BAB 20

Romance Completed 19413

Majlis pertunangan di antara Naziman dan Hanizatul berlangsung secara sederhana. Itu di atas permintaan kedua pasangan itu sendiri. Yang hadir cuma sanak saudara terdekat dan teman-teman rapat kedua-dua belah keluarga. Hari itu merupakan hari yang paling gembira buat Puan Mawarni kerana tidak lama lagi dia akan punya menantu perempuan. Dia sungguh gembira bukan kepalang.

Akhirnya jadi juga abang bertunang dengab Kak Hani! Alhamdulillah aku akan dapat ipar seperti Kak Hani, orangnya manis dan berbudi bahasa. Padanlah hati abang yang tertutup rapat selama ini akhirnya terbuka jua. Aku ni bilalah agaknya? Soalan nakal itu menerjak ke benaknya. Akhirnya dia ketawa sendiro kerana tidak punya jawapan.

Hendak kata tiada yang menagih kasihnya.. ada! Tapi hati dia tidak terbuka untuk menerima cinta. Dia mahu komitmen pada kerjanya! Dia sedar dirinya disayangi dan dikasihi ramai orang. Entah apa istimewanya dia, dia tidak tahu tapi yang dia tahu teman-temannya begitu kasih akan dirinya. Dia pun sayangkan mereka. Kadang-kadang dia rasa bertuah kerana ramai yang menyayanginya namun dalam masa yang sama dia rasakan dirinya paling malang kerana tidak merasai kasih seorang insan bergelar abah.

Nazira mencapai patung Garfield. Dipeluk erat. Dia mendengus lembut. Ah... tak pernahkah abah sayangkan aku? Rasanya tidak... sepanjang dirinya kecil hingga dewasa kini dia tidak pernah dimanja dan dikasihi. Abah selalu cari kesalahan aku, marah aku itu ini dan.. abah pernah kata mahu hantar aku ke rumah kebajikan duku! Abah.. Nazira kesat air mata yang menyentuh pipi.

Ah, aku tidak boleh terlalu ikutkan perasaan. Aku harus bersyukur kerana masih ada yang sayangkan aku. Ibu sayangkan aku seperti anak kandungnya sendiri. Abang dan Akak pula curahkan sepenuh kasih sayang buat aku! Aiza, Chawi, Widuri dan Fauziah kasihkan aku seperti saudara kandung mereka. Aku tidak perlu rasa kekurangan! Tapi.. aku masih tagihkan kasih abah! Abah aku yakin Allah tak akan hampakan harapan hambaNya! Aku yakin...

Nazira bangkit dari tilam empuk itu. Dia berlari turun. Ibunya yang sedang menonton televisyen dihampiri. Dipeluk wanita itu dari belakang.

“Anak ibu hendak apa-apakah?” Puan Mawarni menyoal, arif benar dengan sikap anak gadisnya itu.

“Ayang boringlah ibu.”

“Habis tu Ayang nak ibu buat apa? Dodoi Ayang sampai Ayang tidur seperti waktu kecil dulu?”

Nazira tarik muncung. “Ala ibu ni, nak usik Ayang pula! Apa kata kalau kita pergi shopping? Ibukan suka shopping. ”

“Ibu malaslah Ayang. Ayang pergi seorang saja ya. ” Puan Mawarni menolak.

“Ala ibu, marilah kits pergi. Kalau ayang pergi seorang nanti ibu akan kesunyian di rumah. Iyalah.. Ayang ni kan penyeri ibu, tanpa Ayang ibu akan sunyi tau! ”

“Pandai saja anak ibu ni! ” Puan Mawarni tarik hidung Nazira yang mancung. Gadis itu terjerit kecil.

“Ibu.. kita pergilah!” Nazira merengek seperti anak kecil. Dia menggoncang-goncang lengan ibunya.

“Iyalah, iyalah.. tunggu apalagi? Pergilah siap.” Puan Mawarni akhirnya mengalah.

Nazira senyum gembira. “Sayang ibu! Dia mengucup pipi ibunya. Vroomm.. masukkan gear dan pecut.

Puan Mawarni sekadar geleng melihat telatah gadis itu. Kadang-kadang aku rasa aku masih punya anak kecil yang riang dan nakal! Perangainya masih keanak-anakan! Tapi perangai itulah yang buat makin tebalnya kasih sayang aku padanya. Ira.. Ira.. bilalah anak ibu yang satu ini akan dewasa?.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience