BAB 23

Romance Completed 19413

“Izam, mummy ada hal yang hendak dibincangkan dengan kamu.” Ujar Puan Zefrina merenung anak terunanya yang begitu asyik menonton televisyen. Encik Shafie di sebelah sekadar menjeling seraya mencapai buah oren di dalam piring.

Izam paling merenung mummynya. “Apa halnya mummy, apa yang mummy hendak bincangkan dengan Izam? ”

“Tadi sewaktu mummy pergi shopping mummy terjumpa kawan lama mummy. Kawan sekolah.. ”

“Ya, tapi apa kena mengenanya dengan Izam?” Izam sedikit hairan. Tidak dapat menangkap maksud sebenar mummynya itu.

“Mummy nak abang kahwin dengan kawan mummy tu." Sampuk Izat tersengih nakal. Izam menampar lengan adiknya. Pandai-pandai saja dia tu!

Puan Zefrina dan Encik Shafie tersenyum. “Sebenarnya kawan mummy tu ada seorang anak gadis, manis orangnya.. memikat hati mummy."

Izam kerut dahu. Ini mesti mummy nak buat projek.. tak boleh jadi nih! Aku mesti bangkang seratus peratus!

“Tak dapat mak, dapat anak pun tak apakan, abang!” Usik Izat ketawa.

Izam menayang penumbuk sehinggakan Izat menutup mulut agat tawanya tidak tersembur.

“Rina tak beritahu abang pun!” Encik Shafie merenung isterinya.

“Bukankah sekarang Rina dah beritahu abang. ”

“Kawan Rina yang mana satu?” Soal Encik Shafie lagi.

“Mawarni, teman sekolah Rina dulu. Alah.. abang kenal suaminya, Si Ikmal itulah.. " Terang Puan Zefrina.

“Ikmal.. ha, abang ingat! Kalau tak salah abang dia ada dua orang anak gadis. Yang mana satu?”

“Yang bongsu.. manis, nakal dan memikat orangnya!"

“Nampaknya Rina dah berkenan sungguh dengan budak tu, kalau tidak Rina tak akan puji sampai begini.” Encik Shafie senyum. Dia faham sangat dengan isterinya yang jarang sekali mahu memuji orang.

“Mummy ingat hari minggu ini mummy nak suruu mereka datang ke rumah kita. Izam tengoklah gadis itu, kalau berkenan bolehlah mummy.. ”

“Izam tak mahu mummy!” Potong Izam membantah.

“Kenapa pula Izam, kamu suda ada pilihan? " Soal Encik Shafie pula.

Izam garu kepala. Nak cakap ke tak nak? Tak cakap karang aku pula yang menyesal kalau mummy berkeras mahukan gadis itu sebagai menantu.

“Cakap sajalah abang.” Ujar Izat perlahan, seolah berbisik.

“Aaa.. mmm.. eee..” Izam tak tahu bagaimana mahu menyatakannya.

“Kenapa Izam?” Soal Puan Zefrina hairan dengan sikap Izam.

“Sebenar... sebenarnya.." Kenapa gementar sangat nih!

“Apalah abang ni! Biar Izat saja yang cakap.. macamlah susah sangat. Sebenarnya begini mummy, abang sudah ada pilihan.. gadis di... ”

Izam pantas menekup mukut adiknya. “Izam baru cuba-cuba saja mummy, tapi mummy kenalah tunggu beberapa lama lagi. Izam janji Izam akan bawa dia menemui mummy."

“Ish, apa ni?” Izat terbatuk-batuk. “Yak.. masin...! "

“Nampaknya tak dapatlah mummy nak bermenantukan gadis itu. Mummy berkenan sungguh dengannya!” Puan Zefrina melepaskan keluhan. Berkenan sungguh dia dengan anak gadis Mawarni tu.. manis dan memikat orangnya. Tengok wajahnya pun sudah terasa damai!

“Untuk apa Rina mengeluh? Jaguh kita kan ada!" Ujar Encik Shafie.

“Maksud abang?” Dia masih tidak dapat menangkap.

“Itu.. Izat kan ada! ”

Puan Zefrina, Encik Shafie dan Izam merenung Izat. Pemuda itu menggeleng. “No way!"

“Izat tengoklah dulu.. kalau berkenan baguslah, kalau tidak mummy tak dapat paksa Izat. Ok? ” Puan Zefrina begitu mengharap.

“Tak mahulah, entah-entah orangnya tidak cantik.. gemuk, pendek, gigi jongang! Eee.. tak nak Izat!"

“Tak! Orangnya memanglah tidak secantik gadis-gadis yang mendampingi Izat. Tapi manis.. mummy tengok pun dah tertawan, inikan pula Izat!"

Mmm.. tapi dia benar-benar gadiskah? Alah.. kalau tidak apa susah, aku jadikan dia seperti gadis-gadis yang mendampingi aku selama ini. Dapat aku enjoy! Cantikk.. “Izat ikut sajalah cadangan mummy tu!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience