Bab 44

Romance Completed 19413

“Kenapa you nak jumpa I? Penting sangatkah sampai paksa-paksa I keluar? ” Arni tenung Izat tanpa kelip. Mak oi, tak pernah jemu aku tengok.. tergoda iman tiap kali merenungnya!

Izat diam. Dia garu kepala. Geno nak cakap ni?

“You rindukan I ke, hah? ” Gadis itu senyum. Op, rindu tak nak cakap kat orangnya. Biasalah tu..

Mak tok! Rindukan engkau, cit baik aku rindukan anak lipas yang selalu aku kejar kat rumah tu. Kalau aku nak rindu pun hanya seorang gadis saja yang aku rindui, faham-faham sajalah!

“Hei, kenapa ni.. apa kena dengan you? ” Arni genggam tangan Izat. Apa benda yang payah sangat nih!

“Arni, I ada hal nak beritahu you! ” Izat telan liur. Nak mulakan dari mana yek?

“Ya, beritahulah! ” Entag-entah dia nak melamar aku kut! Kembang-kempis hidungnya.

“Kita sudah lama berkenalan, betul tak?”

Angguk. Dia tersengih. Rasa-rasanya dia dah..

“You jelas tak dengan perhubungan kita?"

Arni tunduk. Menguis-nguid jemarinya.

“Kenapa diam? ” Ni apahal terliuk-liuk?

“Kenapa you soal I begitu? ”

Masya Allah, sah dia tersalah faham. Sudah.. lain aku nak beritahu, lain pula yang jadi karang! Izat, terus terang saja lagi bagus! “Oklah, I berterus terang saja pada you. Sebenarnya.. ” Izat tak jadi kata bila Arni tenung wajahnya bagai nak rak!

“Aaa.. cakaplah! " Gesa Arni tidak sabar. Aku dah tau, Cuma nak dengar dari mulut engkau je. Hi.. cek nak kahwin tak lama lagi!

“Sebenarnya.. ” Ni apahal yang sengih-sengih macam orang tak betul? Seram aku tengok! Tegak bulu roma!

“Apanya? ” Buat panik orang aje!

Aik, payah ni! Over sangat dah.. “Sebenarnya, selain you I dah kenali ramai gadis seperti you. You ni jenis sosial, so I dekatilah you.. tak ada sebab lain. Selalunya bila I dah jemu dengan seseorang gadis tu I akan tinggalkan dia. Begitu juga dengan you! Tapi kali ini I berterus terang.. I tak pernah anggao you lebih dari seorang kawan. I dah jatuh cinta pada seseorang gadis. I tekad tak mahu mainkan mana-mana gadis lagi, hati I hanya untuk dia. I harap you faham dan.. maafkan I! ”

“Jadi selama ini you... ”

“I'm sorry Arni, I tak mahu lukakan hati you bila kita sudah makin lama bersama. I tak berniat nak lukakan you, maafkan I! ”

“You tak patut buat I begini, I serius dengan you! ” Air mata Arni sudah menitis.

“Arni.. I pohon dari you. Carilah lelaki lain yang lebih baik dari I dan hati-hati dalam memilih pasangan hidup you. Jangan tertipu lagi sebagaimana yang terjadi hari ini. I ikhlas dengan kata-kata I, I... ”

“Sudahlah Izat. I tak dapat paksa you, cinta tak boleh dipaksa.. I sedar. Miga you bahagia dengan gadis itu. Mengenai I.. tak perlulah you risaukan. I pergi dulu.. ” Arni bingkas bangun.

Izat mengekori gadis itu dengan ekor matanya. I'm so sorry Arni. Aku sedar perasaan kau terluka, juga gadis-gadis lain yang pernah aku dampingi dahulu. Aku berjanji pada diriku sendiri, tak akan permainkan mana-mana gadis lagi. Kenapa pula? Bukankah selama ini kau begitu suka permainkan gadis-gadis? Kenaoa sekarang hendak menyerah kalah? Senang saja.. kerana aku sudah jatuh cinta! Yahoo.. aku dah jatuh cinta!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience