Bab 40

Romance Completed 19413

“Ira, ada jambangan bunga untuk you! ” Stella mendekati Nazira.

Jambangan bunga mawar merah hati bertukar tangan.

“Bunga, untuk aku? Dari siapa?”

Stella tidak menjawab soalan gadis itu kerana dia sudah jauh berlalu.

“Siapa yang berikannya pada kau Ira? ” Soal Widuri tidak sabar. Ni mesti secret admirer!

Nazira angkat bahu. Dicium bauan bunga mawar itu. Aik... apasal bau lain macam saja. Nazira senyum. Ditambah dengan bau perfume pula! Macam-macamlah!

“Hei, ada kadlah yang diselit dalam jambangan mawar tu.. bacalah! ” Desak Chawi penuh tanda tanya.

Nazira tidak menghampakan harapan temannya itu. Perlahan-lahan dia membuka kad kecik yang comel itu.

**************

Buat gadis kelahiran 7 April...
Diam-diam aku merindui sayang! Setelah dirimu aku temui, baru ku kenal apa itu cinta, apa itu rindu! Terimalah sayang cintaku seadanya...

Jejaka kelahiran 4 Julai

Mohd Izat Effy... ‘98

**************

Mohd Izat Effy! Macam pernah dengar saja nama pakwe ni? Siapa yek? Dalam Nazira sibuk mencari jawapan bagi teka tekinya itu, sempat Widuri merampas kad kecil itu. Dibaca sedikit kuat agar didengari Aiza, Chawi dan Fauziah. Dia orang pun mesti nak dengar punya!

“Kau ni Irs.. sampai hati. Dah ada boyfriend pun tak mahu cakap pada kami! ” Widuri pura-pura merajuk.

“Sampai hati kau Ira.. ” Fauziah tunduk menguis jari sendiri.

“Masya Allag, kenapa kamu ni.. Makhluk Allah tu pun aku tak kenal tau tak! Entah apa kejadah sakitnya mamat tu mama kau tahu! ”

“Kira secret admirerlah ni” Tokok Chawi.

Nazira sekadar angkat bahu.

“Ira, tadikan Doktor Fahmi panggil kita.. ada kes katanya, kau tak nak pergi lagikah? ” Soal Aiza melihat jam di tangan.

“Astagfirullah, hampir saja aku terlupa? Mujur kau ingatkan aku.. kalau tidak alamat lagi lamalah aku lepak si sini. Jomlah Aiza.. oh ya, sebelum tu! Wid, boleh tak kau tolong aku? ”

“Ya... ”

“Kau ambil bunga ini dan letak saja di maana-mana pasu kat hospital ni. Berguna juga bunga ni untuk mengindahkan hospital, kan! ” Nazira serag jambangan beriringan dengan Aiza ke bilik Doktor Fahmi.

“Nah, kad secret admirer kau! ” Aiza menyerahkan pada Nazira. Gadis itu meletakkannya di dalam poket baju.

“Kau tahu siapa lelaki tu? ”

Nazira geleng. ”Tapi.. nama dia tu familiar saja! ”

Aiza senyum. “Tentulah Femiliar, kan ke dia selalu bertekak dengan kau.

Langkah Nazira terhenti. Dia! “Kau serius Aiza? ” Gadis itu angguk.

“Kau boleh kau nak.. jadikan harapan ibu kau dab Auntie Rina jadi Kenyataan! ”

“Tak mungkin Aiza, aku bencikab lelaki itu! Sungguh, kebencian aku padanya kian bertambah! ”

“Ira.. tak baik benci orang tau! ”

“Aku nak buat apa, dia sendiri yang buat hal! Lagipun.. aku rada dia ada niat tak elok.. mungkin helah dia. Gunakan cincin untuk kenakan aku! Aku tak suka dia! Dahlah.. malas cerita pasal mamat tiga suku itu lagi! ”

Aiza sekadar lepaska. Keluhan. Payah sungguh budak ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience