BAB 30

Romance Completed 19413

“Mmm.. pakai babu ink Ayang.” Puan Mawarni menghulurkan kebaya merah darah yang dibeli di Butik Florist tempoh hari.

“Ish, tak nak.. tak nak!"

“Pakailah sayang..” Puan Mawarni memujuk anak gadisnya.

“Tak nak..” Nazira merengek seperti anak kecil. Puan Mawarni mendekati gadis itu. Rambutnya dibelai lembut, penuh kasih!

“Pakailah sayang..” Kalau di pakai baju ini tentu lebih terserlah kelembutan wajahnya yang manja dan keibuan itu. Pasti anak Rina akan tertawan. Ha.. nanti bolehlah kami berbesan!

“Tak mahulah! Ibu nak pergi jumpa kawan ibu saja, bukannya nak menyertai pertandingan ratu cantik. Buat apa nak bergaya? Kalau ibu mahu Ayang pakai baju tu juga Ayang tak nak pergilah!” Nazira terus dengan pendiriannya.

Puan Mawarni melepaskan keluhan. “Yalah.. ibu tak dapat nak memaksa anak kesayangan ibu ni. Tapi Ayang pakai baju kurung biru laut yang abang belikan tu ya!" Dia terpaksa mengalag dengan kedegilan Nazira. Nazira senyum. Dia angguk setuju.

“Ibu dah nak pergikah?” Soal Naziman yang melintasi bilik ibunya.

Puan Mawarni sekadar angguk.

“Abah?"

“Dia tetao berdegil tak mahu oergi. Biarlah.. ibukan ada, tak ada apa yang kurang pada anak ibu."

Naziman membisu. Abah, abah... bilalah abah akan berubah? Kasihan Ayang, begitu mengharapkan secebis kasih abah! “Mana Ayang, ibu? "

“Tengah bersiap di dalam bilik."

Naziman melangkah ke bilik adiknya. “Hello, ada orang di dalam? Orang di luar hendak ke dalam boleh tak?"

“Orang di dalam sedang bersiap, kalau orang di luar nak masuk.. masuklah! Itu pun kalau tak malu.. ”

Naziman tetap melangkah masuk tanpa menghiraukan usikan adiknya. Dia terjenguk-jenguk seperti mencari sesuatu. Pintu bilik mandi dibuka, pintu almari pakaian, tak kurang juga laci-laci meja di buka.

“Apa yang abang cari tu?” Nazira hairan.

“Tak.. cari Ayang, di manalah adik abang tu ya? Cik adik nampak tak? "

“Eee.. abang ni! Nak mengusil Ayanglah tu!" Nazira memukul lengan sasa Naziman, abangnya memang kaki usik, tak ubah sepertinya! Baru buka bertemu ruas!

“Eh, ini Ayangkah? Laaa.. tak cam abang. Maklumlah adik abang ni sekali sekala bergaya, fuh.. boleh cair beb! Mesti mamat tu suka nanti!"

“Mamat mana? ”

“Yang ibu nak kenalkan dengan Ayang, anak Auntie Rinalah! ”

“What? Jadi inilah rancangan ibu... patutlah gesa Ayang ke rumah Auntie Rina. Rupanya ada udang di balik mee!”

“Apa salahnga? Mana tahu kalau jodoh Ayang di sana. Macam abang dengan Kak Hanilah. Ha.. pilihlah adik ipar yang terbaik buat abang! ”

Nazira peluk tubuh. “Well.. ok! Kalau ada jodoh Ayang di sana, adalah. Kalau tidak.. "

“Ibu tak akan paksa, abang pun tak akan paksa!” Naziman senyum. Pakaian yang dipakai Nazira menyerlah lagi melembutkan wajahnya. Tanpa sebarang make-up di wajah, dia tampak anggun dengan kejelitaan yang asli. Bertuah sungguh mana-mana jejaka yang memilikimu dik!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience