BAB 6

Romance Completed 19413

“Ibu.. Ayang dah balik!” Nazira pantas buka kasut lalu diletak di almari kasut. Dia berlari masuk ke dapur. Sudah waktu minum petang, tentu ibu ada di dapur! Dia melempar beg sandangnya ke atas kerusi lalu menarik kerusi di hadapan dan melabuh punggung.

Puan Mawarni mengalih pandang merenung anak gadisnya yang tersenyum manis. Dia melambai-lambai manja. “Dah balik rupanya anak ibu. Macam mana kerja hari ini? Takkan tak ada apa-apa menarik?” Puan Mawarni faham sangat dengan anak gadisnya itu. Dia tak akan berhenti bercerita apa saja kisah yang terjadi di hospital. Mulutnya sentiasa riang berceloteh.

“Ada..” Nazira memeluk ibunya di belakang. Puan Mawarni peluk anak gadisnya lalu dicium penuh kasih.

“Apa ceritanya Ayang?” Soal ibunya.

Nazira turut membantu ibunya menghidang minum petang. “Tadikan ada doktor baru lapor diri di hospital. Dulu dia bertugas di Hospital Pulau Pinang tapi dia minta transfer ke sini sebab family dia ada di sini. Tapi yang bestnya doktor ni berjiran dengan Aiza. Kecil sungguh dunia ini ya ibu!”

Puan Mawarni sekadar angguk.

“Doktor tu handsome tau ibu..”

“Kenapa? Ayang tertawan dengan diakah?” Usik Puan Mawarni.

“Taklah.. tapi Ayang rasa doktor tu ada hati pada Aiza. Kalau tengok cara dia tenung Aiza pun boleh agak!”

“Ooo.. jadi anak ibu ni terlepaslah!”

“Ala relaxlah ibu, sekali petik sepuluh datang!” Nazira tersengih. Puan Mawarni sekadar geleng. Budak ni.. tak pernah serius! Tapi ibu senang dengan kenakalan dan tawa manjamu!

“Sudahlah.. pergi mandi, biar ibu siapkan minum petang.” Arahnya.

Nazira mencapai seketul karipap. Dikunyah lahap sekali. Mmm.. sedap!

“Budak ni.. degil!” Gadis itu kenyit mata nakal.

“Abah mana ibu? Tak nampak pun!”

“Belum balik lagi, sekejao lagilah tu!”

“Abang? Memerap dalam bilik ke?”

“Dia baru balik dari office tadi. Penat nampaknya.. kejutlah dia sekali kalau dia tidur.” Puan Mawarni menampar tangan Nazira yang cuba mencapai seketul karipap lagi.

“Satu lagi ibu.. satu saja.. ”

“Pergi mandi dulu, lepas mandi makanlah berapa banyak Ayang nak! ”

“Yelah.. yelah.. Ayang pergi!” Nazira cebik mukut. “Orang nak makan pun tak bagi!” Perlahan tuturnya.

“Apalagi tu?”

“Tak ada apa..” Nazira pantas daki anak tangga. Berlari anak ke bilik lalu terus capai tuala. Dia pantas mandi dan menunaikan solat Asarnya yang tertangguh kerana terlalu sibuk di hospital tadi. Walaupun sentiasa sibuk dengan kerja dia tidak pernah lupa tanggungjawabnya sebagai seorang muslim. Dia diajar oleh ibunya agar patuh pada Allag yang satu dan Al-Quran sebagai petunjuk menghadapi dunia sehari-hari. Cuma satu belum dilaksanakan hingga kini.. bertudung. Hatinya belum terbuka untuk itu, tapi insya-Allah dia akan mencuba!

Nazira melangkah perlahan ke bilik abang kesayangannya, Naziman. Pintu bilik dibuka dan kelihatan abangnga masih menghadap kerja-kerja pejabat. Bertaburan kertas-kertas kerja di atas katil dan meja tulis. Nazira meggeleng. Abang ni tak habis-habis dengan kerja! Sudah mencecah 32 tahun tapi masih belum berpunya. Padanlah akak kahwin dulu, kalau tunggu abang kahwin.. andartulah akak! Agaknya aku dengan abang siapa kahwin dulu? Gatal gak aku yek! nazira sengih nakal.

“Abang.. " Ujar Nazira lembut.

Naziman mengalih pandang. “Ha, bila Ayang balik?” Naziman bangkit dari duduknya lalu menghampiri adiknga. Walaupun Nazira adik tirinya namun gadis itu dikasihi seperti adik kandungnya sendiri. Malah gadis itu lebih dikasihi berbanding Intan Nazila, adik kandungnya yang menetap di Kuala Lumpur bersama suaminya.

“Baru saja.. ibu panggil turun minum petang.”

“Ayang turun dulu ya, abang banyak kerja lagi yang perlu disiapkan.” Naziman paut manja bahi adiknya. Gadis itu tenung wajahnya.

“No.. Ayang tahu sangat perangai Abang tu. Kalau dah menghadap paperwork tu mesti lupa dunia. Bilalah abang ni nak berubah? Dah berbuih mulut ibu nasihatkan abang celat-cepat carikan Ayang kakak ipar, tapi abang asyik fikirkan kerja saja! Nanti jadi bujang terlajak baru tau!” Syarah Nazira sehinggakan Naziman tersengih.

“Hai.. sejak bila pulak Ayang dah pandai berleter macam mak nenek ni!”

“Ayang seriuslah! ”

“Abang tunggu Ayang kahwin dulu, lepas tu abang carilah kakak ipar untuk Ayang dan menantu buat ibu!” Ujar Naziman bergurau.

“Malas Ayang nak cakap dengan Abang! Nanti ibu pilihkan baru tahu.. yang pendek, debab, muka penuh jerawat.. gigi berlubang, hah baru tau!”

“Eee.. tak naklah! Kalau manis macam Ayang tak pe juga. Nasiblah Ayang adik abang, kalau tidak abang sambar dulu!”

“Eee..” Nazira cubit lengan abangnya. Pemuda itu ketawa riang dapat menyakat adiknya itu. Dia senang melihat keletah gadis itu. Terhibur hatinya, taklah tension sangat bila menghadap paperwork tu dengan kerja yang menimbun di office. Nak harapkan awek hiburkan hati.. tak dek! Bukannya tiada gadis yang cuba menawan hatinya tapi entahlah rasanya dia belum bersedia untuk semua itu.

“Sudahlah Ayang, mari kita turun nanti ternanti-nanti pula ibu di bawah tu.” Naziman tarik lembut lengan adiknya.. Gadis itu sekadar menurut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience