BAB 24

Romance Completed 19413

“Ira, temankan aku pergi phone sekejap!" Fauziah tarik lengan temannya.

“Kau nak call siapa, Gee?” Soal Aiza menjeling Fauziah.

“Buah hatilah tu, siapa lagi!” Cebik Nazira. Faham sangat dengan teman-temann yang sedang lemas di medan percintaan. Sehari tak dengar suara.. tak jumpa, boleh mati!

“Jomlah..” Fauziah terus menarik lengan temannya.

“Yelah, yelah.. karang nangis kang terus pulak aku nak memujuk. Aku pergi ya Aiza.” Ujar Nazira berlalu dengan Fauziah. Aiza sekadar merenung kedua temannya berlalu.

“Eh, itu pakwe hari itu kan? Yang kau kata tiga suku tu!" Fauziah menuding ke arah seorang pemuda di hadapan. Nazira merenung pemuda itu. Oh, kau rupanya! Well.. ini peluang aku! Jagalah kau, aku akan kenakan kau balik! Dia sengih nakal.

“Kenapa tiba-tiba saja kau sengih Ira?" Fauziah hairan.

Hari itukan dia kenakan aku! Hari ini aku akan kenakan dia balik!"

“Jangan cari pasal Ira!"

Pemuda yang kian hampir dengan Nazira. Gadis itu ditenung dari atas ke bawah. Laa.. terlepas lagikah orang gila ni!

“Mmm.. saudara, zip awak terbuka tu! Jaga-jaga nanti barang awak terjatuh pula!” Ujar Nazira selamba bila berselisih dengan pemuda tersebut.

Wajah Izat bertukar merah. Zip seluarnya diraba. Takkan aku terlupa tutup kut! Beberapa orang jururawat yang berselisih tersenyum melihat gelagatnya itu. Aiseh.. malunya! Tapi zip seluar aku tertutup rapat.. sikit pun tak ada ruang untuk angin masuk. Ini mesti sengaja nak kenakan aku! Tak guna!

“Bukan zip itu saudara, tapi zip porch di pinggang saudara itu!” Nazira ketaea geli hati. Seronok dia dapat kenakan orang tiga suku itu! Puas hati aku! Dia dan Fauziah beriringan.

Tak guna punya budak gila! Dia kenakan aku rupanya! Izat terus ke bilik Izam. Tak tertahan rasanya malu yang ditanggung, tambah bila mata-mata yang menjelingnya.

“Jahatlah kau ni Ira.. kasihan dia tau! Merah padam muka dia tahan malu.” Ujar Fauziah menahan tawa yang sudah tersembur sejak tadi.

“Padan muka dia! Nak cari gaduh dengan aku.. baru puas hati aku!” Nazira senyum kemenangan. “Sudahlah, pergi phone cepat. Banyak lagi kerja yang hendak kita selesaikan, nanti ramai pula yang nak call. Aku tunggu kau di situ ya!" Nazira menuding ke arah kerusi berhampiran.

Fauziah angguk seraya berlalu. Nazira melabuh punggung di atas kerusi tersebut. Dia merenung sekeliling. Cantik pemandangan di sini! Agaknya.. orang sakit sakit yang lihat pemandangan ciptaan Ilahi ini pasti akan baik! CiptaanNya sungguh agung dan mengagumkan! Indah.. tak pernah jemu mata ini memandang!

“Hai, mengelamun jauh nampak!" Seorang pemuda duduk bersebelahannya.

“Eh, Doktor Fahmi... terperanjat Ira!” Nazira menarik nafas. Sedabg asyik memuji kebesaran CiptaanNya, tiba-tiba saja di tegur. Siapa tak terperanjat.

Doktor Fahmi senyum. “Ira buat apa di sini? Telefon ya.. "

“Ira temankan Gee.. dia pergi call. Ha, Doktor Fahmi pula buat apa di sini, curi tulang ya? "

“Saya nak call juga, tapi ramai sangat orang!"

Nazira mengalih pandangan ke pondok telefon. Mak oi, berderet-deret! Tadi baru kosong. Sapa yang tengah cakap tu? Dia menjenguk! Laa.. lambat lagikah si Gee ni. “Doktor Fahmi nak call awek ya!” Usik Nazira.

Doktor Fahmi senyum. Sekadar angguk.

“Belilah handphone, senang sikit! Nanti terubatlah rasa rindu di hati tu."

“Nantilah.. saya kumpul duit banyak-banyak, bolehlah saya beli handphone. Jangankan satu, dua, tiga.. bahkan semua jenis handphone dan pondok telefon di Malaysia ni akan saya beli!" Doktor Fahmi ketawa perlahan.

Nazira turut ketawa senang. Dia senang dengan sikap Doktor Fahmi yang tidak sombong dan mesra dengan semua orang! Dia tidak memilih kawan. Itu yang membuatkan Nazira tidak luak melayan Doktor Fahmi. “Tunggu doktor pakai tongkatlah!"

Kedua mereka ketawa terbahak-bahak.

“Hei, happy nampak!” Seorang pemuda mendekati mereka.

Nazira dan Doktor Fahmi memandang pemuda di hadapan mereka. Laa.. orang tiga suku ni rupanya! Bisik hati Nazira.

“Ini makwe saudarakah?" Soal pemuda itu.

“Sebenarnya.. ini..” Doktor Fahmi tidak sempat menyudahkan kata-katanya.

“Saya, sayang.. saudara ini kacak orangnya tapi daoat makwe yang gila.” Potong Izat.

“Hei, mulut awak tu baik-baik sikit! Kerana mulut badan binasa.. tau tak!" Tengking Nazira marah. Mukanya tambah mencuka bila Izat tersenyum. “Awak tu yang tiga suku! Nak kata saya pula.. heo, saya tahulah muka awak tebal 36 inci tadi. Awak sedar tak yang awal sudah glamour sekarang ni. Cuba tengok gadis-gadis di sekitar sini, semua sedang perhatikan awak... ketswakan awak! Lain kali fikir dulu sebelum hendak kenakan saya.” Sindir Nazira tajam. Puas hatinya dapat luahkan segalanya.

Izat memerhati di sekelilingnya. Dapat dilihat jelas beberapa gadis berpakaian serba putih sedang berbisik dan tertawa padanya. Cis.. tak guna! Aku tak akan lepaskan kau!

“So... seronok?” Nazira senyum menyindir. Dia merenung tajam sepasang mata yang layu itu.

“Sudahlah Ira, mari kita pergi.. banyak kerja lagi yang perlu kita buat..” Doktor Fahmi menarik lengan Nazira agar perbalahan itu tidak berterusan. Gadis itu pula hanya menurut. Dia menjelirkan lidah pada Izat dan menghadiahkan jelingan tanda kemenangan. Nazira ketawa dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience