Bab 42

Romance Completed 19413

Keropok Twistie dikunyah lahap! Eee.. boringnya! Rasa nak terjun bangunan saja! Nazira bangkit dari sofa. Terhenjut-henjut dia menghampiri ibunya yang sedang menyiram bunga di perkarangan rumah.

“Ibu.. Ayang boringlah! ”

“Ya Allah, budak ni! Ayangkan sakit.. pergilah berehat. ” Puan Mawarni memapah anak gadisnya masuk.

“Ayang tak tahu nak duduk diamlah ibu..” Nazira terus kunyah Twistie.

“Itulah, dah biasa sangat cakap banyak.. usik orang! Kalau dah tak tahu nak buat apa, pergilah tengok tv tu! ”

Nazira cebik. “Tengok tv buat apa, gelap gelita! ”

“Gelap gelita? Apa yang gelap gelitanya? ”

“Yalah, ibu suruh tengok tv buat apa.. lainlah kalau on kan tv dan pilih channel yang best! ” Gadis itu menyeringai.

“Budak ini, tak habis lagi loyar buruknya tu. ” Puan Mawarni hanya mampu menggeleng dengan sikap anak gadisnya yang tidak berubah itu.

“Ayang ke biliklah ibu, nak tidur.. bukan selalu! ” Nazira terhenjut-henjut mendaki tangga. Itulah.. selalunya berlari, hari ini.. ish kesian kat aku!

“Baik-baik naik tangga tu Ayang.. jatuh karang. ” Macam manalah dia boleh jatuh sampai begitu. Bila tanya saja, senyap! Tapi apa boleh buat.. Ayang ni memang cuai orangnya dari dulu! Yang dia tahu berseronok saja.. kenakan orang tu, orang ni! Macam budak-budak!

“Assalamualaikum.. ”

“Waalaikumsalam.. ha Aiza, eh Izam pun ada. Masuklah.. ” Pelawa Puan Mawarni. Padah sungguh mereka berdua ni! Pasangan merpati sejoli itu tidak membantah.

“Ira macam mana makcik? ” Soal Aiza setelah melabuh punggung.

“Kaki dia terseliuh sikit. ”

“Macam mana boleh jadi begitu? ” Izam pula menyoal.

“Dia tak mahu cakap pasal itu, makcik pun tak mahu paksa dia. Tapi kata Widuri dia hampir-hampir dilanggar. Mujurlah tak ada apa-apa! ” Puan Mawarni melepas keluhan lega.

Kedua mereka angguk faham. “Di mana dia sekarang, makcik? ” Soal Aiza.

“Ada di atas, di dalam biliknya. Kalau Aiza hendak jumpa dia pergilah.. tengah tidur agaknya! ”

“Saya pergi ya makcik. ” Aiza berlalu ke bilik Nazira. Dia ketuk pintu beberapa kali namun tiada jawapan dari dalam. Tombol dipulas. Laa... dah tidur rupanya! Aiza geleng melihat keropok Twistie yang bersepah sedikit di atas katil. Dikutip satu demi satu lalu dimasukkan ke dalan bungkusnya. Tidur buas!

Nyenyak sungguh dia tidur. Senyum pula.. mungkin mimpikan yang indah. Aiza urut perlahan rambut gadis itu. Mengerekot dia memeluk Garfield kesayangannya. Diciun lembut dahi Nazira sebelum dia keluar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience