BAB 2

Romance Completed 19413

DOKTOR MOHD FAHMI! Jadi inilah bilik Fahmi. Izam mengetuk pintu..
“Masuk.” Terdengar suara dari dalam. Izam pulas tombol lalu segera masuk.
“Dia dah masuklah Aiza.” Ujar Nazira masih terbongkok di balik dinding.
“Laa.. tak dapatlah aku nak tengok dia!” Aiza kelihatan terkilan. Hendak sangat dia melihat doktor baru yang diperkatakan oleh teman-temannya sejak tadi.
“Itulah.. lambat lagi! Nasib baik aku sempat tengok dia tadi. Fuh.. handsome gila... kalah Tom Cruise! Muka dia.. macam Leonardo Dicaprio, alah pelakon yang kau minat tu!” Nazira makin seronok menyakat temannya. Dia tahu temannya itu terkilan kerana tidak sempat melihat wajah doktor baru itu.
“Kau ni Ira.. aku sedih tau!” Aiza cubit bahu temannya.
“Aku tahu.. sebab itulah aku nak beritahu kau satu idea.” Nazira angkat kening.
“Apa ideanya?”
“Kau nak tengkok dia kan?”
“Ya, tapi kan dia dah masuk. Nak tengok macam mana? Takkan nak ngendap kot!”
“Batul! Tepat sekali.. itulah yang akan kita buat sekarang!”
“Gila kau!” Aiza melopong.
“Alah.. kalau nak tengok mari.” Nazira tarik lengan temannya. Mereka berdua melangkah perlahan ke bilik Doktor Fahmi.
“Boleh percaya ke ni? Aku takutlah Ira.” Aida genggam erat tangan Nazira. Dia telan liur. Gulp!
“Relax... jadi punya!” Nazira membuka perlahan pintu bilik Fahmi. “Nah.. tengoklah!”
“Macam mana? ” Soal Aiza seperti orang bodoh.
“Mengendaplah!”
“Tapi.. nanti Doktor Fahmi..”
“Itu bisa diatur. Aku kan ada! Kau tengok.. biar aku berjaga-jaga.”
Takkan aku nak buat begitu? Tapi kalau aku tak buat macam mana aku nak tengok wajah dia yang dikata macam Leonardo Dicaprio tu! Lantaklah, apa nak jadi pun jadilah! Aiza tunduk membongkok melihat di balik celahan pintu yang terbuka.
“Nampak tak?” Soal Nazira perlahan. Dia melihat di kelilingnya kalau-kalau ada yang lalu lalang.
Aiza menutup pintu kembali.
“Nampak tak?” Nazira mengulangi soalannya.
“Nampak.. tapi belakang saja.”
“Laa.. buat teruk aku saja!”

Tiba-tiba pintu dibuka. Nazira dan Aiza kaku di muka pintu, tak sempat nak buat apa-apa. Mereka sekadar senyum.

“Ha.. Ira, Aiza.. kamu berdua tak ada kerjakah?” Soal Doktor Fahmi merenung kedua gadis itu.
“Ada.. mmm.. kami sedang buat kerjalah ni!” Ujar Nazira senyum.
“Aiza tenung temannya. Biar betul budak ni.. takkan dia nak cakap kot. Mampus aku kalau dia cakap!
*Sebenarnya..” Sebenarnya apa hah? “Hah.. kami sedang berjaga-jaga di sini, manalah tahu kalau ada pesaki yang pengsan. Ha.. nanti glamourlah hospital kita.. dapat masuk paper ke, tv ke! Itukan dapat menaikkan nama baik hospital kita.”
Fuh.. selamat! Pandai juga si Ira ni kelentong. Tak apalah.. tipu sunat!
Doktor Fahmi senyum. Kedua gadis itu memang nakal dan banyak akal! Terutama sekali Nazirah, gadis yang peramah dan sentiasa riang ke sana ke mari. Payah benar hendak lihat wajah ceria itu mencuka, kecuali kalau dia marah atau merajuk. Itupun sekejap saja..

“Mmm.. yang di dalam itu doktor yang baru ditukarkan ke sinikah, Doktor Fahmi?” Soal Nazira mencuri pandangan di dalam bilik. Aiza turut mencuri pandang, manalah tahu kalau-kalau dapat melihat wajah doktor baru itu. Tidaklah dia dikata ketinggalan nanti. Malangnya dia hanya dapat melihat kelibat saja. Hmm.. dari belakang pun nampak macho saja!
”Eh, macam mana Ira tahu?” Soal Doktor Fahmi agak hairan. Namun seketika saja kerana dia dapat mengagak bagaimana gadis itu tahu. Ini sah kes menghendap si Izam dari tadi. Bukannya dia tak tahu ada doktor baru akan melapor diri hari ini. Kalau sudah yang tahu tu orang pertamanya adalah dia.. tak mungkin dia tak tahu bila Izam akan tiba. Ira, Ira..
“Biasa la..” Nazira meyeringai.
“Pantas sungguh Ira ni!” Doktor Fahmi ketawa kecil.
“Takkanlah tak nak kenalkan kami dengan dia.” Nazira masih tidak mengalah untuk bersemuka dengan doktor baru itu.
“Yelah, yelah.. saya tahu Ira tak akan puas hati selagi tak jumpa dia sendiri.” Doktor Fahmi menembus tubuh melalui celahan pintu. Izam digamit.
“Mari aku kenalkan kau dengan dua orang gadis manis ni.” Temannya itu menghampiri Doktor Fahmi. Dia tersenyum mesra. Eh, rasanya macam kenal saja awak tu! Matanya tertumpu ke wajah Aiza. Sah.. memang dia! Kalau aku tahulah dia bekerja di sini, dah lama aku minta transfer.
Nazira melambai-lambai di hadapan wajah Izam. “Hello.. hello.. masih di situ lagi?”
“Ah.. ya, kenapa?” Izam sedikit tersentak.
“Ops.. sorry kalau menggangu doktor layan perasaan. Well.. jangan pandang lama-lama, nanti saling jatuh cinta.” Nazira menyanyikan lagu mengikut rentak lagu Sweet Charity.
Aiza mencubit halus lengan temannya.
Gadis itu mengaduh. Menggosok-gosok lengannya yang terasa sengal. Nak bunuh orang ke minah ni! “Sakitlah!”
“Tahu pun! Yang engkau memandai tu pasal apa?” Marah Aiza geram.
Nazira cebik bibir. “Eleh.. orang cakap yang betul pun nak cubit! Aku beritahu rahsia tadi baru tahu!” Ugut Nazira tersengih.
Sudah.. jangan! Malu aku kang depan dia ni! Nanti sure dia beritahu pada adik dia dan Auntie Ina. Eee.. tak sanggup aku! “Aku tak marah”
“Tahu takut!” Nazira berbisik pada temannya. Dia mengenyit matanya.
“Hei.. tak baik berbisik tau! Anyway Izam aku kenalkan pada kau gadis paling nakal dan bermulut becok di hospital ini.”
“Ooo.. aa.. yang mana satu?” Soal Izam, namun dia dapat mengagak.
“Itu.. yang dari tadi bercakap tak berhenti tu!” Doktor Fahmi memuncungkan bibir ke arah Nazira. Gadis itu jelir lidah ke arah Doktor Fahmi.
“Oklah, aku ada kerja. Aku pergi dulu ya Izam. Mmm.. kamu berdua jangan nak curi tulang pula!” Ujar Doktor Fahmi.
“Yes bos!” Nazira angguk.
Doktor Fahmi sekadar senyum dengan telatah gadis itu. Nazirah jika dilihat tidaklah cantik sangat seperti Aiza.. namun wajahnya penuh kelembutan. Wajah itu.. wajah keibuan! Tiada siapa sangka di balik wajah itu tersembunyi kenakalan yang begitu menghiburkan. Kelembutan wajah itu dan kenakalan gadis itu bisa menambat hati siapa saja. Aku juga bisa jatuh cints, namun ada yang terlebih dulu berjaya. Lagipun.. perangai gadis itu yang keanak-anakan menyebabkan dia menyayangi gadis itu seperti adiknya sendiri. Dia berlalu.
“Marilah.. nanti merungut pula member-member lain cause kita tak buat kerja.” Nazira menarik lengan Aiza.
Mmm.. cik pergilah dulu. Saya ada sesuatu hendak dibicarakan dengan teman cik ni.” Ujar Izam seperti menghalang gadis itu berlalu.
“Ada apa-apa ke?” Usik Nazira. Dia menyiku Aiza yang diam sedari tadi. Nazira jungkit bahu akhirnya. “Anyway.. saya Intan Nazira, panggil aje Ira.”
“Hai Ira!” Izam senyum mesra. Dia menanti gadis itu berlalu namun gadis itu tidak berganjak dari tempatnya “Yes..”
“Takkanlah hanya saya saja hendak kenalkan diri, macam mana dengan doktor?”
“Oo.. minta maaf. Saya Mohd Izam Effy, tapi panggil saya... ”
“Doktor Izam. Well... jangan sampai hilang kata bila berdepan dengan dia. Susah.. bye!” Potong Nazira seraya meninggalkan mereka berdua di situ.
Suasana membisu seketika. Akhirnya Izam mengalah, sampai bila nak berdiam diri begini. Salah seorang perlu mengalah! “Rasanya saya pernah melihat cik.. ”
“Aiza.”
Wajah yang sama, nama yang serupa.. tak mungkin pelanduk dua serupa! “Cik Aiza tinggal di Taman Cahaya Purnama?”
Aiza angguk. “Di sebelah rumah doktorlah!” Itupun tak tahu ke?! Yang hari-hari kau dok ushar tu akulah! Takkan anak katak kut!
Jadi dialah... ada peluanglah nih!
Kalau tak nak cakap jangan bazirkan masa aku! Apa punya lelakilah! Di rumah pun tak berani nak tegur.. sekarang soal entah apa-apa punya soalan. “Tak apalah ya.. saya ada kerja, saya minta diri dulu.”
“Sekejap!”
“Ada apa doktor? ”
“Panggil saya Izam saja! Boleh saya panggil awak Aiza?”
“Ikut suka Izamlah! Ada apa-apa lagi doc.. opss, Izam?”
“Mmm.. bila kita boleh bertemu lagi?”
Aiza senyum. “Bila-bila saja! Saya minta diri dulu.." Aiza berlalu.
Bila-bila saja! Apa maksud dia? Ah! Lantaklah.. asal aku dapat lihat wajah dia setiap hari sudahlah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience