BAB 26

Romance Completed 19413

“Hai Ira.. you ni Ira kan?” Soal seorang gadis tersenyun mesra. Mak hang, seksinya! Gadis itu sekadar berskirt pendek paras peha dan body hungging.

“Maafkan saya, you ni siapa?" Nazira hairan.

“Akulah.. Jaz, Jazmine! ” Gadis itu melabuh punggung di sisi Nazira.

“Oo.. ya, ya.. aku ingat. Kau dah banyak berubah sekarang. Ooo.. seksinya!" Nazira merenung gadis itu dari atas ke bawah. Sekali tunduk.. fuh! Angkat tangan saja.. sah nampak pusat!

“Tapi kau tak banyak berubah! Come on.. kita perlu ada sedikit perubahan. Barulah ada orang pandang, mahu tengok kita! Aku senang begini! ” Ujar Jazmine. Ada nada riak dalan kata-katanya itu. Biasalah.. orang lawa, pasti ramai peminat! Lantaklah.. tak ada kena mengena dengan aku!

“And siapa perempuan ni?” Jazmine merenung Widuri. Gadis itu sekadar senyum. Tiada tanda-tanda mahu memperkenalkan diri.

“My friend... Widur Wahid.”

“Hello.. I'm Jazmine Shahir. Mmm... aku nak ke tandas kejap, touch-up sikit.” Jazmine terus berlalu.

“Aku tak sangka kau ada kawan segedik itu!" Widuri malas nak tapis cakap. Dah betul, buat apa nak tapia-tapis? Bukannya teh! Menyombong tak kena tempat! Masuk bakul.. angkat sendiri!

“Excuse me! Aku kenal dia pun waktu aku pergi tengok pameran pasal.. dadah tu. Aku pun bukannga suka sangat dengan dia... member sekelas Aiza tu! Dah dua tahun lebih, aku sendiri tak kenal dia! Dulu memanglah dia seksi.. tapi sekarang macam tak cukup kain nak tutup badan!"

“Hai.. nasib kaulah Ira! Mulut dia tu laser ya.. cakap main lepas saja! Mentang-mentang dia cantik.. nak kutuk orang pula! Apa kerjanya? "

“Entah, tapi ada berjinak-jinak dengan bidang modelling!"

“Hai, apa yang rancak sangat ni! Aku dengar tadi pasal model.. " Jazmine tersenyum mendekati mereka. Lenggoknya begity mengancam! Sah.. pasti ramai lelaki telan liur!

“Wid tanya aku apa pekerjaan kau." Terang Nazirah tersenyum.

“Well.. memang duku aku jadi model sembilan, tapi sekarang aku akan jadi pelakon. Aku dapat tawaran berlakon... eee, seronok aku! Ha.. kalau kau orang teringin nak jadi pelakon aku boleh tolong. Aku kenak sangat dengan pengarah-pengarah yang ada!"

“Tak payahlah, terima kasih!" Ujar Nazira tersengih. Eee.. meloya aku dengar. Tak habis-habis nak tinggi diri.
“Ah.. kami lebih senang dengan kerja kamu!" Widuri lempar pandang ke luar Pearl Cafe. Kelihatan seorang pemuda dan seorang gadis begitu manja jalan beriringan. Tangan mereka bersatu seolah tidak mahu dipisahkan. Dia memerhati betul-betuk! “Ira.. itu bukankah lelaki yang kita jumpa di hospital tempoh hari?” Widuri menuding ke arah tersebut.

Nazira mengalih pandang. Jazmine juga tidak mahu ketinggalan. “Mmm.. kau kenal diakah Ira?”

“Taklah sangat, kenapa?” Nazira sedikit hairan. Jangan suruh aku kenalkan mamat tiga suku itu dengan kau sudah!

“Kau.. kau ada hati dengan diakah?"

“Excuse me! Sorry.. musuh ketat aku tu!"

“Oh really, jadi samalah kita. Dia juga musuh aku!"

“Maksud kau? " Sampuk Widuri.

“Dia tu playboy, buaya! Aku hampir-hampir jadi mangsa dia, mujur aku tahu! Rasanya gadis itu mungkin mangsa dia yang seterusnya."

Nazira dan Widuri saling berpandangan. Ialah.. engkau tu mudah digoda dan mudah tergkda! Rasanya kalau puji kecantikan kau tu sikit pun kau dah kembang habis! Ingin saja Nazira ketawa, tapi ditahan

“Kalau diikutkan hati akulah.. mahi aku ganyang dia hidup-hidup! Geram sungguh aku! Cuba tengok tu... eee! ” Jazmine mengetap bibir. Hatinya dibakar cemburu. Macamlah gadis tu cantik sangat, baik aku lawa lagi!

Nazira angkat kening. Bukannya pakwe dia! Tiba-tiba dia senyum. Aku memang tak sukakan kau.. tapi sebab musuh kita sama oklah! “Macam mana kalau kita kenakan dia? "

“Bagaimana?” Soal Jazmine ingin tahu. Widuri turut memasang telinga.

“Macam ni.." Nazira berbisik perlahan kepada dua gadis itu. Kedua mereka angguk setuju setelah dia selesai bercerita. Jazmine senyum.. senang dengan cadangan Nazira.

“Jom!” Ajak Nazira seraya bangkit berlalu. Kedua gadis itu hanya membontotinya. Pasangan sejoli tadi didekati mereka. Nazira kenyit mata isyarat sedia melakonkan watak masing-masing.

“Hai.. " Ujar ketiga-tiga mereka serentak. Tersentak seketika Izat ditegur begitu. Jazmine! Aik.. budak gila ni pun ada. Yang ini siapa pula?

“Yang.. you kata you sayangkan I, siaoa pula gadis ini?” Soal Jazmine manja dan menggoda. Lengan Izat dipaut manja.

“Hei, apa pula.. dia sukakan akulah! Bukan kau, tak begitu ling?" Nazira tersenyum di sisi Izat.

“Akulah! Kamu berdua tak usah nak perasan! " Sampuk Widuri pula.

“Aku!” Ujar ketiga-tiga mereka serentak. Nazira tarik tali leher yang melingkari leher Izat. Manakala Jazmine dan Widuri masing-masing menarik tangan Izat.

“Hei, apa ni? Lepaslah! " Izat cuba meronta.

“Apa ni? Siapa mereka?” Bentak Isabella geram.

“Bella.. listen to me! I tak kenal dia orang semua!"

“Takkan tak kenal I, I Jaz.. yang you sayang dan cinta!" Tanpa segan dia memeluk Izat.

“Sudah, I tak mahu dengar apa-apa dari you!” Isabella terus berlalu meninggalkan Izat. Izat menolak tubuh Jazmine yang cuba bersatu dengan tubuhnya. Dia merenung gadis-gadis itu satu persatu. Rasa nak telan sorang-sorang!

“So, macam mana.. seronok?” Jazmine tersenyum puas.

“I tahu, ini buka idea you tapi idea gadis nikan?" Izat merenung Nazira. Matanya menikam tajam wajah itu.

“Ya, so what?" Nazira senyum mengejek.

“Kau tak akan terlepas dari aku, tengoklah nanti!" Izat memberi amaran kepada Nazira. Jari telunjuknya tepat dihidung Nazira yang mancung. Nazira menepis.

“Kita saksikan!"

Beberapa orang yang lalu-lalang hanya memerhatu. Teretanya-tanya apa yang telah dan sedang berlaku.

“Mari.. tak perlu kita layan mamat tiga suku ni! "

Izat pantas menyambar tangan Nazira. Nazira cuba meronta, namun gagal. Izat menarik tubuh itu ke arahnya. “Tunggu saja, kita akan saksikan!" Izat berbisik ke telinga Nazira. Serentak itu dia mengucuo lembut leher Nazira tanpa disedari oleh Jazmine dan Widuri.

Setan! Nazira cuba memukul, tapi genggaman Izat padu. Perlahan tangab gadis itu dilepaskan. Dia tersenyum. Nazira terus berlalu.. marah!

Heh, itu baru permulaan! Kau malu pada dirimu dan aku kini! Tapi aku tak akan lepaskan kau semudah itu! Ini Izatlah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience