Bab 51

Romance Completed 19413

“Ira, tolong ambilkan ubat itu! ” Arah Aiza menuding pada ubat yang dimaksudkan.

“Ini? ” Nazirs serahkan pada Aiza. Gadis itu sambut dan angguk. “Untuk apa? ”

“Untuk pesakit di wad 3! Aku pergi ya.. ” Aiza terus berlalu.

Nazira angkat bahu. Aku saja yang tak ada kerja hendak dibuat! Uh, boringnya! Baik aku ronda-ronda, siapa tahu kalau-kalau ada yang sakit.. boleh aku bantu. Takkan nak makan gaji buta! Satu demi satu wad Nazira singgah. Tak ramai yang sakit agaknya.. yang keluar ramailah! Kenapalah tak ramai yang sakit hari ini? Ish, tak baik aku minta gitu.. mintalah semua rakyat Malaysia sentiasa sihat dan cerdas.

“Gee, ikut saya ke wad 12.. ada emergency case! ”

Nazira paling apabila terdengar suara Doktor Fahmi. Dia mendekati doktor muda itu dan temannya. “Doktor.. ”

“Hah, Ira.. awak tak ada kerjakah? ”

Nazira geleng. “Saya ikut.. boleh?

Doktor Fahmi angguk dan pantas melangkah.

“Kecemasan sungguh ni, sampaikan doktor kita pun cemas! ”

Fauziah menyiku Nazira. “Mulut tu.. cabai baru tahu! ”

Nazira sekadar katawa nakal. Adeh, apa ni? Nazira sentuh kepala.. dipicit perlahan. Ibu...

“Kenapa Ira? You ok ke? ” Fauziah sedikit risau melihat Nazira yang terhoyang-hayang.

“Nothing.. Pening sikit saja! ”

“Kenapa? ” Soal Doktor Fahmi tenung kedua gadia itu. “Muka awak nampak pucat Ira, awak sakit ke? ”

“Ira ok, tak ada apa yang hendak dirisaukan. ”

“Sampai jalan pun tak betul, ok apanya!” Tingkah Fauziah tidak setuju. Ambil tak kisah saja semua benda!

“Woi, aku oklah! Risau tak bertempat! ” Nazira mendengus. Dia cuva tersenyum walau kepalanya terasa berdenyut.

“Ikut saya Ira, saya berikan ubat! ”

“Tak perlulah doktor.. "

“Gee, awak pergi dulu.. suruh Doktor Shana uruskan apa yang patut dulu. Sekejap lagi saya datang. Nazira.. ikut saya! ” Tegas Doktor Fahmi bersuara.

Mahu tak mahu Nazira terpaksa mengikut. Arahan pihak atasan tu, kang kena buang kerja.. hah makan pasir aku!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience