Bab 39

Romance Completed 19413

Nazira kepal penumbuk. Dia melepaskan tumbukan padu pada patung Garfield kesayangannya. Aku bayangkan kau ni mamat gila tu! Uwaa.. apasal engkau reject aku! Hantu, setan, badigol, bengkrek! Nazira sentuh perlahan bibirnya. Adoi... hilang dua ribu!

(POV)
“Ikut..!

“Tak mahulah, mangkuk! Lepaslah mamat sewel, gila tiga suku! ” Nazira meronta-ronta. Ini membuat Izat geram, dipaut pinggang ramping milik gadis itu seeratnya. Senang saja dia mengangkat Nazira. Rontaan Nazira kian hebat! Gedebuk! Kedua-dua mereka terjatuh.

“Tepilah! ” Nazira tolak pemuda itu. Izat terdorong sedikit ke belakang. Belum sempat Nazira bangkit Izat mendekatinya. Hampir saja wajah mereka bertembung. Jelas wajah mereka begitu rapat, kerana Nazira dapat rasakan hembusan nafas Izat. Nazira pejam mata. Woi, bak rogol aku ke? Dahlah tempat ni sunyi gila... tak ada orang langsung yang lalu lalang. Sure.. aku mesti jadi mangsa perogol bersiri hari ini! Uwaa.. tak rela I! ”

“Dah lama saya tanamkan niat untuk berdamai dengan awak, tapi awak ni degil! Mukut tu.. laser! Cakap ikut senang hati saja.. awak ingat selama ini saya hendak sangatkah bergaduh dengan awak, hah? Awak tu yang paksa saya untuk membenci awak, tapi dalam masa yang sama awak buat ingatan saya sentiasa terbelenggu pada awal! Biar saya ajar awak sikit.. hanya itu saja boleh buat awak diam! ”

“Awak nak buat apa, hah? Awak ingat saya takutkah? Saya jerit baru tahu! ” Ugut Nazira tenung tepat sepasang maya layu milik Izat. Tergoda gak aku tengok muka dia, yek.

“Jeritlah! ”

“Awak jangan cabar saya. ” Dalam masa yang sama Nazira cuba tolak tubuh Izat yang hampir mengenai dadanya. Apa hallah mamat ni, tak habis-habis nak reject aku! Woi, aku simpan semua ini untuk laki akulah! Uwaa!

Belum sempat Nazira bersuara lagi, bibirnya ditekup.. tapi bukan dengan tangan 18SX! Lama!

Izat senyum lihat Nazira tercengang. “I love you! ”

“Hah! ” Nazira tersentak. Dia tolak Izat. Cuba dipukul pemuda itu. Izat pantas sambar tangan Nazira.

“I still love you! ” Izat genggam kemas tangan kanan gadis itu. Sekali lagi gadis itu mencuba. Kali ini dia genggam erat tangan kiri gadis itu. “I still love you! ”

“I hate you! ” Nazira tolak tubuh Izat sekuat hati. Pantas dia berlari meninggalkan pemuda itu.

Uwaa! Ibu, abang... Ayang benci dia! Eee.. meluat! Adakah patut dia... ingat aku sukakah kau buat begitu? Kalau nak ngirat pun berilah bunga ke, kad ke, ajak dinner ke, hapeh ke.. lagi meluat aku kat kau tau! Benci mamat tiga suku!

“kenapa Ayang, siapa buat Ayang nangis? Cuba cakap pada abang. ” Naziman terus memujuk.

“Abang.. ” Hanya itu saja yang keluar dari bibir itu. Sesekali dia hentak kaki seperti anak kecil.

Puan Mawarni, Puan Zefrina, Izam, Aiza dan Hani saling memandang. Tidak tahu apa yang terjadi pada gadis itu. Masing-masing dibelenggu seribu persoalan.

“Kenapa dengan awak? Selalunya kutuk saya bukan main, aik.. menangis! ” Izat tenung Nazira dari sisi. Nazira pantas lap air mata yang mengalir.

“Ayang nak balik.. ” Rengek Nazira masih dalam pelukan Naziman. Naziman angguk. Sempat Nazira menghadiahkan jelingan tajam pada Izat sebelum berlalu. Pemuda itu hanya ketawa kecil.

“Apa dah jadi Izat? ” Soal Puan Zefrina.

Izat angkat bahi. “Baru permulaan mummy.. ” Dia berlalu meninggalkan Puan Zefrina, Izam dan Aiza yang termanggu tidak tahu hujung pangkal!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience