BAB 19

Romance Completed 19413

Izat terus melangkah. Mak oi, ramai juga orang di sini ya! Matanya terarah pada sekelompok gadis-gadis yang memakai pakaian jururawat. Sesekali mata-mata itu terarah padanya. Dia sekadar senyum. Sudah biasa dengan situasi begini! Mmm.. cun-cun juga dia orang. Kalau dapat tangkap satu kenyang wa cakap lu! Eh, kalau tak salah aku itu gadis tadi.. orang gila tadilah! Apa dia buat di situ? Agaknya awek-awek nurse tu dah tangkap dia. Mmm.. sambil menyelam minum air. Sambil-sambil aku nak jamu selera baik aku ayat salah seorang dari mereka. Cantuk-cantik apa.. Izat menghampiri gadis-gadis tersebut. “Assalamualaikum, tak jawab berdosa! ”

“Waalaikumsalam, mengurat lagi berdosa! ” Ujar Nazira bersahaja. Mulutnya mengerekot mengunyah karipap.

Izat merenung gadis tersebut. Rasa marah menjalar dalam dirinya. Dia terasa dipermainkan. “Cik adik, saya bukannya nak mengurat cik adik. Setakat muka cik adik ni bila-bila saya nak saya boleh dapat tau. Lainlah kawan-kawan cik adik yang manis-manis dan cantik-cantik ni! ” Izat rerus berlalu tanoa memperdulikan Nazira. Dia sekadar menjeling melihat wajah gadis itu yang mencuka. Izat senyum. Perasan!

Wajah Nazira merah. Tak guna! Kau ingat kau boleh terlepas dari aku, aku akan kenakan kau balik! Tengoklah..

“Mmm.. Ira, kau kata dia tiga suku tapi aku tengok dia ok saja!” Chawi sedikit hairan. Cakap biasa saja..

“Dia memang tiga suku! Tak guna” Nazira mengetap bibir marah. Tambah puka dia dipermalukan di hadapan teman-temannya.

“Mana kau tahu?” Soal Widuri pula.

“Tak percaya sudah!” Nazira bangkit lalu terus berlalu. Meninggalkan teman-temannya yang termangu. Aku akan kenakan kau balik!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience