Bab 57

Romance Completed 19413

“Izam ada ceritakan pada aku tadi, Izat mengamuk! ” Aiza tenung Nazira yang enak mengunyah bihun goreng.

“So... " Nazira menyoal acuh tak acuh. Dia masih meneruskan suapannya.

“Kata Izam.. Izat menangis dan kata, dia bencikan kau! "

“Itu hak dia! "

“Maksud kau Ira? "

“Aku hanya kenal Izat sebagai kawan baik aku!"

“Selama ini... ”

“Ibu mahukan kami disatukan, aku tak daoat terima! ”

“Ira... kau telah ubah peribadinya sehingga dia jadi begitu. Sekarang kau mahu tinggalkan dia tanpa bimbingan! Selama kau berkawan tak mungkin tak ada sekelumit rasa kasih kau buat dia? "

Nazira geleng “Tak ada dan tak mungkin ada! ”

“Kau kejam Ira! ” Tuduh Aiza sedikit kecewa degan sikap temannya.

Nazira senyum. Dia tenung dalan anak mata Aiza. “Aiza, kau tentu kenal dengan aku! Aku tak akan lakukan sesuatu demi kepentingan aku! Kadang kala kita terpaksa melakukan apa yang kita tak suka. Kau, aku dan semua di muka dunia ini hanya pelakon yang melakonkan watak masing-masing di dunia Allah ini. Aku percaya pada kuasaNya, dan apa yang terjadi ini adalah takdir dari Dia. ”

“Ira, aku tak faham! "

“Perlukan masa untuk memahaminya. Masanya akab tiba.. rakan muda! ”

“Ira! ” Aiza cubit paha gadis itu. Gadis itu tergelak kecil. Terus menyambung makannya. Tiada riak kesal dia wajah itu, mahu pun rasa bersalah! Kau pelik.


************************************

Nazira pantas berlari keluar dari hospital. Alah.. takkan tak tunggu kut! Dia berjengket-jengket!

“Ira... ”

Nazira paling, amat mengenali suara itu. “Izat, buat apa di sini? ”

“Izat datang jemput Ira! ”

“Untuk apa? Ira boleg balik sendiri! ” Nazira menjawab acuh tak acuh.

“Ira.. Izat tak dapat lalui hidup ini tanpa Ira. Sehari tanpa Ira, merana Izat. Jangan tinggalkan Izat, Izat merayu pada Ira! " Izat raih jemari Nazira.

“Jangan begini, tak manis dilihat orang. Antara kita tiada apa-apa! Please Izat.. Ira sudah bebas!"

“Apa salah Izat? Ira bimbing Izat.. jadi manusia, kenal cinta.. rindu! Ira pandu Izat mengenali hidup ini, tidak adil kiranya Ira biarkan Izat terkapai-kapai! ”

“Jangab cari kesalahan Ira! Sudah, anggap saja Ira tak pernah hadir dalam hidup Izat! ”

“Tapi.. ” Kata-kata Izat terhenti apabila mendengar hon kereta yang berhenti di hadapan mereka. Seorang pemuda menjenguk keluar, senyum mesra pada Nazira.

“Siapa tu? Bukankah itu.. ”

“Hati seorang gadis tidak boleh dibahagi dua. Jika bukan milik Izat.. pasti kerana ia telah dimiliki! ” Izat terus berlalu, meninggalkan Izat sendirian. Matanya sudah basah.. akhirnya ia jatuh jua! Mencemar pipi...

“Kenapa? " Soal Doktor Fahmi setelag kereta dipandu bergerak laju.

“Dia masih degil.. mahukan Ira dalam hidupnya! "

“Dia benar-benar sayangkan Ira! ”

“Ira tak mahu kasih sayang itu menghancurkan hidupnya! Maafkan Ira... "

“Untuk apa? ”

“Ira terpaksa.. Fahmi jafi kekasih buat seketika! ”

Doktor Fahmi ketawa. “Ira pasti dituduh curang! ”

“Ira rela.. ”

Fahmi mengerling Nazira di sisi. “Ira hebat! Saya kagum dengan ketabahan Ira! ”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience