Bab 46

Romance Completed 19413

Nazira membelek-belek rak novel di hadapan. Semuanya menarik, tapi mana satu yang aku nak pilih? Kalau ikutkan hati aku, mahu aku bertapa di sini habiskan masa baca buku-buku ini. Dicapai buku terbitan Rhythm. Perjalanan masa.. siapa pengarangnya? Yana Fadimah, eh tak pernah dengar nama pun! Tapi.. nampak menarik! Nazira terus saja capai buku itu lalu ke kaunter. Lagi lama aku di sini, lagi pening kepala tengkorak aku! Sejumlah wang diserahkan. Terus saja dia keluar dari kedai buku yang sering dikunjunginya itu. Boleh dikatakan semua staff di situ dikenalinya.

Ah, nak ke mana ni? Kalau nak solat.. aku tengah dikunjungi member baik! Kalau balik pun bukannya ada orang di rumah. Ibu ke rumah Kak Hani! Sebenarnya dia sendiri belum pulang ke rumah. Keluar saja dari hospital tadi dia terus buang masa pusing-pusing bandar Melaka. Tergerak pula hatinya untuk beli buku, terus turun ke kedai kegemarannya.

Bunyi rentak rap pula perut aku ni! Laparlah tu.. nak melantak lat mana ya? Ah.. KFC idamanku selalu! Kalau nak bawa kereta bukannya senang nak dapat parking lot! Jalan sajalah.. bukannya jauh sangat! Nazira atur langkah. Sesekali kedengaran siulan nakal apabila dia melintasi beberapa anak muda. Nazira sekadar menjeling tajam! Cokodok.. tak ada kerjakah?

“Mak oi, jeling! Hai cik adik.. cantik rambut, macam dalam iklan! ”

Nazira buat tak peduli. Kalau dilayan makin menjadi!

“Tak takut ke jalan sorang-sorang? Kalau takut saya temankan.. ”

Nazira paling. Cam sangat dengan suara itu. Macam manalah dia boleh ada kat sini? Tak habis-habis menyusahkan hidup aku! Nazira tatap wajah itu. Memang handsome! Matanya lekap pada sepasang mata layu itu. Mata itulah yang menggegar hati wanitanya!

“Ira keluar bersiar-siarkah? ”

“Tak.. panjat pokok! ” Nazira mendengus. Hanya jawapan bodoh sesuai untuk soalan bodoh begitu!

Izat sengih. Loyar buruk betul minah sorang ni! “Dah makan? ”

“Kelmarin dah.. ” kedua mereka beriringan.

“Kalau begitu saya belanja untuk hari ini! ”

“Tak perlu! "

“Come on Ira, beri Izat peluang. Ok? ”

“Hei, Izat.. tak faham bahasa Melayukah? Ira tak suka Izat tau.. tak habis-habis nak ganggu hidup Ira. Tolonglah jangan ganggu Ira! ” Suara Nazira sedikit meninggi sehingga menarik perhatian seorang wanita berdekatan mereka.

“Ira.. jangan begini! ”

“Kenapa ni, nak! ” Wanita tadi menghampiri Izat dan Nazira.

Nazira tenung wanita itu. “Mamat inilah makcik, tak pasal-pasal.. ”

“Begini makcik.. ” Izat pantas sampuk! “Kami ni ada salah faham sikit, isteri saya ni pula merajuk.. terus balik rumah emak dia! Saya tahu semua ini salah saya, jadi saya minta maaflah darinya, tapi dia degil.” Izat tenung Nazira. Dia cuba kawal tawa agar tidak tersembur melihatkan wajah gadis itu yang mencuka.

“Ira bukan isteri Izat! Makcik jangan prcayakan.. ”

“Tengok tu, tak baik begitu Ira! Kalau iya pun marahkan saya jangan sampai begitu sekali. Kasihanlah pada anak kita tu, ya sayang. Kita balik ya.. ”

“Anak? ” Nazira ternganga.

“Sudahlah tu.. salah faham dalam rumah tangga ini perkara biasa saja. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Tak baik begini nak, selesaikanlah secara aman. Fikirkan sama anak kecil di rumah tu. ” Wanita itu sentuh lembut bahu Nazira.

Gadis itu ternganga tak tahu nak kata apa. Nazira hanya memandang wanita itu berlalu. Pandangannya beralih pada Izat yang tersengih nakal.

Izat angkat kening. “Kenapa Ira? "

“I hate you! ” Nazira hentak kaki lalu berlalu. Tak guna punya lelaki! Aku dijadikan isteri dia! Yak!

Izat atur langkah mengekori gadis itu. “Marah? ” Soalnya setelah beriringan.

Nazira jeling pada pemuda itu. “Tak.. tapi geram, rasa nak cekik-cekik biar mampus! ”

“Sampai begitu sekali. Ini.. kena belanja makan ni, biar sejuk sikit! "

Nazira berhenti melangkah. “Awak ni kenapa, hah? Tak faham ke apa yang saya cakap? Gila awak ni dah terr.. lampau teruk!"

Izat tarik tangan Nazira ke sudut sebuah bangunan.

“Izat nak buat apa ni? ” Nazira telan liur. Segera peristiwa di pantai bermain di benaknya. Eee.. tak sanggup den!

“Dengar sini baik-baik! Izat memang gila, gilakan Intan Nazira! Izat gilakan Ira.. faham! ” Izat tenung dalam anak mata gadis itu.

Mata Nazira membulat. Beg plastik dalam pegangannya terjatuh. Terkejut biawak! “Aaa.. ”

“Saya akui selama ini saya banyak permainkan perasaan gadis-gadis seperti Ira, tapi takkan Ira tak boleh beri Izat peluang buktikan rasa cinta Izat. Izat serius.. I love you and I need you! Please.. you're everything to me, beri Izat peluang."

“Aaa.. ” Nazira tidak tahu hendak kata apa. Bibirnya bertutup rapat. Ibu.. Ayang nak buat apa ni?

“Kita makan? ” Izat masih tidak mengalah.

“Mmm.. tapi tak boleh lama, takut ibu risaukan Ira. ” Nazira tunduk. Macam mana boleh setuju ni?

Izat senyum. Dia angguk.. terus mencapai beg plastik yang jatuh tadi. Dia atur langkah. “Mari.. ” Izat mengajak Nazira yang masih tidak berganjak.

“Ah, ya, ya! ” Nazira melangkah perlahan.

Pemuda itu tergelak kecil, terus menjamah wajah keibuan itu. Hidung nilah.. eee, rasa nak gigit-gigit!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience