Bab 43

Romance Completed 19413

“Ayang macam mana ibu? Terukkah.. akak dengar dari abang kaki Ayang terseliuh! ” Nazila sedikit risau dengan adiknya nan seorang itu. Dia tu bukan boleh percaya sangat.. suka sangat berlari! Sekali kena pun tak mungkin serik!

“Tak ada apa yang hendak dirisaukan akak. Alhamdulillah.. sikit saja, dua tiga hari lagi baiklah tu. Akak dengan Mizi dan anak-anak bagaimana? Sihat? ”

“Ya ibu. Nasihat sikit Ayang tu.. makan ubat pada waktunya dan jaga kesihatan diri. Maaf ya ibu, akak banyak kerja di pejabat ini. Insya Allah bila senang akak telefon lagi. Sampaikan salam sayang akak buat semua terutama sekali adik akak yang nakal iti. Assalamualaikum.. ”

“Waalaikumsalam.. ” Puan Mawarni letak gagang di tempatnya. Nazila, anak gadisnya itu kini bahagia di samping suaminya, Tarmizi dan anak mereka. Cucu tunggalnya buat masa ini.. Natrah! Sudah agak lama mereka tidak menjenguknya. Namun dia tidak berkecil hati, Nazila sering menelefonnya setiap minggu.. dia faham akan kesibukan mereka di kota besar seperti Kuala Lumpur itu.

Astagfirullah.. dah pukul berapa ni? Ya Allah.. hampir empat! Ayang pun belum bangkit lagi.. sembahyang pun tidak lagi. Kalau tak kejut sekarang terlepas pula waktu Zohor! Dia bingkas ke bilik anak gadisnya. “Ayang, Ayang.. bangun sayang! Sudah lewat ni.. ” Rambut gadis itu dibelai lembut. Merengek sebentar gadis itu kerana tidurnya diganggu.

“Ayang, bangunlah sayang! Sudah hampir jam 4.00, terlepas pula waktu Zohor nanti. Bangun ya sayang.. ” Dia memujuk perlahan gadis itu.

Nazira bangkit. Dia mengeliat. “Huarghh..! ”

“Pergi mandi.. ” Arah ibunya lembut.

Nazira gosok mata. “Tepi ibu, tepi! ” Terus Puan Mawarni bangkit. Nazira mengambil sesuatu dari atas katil. “Ini.. ”

“Apa tu?”

“Taik mata! ” Nazira menyeringai.

“Eh budak ni, pengotor! Pergi mandi ibu kata.. ” Puan Mawarni angkat tangan seperti mahu memukul Nazira. Gadis itu bingkas capai tuala.

Tadi waktu aku tidur.. kalau tak salah 11.00 lebih, sekarang dah dekat 4.00 petang! Kalau aku buka kilang.. sure laku taik mata aku terjual! Keh, keh, keh! Nazira mengerling ibunya yang mengemas katilnya. Terhenjut-henjut dia masuk dalam tandas.

Sesudah mengemas katil Nazira, Puan Mawarni terus ke dapur. Dia memanaskan gulai tengah hari tadi dan siapkan makanan buat Nazira.

“Assalamualaikum.. ”

“Waalaikumsalam! Jawab Puan Mawarni dalam hati. Siapa pula tu? Dia menjenguk. “Eh, Rina.. Izat pun ada! ” Dia buka pintu. “Masuklah.. ”

Izat merenung keliling rumah teres itu. Kemas dan menarik susunannya.

“Duduklah.. ” Kedua anak-beranak itu menurut.

“Ira mana Wani? Dengar kata kakinya terseliuh, macam mana boleh jadi begitu? Teruk sangatkah dia? ” Soal Puan Zefrina bertubi-tubi.

“Mummy.. satu-satulah, tercengang Auntie Wani. Tak tahu nak jawab yang mana! ” Izat ketawa perlahan.

Puan Mawarni dan mummynya senyum sendiri.

“Bakal menantu mummy.. mummy risaulah! Kalau Izat tak mahu pun mummy tetap anggap Ira menantu mummy! ”

“Eh Rina, ini juga menantu aku.. jangan kau nak kata dia! Aku mesti menangkan menantu aku! ”

Izat ketawa menggeleng. Tinggi sungguh harapan mereka. Insya Allah aku tak akan hampakan mereka! Tambah pula aku sendiri dah berkenan!

“Assalamualaikum.. amboi ibu, sembang dengan bakal menantu dan besan sampai tak perasan abang datang! ” Naziman tersengih lebar di hadapan muka pintu. Dia menghampiri Izat dan mummynya. Bersalaman seketika. Mereka terus rancak berbual!

“Bunyi apa tu? ” Naziman bingkas ke bilik Nazira apabila kedengaran bunyi benda jatuh. Puan Mawarni turut mengekori. Tinggal Izat dan Puan Zefrina tercangak-cangak. Ikut hati Izat, ingin saja dia ke bilik gadis itu melihat apa yang terjadi dari terus berteka-teki.

“kenapa tu Wani? Cemas saja kau pun! ” Tegur Puan Zefrina apabila terpandangkan temannya turun.

“Anak gadis aku tulah.. cuai benar, ada ke boleh jatuh dalam toilet! Mujur tak ada apa-apa yang teruk. Hah.. tu pun” Puan Mawarni mengerling pada Nazira yang dipangku Naziman turun.

Izat tenung gadis itu. Mujur abang kau! Kalau lelaki lain.. aku cincang 18! Biar jadi kes Mona Fandey! Dia sekadar merenung Naziman meletakkan Nazira ke atas sofa.

“Macam mana Ira boleh jatuh? Tak luka di mana-manakah? ” Puan Zefrina sentuh bahu gadis itu. Dia merenung rakus tubuh gadis itu, mencari kalau-kalau ada calar pada tubuh lampai tersebut. Gadis itu sekadar geleng. Sesekali dia mencuri pandang pada Izat yang berada di sisi ibunya. Pemuda itu letak tangan di atas bahu ibunya, sambil itu sempat senyum nakal dan angkat-angkat kening.

Nazira gigit bibir. Diselak rambutnya. Auc.. apa ni? Nazira lihat jarinya. Gulp! Dia telan liur. Darah! “Ibu.. ”

“Astagfirullah.. ” Puan Mawarni mendekati anak gadisnya. “Abang, ambil kotak ubat di ruang dapur tu. ” Arag Puan Mawarni sedikit keras. Risau dia melihat darag merah menodai wajah anaknya itu, kian rancak pula ia mengalir turun.

“Tepi sikit makcik. ” Izat labuh punggung di sisi Nazira. Dia mengelap perlahan darah yang mengalir. “Lain kali hati-hati sikit, kalau Ira cuai.. terpaksalah Izat ambil cuti panjang untuk jaga Ira. Kenalah duduk dekat-dekat begini selalu.. ”

“Di mana awak ada, saya akan ditimpa kesusahan. Ira rasa Izat ni bad luck untuk Ira.. jauhkan saja diri Izat tu, menyusahkan Ira! ” Nazira mendengus. Namun dia tidak sekali-kali membantah tindakan Izat. Syok plak! Keh, keh, keh!

“Segala-galanya bermula dari kesusahan.. begitu juga dengan kita, tapi Izat yakin segalanya aka berakhir dengan kebahagiaan. Tak gitu.. sayang! ” Izat kenyit mata.

“Perasan! Tepilah.. ” Nazira tolak Izat sehinggakan pemuda itu jatuh terduduk di lantai. Dia bingkas... terus memanjat tangga. Seketika dia berpaling, mata layu itu ditenung. Memikat! Nazira jelir lidah, terus memanjat anak tangga. Dia senyum sendiri. Padan muka!

Hai, dah nasib aku gamaknya! Izat duduk sambil tongkat dagu. Sesekali dia menggeleng.

“Izat, makcik.. ”

Puan Mawarni tidak sempat habiskan kata-kata bila Izat menyampuk.

“Saya masih belum menyerah kalah makcik, saya sukakan pilihan mummy! ” Izat bangkit. Terus keluar.

Puan Mawarni, Puan Zefrina dan Naziman saling merenung.

“Pantai lagikan berubah ibu, inikan pula manusia. " Pun begitu Naziman bertanya membuatkan kedua wanita itu tersenyum akhirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience