Bab 35

Romance Completed 19413

Nazira melihat di balik cermin gelap di Restoran Angel. Hidungnya yang mancung sedikit terpenyek kerana hampir-hampir mencium cermin gelap tersebut. Tak ada pun batang hidung si Danny tu! Yang minah ni pula ke mana? Sudah 4.30 petang.. sampainya tidak lagi!

“Hoi! ”

Nazira berpaling. Siapa pulak pakwe ni? Main hoi, hoi dengan orang siapa hah?

“Hei, akulah.. Chawi! Chawi! ” Chawi ketawa mengekek.

“Sudah.. patutlah aku rasa macam kenal saja! Kenapa kau pakai macam ni? Dengan cap, kemeja kotak-kotak, jean fuh.. siap Ray Ban lagi! Engkau nak ngorat aku ke? Hampir-hampir aku tak cam kau! Sekali-sekala kau pakai gini nampak smartlah! ”

“Kita nak mengintip, kalau aku berpakaian biasa.. tentu dia dapat cam aku! Engkau tak apalah.. bukannya dia cam sangat! ”

“Yalah tu.. tapi kau bukannya ada pakaian begini, kau kan feminin gila! Tak sudah-sudah dengan gaun labuh, skirt dan blouse! ”

“Ini semua pakaian abang aku, kecuali jean nilah! Aku lambat ni pun pasal bertekak dengan dia pasal benda nilah! Kedekut taik hidung masin! ”

Nazira ketawa perlahan. “Kau tu dah biasa jadi perempuan, takkan abang kau tak hairan tiba-tiba saja nak berubah! Dia takut adik dia jadi tomboy! ”

Chawi menghadiahkan cubitan halus. Gadis itu lebih pantas mengelak. “Dia belum datang lagikah? ”

Nazira angkat bahu. Sempat dia melempar pandang di kelilingnya, mana tahu nampak bayang si Danny tu! “Tak.. ” Beberapa minit mereka menanti di situ, namun tetap hampa.

“Kau pasti yang dia akan ke sini petang ini? ”

“Dia tak mungkin berbohong Ira, aku tahu! Tapi tak tahu pula.. eh, itu dialah! ” Chawi berdiri bertentangan dengan Nazira.

“Mana? Aku tak nampak pun! ” Terjingkit-jingkit dia mencari kelibat pemuda yang telah menawan hati Chawi.

“Bukan belakang kau tapi belakang aku!” Nazira menurut. Ah, mak oi.. sepetnya mata minah di sebelah dia tu! Pakai pun.. pendek gilalah, biasalah orang cerah!

Chawi membetulkan cap dan Ray Ban. “Ok, nampak macam Chawi tak? ”

Nazira geleng. Macam sawi adalah! Dia senyum sendiri.

“Jomlah, dia dah masuk! " Chawi menarik lengan Nazira. Hampir saja beg sandang Nazira terjatuh. Nak perang teluk ke minah ni! Kedua mereka mendapatkan tempat di meja bersebelahan Danny. Seorang pelayan mendekati mereka dan meletakkan menu minuman dan makanan sebelum berlalu.

“Kau tengok tu Ira, duduk bersebelahan.. rapatnya! Eee.. geram aku tengok dia! ” Chawi main hujung kertas menu itu. Nazira pantas merampas. “Kenapa ni? ” Chawi sedikit terperanjat dengan tindakan Nazira. Entah apa-apa minah ni!

“Aku takut kalau kau koyakkan benda ini, sudah kita nak menjawab nanti. ”

Chawi sengih. “Sorry! ”

Pelayan tadi kembali mendekati mereka untuk mengambil pesanan. Nazira sekadar memesan dua gelas jus oren.

“Ira.. eee... cuba kau tengok tu, mereka berpegangan tanganlah! ” Chawi mengetap bibir. Walaupun di balik Ray Ban, Nazira dapat melihat sepasang mata itu terarah tepat pada seraut wajah yang dikasihinya. Hah, jealous sampai begitu! Tak sangka Chawi.. diammu gunung berapi!

“Stay cool Chawi, kita minum dulu.. lepas tu kita ikut ke mana mereka hendak pergi. Kalau kau sudah geram sangat barulah boleh serang dia ke hapeh, ini baru nak mula kau dah geram sampai begini. Aku takut kau sendiri akan beritahu Danny kita ada di sini! ”

“Tapi aku dah tak tahanlah Ira, rasanya sekarang juga aku nak serang dia! Amboi.. mesranya! ”

“Kita dalam restoranlah! Lagipun.. gadis itu madu kau! ” Usik Nazira tersengih.

“Ira! Kalau begitu aku minta cerai! ” Chawi menghirup minuman di dalam gelas. Nazira senyum meleret mendengar kata-kata temannya. Teruk sangat cemburu kau ni! Cemburu itu tandanya sayang! Nazira turut menghirup minuman.

“Ira, mereka keluarlah! ” Chawi bangkit dari duduknya. Nazira menarik lengan gadis itu agar dia duduk semula.

“Biar mereka jauh dulu, baru tak perasan sangat. Kau tunggu.. aku bayar dulu. ” Nazira beredar menghampiri kaunter pembayaran. Kedua gadis itu mengekori Danny dari jauh. “Mereka nak ke mana ya?” Nazira sendiri tidak tahu kepada siapa soalan itu diajukan.

“Mungkin.. ke taman di hadapan sana. ” Jawab Chawi tanpa dipinta.

“Kalau begitu, kita pintas mereka! ” Mereka berlari anak ke jalan pintas ke taman tersebut. Mereka bersembunyi di balik pokok-pokok bunga yang segar di sepanjang jalan.

“Mereka dah dekat tu, belakang sikit! ” Ujar Chawi. Nazira menurut. Dia melangkah ke belakang, namun matanya melekat pada Danny dan gadis bermata seperti itu. Sesekali dia menjeling pada Chawi yang mengetap bibir sedari tadi. Luka karang baru tahu! “Auch.. sorry, saya tak.. ” Kata-kata Nazira terhenti setelah melihat pemuda di hadapannya.

“Awak! ” Serentak mereka bersuara.

“Awak terlepas dari wad orang gila lagikah? ” Soal pemuda itu dengan nada menyindir. Izat peluk tubuh. Baru saja nak enjoy dengan awek baru.. Ella, dah jumpa musibah! Mana saja aku pergi mesti minah gila ni ada!

“Hei, mulut tu baik sikit hah! Dia tu yang terlepas dari Tanjung Rambutan kata kita pulak! ”

“Who is this Ira? " Soal Chawi. Rasanya macam pernah jumpa pakwe ni!

“Ni.. nilah orang gila, tiga suku, sewel, crazy! Baru terlepas dari Tanjung Rambutan! ” Nazira menjeling pada Izat.

“Mulut awak jangan lancang sangat! Siapa lelaki ini, boyfriend barukah? Yang lama tu mana? Yalah, mana ada orang lelaki yang tahan bermakwekan perempuan gila macam awak! "

“Hei, awak! ” Nazira tumbuk dada bidang Izat. Izat pantas genggam tangan Nazira. Seketika mata mereka bertaut. Perlahan Izat lepaskan genggamannya.

“Saudara, saya rasa baik saudara tinggalkan saja perempuan gila ni! Cari saja gadis lain.. masih banyak lagi gadis yang waras! ”

Nazira petik jari di hadapan wajah Izat. Dia senyum menyindir. “Dia tak perlu tinggalkan saya! Saya nasihatkan awak balik ke tempat awak untuk jalani sedikit ujian. Kasihan.. mereng awak dah teruk sangat sampaikan lelaki dan perempuan pun awak tak dapat bezakan. ” Nazira ketawa. Sengaja mahu sakitkan hati Izat. Chawi di sebelah turut sama tertawa. Ray Ban dan Cap yang menyembunyikan rambutnya yang panjang ditanggalkan.

Izat melopong. Bagaimana boleh jadi begini? Aku yang hendak kenakan dia, tapi dia kenakan aku pula.

“Hai Chawi, apa you buat di sini? ” Danny mendekati mereka, turut sama di sebelah gadis bermata sepet tadi. Chawi merenung seketika wajah Danny dan kemudian berpaling pada Nazira dan Izat. Aku bencikan kau!

“Nak lawan lagi? Saya tak kisah.. sebab kemenangan sentiasa di tangan saya! ”

“Saya akan kenakan awak balik! Ingat! ” Izat terus berlalu.

“I.Q awak tu tak setinggi mana, jangan nak beranganlah awak dapat kenakan saya! ” Pekik Nazira.

“Chawi, apa yang sedang berlaku? ” Soal Danny masih hairan.

“Tak ada kena mengena dengan you. Ira.. jom balik! ” Chawi tarik tangan Nazira.

“Hoi, tercabut tangan aku! "

“Tunggu.. I rasa ada salah faham di sini. You kena dengar penjelasan I dulu. " Danny menyambar tangan Chawi.

Chawi meronta. Nazira telan liur! Gulp!

“Mmm.. Chawi, aku.. aku nak balik.. takut ibu aku risau. Danny.. pujuk tu jangan kasar sangat yek, baik-baiklah sikit! ” Nazira melambai ke arah Chawi. Terus dia atur langkah dari situ. Tak sanggup aku nak tonton Sembilu 3! Sorry Chawi hanya sedaya itu saja aku mampu tolong, selebihnya kau sendirilah! Aku tak sanggup!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience