BAB 1

Romance Completed 19413

“HOI! "
Izat yang sedang asyik membaca sejak tadi berpaling ke arah adiknya. “Izat.. terperanjat abang, kalau ada heart-attack sahih gol! ” Izam mengurut dadanya.

Izat sengih. Izam pula menyambung kembali pembacaannya yang terhenti seketika tadi.

“Amboi.. asyik nampak! Apa yang abang baca? "
“Ini! " Izam menghulur artikel di dalam majalah yang dibacanya.
“Kahwin lari? "
“Yap! " Izam angguk.
“Hei, ada apa-apakah.. takkan baca pun salah? "
“Manalah tahu kalau abang nak.." Izat ketawa mengekek tanpa menyudahkan kata-katanya.
“Kepala botak ngkau! Abang debuk batu tau! ” Marah Izam. Pelik mamat ni tak pasal-pasal aku pulak kena. Takkanlah baca pun salah!
“Ala.. Takkan itu pun nak marah." Ujar Izat bersuara lembut. Abangnya didekati.
Ish.. ini yang buat aku panik! Lembut sangat nih! “Haii.. sudah.. sudah, meremang bulu roma abang." Izam menggeliat kegelian.
Izat sengih lagi. Dia tahu abangnya tidak marahkannya, saja je gatal! “Jadi, bila abang nak mula bekerja?" Izat menukar topik perbualan.
“Esok.. ha yang Izat tanya-tanya abang ni, hari ni tak kerja ke? Curi tulang yek!"
“Hei cik abang, hari ini hari minggulah.. takkan nak pergi kerja gak!"
“Aaa.. betul juga, abang terlupalah!"
“Teringatkan siapa sampai terlupa? Aiza ya.."
“Jangan nak mengarutlah!" Sangkal Izam.
Izat tersenyum. “Abang ingat Izat tak tahu ke? Izat tahulah abang ada hati dengab si Aiza tu." Izat masih terus mengusik.
“Tak adalah.. Izat saja yang perasan tak!" Izam masih menyangkal sedangkan dalam hati.. ya, ya, ya!
“Baik abang bertindak ceoat-cepat, nanti disambar dek orang baru tahu."
“Abang mana tau benda-benda ni semua." Ujar Izam merendah diri. Memang kalau bab nak memikat ni dia lemah sikit. Sikit jer.. tak banyak! Tapi kalau izat.. ha, dia memang expert. Susah nak terlepas dari jeratnya.
“Ha.. mengaku pun!" Terjerat juga akhirnya!
Izam senyum mengenangkan kebodohan sendiri. Sekarang Izat sudah tahu! Alamak.. malunya! Kena sorok muka dalam peti ais nih! Abang taklah sekacak Izat. Izat lainlah.. mat bunga, bukan abang!
Izat tenung abangnya. Nak dikatakan tak kacak, kacak.. Kalah Tom Cruise! Cuma abang tak sepakar aku je! “Itulah.. abang sepatutnya bersyukur sebab ada adik macam Izat. Tak susah nak cari orang beri idea bernas untuk ngorat. Abang jangan risau.. Izat akan tolong abang. Dia pasti milik abang!"
“Boys.. turunlah, kita makan sekali." Pekik Puan Zefrina dari dapur.
“Ala.. mummy ni kacaulah! Izat baru mula nak ajar abang cara-cara nak memikat. Baru nak perturun ilmu ada saja yang nak kacau." Ngomel Izat.
“Tak apalah Izat, terima kasih kerana sudi membantu abang. Terima kasihlah sebab nak perturunkan ilmu-ilmu memikat Izat tu. Kali ini biar abang pikat dia dengan cara abang sendiri, ok kan?"
“Abang pasti?" Izat masih tidak puas hati. Baru je nak mula perturun ilmu ada yang mengganggu.. dah tu abang pulak tak nak!
“Boys!"
“Ya, abang teramat pasti. Jomlah.. mummy tengah tunggu kita di bawah tu. Karang lagi panjang bebelan dia tu." Ajak Izam seraya berlalu. Tak sanggup dia nak dengar bebelan mummynya itu.
Izat angkat bahu melihat abangnya yang berlalu itu. Lantak abanglah kalau tak nak.. jangan menyesal sudah! Setakat ini belum ada gadis yang menolak cinta aku. Izat senyum mengingatkan zaman persekolahannya dahulu.
“Apa nak jadi dengan kau ni Izat? Teruk mummy pujuk gadis-gadis itu tahu tak! Kalau ya pun, satu sudahlah.. ini rembat sampai lima orang tu nak apa." Puan Zefrina menggeleng-geleng. Kau lebih hebat daripada papa kau! Tapi.. kerana kehebatan papa kau jugalah mummy tertawan.
“Bukan salah Izat mummy, mereka yang tergila-gilakan Izat. Izat nak buat apa?"
“Iyalah.. tapi kenapa sampai ada yang menangis-nangis, meraung-raung macam orang kena histeris."
“Entah.. mana Izat tahu!" Izat cebik.
“Izat nak makan tak?" Pekik Puan Zefrina.
Tapi yang pasti aku masih hebat hingga kini. Kesian aku tengok gadis-gadis tu.. tapi salah dia orang jugak! Tuhan beri akal suruh fikir.. tak nak guna. Bodoh.. mudah sangat percaya pada cinta yang baru diucap!
“Izat! Kau dengar apa mummy cakap?" Pekik Puan Zefrina lantang.
Izat yang sedang mengelamun tersentak. “Aisehh.. mummy marah tu! Nahas aku kalau tak turun. Mummy.. Izat datanglah ni." Izat pantas turun.
“Ya Allah.. kenapa dengan kau ni Izat! Berapa kali mummy perlu panggil turun makan?" Soal Puan Zefrina setelah terpandangkan anak terunanya itu.
“Sorrylah mummy." Izat sengih.
“Sudah tu.. mari makan." Arah Puan Zefrina melihat anak terunanya itu yang tersengih seperti kerang busuk.

Izat menyenduk nasi ke dalam pinggan. Dia makan dengan lahap sekali. Begitu juga dengan Izam.
Puan Zefrina sekadar geleng kepala melihat telah kedua anak terunanya. Anak terunanya yang dua orang ini memang tidak boleh berenggang, walaupun sekali sekala mereka bertekak. Adatlah tu.. air dicincang tidak akan putus! Kalau bergaduh pun sekejap saja. Sudah hampir dua tahun kedua beradik itu tidak bertemu kerana Izam bertugas sebagai seorang doktor di salah sebuah hospital di Pulau Pinang, dia telah berjaya menempatkan diri di salah sebuah hospital di sini dan akan melapor diri esok. Syukurlah kedua-dua anaknya itu sudah bersama. Riuh-rendahlah nanti suasana rumah banglo dua tingkat yang didiami empat beranak itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience