BAB 29

Romance Completed 19413

“Izam, papa dan mummy ada hal yang hendak dicakapkan sedikit dengan kamu.” Encik Shafie merenung anak sulungnya yang sedang menghirup Miko di dalan cawan. Pemuda itu meletakkan cawan di atas piring. Turut sama menentang mata papanya yang sentiasa tenang itu.

“Apa dia papa, mummy?"

“Izam tahukan esok kawan mummy tu.. Auntie Wani nak datang.” Sampuk Puan Zefrina menjawab soalan yang diajukan Izam.

Izam angguk. “Kenapa? Ada yang tidak kenakah? ” Takkan mummy nak jodohkan aku dengan Auntie Wani tu? Kan ke mummy kata nak kenalkan dengan Izat! Sudah.. kacau bilau pula!

“Kalau boleh.. Izam ajaklah gadis pilihan Izam tu sekali. Teringin sangat mummy nak tengok bakal menantu mummy tu.” Puan Zefrina senyum merenung Izam dan kemudian beralih pada suaminya yang tercinta.

“Tak perlu nak ajak dia mummy.. mummykan selalu tengok dia!" Izat selamba menyuap kuih ke dalam mulut.

“Siapa dia?” Encik Shafie tidak sempat sudahkan kata-katanya apabila terdengar salam seorang gadis.

“Assalamualaikum.. " Gadis itu memberi salam sekali lagi. Mungkin kerana salamnya tiada berjawab.

“Waalaikumsalam.. " Terkedek-kedek Puan Zefrina ke ruang tamu. Pintu dibuka. “Ha, Aiza.. masuklah.” Pelawanya tersenyum ke arah gadis manis itu. Anak Latipah ni makin cantik!

“Tak apalah makcik, mak suruh hantarkan kuih ini sikit..” Pinggan berisi kuih diserahkan kepada wanita itu. Hem.. bakal mak mertua aku nih!

“Terima kasihlah.. marilah masuk. Makcik pun ada buat sedikit kuih tadi.” Masih terus dia mempelawa.

“Tak payalah makcik.” Aiza segan. Tambah segan kalau Izam ada.

“Marilah.." Puan Zefrina menarik lembut lengan gadis itu. Dia tidak membantah, sekadar menurut.

“Duduklah Aiza, minum dulu.” Puan Zefrina menuang Milo panas ke dalan cawan yang masih kosong.

“Tak payalah makcik.” Aiza masih menolak.

“Budak ni, asyik tak payah saja dari tadi. Duduklah.. tak baik tolak rezeki."

Aiza tak mampu menghalang. Dia melabuh punggung di kerusi berhadapan Izam. Sesekali mata mereka bertembung. Aiza cepat-cepat melarikan pandangan. Dia tahu sepasang mata itu tidak lekang manjamah wajahnya. Tunduk!

Izat merenung wajah Aiza. Mak oi.. malunya dia! Beralih pula pada Izam. Tuh dia. tenung macam dah sebulan tak jumpa, pada hal tiap-tiap hari jumpa. Dia berdehem!

“Ha, Izat.. kenapa tu?” Soal Encik Shafie. Dari tadi aku tengok lain macam budak-budak ni!

“Aaa.. tak ada apa-apa.” Izat sengih nakal.

“Minumlah air di depan tu Aiza, tak baik biarkan saja!”

“Susahkan makcik saja."

“Tak ada susahnya." Puan Zefrina senyum. Cantik budaknya... berbudi bahasa pula.

Izam menghirup air. Tapi matanya hanya tertumpu pada wajah buju sireh itu. Encik Shafie memandang anaknya. Apa kenanya budak Izam ini? Tengok anak dara orang macam nak juling biji mata!

Puan Zefrina menyerahkan semula pinggan yang berisi kuih. Aiza sambut lalu tersenyum. “Pergi dulu makcik.” Aiza bangkit dari duduk. “Pakcik..” Dia berlalu meninggalkan anak-beranak itu.

Izam mengekori langkah itu dengan pandangan matanya. Mak oi, lenggang dia.. tergoda aku!

“Izam, kenapa kamu tengok anak dara orang begitu?” Soal Encik Shafie menyentak Izam yang sedang melayan perasaan. Cawan dalam pegangannya terlepas jatuh ke atas riba. Nasib baik tinggal sikit saja! Izam menyapu riba.

“Apa kenanya dengan kamu Izam?” Soal Encik Shafie lagi.

Izat ketawa terbahak-bahak. Gelihati melihat telatah Izam. Punya tenung sampai papa panggil pun terkejut beruk! Keh, keh, keh! “Itulah.. lain kali jangan tenung sampai nak juling biji mata!” Bisik Izat.

“Kenapa bang? Puan Zefrina hairan. Tidak tahu hujung pangkal.

“Anak kita nilah, si Izam.. pandang Aiza macam nak ditelan saja."

“Ini mesti ada apa-apa! Izam.. Izat.. cakap apda mummy perkara yang sebenar. Mummy mahu yahu.." Perlahan Puan Zefrina bersuara namun tegas!

“Betul tu Rina, abang tengok sejak Aiza masuk tadi mereka berdua asyik berbisik saja." Encik Shafie turut menyokong pendapat isterinya.

Izam memandang adiknya. Woo dik, tolonglah abang!

Izat sengih. “Tarik nafas panjang-panjang.. "

Izam menurut. Bila nak suruh hembus ni? Aku dah tak tahan nih!

“Hembus.. ”

“Izam, Izat.. come on, tell me!” Gesa Puan Zefrina.

“Mmm.. mummy mahu bertemu dengan gadis pilihan Izam, kan?”

“Ya, kenapa? ”

“Yang sebenarnya.. yang sebenarnya.. "

“Si Aiza tulah gadis pilihan Izam?” Teka Encik Shafie.

“Ya betul.. sepuluh markah untuk papa." Izat tepuk tangan seperti anak kecil gembira mendapat aiskrim.

“Izat, diam sekejap!” Puan Zefrina mengarah. Pemuda itu membisu. Orang cakap sikit pun nak suruh diam!

“Kenapa Izam tak beritahu mummy awal-awal lagi?”

“Sebenarnya.. waktu itu Izam tak pasti lagi sama ada dia juga punya perasaan yang sama dengan Izam atau tidak. Kenapa.. mummy tak setujukag? ” Izam gelisah benar. Buatnya mummy tak setuju, merana aku!

Puan Zefrina senyum. “Tanyalah papa kamu!"

Izam mengalih pandang pada papanya. Gulp! Cakaplah lapa.. jangan biar anak papa ini ternanti-nanti! Berdetap-detap jantungnya berdebar!

“Mummy kamu pernah cadangkan Aiza sebagai menanti sulungnya! "

“Yahooo!” Izam terloncat gembira. Adiknya dipeluk dan dikucup mesra pipinya.

“Hei, ini Izatlah.. bukan Aiza!" Izat mengesat pipinya. Yak, geli aku!

Anak-beranak itu ketawa bahagia. Izam memanjatkan seribu kesyukuran ke hadrat Ilahi. Cantik.. kali ini tak payah nak berahsia lagi! Terasa dunia ini ana yang punya.

“Jangan lupa esok tau!" Pesan Puan Zefrina mengingatkan Izam. Pemuda itu angguk gembira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience