BAB 14

Romance Completed 19413

“Makan apa encik? ” Soal seorang gadis tersenyum manis. Gerai berdekatan Hospital Besar Melaka itu kelihatan penuh dengan pengunjung-pengunjung yang mahu menghilangkan dahaga dan rasa lapar.

“Ha Aiza, Ira.. nak makan apa? " Izam merenung wajah Aiza dan kemudian beralih pada Nazira.

“Bagi saya.. nasi goreng dan Milo ais. ” Ujar Aiza.

“Saya pula.. mi goreng dan teh ais ya." Nazira senyum ramah.

“Saya nak.. nasi goreng dan Nescafe ais.” izam angguk pada gadis itu. Dia berlalu.

Suasana dibungkam kebisuan. Nazira angkat kening merenung wajah Aiza dan Izam. Hai apahal yang dua-dua senyap? Dah bisu ke hapeh? Yang si Izam pun.. peluang dah ada depan mata masih nak biarkan. Laa.. yang aku pula buat apa kat sini? Menggangu dia orang saja! Dahlah dua-dua pemalu pahit! “Aiza, aku nak ke gerai buah tu sekejap ya. Hendak belikan sedikit buah-buahan buat ibu dan abang. ” Nazira bangkit seraya berlalu.

Aiza sekadar angguk. Dia tenung wajah pemuda di hadapannya. Pemuda itu turut merenungnya. Mata bertaut, pandangan bertemu! Masing-masing saling tersenyum. Kedua-dua mereka terus diam seribu bahasa.

Apa hal kau tak nak cakap? Bukankah kau yang ajak aku lunch.. alih-alih bila Ira dah beri peluang, tak nak bersuara langsung! Kalau benar kau merasai apa yang aku rasai.. berterus terang sajalah! Aku tak tahan dengan kemaruk perasaan ini, rindu yang membuak ni! Takkanlah aku nak mulakan, malu aku!

Ish, apasal lidah aku jadi kelu ni? Bukankah aku ajak dia keluar sebab dah tekad nak luahkan isi hati aku pada dia! Habis tu apa pula yang perlu aku takut? Ira pun dah blah.. saja nak beri peluang. Takkanlah aku nak sia-siakan peluang yang diberi! “Hmm.. cuaca hari ini baik kan? ” Soalnya memecah kebisuan. Eh, kenapa soalan lain pula yang keluar? Bukan aku nak tanya soalan lain ke?

“Ah.. ya, ya! ” Ni apa punya soalan ni? Nak jadi pengkaji cuaca ke mamat ni?

“Mmm.. Aiza tinggal di mana?” Aiseh, tak keluar juga!

“Di.. di sebelah rumah Izamlah! ” Aiza hairan. Takkan takut kut!

“Aa... ah, ya.. ”

Suasana dicengkam kebisuan sekali lagi. Pelayan tadi datang kembali meletakkan pesanan mereka. Dia tersenyum manis ke arah Izam sebelum berlalu. Pakwe handsome oi.. sapa tak tergoda! Aiza sekadar menjeling. Tercalit sedikit cemburu di hatinya.

“Aiza suka jadi nursekah? ” Warming-up punya soalan dulu!

Aiza angguk. “Itu memang cita-cita Aiza dari dulu. ”

“Ooo.. ” Kuatkan semangat kau Izam. Takkan kau nak digelakkan oleh Izat kut! Kalau kau nak dia jadi milik kau, kau kena berani.. jangan jadi penakut! “Sebenarnya.. Izam ada sesuatu nak tanya Aiza. ” Dia tenung wajah gadis itu tanpa takut, tajam sekali!

Aiza tertunduk seketika. “Apa dia? ” Nak tanya siapa nama aku? Atau.. dah mandi ke belum?

“Aiza, mm.. Aiza dah ada boyfriend ke belum? Maksud Izam yang special!” Mak oi.. terkeluar juga akhirnya soalan nih! Nasib baik tak melalut lagi!

Aiza sekali lagi tertunduk. Kalah dengan penangan mata Izam yang meliar menjamah wajahnya. Aisehh.. aku pula yang tak berani!

“Sudah berpunya ya, diam saja. Mungkin Aiza dah ada yang punya.” Izan menduga.

“Tak.. tak ada! Maksud Aiza.. siapalah yang hendakkan Aiza ni! Aiza bukannya cantik sangat. ”

Tak cantik! Gini punya cantik tak ngaku lagi! Biasalah.. ayat merendah diri. “Tapo bukan itu yang jadi ukuran dalam sesuatu hubungan. Mmm.. tak berminat dengan sesiapakah?” Nakal Izam menyoal.

Aiza sekadar diam. Takkanlah aku nak mengaku yang aku meminatimu! Tak dapatkah kau senditi selami hati ku?

Tiba-tuba Nazira melabuh punggung di sisi Aiza. Dia ketuk dahi! “Punya lama aku tinggal baru setakat ini! Masya-Allah Izam.. bukannya payah sangat nak cakap Izam sukakan Aiza! ”

“Ira! ” Aiza mencubit paha temannya. Geram dengan kelantangan Nazira berbicara. Dia malu sendiri!

“Aduh, sakitlah! ” Nazira mengaduh lantang.

Kesemua mata di gerai itu tertumpu ke wajah Nazira. Tertanya-tanya kenapa gadis itu tiba-tiba menjerit. Nazira sengih menutup malu. Tapi dalam hati Tuhan saja yang tahu! Dia buat selamba lalu mengunyah mi goreng di hadapan.

Izam dan Aiza ketawa geli hati melihat telatah gadis itu. Pandangan mereka bertaut. Mata itu membicarakan segalanya! Akhirnya kedua-dua menguntum senyum paling manis! Masing-masing sudah memahami isi hati masing-masing. Hanya kerana kenakalan gadis itu... segalanya terbongkar!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience