Bab 58

Romance Completed 19413

Sudah tiga bulan! Tiga bulan kita berjauhan, lebih tepat.. aku kau tinggalkan! Selama itu juga aku merinduimu.. gelak tawamu, kenakalan dan kelincahanmu! Aku benar-benar tandus tanpa kasihmu! Zahirnya aku masih bernafas tapi yang sebenar nafasku tidak selancar dulu... seolah menanti maut menjelma! Aku terlalu sayangkan kau tanpa menyedari kau tidak tercipta untukku. Hatimu bukan milikku.. tapi yang lebih berhak. Aku memang tidak layak buatmu.. biarlah.. aku sentiasa doakan kebahagiaan kau!

Memang benar, setiap yang berlaku ada hikmahnya! Kini aku makin mendekatkan diri kepadaNya.. kerana dugaan ini tidak tertanggung olehku sendirian. Aku hanya mampu mengharap pada kekuatan yang diberi olehNya buat hamba yang lemah ini!

“Izat, call untuk Izat! ” Puan Zefrina ketuk pintu bilik anak terunanya.

“Izat jawab dalam bilik saja! ” Bukan dia tak dengar deringab telefon tadi, tapi dia amat pasti bukan Nazira yang menelefon. Untuk apa dia menjawab jika bukan suara itu yang didengar! Izat capai gagang. “Hello.. ”

“Izat, me.. Maya! " Manja sekali!

“Hah, apa halnya? "

“Kita keluar.. ”

“Dah lewat ni.. ”

“I boringlah duduk rumah, please... ”

“Ok, ok... setengah jam lagi I datang jemput you! ” Izat mengalah. Dia terus ke bilik air, mencuci wajah agar terasa sedikit segar! Diraba dagunya yang dinodai bulu-bulu kasar. Kerana Intan Nazira... Izat ketawa kecil. Kau penipu! Untuk apa aku ingati kau, tangisi perpisahan ini sedangkan kau sedang bahagia! Bunga bukan sekuntum! Tapi.. yang sekuntum itulah amat istimewa! Ira.. Izat masih menyintaimu seperti dulu, kini dan selamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience