BAB 16

Romance Completed 19413

“Betul ke abang dah ayat Aiza tu! ” Izat seolah tidak percaya.

“Abang tak ayat.. tapi abang luahkan perasaan abang!” Tegas Izam. Dia bukan nak mainkan perasaan gadis itu tapi dia serius dengan perhubungan ini! Aku tak mahu mainkan Aiza.. sebagaimana Izat mainkan perasaan gadis-gadis yang mendekatinya.

“Are you sure.. nak jadikan dia kakak ipar Izat? ”

“Insya Allah kalau ada jodoh! Hubungan kami masih awal lagi Izat, abang tak berani nak jamin apa-apa.” Terang Izam. Perjalanan masih jauh, siapa tahu ada liku di hadapan!

“Izat tak kisah, cuma..” Kata-kata Izat terhenti di situ. Sengaja mahu timbulkan tanda tanya di hati abangnya. Nyata dia berjaya!

“Cuma aoa? ” Soal Izam pantas. Ingin tahu apa maksud sebenar Izat.

“Izat tak tau nak panggil dia Aiza atau Kak Aiza. Yalah.. dia kan muda dari Izat! Rasanya dia baru 24 tahun sedangkan Izat dah 26 tahun.”

Terlerai juga tanda tanya di hatinya. Izam hembus nafas lega. Ingatkan apalah tadi! “Izat tanyalah dia nanti.. ” Singkat jawapan Izam.

Masing-masing berdiam diri. Melayan perasaan masing-masing.

“Sampai bila Izat nak mainkan perasaan gadis-gadis tak bersalah? Tak kasihankah pada mereka? ”

“Abang.. mereka sendiri bodoh! Tak mahu fikir kan baik buruk sesuatu benda sebelum kena. Bila dag kena baru tahu serik! Kasihan memang ada, tapi salah mereka sendiri! ”

“Tak adakah seorang gadis pun di antara mereka yang berjaya menawan hati Izat? ”

Izat geleng. “No! Izat tak mahukan gadis-gadis begitu.. mereka cantik, seksi, manja tapi sayang.. tak ada akal! Mudah menyerah! ”

“Macam mana kalau abang kenalkan Izat dengan seorang gadis? ” Cadang Izam.

“Gadis? Siapa? ”

“Teman Aiza! Dia juga seorang nurse di hospital. Orangnga manja dan nakal! ”

“Cantik tak? ”

“Bagi abang biasa saja, tapi dia punya keistimewaan lain! Wajahnya keibuan, penuh kelembutan.. nakal dan manja! ”

“Well.. ini kena tengok dulu! Kalau ok, boleh saja! ”

“Aa.. bukan untuk dijadikan mangsa Izat tau! Abang tak nak kenalkan kalau itu rancangan Izat! ”

“Hai.. sayangkan dia ke? ”

“Ya! Abang tak akan benarkan sesiapa pun kacau adik abang! ”

“Adik? Sejak bika abang ada adik perempuan ni? ”

“Sejak abang kenal gadis itu! Izat belum jumpa.. kalau jumpa mesti Izat pun akan kasihkan dia, tapi tak tahulah kasih yang macam mana! ”

“Sudahlah bang.. tak payah nak mengarut lagi! Mari kita masuk dalam, abang tak sembayang Isyak lagi kan? ”

“Dia pun sama! ” Izam bangkit dari duduknya.

“Kita jemaah ya bang.. ”

Izam angguk. Kedua adik-beradik itu masuk ke dalam rumah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience