Bab 66

Romance Completed 19413

“Ah! Boringnya! ” Widuri melepas keluhan. Dia menongkat dagu.

“Aaa.. sejak Ira ambil cuti ni, boring sungguh di sini! Nak buat kerja pun tak ada mood! " Sampuk Fauziah. Rindu sungguh pada teman nan seorang itu.

“Macam manalah tak boring! Selalunya dialah yang riuh-rendahkan geng kita ni. Ada saja celoteh dia, tak pernah habis modal nak bercerita! ” Serentak itu mata Widuri menjamah sekatang tubuh yang kian dekat. Dia menyiku Aiza.

“Apa? "

“Buah hati pengarang jantung kau! " Usiknya. Gadis itu hanya senyum.

“Hai, apahal yang monyok saja semua ni? ” Soal Izam setelah menghenyak punggung di sisi Aiza.

“Macam mana tak monyok! Princess hospital ini tak ada, mood pun hilang! Tak syok la... ” Ujar Fauziah menjawab.

“Betul tu, kenapa Ira tak datang lagi Izam? Kata cuma dua minggu saja, ini dah dekat tiga minggu... batang hidung pun tak nampak! ” Soal Chawi.

“Entahlah... tak tahu pula Izam! Tapi, betullah apa yang kamu kata... bila dia tak ada, boring aje! Iyalah, tak ada yang nak usik Aiza dan saya lagi! Tak gitu... ” Izam kenyit mata pada gadis di sisinya.

Aiza tampar lembut lengan pemuda itu. Pemuda itu tergelak kecil melihat wajah Aiza yang merintik merah.

“Amboi.. rancak berbual sampai tak sedar saya datang! ” Doktor Fahmi sengih.

“Hah Mei, sorrylah.. tak sedar! ” Izam turut sengih.

“Apa yang dibualkan? ”

“Pasal Princess kitalah! ” Sampuk Chawi.

“Princess? ” Doktor Fahmi kerut dahi. “Ooo... Ira! ”

Kesemua angguk. Masing-masing lepas keluhan panjang. Bosannya...

“Assalamualaikum. ” Seorang pemuda mendekati mereka. “Ada mesyuarat tergempar ke? ”

“Waalaikumsalam.. ” Jawab semua yang ada serentak.

“Berkumpul nampak.. dah tak ada kerja gamaknya di hospital ini! Eh, awak... apa khabar?” Izat baru perasan Doktor Fahmi turut ada di situ. Jejaka yang terlebih dahulu darinya mencuri hati Nazira!

“Mmm... baik! ” Doktor Fahmi kelihatan sedikit gelisah.

“So, macam mana hubungan awak dengan Ira?”

“Ok, ok! Aaa... saya ada kerja nak buat... minta diri ya. " Doktor Fahmi terus berlalu.

“Izat kenal dia? ” Izam hairan. Rasanya tak pernah aku cerita pasal Doktor Fahmi pada Izat.

Angguk. “Tak mudah untuk Izat lupakan lelaki yang terdahulu berjaya dari Izat. "

“Terdahulu berjaya... maksud Izat? ” Soal Aiza juga hairan.

“Dia terlebih dulu berjaya mencuri hati Ira! Kerana itu Ira tinggalkan Izat, tapi Izat tak pernah tinggalkan dia dari hati ini! ”

“Jangan nak merapu! Fahmi tu kawan rapat abang! Dia sendiri sudah bertunang tapi gadis itu bukan Nazira! ” Jelas Izam membuatkan mata layu Izat membulat.

“Tapi Ira kata... ”

“Tak mungkin! Ira dan dia terlalu baik, hubungan mereka sudah seperti adik dan abang!” Aiza menyokong kuat kata-kata Izam.

“Apa yang kamu cakapkan ni? Aku tak faham... " Fauziah hairan. Tercengang dia seketika tak tahu hujung pangkal.

“Yalah! Aku pun... ” Ujar Chawi dan kemudian Widuri turut angguk setuju.

“Nantilah aku ceritakan pada kamu! ” Aiza tenung Izam. “Ada yang tak kena ni! Tambah dengan keputusan Ira... ” Kata-katanya terhenti.

“Keputusan apa? ” Soal Izam.

“Terlebih dahulu Aiza pohon kemaafan kerana merahsiakan hal ini! Sebenarnya Ira tidak bercuti tapi dia dah berhenti kerja! Itupun Aiza tahu selepas dia call Aiza dari KL... di rumah kakaknya! "

Semua yang ada tambah keliru. Apa yang dirahsiakan Ira?

“Dulu aku ada tanya kenapa dia dan Izat tak mesra, maksud aku... kenapa Ira tinggalkan Izat! Yang dia cakap... demi dia nyawa aku pun akan aku korbankan! ” Sampuk Fauziah.

Izat garu kepala. Apa yang sedang berlaku ini? Jigsaw-puzzle jenis apa ni?

“Mmm.. boleh aku sampuk sikit tak? ” Soal Widuri.

Kesemua mata terarah pada seraut wajah itu.

“Hah, cakaplah! " Gesa Izat bila gadis itu masih berdiam diri.

“Sebenarnya aku tak tahu apa yang kamu ceritakan tapi ada berkaitan dengan Ira dan Izat! Hujung pangkal pun aku tak tahu, tapi yang... ”

“Laa, awak ni nak bermukadimah ke nak ceritakan perkara penting? ” Potong Izat. Widuri ditenung dalam.

Widuri sengih malu. “Ada sekali tu saya terbaca catatan Ira pada kertas... katanya dia sayangkan Izat tapi apa boleh buat Tuhan lebih sayangkannya dan dia akan terus menyemai kasih buat Izat kerana dia tidak curang tapi keadaan yang memaksa. Lebih kurang begitulah!"

“Itu bermakna... Ira masih sayangkan Izat tapi ada sesuatu yang terjadi sehingga dia terpaksa korbankan sayang itu walaupun dia dituduh curang! ” Izam garu kepala yang sememangnya gatal!

“Izat perlu bersemuka dengan Ira! Aiza tahu macam mana nak contact Ira? ”

Aiza angguk.

“Then... you have to help me! ”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience