Bab 64

Romance Completed 19413

“Apa? Abang nak bawa Ayang bersama? ” Soal Puan Mawarni sedikit terperanjat dengan kata-kata anak sulungnya itu. Honeymoon pun nak bawa adik! Pemuda itu sekadar angguk sebagai jawapan.

“Tapi mana boleh! Abang dan Hani pergi berbulan madu bukan.. ”

“Ibu, Hani tak kisah pun! Hidup Ayang tidak lama... biarlah sementara ini dia dapat capai apa yang diimpikan. Ya ibu.. ” Potong Hani lembut. Seolah memujuk wanita itu. Dia tahu ibu mentuanya itu takut jikalau dia terasa! Mana ada pengantin baru pergi berbulan madu bertiga! Lainlah kalau suaminya kahwin dua... ish,minta simpang!

“Tapi... ”

“Ibu, Hani sayang Ayang seperti mana Abang Iman dan ibu sayangkannya walaupun Hani orang baru dalam keluarga ini. Ayang adik Hani... boleh ya, ibu? ” Hanizatul masih memujuk.

“Yalah, kalau itu kehendak kamu! ” Akhirnya Puan Mawarni mengalah saja.

“Abah tak setuju! ” Bantah Encik Ikmal yang diam sejak tadi.

Tiga pasang mata membulat tepat pada wajah Encik Ikmal. Lelaki itu masih kelihatan tenang!

“Abah, kalau abah tak mahu kasihi Ayang. Abang masih boleh kasihinya dan tunaikan segala hasratnya selagi mampu! ” Luah Naziman. Geram benar dia dengan sikap ego lelaki itu, abahnya sendiri!

“Abah dah kata! Abang dah ambil tiket ke belum? ” Mata Encik Ikmal menjamah wajah tampan anak terunanya.

“Belum, tapi abang tetap akan ambil tiga tiket!” Tegas suara Naziman.

“Apa abang ingat dengan begitu Ayang akan gembira. Ayang sendiri pasti tak akan setuju sebab dia mewarisi sifat arwah emaknya.. tak akan menyusahkan orang lain sekalipun dirinya susah! Walau maut menjelma dia akan redha tanpa mahu orang lain risaukannya! ”

“Apa maksud Abahnya? ” Puan Mawarni dapat mencium rasa kesal diluah bersama kata-kata itu. Dia faham benar dengan sikap suaminya itu!

“Alah ibu, takkan ibu tak faham! Abah memang dari dulu tak sayangkan Ayang dan dia juga tak suka kalau ibu dan Abang curahkan kasih sayang padanya. Abah tak perlu risau.. Abang tak akan minta belas Abah, Abang sendiri boleh sayangi Ayang lebih dari seorang abah! " Naziman sudah tidak peduli dengan siapa dia berkata-kata. Hanizatul sekadar diam... tidak mahu menegangkan lagi keadaan.

Encik Ikmal masih tenang di sofa. “Tapi kasih yang Abang curahkan tak sama dengan kasih yang diharap Ayang. Tolong beri abah peluang.. biar abah tunaikan impian Ayang sebelum nafas terakhirnya. Mungkin dengan cara begini abah dapat tebus kesalahan abah. Abah berdosa selama ini... membenci darah daging sendiri. Tapi abah tak mahu bohong lagi, abah sayangkan Ayang... cuma abah tak ada kekuatan untuk menunjukkan kasih itu padanya. Dia anak kandung abah Abang! Berilah peluang abah menebus kesalahan! ” Pinta Encik Ikmal mengharap. Bersama itu gugur air mata menyentuh pipi... bersama gugurnya keegoan seorang lelaki yang begitu mengasihi darah dagingnya.

Air mata Puan Mawarni tidak tertahan lagi mendengar kata-kata insaf suaminya. Dia terus memeluk lelaki itu dan tersedu dalam pelukan suami tersayang.

Naziman tersandar lesu pada sofa. Alhamdulillah.. akhirnya Kau buka juga pintu hati abahku! Terima kasih Tuhan! Dia paling pada isteri tersayang di sisi. Gadis itu mengelap perlahan air mata yang gugur, tersenyum gembira dengan ucapan yang dinanti selama 22 tahun itu!

“Wani, saya dah minta cuti panjang.. untuk bawa awak dan Ayang bersiar-siar di kota Paris. Bukankah itu yang diimpikan Ayanh? ” Encik Ikmal membelai lembut rambut isterinya yang masih dalam pelukan.

Puan Mawarni raih jemari Encik Ikmal. “Maafkan saya abahnya kerana selama ini buruk sangka pada awak! Ampunkan saya... ”

“Yang bersalah adalah saya, tak ada apa untuk dimaafkan. Terima kasih kerana sedarkan saya. Alhamdulillah kerana Allah telah tunjukkan saya cahaya kesedaran. Saya akan sayangi Ayang lebih dari kamu semua! ” Encik Ikmal sudah tekad, kerana pemergian Nazira amat memilukan hatinya... sungguh dia tak sanggup kehilangan anak gadisnya itu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience