Bab 67

Romance Completed 19413

Nazira sarungkan kebaya hijau pucuk pisang ke tubuhnya. Kebaya itu dibeli kakaknya ketika dia berada di Kuala Lumpur. Dia sedar... kini ahli keluarganya begitu mengambil berat akan dirinya. Dia faham, mereka tak mahu dia rasa kekurangan.. kerana dia tidak lama disini.

Rambutnya disanggul rapi lalu dililit selendang menutupi kepala. Wajahnya cuma dibedaki sedikit saja. Dia berlari anak turun tangga, berhati-hati!

“Dah siap anak ibu? ” Puan Mawarni tenung anak gadisnya. Manis sungguh.. kelembutan yang asli, begitu menyerlah kejelitaannya disebalik kebaya hijau itu.

“Wani, Ayang.. cepatlah! Nanti lambat pula! ” Pekik Encik Ikmal dari luar. Dia tidak mahu mereka lewat tiba di rumah Encik Shafie! Hairan... tiba-tiba saja dia menerima panggilan telefon dari lelaki itu yang menjemput mereka sekeluarga ke rumahnya. Tapi dia tak ambil peduli, memang dia mahu pulang.. cutinya pun sudah habis! Namun tak bermakna dia akan abaikan Nazira semula! Makin dalam sayangnya kini.. hinggakan dia amat takut pada maut yang mahu menjemput Nazira. Selama di sisi gadis itu.. dia dapat melihat sendiri bagaimana tabahnya gadis itu menanggung derita! Tak ubah seperti emaknya!

Puan Mawarni bingkas tarik lengan Nazira, tak mahu suaminya terjerit-jerit lagi! “Marilah abahnya! "

Encik Ikmal tenung Nazira. “Manis anak abah!" Dia kucup dahi gadis itu penuh kasih. Nazira hanya senyum lalu masuk ke dalam perut kereta.

Sepanjang perjalanan ke rumah Izat, Nazira gelisah... Dia risau.. tiba-tiba saja! Pasti ada sesuatu... sudah lama kita tidak bertemu! Kau bagaimana? Pasti kau sihat! Sudah selama ini... takkan kau masih tidak temui yang lain!

Memang banyak yang sudah berubah! Abah... alhamdulillah, abah sudah boleh menerima kehadiran aku! Aku tidak kisah walau di saat akhir kerana aku begitu bersyukur pada Ilahi kerana memberi kesempatan ini pada aku!

“Ramai juga orang ya, bang! ” Ujar Puan Mawarni pada suaminya. Encik Ikmal sekadar angguk. Nazira hanya diam, membontoti kedua orang tuanya.

“Ikmal, Mawarni... ingatkan tak datang tadi! ” Encik Shafie hulur tangan pada Encik Ikmal. Disambut mesra!

“Manis sungguh Ira berkebaya, macam Perempuan Melayu Terakhir pula! ” Puji Puan Zefrina bila Nazira meraih jemarinya lalu dicium lembut.

Izat hanya memerhati gadis itu dari jauh. Sungguh manis dan jelita! Kau begitu menyerlah malam ini sayangku!

“Tengok apa Izat? ” Soal Izam menyedari sepasang mata adiknya melekap pada batang tubuh yang begitu dirinduinya sekian lama! Aiza, Chawi, Widuri dan Fauziah yang turut di samping sekadar senyum.

“Merenung sesuatu yang dirindui sekian lama!"

“Pergilah... takkan tak nak berdamping dengan dia! " Ujar Aiza merenung Izat.

“Ya, peluang sudah di depan mata. Ketahui apa yang membuatkan dia menjauh diri! ” Sampuk Widuri senyum Chawi dan Fauziah sekadar angguk nakal.

Izat sengih. Perlahan dia menghampiri mummynya yang sedang rancak berbual dengan ibu Nazira. Encik Ikmal dan Encik Shafie sudah menghilang ke mana! Biasalah... hal orang perempuan dengan perempuan, orang lelaki dengan lelaki!

“Assalamualaikum! ”

“Waalaikumsalam. Hah Izat, makcik ingatkan siapa tadi! ” Puan Mawarni terjerit kecil. Terperanjat dengan salam yang diberi secara tiba-tiba itu. Dia menggenggam erat jemari Nazira yang merangkul lengannya. Ditenung anak gadisnya itu. Dia faham hati gadis itu...

“Ira cantikkan Izat! ” Puji Puan Zefrina lagi! Dia sekadar senyum melihat anak terunanya yang merenung nakal wajah Nazira. Dia tahu, tiada gadis lain yang dapat mendiami hati pemuda itu kerana cinta dan perasaan kasihnya sudah bulat-bulat menjadi milik Nazira. Sekian lama... Izat terus menyendiri dan membina sendiri impian untuk hidup bersama Nazira di dalam alam ilusinya.

“Makcik, boleh Izat minta izin untuk berbicara dengan Ira? Dah lama kami tak bersembang berdua! ”

Mata Nazira tepat pada wajah sang ibu. “Ibu.. ”

“Pergilah! " Suara Puan Mawarni menyentak gelora yang melanda hati Nazira.

Dia sebenarnya takut andai Izat membuka lembaran sejarah mereka. Bukan dia sudah lupa... hanya itu yang ada dalam dia menghitung hari-hari namun dia bimbang andai hatinya tidak seteguh dulu, tidak sekuat dulu! Ingatannya terhadap pemuda itu tidak pernah padam... malah dari hari ke hari semakin kuat!

“Tapi ibu... ”

Puan Mawarni menyentuh lembut wajah anak gadisnya. “Ibu percaya anak ibu masih kuat untuk hadapi semua ini! Pergilah... ”

Nazira lepas keluhan. Akhirnya dia angguk setuju. Beriringan mereka ke sudut yang agak sunyi di rumah yang tersergam indah itu.

“Sihat? "

“Alhamdulillah.. nyawa ini masih belum bercerai dari badan! "

“Hubungan Ira dengan si dia bagaimana? "

Nazira diam. Sekadar melempar pandang pada tetamu-tetamu yang hadir. Dia tahu ada mata-mata yang merenung dan cemburu dengannya kerana mendampingi Izat. Sudah tentu... siapa tidak cemburu kalau dirinya berdamping dengan pemuda yang dianggap seperti prince charming!

“Hai, slow saja hari ini. Selalunya mulut Ira tu macam bullet-train, bercakap tak berhenti-henti! Kenapa malam ini macam sampan? ” Usik Izat.

Nazira gelak kecil. Izat ditenung... agar terlepas rindu yang bersarang selama ini! Kau terlalu istimewa bagiku! Tapi sayang... kau tercipta bukan untukku! “Untuk apa majlis ini? ”

“Tepat jam dua belas... genaplah sudah 30 tahun papa dan mummy hidup bahagia bersama! Hari ini hari ulang tahun perkahwinan mereka! "

“Iye! Tahniah... Alhamdulillah sudah begini lama jodoh mereka. Moga jodoh makcik dan pakcik akan berkekalan. ” Ujar Nazira seolah mendoakan.

“Bagaimana dengan jodoh kita? " Izat tenung dalam anak mata Nazira. Gadis itu resah seketika. “Ira tahu tak.. tepat jam dua belas, sudah setahun kita saling mengenali! Pada tarikh yang sama... kita diperjodohkan! Ira lupa.."

“Ira tak pernah lupa! Satu tuduhan yang tak mungkin dapat diterima Ira, tolong jangan begini"

“Kenapa tipu Izat? "

“Tak pernah terniat di hati ini. Cuma... kita tidak ditakdirkan untuk bersama. ”

“Hai Izat! Merata I cari you... ” Seorang gafis merangkul manja lengan sasa Izat. Mata Nazira terarah tepat pada wajah gadis di sisi Izat. Cantik! Ikhlas dia memuji. Nampaknya kau sudah temui gadis yang lebih cantik dan sesuai denganmu. Hati perempuannya berdetik cemburu...

“Ira nak jumpa ibu! " Nazira terus berlalu.

“Ira... tunggu dulu! ” Izat cuba menghalang. Namun rangkulan Maya begitu erat.

“Izat, temankanlah I makan... I laparlah! " Maya merengek. Lengan Izat ditampar-tampar.

“Lepaslah! Kalau you lapar... nak pergi makan, pergilah sendiri. Tuhan jadikan kaki untuk berjalan dan tangan kau itu untuk menyuap makanan! Buat apa nak ajak I! Akai ada? " Izat berlalu. Menyusahkan orang saja!

“Untuk apa renung bulan? Bulan itu jauh... yang dekatkan ada! "

“Yang dekat? Mana? ”

Izat tarik tas tangan yang melingkar bahu Nazira. “Untuk apa? ”

“Berikan saja, baru tahu! ” Izat buka lalu capai bedak kompak yang terdapat di dalamnya. Dibuka! “Ini... ”

Nazira senyum bila melihat cermin kecil itu. Wajahnya... “Izat masih seperti dulu! ” Nazira cuba tahan gelak.

“Izat masih tidak berubah kerana masih mengharap pada gadis bersama Intan Nazira. "

“Jangan begini, tak baik! Mana gadis tadi? Tak baik kalau Izat tinggalkan dia sendirian. Kita perlu jaga hati kekasih kita! "

“Dia bukan kekasih Izat! Jadi Izat tak perlu nak menjaga hati dia, cuma Izat terkilan kerana kekasih yang Izat kasihi dan cintai sepenuh hati tidak sudi menjaga hati ini. Izat tak mungkin dapat benarkan gadis lain mendiami hati inu kerana Izat hanya jatuh cinta pada Nazira. " Izat raih jemari Nazira lalu dicium lembut. Nazira tidak membantah.

“Izat... jangan berdegil. Izat sendiri sudah tahu yang diri ini sudah ada... ”

“Kekasih? "

Nazira angguk.

“Ira ingat Izat tak tahu! Tak perlu nak cari helah untuk jauhkan diri dari Izat. Kalau Ira sudah benci Izat katakan saja, tak perlu cari helah begini! "

“Apa yang Izat tabu? ” Nazira gelisah. Apakah Doktor Fahmi...

“Yang Doktor Fahmi itu bukan kekasih Ira. Ira sengaja ada-adakan cerita Padahal Ira turut menyintai Izat. ” Dia rangkul pinggang Nazira.

“Izat, janganlah macam ni! Orang tengok... ” Nazira menolak Izat lembut.

“Ok! ” Izat akur. Pelukkan dileraikan.

Keadaan diselubungi kebisuan seketika.

“Ira... ” Izat bersuara lembut. Gadis itu ditenungnya.

“Tolong tinggalkan Ira sendirian! ” Pinta Nazira perlahan. Tidak sanggup dia terus didera begini! Sungguh... dia tidak mampu.

“Izat takkan cakap lagi pasal hal yang sudah lepas! Dengar kata Ira sekeluarga melancong ke Kota Paris! Seronok? "

Bibir Nazira menguntum senyum. Dia angguk. “Kota Paris memang indah. Tempatnya pun romantik... Ira rasa tak mahu pulang, macam mana pun hati ini tetap rindukan tanah air. ”

“Izat masih tidak lupa... Ira pernah kata kalau Ira hendak berbulan madu nanti tempat itulah yang jadi pilihan. Masih sudi jadikan kata-kata itu kenyataan? "

“Izat jangan begini! Izat menyeksa Ira! ”

“Apa selama inu Izat tidak terseksa lantaran sikap Ira itu! Kalau Izat salah mungkin Izat boleh terima perpisahan yang Ira pinta ini... tapi rasanya Izat terlalu menjaga hati Ira hingga sanggup biarkan hati sendiri terluka. Dulu atau kini... hati ini tetap merinduimu, menyintaimu dan mengasihimu... terus mengharap pada Ira! Izat cintakan Ira! ” Kelopak mata jejaka itu sudah digenangi air mata, namun ditahan agar tidak tertumpah.

“Izat... ” Nazira menyentuh kelopak mata Izat. “Kenapa ni? Orang lelaki tak boleh menangis! Izat sendiri yang kata... dah lupa ke? ”

“Tapi air mata ini kerana kelukaan yang telah lama berdarah. Ira, Izat sayangkan Ira! "

“Tapi hati Ira bukan milik Izat! "

“Kenapa pula? Ira tak yakin dengan kejujuran cinta Izat? "

“Tak, tak... jangan begini! Please... ” Nazira sudah sebak, walau dicuba menahan kerana dia tidak mahu Izat nampak akan kelemahannya itu. Dia cuba kuatkan semangat... tapi dia hanya manusia biasa yang sudah memahami apa itu kesedihan kerana kini ia sudah menjalar dalam dirinya.

“Ira, kenapa ni? Izat tak faham... perangai Ira sudah berubah. Apakah selama ini Izat bertepuk sebelah tangan atau Izat tak setanding dengan Ira? Katakan Ira... Izat tak mampu lagi menahan panahan ini... Izat terseksa, menderita! ” Wajah yang sentiasa ceria itu sudah keruh, sekeruh air di muara!

“Izat, segalanya telah tertulis di suratan... kita tidak dilahirkan untuk bersama kerana Ira tidak akan lama di sini. ” Air mata sudah menyentuh pipi. Nazira kesat perlahan... tabahkan hatimu!

“Izat ikut Ira ke mana saja! Izat sanggup.. ”

“Jangan cakap begitu! "

“Sudahlah... Izat mahu Ira dengar keputusan Izat! Kalau dulu Ira mahu pertalian ini diputuskan, tapi Izat tekad untuk menyimpulnya... dan tak akan biarkan ia terlerai sama sekali! ” Izat terus berlalu setelah menyudahkan kata.

Nazira hanya mampu merenung tubuh yang kian menghilang dari pandangannya. Bagaimana aku hendak beritahu kau? Aku takut... kau tak dapat terima hakikat ini!

Izat terus melangkah. Kau tetap milikku! Dia sudah tekad... tidak akan berganjak lagi kerana cintanya pada Nazira terlalu dalam dan luhur. “Maafkan saya! Saudara dan saudari sekalian... ada sesuatu yang ingin saya katakan. ” Izat bersuara lantang bila dia berada di antara kelompok orang ramai.

Suasana hingar-bingar menjadi sepi. Kesemua mata tertumpu pada wajah pemuda kacak itu.

“Mungkin apa yang saya lakukan ini bertentangan dengan adat kita sebagai orang Timur! Tetapi saya terpaksa dan perlu lakukannya! Sebenarnya saya menyintai seorang gadis. Cinta saya terhadap gadis itu terlalu luhur. Inilah pertama kali saya jatuh cinta seumur hidup saya. Saya tidak pernah tahu erti cinta sebenar, cinta sejati tapi... setelah menemui gadis itu, saya kian mengenali apa itu cinta. Cinta yang lahir dari hati... cinta sejati yang tidak berlandaskan nafsu! Hari ini saya ingin melamar gadis itu untuk menjadi teman hidup saya. ”

Izat mendekati Nazira. Melutut kemas di hadapan gadis itu. “Ira, will you marry me? ” Izat keluarkan sebentuk cincin bertahta delima merah. Indah!

Nazira terdiam! Hanya mutiara jernih terus menjurai membasahi pipi tanpa henti. Dia sebak... cintamu terlalu luhur tapi sayang, takdir telah menetapkan kau dan aku tidak mungkin bersatu!

“Ira, kahwin Izat... jadi isteri Izat dan temani Izat seumur hidup! Will you? ”

“Wow romantiknya! ” Terdengar beberapa orang gadis berbisik. Cemburu... kerana prince charming akan dimiliki.

“Terima sajalah.. ” Beberapa orang pemuda nakal menjerit. Setuju dengan kedua pasangan itu. Bak pinang dibelah dua... cocok sekali!

“Ira! ” Izat bersuara setelah Nazira lama membisu.

Tidak tertahan... teresak-esak dia seketika! “I'm sorry, Ira tak mampu... " Nazira terus mendapatkan ibunya.

Puan Mawarni memeluk erat anak gadisnya. Rangkulannya tidak kejap... Nazira terkulai perlahan.

“Ira! ” Izat berlari mendapatkan Nazira. Kepala gadis itu dipangku. Dia mengelus rambut gadis yang dikasihi itu. Perlahan Nazira buka mata. Senyum seketika!

“Ira dah kata... Ira tak lama sini. ” Perlahan-lahan mata itu tertutup kembali.

“Panggil ambulans! ” Jerit Izat terus mencempung Nazira yang tidak bermaya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience