Bab 61

Romance Completed 19413

“Kau sihat? ” Aiza tenung wajah Nazira yang pucat lesi. Selalunya wajah itu sentiasa segar dan diwarnai kegirangan. Dia menyentuh dahi temannya itu.

“Aku tak apa-apa, cuma pening sedikit saja! ” Dia menolak lembut tangan Aiza yang masih melekap di dahinya.

“Tapi.. pucat sangat ni! ”

“Aku ok! ” Serentak itu tubuhnya yang lampai terjelepok ke lantai. Aiza panik! Terus memangku kepala gadis itu.

“Ira, Ira... kenapa ni? ” Air mata Aiza sudah berguguran.

Keadaan di hospital itu menjadi kelam kabut. Doktor Fahmi bergegas membawa Nazira ke wad. Gadis itu tidak sedarkan diri..


*****************************

“Ayang.. Ayang macam mana sayang? ” Puan Mawarni melurut lembut rambut anak gadisnya yang lesu... selesu dirinya kini!

Perlahan mata dibuka! Dia lempar pandang pada wajah insan yang disayangi itu. “Ibu.. " Nazira berusaha menguntum senyum. Perlahan-lahan dia bangkit namun dihalang Aiza. “Kenapa semua berkerumun di sini? Macamlah aku dah nak mati! ” Nazira tergelak kecil. Dia tenung wajah Aiza, Chawi, Widuri dab Fauziah yang kelihatan sedih.

“Ayang! ” Puan Mawarni makin rancak menangis. Hanya dia yang tahu derita gadis itu.. dia tidak dapat menahan tangis mendengar ucapan kematian dari bibir yang sentiasa riang berceloteh itu. Sungguh, dia amat takut kehilangan Nazira.

“Kenapa ibu? ” Nazira sentuh bahu ibunya. Dikesat perlahan air mata yang mengalir.

“Ira, risau kami semua tadi. Bimbang kalau apa-apa terjadi pada kau! Itulah... sudah berkali aku pesan jaga diri tu baik-baik! Doktor Fahmi sendiri cakap badan kau lemah.. sebab tak cukup rehat! ” Aiza membebel. Dia tahu waktu itu diselubungi kesedihan tapi dia tidak dapat menahan diri meluah kebimbangan yang menyelubung!

Nazira tergelak kecil. Dijeling Doktor Fahmi yang berada tidak jauh. “Apa halnya macam orang tua ni, hah.. ”

“Kau ni! ” Aiza tampar lembut bahu temannya yang masih mahu mengusik.

“Sudahlah, mari kita pulang.. biar Ira rehat dulu! ” Ajak Doktor Fahmi. Keempat-empat gadis itu angguk setuju dengan pendapatnya.

“Kami mintak diri dulu makcik! ” Kesemua menyalami Puan Mawarni yang masih kelihatan sugul. Mereka faham akan kesedihan sekeping hati ibu itu.

“Sabarlah makcik, Ira tak apa-apa tu.. tak lama lagi kita kan dapat lihat dia riang seperti dahulu! ” Aiza sentuh bahu wanita itu. Cuba memberi semangat padanya.

Nazira hanya senyum.. kepergian teman-teman itu tidak mahu dibiarkan ada sedikit kecacatan pun! Biar mereka tidak ketahui akan hal ini! Dia tidak sedih jika ditakdirkan hari ini juga dia menyahut panggilan Ilahi.. kerana dia sudah bersedia untuk itu! Cuma.. dia tidak mahu pemergiannya ditangisi! Dia tidak suka begitu. biar pemergiannya disambut dengab hati yang terbuka! Itu yang dia mahu...

Nazira bangkit dari katil. Tubuhnya sudah sedikit segar! “Ibu.. ” Dihampiri ibunya yang masih diselubungi kesedihan. “Nyawa Ayang masih panjang, nafas Ayang masih terasa.. usah menangis! Sekalipun Ayang pergi nanti... ibu perlu berjanji akan terima dengan redha, tak perlu tangiskannya! Janji.. ” Ibunya dipeluk penuh kasih.

“Kenapa Ayang dirampas dari ibu? ”

“Ayang tidak dirampas cuma kembali pada Dia yang memberi peluang Ayang lahir dan hidup bersama ibu. Ayang tak boleh jadi milik ibu buat selamanya... ibu harus tabah! Ibu selalu tenteramkan hati Ayang bila Ayang fikirkan kesalahan Ayang dilahirkan sehingga meragut nyawa arwah emak dulu! Ibu kata... Allah ambil arwah emak kerana Dia sayangkan emak, mungkin kini pun begitu! Atau Ayang sudah lama temani ibu di sini, jadi biar Ayang temankan arwah emak pula! ” Dia terlentok manja di bahu ibunya.

Puan Mawarni kucup dahi gadis itu. Air nata kian galak mengalir.

Tiba-tiba pintu dibuka! Naziman meluru pada adik kesayangannya. “Ayang macam mana? Tak apa-apa? ”

“Ayang masih sihat.. masih bernyawa atas kehendakNya! ”

“Alhamdulillah kalau begitu! Risau abang tadi... dengar saja berita Ayang pengsan terus abang balik! ”

Nazira senyum. Dihampiri abangnya itu. Dipeluk manja!

“Kenapa ni, tiba-tiba bermanja? " Naziman senyum dengan telatah gadis itu.

“Kalau Ayang mati abang nangis tak? ”

“Apa cakap macam ni! Cabai mulut tu baru tau! ” Marah Naziman. Tak suka dia jika diungkit perihal kematian. Dia tahu kematian akan tiba.. saat itu pasti menjelma!

“Cakaplah. ” Desak Nazira merengek manja.

“Ibu, tengok Ayang ni! "

“Cakap saja.. Ayang nak beritahu sesuatu pada kau! ” Puan Mawarni sudah agak tenang. Dia kagum dengan ketabahan Nazira.. oleh itu dia juga perlu tabah seperti anak gadisnya itu.

“Tentu abang akan menangis! "

“Tapi Ayang tak suka begitu! Abang perlu terima pemergian Ayang.. kalau abang sayangkan adik abang ini! ”

“Ayang.. kenapa lain saja bunyinya ni? ” Naziman dapat mencium sedikit kelainan pada kata-kata Nazira. Ini bukan nada gurauan Nazira!

“Abang, nanti kita tak boleh nak bermesra dan usik-mengusik lagi! Ayang akan pergi jauh sebab nyawa Ayang di sini tidak lama.. Ayang sakit abang! Ayang sakit... ”

“Sakit apa? Setiap sakit pasti ada penawarnya! ”

Nazira geleng, tersenyum nakal. “Barah otak yang sudah sampai ke tahap serius tiada ubat! Betul tak.. " Tenang saja Nazira bersuara...

“Ayang.. jangan bergurau begini! ”

“Hidup Ayang tidak tahu bila penghujungnya.." Nazira peluk erat abangnya.

“Ayang.. ” Setitis air mata lelaki sudah gugur.

“Ayang tak mahu tangisan jadi hadiah.. tolonglah! ”

Keriga beranak itu terdampar lesu.. mengenang sesuatu yang tiada pengganti!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience