Bab 47

Romance Completed 19413

“Ayang ke mana? Sejak kebelakangan ini Ayang selalu balik lewat. ” Puan Mawarni tenung anak gadisnya yang baru pulang. Dia tersenyum mesra sambut kepulangan gadis itu. Sebenarnya dia tahu demam musibah yang melewatkan Nazira sejak kebelakangan ini.

“Jalan-jalan ibu. Ibu marah? ”

“Tak, dengan siapa? ”

“Kawan. ”

“Lelaki. ” Usik Puan Mawarni. Anak gadisnya sekadar senyum malu. “Ibu tahu Ayang boleh jaga diri... Ibu pun berkenan dengan orangnya. "

“Ibu.. Ayang anak ibu, Insya Allah Ayang akan jaga diri, macam mana pun Ayang perlu berjaga-jaga juga dengan bakal menantu ibu tu! Diakan lelaki.. Ayang naik dulu ibu. ” Nazira berlari anak ke bilik. Dia melontar tubuh ke atas katil. Izat serius ke dengan aku? Aku tak peduli.. kalau dia mainkan aku, tahulah apa aku nak buat! Baik juga rupanya.. taklah seteruk yang aku sangkakan selama ini! Hah, dengan dia baru buku bertemu dengan ruas! Dulu aku suka sangat mengusik Aiza, sekarang aku pula diusiknya.

Nazira ingat lagi, Izat pernah mengusiknya sehinggakan dia menangis. Sudahnya, hah jenuh dia memujuk.

“Ayang.. telefon! ” Laung Puan Mawarni dari bawah.

Nazira bingkas. Siapa pula ni? Punggung aku pun tak panas lagi! Dia angkat gagang. “Hello.. ”

“Assalamualaikum. Dah mandi? ”

Nazira senyum. Cam sangat dengan suara pemanggil itu. “Belum.. tak sempat nak rehatkan diri dah ada yang menggangu. Yang di sana tu sudah mandi ke? Bau kambing menusuk sampai sini! ”

“Ye ke? Ingatkan bau dari sana.. bushuk-bushuk masam baunya! Sudah solat? ”

Nazira telan liur! “Dah.. ”

“Betul, tadi kata tak sempat rehat.. boleh ke tidak ni? Orang perempuan.. ” Ada tawa nakal di hujung kata-kata itu.

Nazira gigit bibir. Tak suka dia bercakap akan hal itu. Normallah tu!

“Marah? ”

“Telefon kerana nak tanyakkan itu saja? Ira nak rehatkan dirilah.. penat tau! ”

“Penat.. Izat tak pernah penat pun sembang dengan Ira, tambah kalau di depan mata! ”

“Tak habis-habis nak mengarut! ” Gerutu Nazira. Malu saya!

“Sungguh.. tak tipu! ”

“Melalutlah tu! Apa yang penting sangat call Ira sekarang juga, tak boleh nantikan esok lusa? ”

“Nak tahu? ”

“Kalau tidak tak tanya.. ”

“Rindu! Rindukan gadis bernama Intan Nazira! ”

“Be serious! ” Nazira sebenarnya malas berjiwang. Mamat ni bukan boleh sangat, ada saja ideanya nak kenakan kita!

“Ya, Izat memang serius! Esok kita keluar.. ”

“Tengoklah kalau senang! ”

“Tak ada tengok-tengok! Esok jam 5.00 Izat jemput Ira kat rumah. Bye sayang.. and I love you! ” Klik!

Lailahaillallah! Jawab pun tak sempat! Nazira senyum lihat gagang. Dia menggeleng. I do love you.. cuma Ira masih takut!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience