Bab 60

Romance Completed 19413

Puan Mawarni tiba-tiba terjaga! Astagfirullah.. mimpi apa ni? Puan Mawarni mengusap wajahnya yang dibasahi rintik peluh. Terperanjat dia.. mimpi itu benar-benar menimbulkan tanda tanya dalam dirinya. Ira! Puan Mawarni bingkas ke bilik anak gadisnya.

Belum tidur budak ini! Kelihatan lampu bilik Nazira masih terpasang. Perlahan dia memulas tombol. Dia menguntum senyum melihat anak gadisnya yang begitu khusyuk menyudahkan solat sunat! Terasa tenang hati seorang ibu! Dia sekadar melihat... tiba-tiba Nazira memicit-micit kepalanya. Kelihatan teramat berat dia menanggung kesakitan itu. Gadis itu mendekati laci meja lalu mengambil sebotol ubat. Ditelan.

“Ayang.. ” Puan Mawarni memangku anak gadisnga yang kelihatan lesu. Hati seorang ibu digigit keresahan.

“Ibu.. ” Nazira berusaha senyum. “Tak tidur lagi? ”

“Ubat apa ini? ” Puan Mawarni raih botol ubat dari tangan Nazira.

“Ayang tak apa-apa, ubat biasa saja! ”

“Ayang sembunyikan sesuatu dari ibu! Ibu tahu mula-mula Ayang putuskan hubungan dengan Izat sedangkan Ayang begitu sayangkan dia! Ayang korbankan dia untuk sesuatu.. ibu yakin bukan demi kepentingan Ayang tapi demi dia sendiri! Ayang sembunyikan satu rahsia dari ibu. Ibu tahu ibu hanya ibu tiri Ayang tapi ibu anggap Ayang seperti anak kandung ibu! ”

“Ibu.. ” Hati Nazira tersentuh dengan kata-kata ibunya. Sungguh dia tak bermaksud untuk lukakan hati wanita itu. “Ibu bukan ibu tiri Ayang, ibu adalah ibu Ayang.. yang memelihara, membesarkan dan mengasihi Ayang!”

“Kalau begitu katakan pada ibu... apa yang Ayang rahsiakan dari ibu? ”

“Ibu mahu tahu? Tapi ibu perlu tabah.. setabah Ayang menghadapinya! Ibu.. anak ibu tak akan lama di dunia ini! Semua akan mati suatu hari nanti cuma Ayang lebih awal! ” Nazira tenung wajah ibunya. Dia sudah mulai segar.

“Ayang.. apa yang Ayang cakap ni? ”

“Ayang sakit ibu. Ayang ada barah otak. Masa Ayang tidak lama mungkin dua bulan, sebulan.. sehari, dua hari, atau malam ini! ” Nazira masih mampu senyum.

“Ayang.. ”

“Aaa.. ibu kena tabah! ” Nazira kesat air mata insan dikasihi itu. Diraih jemari itu.. dicium lembut.

Ya Allah.. kenapa pelita ini yang kau rampas? Sedu Puan Mawarni makin menjadi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience