BAB 5

Romance Completed 19413

“Dulu lepas papa habis study papa tak terus cari kerja. Iyalah.. dah lama perah otak study itu ini, papa cadang nak enjoy puas-puas before ambil alih syarikat datuk kamu. Datuk kamu pula ikut sajalah, tambah nenek kamu kuat menyokong. Hah.. dapat peluang, enjoy mautlah! Masa nilah papa ambil peluang pikat satu-satu gadis. Entah berapa ramai yang jadi mangsa tak usah cerita. Sambil tu papa cuba gak pikat mummy kamu nie, tapi payah sikitlah.. orang lawa jual mahal dulu! Tak lama kemudian datuk kamu dapat tahu sebab gadis-gadis yang papa perangkap tu pakat-pakat pergi jumpa dia. Apalagi.. mengamuklah dia! Dia paksa papa start kerja di syarikat, jadi terpaksalah papa turut. Nah.. tup-tup papa jumpa mummy kamu di sana. Rupanya mummy kamu jadi secretary datuk kamu di office. Apalagi, papa mulalah strateginya!”

“Mummy mesti cun masa tu, kan?” Soal Izat menyampuk.

“Ish.. mestilah! Sekarang ni pun still cun, silap haribulan orang kata kakak kita pulak Izat!” Izam ketawa perlahan.

Puan Zefrina sekadar geleng. Malas dilayan tiga beranak itu.

“Kemudian papa?”

“Mula-mula tu papa ingat nak jadikan mummy kamu macam gadis-gadis lainlah, mangsa buaya tembaga. Alih-alih papa pula yang terkena. Kecantikan mummy kamu, kesabaran dan kelembutan dia.. kewanitaanya benar-benar memukau papa. Walaupun masa tu mummy kamu belum memeluk Islam tapi nasihatnya banyak ke arah KeIslaman. Mummy kamu banyak menyedarkan papa. Papa mula tertarik dengan mummy kamu dan lama-lama perkenalan itu pun membuahkan bibit-bibit percintaan yang terus mekar hingga kini.”

“Fuh-fuh, romantisnya!” Izam feeling gila! Kalaulah aku dengan Aiza macam tu mesti syok!

“Feeling ke?” Usik Izat.
“Tapi.. kamu nak dengar tak?”

“Nak, nak, nak!”

“Nah.. diam dan dengar! Dalam masa papa tengah cuba-cuba nak tawan hati mummy kamu, ada seorang pemuda cuba tawan hati mummy kamu. Yang mummy kamu pulak layan.. papa apalagi tak menyerah kalah! Satu hari papa pergi rumah mummy. Papa ikat surat pada batu dan buang melalu tingkap bilik mummy, hah.. esoknha mummy kamu mengamuk pada papa. At last papa pun curah isi hati papa, terdiam mummy kamu. Lepas tu malu nak tegur.. tapi lama-lama mahu!” Encik Shafie tenung isterinya yang tersenyum malu. Izat dan Izam tersengih nakal.

“Malangnya percintaan kami mendapat tentangan ayah mummy kamu.. Yelah, waktu itu mummy kamu belum memeluk Islam tapi hatinya sudah terbuka untuk mendalami agama yang Esa ini. Menurut ayah mummy kamu papa sengaja nak pengaruh munmy kamu agar berpaling tadah dari agamanya. Papa dilarang bertemu dengan mummy kamu sampaikan mummy kamu tidak dibenarkan berkerja lagi. Mulanya memang papa patah hati kerana papa tidak punya sebarang peluang untum menemui mummy kamu.. papa benar-benar sedih.. Mujur jodoh kami panjang. Mummy kamu temui papa dan mengatakan dia bukan lagi Zefrina McDonald tapi Zefrina Abdullah. Jadi ayah mummy kamu tidak punya alasan untuk halang kami berkahwin tambahan pula perhubungan kami mendapat persetujuan nenek kamu ibu mummy. Jadi papa hantarlah pinangan dan akhirnya..”

“Akhirnya papa dan mummy pun berkahwin dan hidup aman dah bahagia. Tak nak cerita kah macam mana abang dan Izat dilahirkan?” Soal Izat tenung wajah papanya.
Encik Shafie, Puan Zefrina dan Izam tenung Izat tanpa berkelip. Izat telan liur. Aku salah cakap ke? Eh.. iyalah! Izat ketawa. “Izat tahu!”

“Papa, kisah percintaan papa dan mummy kalau dibuat novel atau drama mesti menarik!” Sampuk Izam.

Encik Shafie dan Puan Zefrina sekadar senyum. “Agaknya Izat pun akan bertemu dengan seorang gadis sebagaimana yang papa ceritakan. Mula-mula playboy kemudian jadi Shah Jehan yang terus setia pada Mumtaznya, tak begitu Izat?” Encik Shafie menyoal Izat. Pemuda itu tersenyum menggeleng. Aku nak gadis yang benar-benar gadis, bukan seperti minah-minah yang menyendah aku sekarang ni! Dia orang semua low class!

“Tak mungkin papa!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience