BAB 21

Romance Completed 19413

Nak pakai baju apa ya? Dia capai skirt labuh kesayangannya dan kemeja dari kain satin yang dibeli Akak. Pakai ini sajalah! Dia menyarung pakaian ke tubuh lalu menyisir rambutnya yang lurus dan berkilau. Dia bangga memiliki rambut secantik itu. Ramai teman-teman yang memuji rambutnya. Kata mereka rambutnya sihat bersinar, macam dalam iklan pula! Dia sekadar lepas rambut yang menyentuh paras bahu itu. Perfume Ocean Blue kegemarannya disembur ke tubuh. Wajahnya dibedakkan sedikit, biar rata! Keningnya dibentuk sedikit. Matanya yang bundar itu tampak menarik. Dicalit sedikit gincu Avon merah hati. Nazira senyum puas! Simple dan menarik!

Nazira mencapai beg sandangnya lalu terus berlari turun. Tak mahu pula kalau ibunya ternanti-nanti.

“Ayang, jangan lari sayang! Nanti jatuh.” Pekik Puan Mawarni dari bilik.

Nazira tekan brek! Dia melihat ibunya di balik pintu bilik yang terbuka sedikit. Aik tak siap lagi rupanya ibu! “Ibu tak siap lagikah?” Ayang ingatkan ibu sudah siap.”

“Sekejap lagi siaplah!”

Nazira merenung ibunya. Ibu ni walau dah berumur tapi masih tampak cantik. Ibu tak banyak berubah.. cuma sedikit berisi dan wajahnya tampak sedikit kedutan. Namun itu tidak dapat menyembunyikan kecantikan ibu yang masih terserlah.

“Kenapa Ayang pandang ibu begitu?" Soal Puan Mawarni hairan dengan telatah anak gadisnya.

Nazira geleng. Dia sekadar sengih. Puan Mawarni menggeleng. “Ada sajalah yang difikirkan tu! Marilah.. Puan Mawarni capai tas tangannya.

Kedua beranak itu memasuki perut Charade Aura. Nazira hidupkan enjin. “Ke mana ibu? ”

“Kita pergi.. Globe! ”

Kereta itu meluncur laju ke destinasi dituju. “Parking di situ Ayang, mudah sikit."
Puan Mawarni menuding ke petak parking di hadapan. Nazira menurut. Segera mereka keluar setelah enjin dimatikan.

“Kita pergi Butik Florist dulu, ibu nak tengok sangat Ayang pakai baju kebaya.” Puan Mawarni menarik lengan Nazira. Gadis itu hanya menurut.

“Ibu kena tunggu Ayang kahwin dululah!” Ujar Nazira bergurau.

“Gatal dia! Tak apa.. nanti ibu carikan satu untuk Ayang.”

“Ah.. tak nak, tak nak!” Puan Mawarni ketawa melihat telatah anak gadisnga.

Mereka terus melangkah masuj ke Butik Florist. Nazira melabuhkan punggungnya di atas salah sebuah kerusi di butik itu. Puan Mawarni pula sibuk memilih baju kebaya. “Yang ini macam mana Ayang? ” Soal Puan Mawarni menunjukkan helai kebaya biru tua.

“Ikut ibu saja! ”

Puan Mawarni mencapai kebaya biru terang dan sehelai lagi kebaya merah. Dua ni tentu sesuai dengan Ayang.. kulit dia sawo matang! Dia terus memilih manalah tahu kalau ada yang sesuai untuk Nazira.. atau untuk Nazila, tak pun untuk dia sendiri. Secara tidak sengaja dia terlanggar seorang wanita. “Maafkan saya, saya tak.. eh Rina!” Puan Mawarni terjerit kecil.

Puan Zefrina merenung wanita di hadapannya. Cuba mengecam wajah itu. Berkerut dahinya seketika! “Ini.. Wani ya?”

“Ya, akulah! Siapa lagi.. ” Paun Mawarni kelihatan gembira menemui teman lamanya itu. Dulu mereka satu sekolah, tapi terpisah setelah masing-masing mula berkerja dan berkahwin.

“Ya Allah.. Wani!” Puan Zefrina memeluk temannya itu. “Bila kau pindah ke sini? Tak tahu langsung aku!"

“Dah lama.. kau pula macam mana boleh di sini? ”.
“Sejak aku bekerja, kahwin dan sampailah beranak dua.. aku tetap di sini. Kau macam mana, sihat? "

Puan Mawarni dan Puan Zefrina beriringan. Mulut mereka tak henti-henti bercerita itu dan ini. Nazira merenung ibunya di samping seorang wanita yang sebaya. Minah Salleh, eh.. bukan minah tapi Makcik Sallah mana pula yang jalan dengan ibu tu? Tu dia mulut.. pot-pet-pot-pet! Ini mesti berita terkini, hiburan sensasi!

“Ha Rina, ini lah puteri kesayangan aku.. Intan Nazira.” Ujar Puan Mawarni setelah mendekati Nazira. Nazira bangkit dari duduknya lalu tersenyum mesra ke arah wanita itu.

“Anak engkau Wani?” Soal Puan Zefrina seolah tidak percaya. Tak sangka Wani ada anak gadis semanis ini. Senyumannya benar-benar memikat. Wajah itu mendamaikan hato seorang ibu. Hatinya sejuk merenung mata yang bundar itu. Istimewa sungguh gadis ini!

Puan Mawarni tenung wajah Nazira dan kemudian Puan Zefrina. “Sebenarnya..”

Nazirah sentuh lengan Puan Mawarni. “Ya.. Ayang anak ibu!” Tegas Nazira.

“Ayang?” Puan Zefrina tenung Puan Mawarni hairan.

“Panggilan manja famili untuk Ira.” Terang Nazira.

Paun Zefrina angguk faham. “Marilah kita pergi makan, aku belanja.” Ajaknya.

“Bagus juga, sambil makan kita bolehlah bercerita. Dah lama kita tak jumpa.. banyak benda hendak aku ceritakan." Puan Mawarni kelihatan gembira.

Nazira mengeluh. Tambah boring, sah lepas ni aku kena dengar kisah dulu-dulu! Adoi la.. Nazira tepuk dahi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience