BAB 22

Romance Completed 19413

“Hai." Sapa Nazira setelah menghampiri teman-temannya. Memang begitu selalunya, sebelum mula bekerja dia dan teman-teman akan bual-bualkan apa-apa saja yang hot lagi panas!

“Hai Ira.. lewat lagi?” Soal Widuri sedikit hairan. Orang tiga suka mana pula yang kacau dia hari ini!

*Aku pergi shopping dengan ibu aku tadi." Terang Nazira akan sebab kelewatannya.

“Shopping?” Chawi sedikit hairan. Sejak bila pula minah ni suka shopping. Selalunya dia paling pantang! Membazirlah, itulah, inilah.. ada saja alasan!

“Aku boring tadi, ajaklah ibu aku pergi shopping. Hampir tiga jam!”

“Mak oi, lamanya! Kau borong semua barang atas super tukah?” Ujar Chawi lagi.

“Barangnya tak banyak, yang banyaknya dengar taklimat!"

“Taklimat? Bola masanya pula di shopping kompleks ada taklimat?” Sempuk Fauziah.

“Ibu aku jumpa kawan lama dia, kawan sekolah! Dia orang buka cerita masa muda-muda dulu, aku pula kena termanggu, tercangak macam orang bodoh.” Nazira mendengus lembut.

Ketiga-tiga gadis itu angguk faham. “Tak adakag dia orang cadang apa-apa?” Soal Widuri.

“Cadang, cadang apa?”

“Yalah.. nak jadi besankah!” Usik Widuri.

Nazira senyum. “Otak kau ni macam ibu dan Auntie Rinalah! Hi.. tak mahulah aku!"

“Kenapa pula? Kau ada boyfriendkah?” Soal Fauziah.

“Boyfriend? Tak adalah.. nak buat apa, tak ada orang hendakkan aku. "

“Eleh, tak ada orang konon! Yang dulu Doktor Shahril tergila-gilakan kau, kau tak layan. Jaul mahal!” Chawi mencebik. Orang hendak dia tak nak, sekarang kata tak ada orang hendak pula!

“Doktor Shahril tu macam tak betul saja, takut aku!”

“Kau ni memilih sangat!” Gerutu Widuri.

“Hei cik kak, kita kahwin sekali saja tau.. kalau kau nak bercinta biar sekali saja. Kemudian dia terus jadi suami aku! Ha.. kenalah pilih yang kaw-kaw!" Nazira kenyit mata. “Lagipun jodoh di tangan Tuhan. Kalau tertulis di azali ada jodoh aku, aku terima.. kalau tiada tak adalah!”

“Maksud kau?" Soal Widuri.

“Yalah.. jodoh, maut.. semua ini di tangan Tuhan. Siapa tahu kalau dia jemput aku dalam beberapa hari lagi.”

“Sudah.. sudah Ira! Aku tak suka kau cakap begitu.” Fauziah pantas mencelah sebelum Nazira meneruskan kata-kata.

“Kenapa pulak?"

“Aku akan kesunyian.. siapa pula nak usik aku nanti?” Mata Fauziah sudah ditakungi air.

“Oh! No... not again! Kau ni feeling sangatlah Gee. ” Nazira ramas jemari temannya. Kenapalah dia orang begini!

“Mmm.. Aiza mana?” Chawi menukar topik.

“Apalagi, projek dengan buah hati dialah. Dia orang berdua tu macam belangkas, sama macam kau orang semualah!”

“Eh, apa sangkut pautnya dengan kami?" Marah Widuri.

“Dah kamu semua ada boyfriend.. melekat ke mana saja! ”
“Itu adatlah! Kau tu bila pula? ” Usik Chawi.

“Aku nak tanya kau orang semua, qpq yang menarik sangat bercinta ni?

“Bagi aku ia menyeronokkan dan.. kita tahu siapa yang kita perlu dalam hidup kita.” Sampuk Widuri.

“Seronok macam mana? "

“Bulan, bintang.. seolah berkata-kata dengan kita. Waktu itu dunia terasa kita yang punya.” Widuri tersenyum gembira.

Nazira angkat bahu. Apalah yang seronok sangat? Aku tengok si Aida tu macam orang gila saja! Sekejap tersenyum, sekejap tertawa sorang-sorang! Kalau inilah yang dikatakan cinta, kitalah yang paling malang dalam dunia.

“Hoi, jawablah!” Suara Chawi mematikan lamunan Nazira.

“Kau orang nak tahu jawapannya?”

Meraka pantas angguk.

“Ku yakinkan diri ini.. rindu tak bertukar benci.. pasrahku menantu jawapannya.. " Nazira ketawa di hujung.

“Ira!” Marag Chawi geram dengan sikap temannya.

“Orang serius, dia main-main pula! ” Fauziah cebik mulut

“Sudahlah.. kalay kamu semua mahu jawapannya kamu kena pasrah menantu sebab aku masih tidak punya jawapan bagi soalan kamu.” Nazirah menyentuh hidung temannta satu persatu.

“Baiklah.. sebenarnya soalan ini sudah lama ada dalam kepala otak aku. Jawab betul-betul soalan aku ni." Ujar Widuri meminta kepastian. Mibag ini bukannya boleh percaya sangat, asyik main-main saja! Tak pernah mahu serius!

Nazira angguk. “Tanyalah, aku bersedia menjawab. ”

“Kenapa kau tak jadi penyayi? Suara kau sedap.” Widuri akui Nazira mempunyai suara yang begitu gemersik dan merdu. Bukan dia saha malah ramai yang memuji suaranya, tambah bila dia menyanyi.

“Bila kau makan suara aku, hah?” Nazira menguntum senyum nakal.

“Ya Allah.. Ira!" Widuri mengetap bibir geram. Dah aga dah..
“Ok, ok.. sebenarnya aku tak mahu jadi penyanyi aku takut penyanyi-penyanyi di Malaysia, Hollywood, Bollywood atau Kayuwood tak boleh cari makan!" Nazira ketawa terbahak-bahak. Gembira dapat kenakan gadis itu.

Widuri tepuk dahi. Budak ni.. tak pernah serius! Nasib baik dia serius masa bekerja, kalau tidak sahih ramai yang dah gol! Pakat-pakat duduk di batu dua!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience