BAB 3

Romance Completed 19413

“ENCIK IZAT ada?” Soal Jazmine meluru ke arah Zulaikha. Gadis itu kelihatan tersentak dengan keadaan Jazmine itu.
“Aaa.. dia ada di dalam, tapi dia tak mahu diganggu orang.” Terang Zulaikha.
“Tak mahu diganggu? Nah.. sudah!” Jazmine terus meluru ke bilik Izat. Zulaikha cuba menghalang namun gagal.
Izat panggung kepala melihat kedua gadis itu di hadapannya.
“Maafkan saya Encik Izat, saya..”
“Tak mengapa Zulaikha.. awak boleh pergi.” Ujar Izat sambil merenung wajah Jazmine yang menyinga. “Ya Jaz, ada apa hal?” Soalnya setelah Zulaikha keluar.
“Siapa betina semalam tu, hah?” Soal Jazmine bengis. Mukanya yang sentiasa cantik dengan mekap tebal-tebal berubah hodoh. Iyalah.. harap lawa dengan tampal makeup tebal-tebal saja.
“Semalam bila pula?”
“I nampak you berkepit dengan betina tu.. di Butik Ayu semalam!”
Izat tersenyum. “Oh.. dia! Kawan aje!”
“Malu I.”
”Malu? Eh, kenapa pulak you nak malu?” Izat hairan.
“Tentulah I malu. I beritahu semua kawan I yang you boyfriend I. Tapi bila dia orang nampam you dengan gadis itu dia orang sangkakan I sengaja ada-adakan cerita.”
“Boyfriend? Excuse me! Apa maksud you ni?!”
“Iyelah.. betulkan kata I!”
Izat tersenyum. Yak! Tergedik-gedik gitu ada hati nak jadi girlfriend aku! Ah.. sorry! “Hei, bila masanya I kata I sukakan you? I tak pernah kata begitu pun atau anything yang boleh buat you perasan sampai begini. Tak pasal-pasal I kena jadi boyfriend you! Heh..”
“Apa kenanya dengan you ni? Bukankah selama ini you sering katakan yang you sayangkan I dan.. I lah wanita paling cantik pernah you temui. Betul tak?” Jazmine tambah berang. Geram benar dia dikata perasan oleh pemuda itu. Tahulah engkau kacak, tapi jangan nak tinggi diri. Kalau engkau tu muka macam tukang cat rumah aku dulu tu, haram aku tak pandang!
“Itulah you.. jangan cepat perasan! I mengaku yang I pernah katakan pada you yang I sayangkan you. Well.. I pernah kata begitu pada Zulaikha tapi I bubuh koma sebagai adik and you.. sebagai kawan. Tak lebih dari itu!”
”You tipu!” Bentak Jazmine.
Izat angkat bahu. “Lain kali otak letak di kepala, bukan kepala lutut! ”
“You.. you.. I tak percaya apa yang you katakan ni! Habis tu.. kenapa you kata hanya I gadis paling cantik yang pernah you temui, betul kan!” Jazmine masih tidak puas hati.
“Ya.. I mengaku yang I pernah kata begitu! You adalah wanita paling cantik yang pernah I temui selagi I belum menemui gadis atau wanita lain yang lebih cantik dari you. Rasanya sekarang I sudah temuinya!”
“Siala?”
“My mummy, dia sepuluh kali ganda cantik dari you!” Izat ketawa memgekek.
“You dah melampau Izat! I tak sangka you seteruk ini! Jantan penipu! Buaya darat.. I hate yiu, I hate you!” Sumpah Jazmine memukul-mukul dada bidang Izat.
Izat pantas menggenggam kedua tangan gadis itu. Apa ingat tak sakit ke oi.
Izat senyum merenung Jazmine yang menyinga. Perempuan, perempuan... itulah.. dah kena baru nak sedar! Mudah sangat jatuh cinta, tambah kalau lelaki itu kacak dan macho macam aku! Keh, keh, keh!
Jazmine merentap tanganya lalu keluar dari bikik itu.
Izat angkat bahu lau meneruskan kerja yang terganggu sebentar tadi. Tiba-tiba sekali lagi Jazmine melangkah masuk. Apalagi yang minah ni nak? Tak habis-habis menyusahkan aku! “Apa lagi yang you nak katakan? Masih tidak puas hati?” Soal Izat menyindiri.
“Nah.. ambil balik hadiah yang you berikan pada I. I tak mahu simpan barang yang diberi oleh jantan seperti you!” Dia melempar sepasang anting-anting ke atas meja Izat. Dia terus berlalu namun terhenti setelah Izat memanggilnya. “Apa?” Soalnya garang.
“Err.. kalau tak salah I, mini skirt yang you pakai tu pun I yang belikan. Kenapa you tak berikan pada I balik?”
Muka Jazmine merah padam, marah ada malu pun ada! “Nanti I bagi baliklah! Takkan nak beri sekarang kot!”
“Tak payalah Jaz, I tak perlukannya!”
Jazmine mendengus. Dia terus keluar. Pintu dihempas!
Izat ketawa geli hati. Jahat gak aku ni yek! Hmm.. kalau semua gadis beginilah, baik aku tak kahwin! Aku nak gadis yang betul-betul gadis!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience