BAB 34

Romance Completed 19413

“Aiza, kau jangan ceritakan perkara kemarin tu pada sesiapa tau! "

“Kau fikir aku jenis yang suka bawa mulutkah?" Soal Aiza perlahan. Hatinya sedikit tersentuh.

“Aduh, janganlah merajuk atau jauh hati dengan kata-kata aku ini. Aku percayakan kau tapi aku cuma takut kalau kau terlepas cakap, kitakan manusia biasa.. tak pernah lari dari salah dan silap." Terasa kesal dengan kelantangannya bersuara. Dia tidak bermaksud langsung untuk melukai hati Aiza, tambahan gadis itu memang mudah terasa!

“Baiklah, aku janji... aku akan jaga pertuturan aku! Kau jangan risau!" Aiza bersuara ceria. Dia tahu Nazira tidak bermaksud untuk mengguris hatinya. Salahnya juga kerana mudah terasa!

“Ayuhlah kita ke kantin, nanti tak sempat pula nak makan! Takkan nak diet lagi kau!" Nazira ingat lagi beberapa hari dulu, dia terpaksa berlapar kerana tak sempat makan tengah hari. Ish, tak sanggup aku hadapi saat begitu lagi!

Aiza ketawa kecil. “Takut kelaparan lagikah? Jom kita pergi, nanti ada yang tak dapat makan pula!" Nazira mencebik. Kedua gadis itu segera ke kantin. Dua gelas Milo ais dan mi goreng dipesan. Mereka mendekati Chawi, Widuri da Fauziah yang sedang rancak berbual.

“Rancaknya kau orang berbual. Apa yang dibualkan?" Nazira letak punggung di kerusi berhadapan teman-temannya. Aiza mendapatkan tempat di sisinya.

“Rancak apanya!" Wajah Chawi masam mencuka.

“Hei, kamu tak bubuh gula dalam minuman diakah?" Usik Nazira merenung wajah Chawi yang kian masam. Gadis itu menjeling geran padanya. Mak oi, jeling macam nak telan orang!

“Ira kawan kita ni ada masalah!" Sampuk Widuri. Si Ira ni kalau dibiar tentu ada lagi ideanya nak mengusik si Chawi. Bukan boleh percaya sangat minah seorang ni!

“Apa masalah kau Chawi?" Soal Aiza ingin tahu. Masam saja, takut aku tengok!

“Pasal Dannylah!" Panjang muncung Chawi. Boleh diikat rasanya!

“Itulah kau orang.. aku dah cakap jangan, jangan.. kau orang tak nak dengar! Apa yang si Danny tu buat kat kau? Dia tak nak bertanggungjawabkah atas apa yang dilakukan?”

“Apa yang kau mengarut ni Ira!" Marah Fauziah geram dengab sikap temannya yang acuh tak acuh itu. Ish budak ni, budak tu tengah susah hati dia nak main-main lagi!

“Entahnya kau ni! Cubalah serius sikit, kawan kita ni ada masalah." Aiza menjeling temannya. Nazira mendengus. Terus menikmati mi goreng di hadapan tanpa kata. Aiza sekadar mampu menggeleng. “Apa yang dia buat pada kau Chawi?" Soalnya pada Chawi yang masih gelisah.

“Dia main kayu tiga dengan aku!"

“Kau mainlah kayu empat!" Nazira ketawa gembira.

“Ira.. kau serius ni!" Bentak Chawi geram. Time orang serius cubalah serius sikit, ini tidak.. tak habis-habis dengan gurauan dia tu! Aku gigit hidung baru tahu!

Nazira ketawa makin rancak melihat Chawi. Aiza menyiku temannya itu. Nazira tekan perut. “Ok, ok.. aku serius!" Nazira buat muka serius. Namun akhirnya tawa yang ditahan tersembur sekali lagi.

“Ira!" Ujar Aiza, Widuri dan Fauziah serentak. Geram sungguh mereka dengan teman nan seorang itu.

“Sorry.. ok, I'm serious! Dia ada perempuan lainkah?” Soal Nazira setelah tawanya terhenti. Actually dia bukannya boleh serius sangat.. tambah soal cintan-cintun, tak kuasa hambo!

Chawi angkat bahu. “Kelmarin aku ajak dia keluar, yelah dah lama kami tak keluar bersama. Tapi katanya tak boleh sebab ada temujanji dengan kawan lamanya. Aku tak syak apa-apa sebab dia tak pernah tipu aku. Dah aku boring sangat aku keluarlah seorang.. kau tahu apa yang aku nampak?"

“Entah,kau tak cakap!” Ujar Nazira selamba.

“Aku nampak Danny keluar dengan gadis lain, bukan main mesra lagi! Eee.. bencinya aku!" Uwaa.. nak teriak nih!

Nazira terus mengunyah mi dalam pinggan. Daripada aku bazirkan masa dengar apa yang dia orang semua mengarut, baik aku jaga perut aku! Ops, aku bukannya pentingkan diri.. tapi aku belum ada idea nak tolong kau Chawi! Fuh selamat aku tak ada boyfriend! Kalau tidak bertimbun problem dalam kepala hotak aku yang sempit dan biru ini! Keh, keh, keh!

“Adik dia agaknya." Aiza cuba mententeramkan hati temannya yang sedang berapi.

“Kalau adik dia aku kenal... aku kenal ahli keluarga dia!" Chawi main-main bihun goreng di depannya dengan garpu.

“Chawi.. " Perlahan Nazira bersuara. Chawi menjeling. “Kalau kau tak nak makan, jangan buat begitu.. biar aku makan!" Nazira menarik pinggan tersebut. Selamba dia mengunyah bihun. Chawi hanya mampu mendengus marah.

“Kau tak cuba tanya dia? Suruh dia terangkan perkara sebenarnya.." Cadang Widuri.

“Untuk apa? Kalau dia setia.. jujur dia sendiri akan terangkannya pada aku. Tapi apa yang dia lakukan benar-benar menyakitkan hati aku, dia tak pernah tipu aku.. tapi kenapa dia tipu?” Ada sendu dalam kata-kata itu. Perlahan mutiara jernih mengalir.

Aiza, Widur dan Fauziah tunduk. Ini pertama kali mereka melihat Chawi menangis kerana lemas dalam medan percintaan. Masing-masing membisu. Nazira senyum menggeleng. Pelik, kalau sudah sedia renangi lautan percintaan untuk apa takut lemas?

“Chawi, Chawi.. kat mana kau ada air. ” Usinya. Tangisan Chawi makin menjadi.

Aiza, Widuri dan Fauziah menjeling tajam pada Nazira. Nazira hanya senyum, tak maksud jelingan itu. Perlahan dia menghampiri Chawi. Disentuh bahu temannya. “Menangis? Kalau kau yakin dengan perasaan kau pada Danny tak perlu itu semua. Bila kau sudah berani menempuh alam percintaan yang penuh pancarona ini, kau tidak boleh takut untuk menghadapi kemungkinan yang bakal tiba. Ini adalah salah satu dari cubaan yang perlu kau hadapi. Baru di tapak permulaan kau sudah selemah ini, bagaimana untuk menghadapi dugaan mendatang? Ha.. cakap pada aku!" Chawi mengalih pandang pada Nazira. Diramas jemari temannya itu.

Nazira merenung Aiza, Widuri dan Fauziah satu persatu. “Aku juga wanita yang punya perasaan, tahu bagaimana terlukanya hati wanita lain. Aku juga seorang sahabat yang mengasihi temannya, tak mungkin aku biarkan teman itu terus hanyut dengan kesedihan. Aku tak sekejam itu!” Sudah saja Nazira berkata-kata, dia terada dirinya diraih dalam pelukan Chawi. Ditepuk lambut bahu gadis itu.

“Ira.. aku sayangkan dia!"

“Kalau begitu rebut hati dia untuk selamanya, bukan untuk hari ini, esok atau lusa! Aku ada cadangan, kau nak dengar?” Nazira senyum. Dia kenyit mata!

Chawi ketawa kecil melihat gelagat gadis itu. Ceria sentiasa... tak pernah ada masalah. Kan bagus kalau aku seperti kau!

“Macam mana? ”

“Sekarang kau pergi call dia, ajak dia keluar dengan kau petang ni. Kalau dia tak mahu.. tanya kenapa. Dengan siapa dia hendak keluar.. ke mana dia hendak pergi. Dia takkan syak kalau kau tanya dia, bukan?"

Chawi geleng. “Dia akan cakap punya.. takut aku merajuk!” Chawi bingkas bangkit.

“Ira.. maafkan aku.” Pohon Aiza, Widuri dan Fauziah turut sama pohon kemaafan.

Nazira sengih. “Bila masanya aku marahkan kamu semua? "

Ketiga-tiga gadis itu senyum mendengar kata-kata Nazira. Senang sungguh gadis ini berubah laku, sekejap saja seriusnya.. bila serius, serius sungguh!

“Apa idea kau Ira?" Soal Widuri ingin tahu.

“Adalah.. tak sure menjadi atau tidak! "

“Cakaplah Ira.." Desak Fauziah.

Nazira sengih. Dia capai Milo ais lalu dihirup. Teman-temannya tidak terus bertanya, pasti tiada jawapan!

“So.. " Nazira merenung Chawi yang kian hampir.

“Katanya tak boleh.. sebab nak jumpa kawannya petang ini, nak makan-makan di Restoran Angle! "

“Kau pasti ke? "

“Yes, dia tak mungkin membohongi aku! Cuma.. kawan yang dikatakan tu.. "

“Kalau bagitu kau tunggubaku di depan Restoran Angel jam 4.00 petang. "

Chawi angguk menurut. “Tapu apa yang kita nak buat?”

“Aaah.. apa yang kamu berdua hendak buat? ” Soal Aiza yang diam sejak tadi.

“Kami akan jadi sepupu James Bond. Golden Eye 111!” Nazira sengih.

“Maksud kau.. mengintip? ” Soal Widuri pula.

“Pandai kau! ”

“Boleh percayakah Ira? " Soal Chawi kurang yakin.

“Kau nak ikut, ikut.. tak nak sudah! ”

“Ok, aku ikut! ” Aku perlu tahu apa hubungan gadis itu dengan Danny! Kalau dia cuba duakan aku... siaplah!

#Sorry guys bru update.. Bz sikit brpa hari ni.. Macam mana cerita Princess setakat ni? Just komen??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience