dia tidak sanggup! Biar dia dikata orang, penipu tapi bukan pemusnah!

Perlahan dia mencapai warkah itu. Terasa bau haruman yang sering dipakai Izat mencucuk-cucuk hidungnya!

Ira sayang,

Maafkan diri ini kiranya warkah yang tak seberapa ini menggangu kemesraanmu bersama insan yang berjaya memenangi hatimu sebelum Izat. Izat sedar siapa diri ini, hanyalah seorang insan biasa. Seorang yang hina, mana mungkin bersatu dengan seorang gadis sepertimu... seorang princess yang terlalu jauh untuk digapai. Ira hebat.. dikasihi sekalian manusia. Begitu juga Izat yang begitu menyintai tapi tidak termampu untuk miliki Ira.. mustahil! Ibarat menanti bulan jatuh ke riba! Tapi sayang.. percayalah, kiranya Izat disoal sama ada... pernahkah kau jatuh cinta? Hanya satu jawapannya... kiranya aku pernah jatuh cinta gadis itu hanyalah Intan Nazira, princess yang bertakhta di hati ini untuk selamanya! Janganlah Ira marah... kerana itu saja yang ada buat diri ini selain kenangan kita. Apa pun Izat tidak mendendami Ira... sentiasa kupanjatkan doa agar kau bahagia di samping insan tersayang. Untuk terakhir kalinya.. aku tetap menyintaimu dan merinduimu!

Salam sayang dan rindu,

Izat...

Tiada kata yang terkeluar, tiada suara yang didengar melainkan air mata yang terus berjuraian sebagai jawapan! Izat.. kenapa sebodoh ini? Tak mampukah kau lupakan aku? Kau memang bodoh, tak sayangkan diri sendiri! Teliti surat itu dilipat lalu dimasukkan kembali ke dalam sampulnya.
Ya Allag.. di mimbarMu aku berserah! Setelah berwuduk dia khusyuk mengerjakan solat istiqarah untuk meminta petunjuk dari Ilahi dan bertenangkan dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience