Bab 41

Romance Completed 19413

“Dia masih hantar bunga pada kau? ” Soal Widuri.

Nazira angguk. “Tapi yang hairannya hari ini dia hantar tiga kuntum mawar merah saja! Selalunya sejambak. ”

“Aik, macam rindu saja pada jambangan bunga pemberian dia! ”

“Kalau dia bagi jambangan bunga, boleh juga aku berbakti pada hospital dengan mengisi dalam pasu-pasu yang ada. ”

Widuri senyum. Selama seminggu ini.. jambangan bunga itu hanya diletakkan dalam pasu-pasu bunga. Kadang-kadang nak tergelak juga dengan telatah gadis itu, sampaikan hampir setiap sudut hospital ini diisi dengan warna-warni jambangan bunga permberian jejaka misteri itu. Bilik Doktor Izam, bilik Doktor Fahmi hinggalah di kantin tempat mereka melepak selalu.

“Kau ni sakitkah? Tersengih-sengih macam orang tak betul! Dah.. tunggu di sini, biar aku pergi ambil kereta. ” Nazira melangkah pantas ke kawasan parking di hujung hospital. Ini yang lecehnya kalau parking kereta jauh-jauh, aku juga yang kena jalan jauh-jauh! Menyusahkan aku saja! Nazira berlari anak.

Tanpa disedari sebuah kereta menuju pantas ke arahnya. Larian Nazira terhenti, dia kaku di situ... panik! Dia cuba angkat kakinya, tapi gagal! Aik, kenapa dengab kaki aku ini? Kena gam ker? Kereta di hadapannya terus meluncur. Nazira pejam mata. Tiba-tiba terasa tubuhnya ditolak seseorang. Dia terjatuh bertentangan dengan seseorang. Nazira buka mata sebelah.. kedua dua sekali!

Mata bertentang mata! Tiada kata dapat diungkap. Debaran terasa begitu kencang. Sungguh.. mata layu itu betul-betul menggoda hati remajanya yang tandus kasih seorang lelaki bergelar kekasih. Apakah aku sudah tewas?

Mata Izat melekat pada seraut wajah itu. Mata itu, aduh! Hidung.. hidung inilah yang begitu menawan hatinya, pelikkan! Bibir.. merahnya asli! Rasa nak dikucup sekali lagi! Rambut.. fuh, pakai shampoo Vidal Sasoon ke? “Ira memang cantik! ”

“Apa kenanya awak ni? ” Terus Nazira menolak tubuh sasa itu. Tak mahu dia terus tenggelam melayan perasaan! Namun yang pasti dadanya terus berkencang hebat ditambah dengan pujian yang keluar dari sepasang bibir itu. Wajahnya merintik merah.. malu saya!

Izat sendiri bangkit. Actually Nazira tidak menolak betul-betul tadi. Izat faham! “Maafkan saya... Lain kali hati-hati sikit, ini bukan jalab Ira seorang tahu tak! Mujur tak dilanggar tadi! ”

Nazira mengetao bibir. Amboi, sedapnya.. nak cari gaduh lagikah? Kata nak berdamai hari itu! “Saya punya pasallah, sibuk buat apa? ”

Eh minah ni, aku bergadai nyawa selamatkan dia.. bukannya nak berterima kasih, dimarahnya aku yang handsome bergaya ni! ”Hei, Ira ni memang jenis yang tak mengenang budi! Dahlah tak ucapkan terima kasih.. marah-marah orang pula! Kalau kena langgar tadi, macam mana? ”

“Orang tak suruh pun awak berbudi tahu tak! ” Nazira bangkit. Mujur tak luka! Buk.. dia terduduk kembali. “Aduh.. ibu! ” Kakinya diurut perlahan. Terasa sengal... mungkin tergeliat!

“kenapa? ” Izat duduk berhampiram gadis itu.

“Inilag yang saya terima kerana budi Izat! Sakit kaki Ira tahu tak.. ”

Susah betullah minah ni! Semuanya tak kena! Apa susah.. badannta bukan besar sangat.. kalau besar pun aku tak kisah! Dicempung gadis itu, mudah saja!

“Hei, Izat gilakah? Orang tengoklah.. ” Marah Nazira. Geram ada malu pun ada dengan tindakan berani pemuda itu. “Lepaskan saya! ”

“Ira bak Izat lepaskan Ira! "

Nazira angguk pantas.

“Ira pasti? ”

“Ya, sepasti-pastinya. ”

“Tapi kalau Izat lepaskan tentu badan Ira luka tercalar jalan! ”

“Maksud Ira le.. eee.. turunkun Ira! ” Nazira mengetap bibir. Saje je buat tak tahu! Picit hidung baru tahu! Izat senyum, dia menurut kata Nazira. Hantu! Perlahan dia melangkah.

“Boleh jalan ke cik adik oi? ”

“Sibuk apa?” Pemuda itu tersenyum.

“Eh, kenapa dengan kau Ira? ” Soal Widuri mendekati temannya. Dia pimpin temannya berhati-hati.

“Kau buat apa di sini? Bukankag aku suruh tunggu di sana. ”

“Lama sangat aku tunggu, batang hidung tak nampak. Risau aku kalau apa-apa terjadi. Aku carilah.. alih-alih... apa kenanya ni, Ira? ”

“Nasihatkan kawan awak tu supaya berhati-hati sikit lain kali. Ingat ini jalan diakah.. nasib baik tak dilanggar tadi. ”

“Astagfirullah.. kau tak apa-apa Ira? ” Terdetik sedikit kerisauan dalam hatinya. Ira ni memang cuai orangnya!

Nazira geleng. “Jomlah.. ”

“Terima kasih ya saudara. ” Ucap Widuri. Dia memapah perlahan temannya itu.

“Ira! ”

Nazira paling. “Apa?! " Soal Nazira keras.

“Jalan baik-baik ya sayang! ” Izat kenyit mata.

Nazir tayang penumbuk. Sempat juga dia jelirkan lidah sebelum berlalu.

Izat senyum. Terus merenung gadis itu yang kian menjauh. Kalau ikut hati aku, mahu saja aku dukung dia sampai ke rumah.. leh, taklah berat sangat! Keras kepala betul minah ni! Tapi.. ity yang buatkan aku semakin ingin mendekatinya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience