Bab 37

Romance Completed 19413

Puan Mawarni memandu Charade Aura terus ke tempat yang dijanjikan. Ditenung anak gadisnya yang asyik mendengar walkman. Mujurlah aku dapat pujuk dia ikut aku, kalau tidak punah rancangan aku dan Rina.

“Mari Ayang.” Ajak Puan Mawarni yang telah keluar dari perut kereta. Namun gadis itu masih tidak berganjak dari tempat duduknya. Eh budak ni! “Ayang! ”

Nazira tersentak. Ibunya dipandang. Laa.. ibukah yang panggil, ingatkan Superman tadi! Nazira sengih seraya terus keluar. Dia membontoti Puan Mawarni.


***********************

“Izat mana mummy? ” Soal Izam.

“Katanya dia hendak pergi jalan-jalan sekejap, nak hirup udara di tepi pantai. ”

“Makcik.. itu Ira dan ibunya, kan? ” Aiza menuding pada Nazira dan Puan Mawarni yang kian hampir.

“Maaf aku terlambat Rina. ” Kedua teman itu bersalaman.

“Ibu, apa sebenarnya ni? ” Soal Nazira memeluk tubuhnya.

“Ayang.. sebenarnya.. ”

“Asyik-asyik muka perempuan gila ini saja yang aku jumpa. Apa dah tak ada perempuan lainkah? ”

Nazira paling. Wajah yang begitu dibencinya! “Awak ingat saya suka sangatkah tengok muka mamat tiga suku macam awak! ”

Izat senyum mengejek. “Untuk apa awak ke sini, tawan hati saya? "

Nazira mendengus. “Muka macam bontot kuali.. ada hati! ”

“Hei, mulut tu baik sikit! Ingat muka awak tu cantik sangat? Lebih kurang Doraemon saja! ”

“Kurang ajar! ” Ringan saja tangan Nazira mengenai pipi Izat. Izat menyentuh pipi yang terasa sakit. Bisanya!

“Awak sudah keterlaluan! ” Izat angkat tangan, ingin menampar wajah itu. Tapi dia terhenti.

“Kenapa berhenti? ”

“Tak gentleman seorang lelaki yang menampar seorang wanita, tambahan pula perempuan gila macam awak yang layak dipandang sebelah mata. Awaklah perempuan paling gila pernah saya temui! ”

“Awak dah melampau! ” Nazira tolak Izat sehinggakan pemuda itu terdorong ke belakang. Mujur Izat berjaya mengimbang diri, kalau tidak sah retak punggung! “Kalau saya gila, tak mungkin awak dikenakan oleh saya beberapa kali! I.Q tak setinggi mana ada hati nak kenakan Intan Nazira Ikmal. No way, awak tak mungkin dapat tewaskan saya! Dan kalau saya mahu saya boleh buat awak menangis.. ”

“Awak nak buat saya menangis? Hah.. setahu saya air mata adalag teman setia seorang wanita dan saya adalah seorang lelaki! "

“Wanita gunakan kebijaksanaan tetapi lelaki gunakan nafsu. Awak juga dikuasai nafsu.. saya yakin awak akan sentiasa tewas di tangan saya! Go to hell! ” Nazira pantas melangkah, malas dia nak bertekak lagi.. tambahan pula sedari tadi ibunya dan Auntie Rina asyik menenangkan mereka. Namun tiba-tiba Izat menyambar tangannya.

“Apa ni, hah? ”

Izat tarik tangan Nazira agar mengikutinya.

“Mereka nak ke mana tu? ” Soal Puan Mawarni hairan.

“Entah! " Puan Zefrina angkat bahu.

“Macam mana dengan cadangan kita untuk berbesan Rina? Aku nampak macam tak jadi saja! "

“Aku pun rasa begitu Wani! ” Kedua-dua wanita itu mengeluh panjang. Izam dan Aiza hanya berdiam diri.

“Ibu... ”

Puan Mawarni paling. Dia tersenyum melihat Naziman bersama seorang gadis bertudung litup di sebelahnya. Hani!

“Makcik.. ” Hanizatul capai tangan Puan Mawarni.

“Bakal menantu aku, Rina! ” Terang Puan Mawarni pada Puan Zefrina yang merenungnya seperti inginkan jawapan.

“Kenapa tu? ” Semua kepala merenung Nazira yang berlari anak mendekati mereka setelah mendengar kata-kata Izam.

Nazira terus berhenti di hadapan Naziman. Matanya berkaca! “Abang.. " Dipeluk erat lelaki itu. Naziman belai rambut Nazira.

“Kenapa sayang? ” Soalan itu membuatkan tangisan Nazira kian rancak.

Izat ketawa senang dari jauh. Tahu pun! Siapa lelaki itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience