Bab 55

Romance Completed 19413

Semudah itu! Izat terus panjat tangga... tidak hiraukan panggilam mummynya langsung! Dia hempas pintu bilik! Apa dia ingat aku boneka? Senang-senang dia saja... bila hendak dia cakap suka, sayang... bila tak nak ada saja cara nak lepaskan diri! Apa halnya.. apa yang tak kena? Paling penting... apa salah aku!

Izat mendengus marah. Kurang ajar! Izat capai gambar Nazira.. Prang! Tepat mengenai cermin!

“Astagfirullah.. apa bendanya tu? Bunyi apa tu bang? ” Puan Zefrina bingkas dari anak tangga. Terus ke bilik anak bujangnya! Encik Shafie turut mengekori langkah isterinya itu. Risau juga dia!

“Kenapa dengan kamu Izat? ” Puan Zefrina melempar pandangan pada cermin yang sudah pecah-berderai seketika.

Izat mendengus. Dia terus ke jendela. Diselak langsir lalu dilempar pandang pada jalan raya yang agak sibuk! Waktu balik pejabat.. biasalah! Bibirnya tidak terbuka langsung untuk menjawab soalan sang ibu. Otaknya ligat berfikir!

“Izat.. ” Lembut mummy bersuara. Dia tahu ada sesuatu yang mengganggu fikiran anaknya itu. Izat memang jarang sekali marah, tapi kalau dia marah memang parah!

“Mummy, papa.. Izat nak bersendirian sekejao, boleh? ”

Puan Zefrina tenung wajah suaminya. Encik Shafie angguk... seolah mahu isterinya akur. Puan Zefrina melepas keluhan.

“Izat tenangkanlah dulu fikiran. Izat nak makan atau minum apa-apa? ”

Izat sekadar geleng. Puan Zefrina dan Encik Shafie berlalu.. mereka tahu tiada apa yang dapat dilakukan lagi.

Izat lempar tubuh ke atas katil setelah mummy dan papa berlalu. Dia tenung siling.. wajah itu menjelma. Shit! Kenapa tipu aku?!! Kenapa perlu mainkan perasaan aku? Arghh, go to hell! Kenapa perlu aku pedulikan dia.. tidak perlu! Masih banyak lagi wanita dalam dunia ini yang cantik! Lagipun dia bukannya cantik sangat! Ada wajah yang lebih anggun dari wajah itu, ada mata yang begitu menggoda dari sepasang mata itu, ada bibir yang memikat dari bibir itu.. ada hidung, tidak.. tak ada hidung yang menawan seperti itu! Arghhh.. kau masih mengganggu aku!

-Bodoh, kau Lelakikah?

Ya, sudah pasti aku lelaki!

-Kalau lelaki, kau boleh miliki dia!

Bagaiman?

-Hei, dia wanita.. punya sesuatu yang dipelihara! Kalau kau rampas mahu tak mahu dia harus jadi milik aku!

Tapi itu akan menyakitinya. Aku tak mahu begitu.. aku ikhlas menyintai dan mengasihinya! Bukan kerana paras atau tubuh!

-Kalau betul kau kasihkan dirinya tentu kau sanggup lakukan apa saja untuk miliki dia! Kau tak mahu sakitinya, tapi dia tega sakitkan kau.. adilkah begitu?

Tentu tidak adil! Intan Nazira.. sama ada kau milik aku, atau bukan milik sesiapa. Aku akan pastikannya.

Izat terus bangkit setelah puas berteka-teki dengan suara hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience